Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 24, 2019

RAYA KEDUA

Raya kedua pun kami masih di kampung
Plannya Raya ke2, nak gi beraya rumah bapa saudara aku -Pak Uteh
Dia yang ajak datang rumah dia masa raya ke2
Masa raya pertama tu dia takde di rumah sebab pergi beraya
Rumahnya pun tak jauh mana dengan rumah datuk aku tu

Kami memang plan pergi tengahari sebab Mak Uteh kata dia masak Nasi Briyani. 
Harus la dikosongkan perut kan...Sarapan pagi tu pun kami makan mee goreng je. Kebetulan kami sampai ada tetamu baru nak balik, so tinggal kami je le yang ada.. Syok la makan kan..hahahaha..

Jasmin seperti biasa akan buat hal bila pergi beraya rumah orang
Nak2 pulak kalau ramai2 camtu
Asyik nak berdukung je
Kalau tak dukung dia punya melalak lahai.....
Stress juga le aku ni pun.. Tapi sabarrrrrrrrrrrrrr je la.. Nak beraya pun susah 😅. Lama juga nak bagi dia ok tu.. Bila dia dah ok baru la aku boleh makan pulak. Masalahnya si Jasmin ni dia jenis tak mau kat orang.. Nak melekap dengan aku je... Tu yang ambik masa tu.


Lepas makan lepak2 kejap... 
Sambil2 tu boleh la selfie kejap
Nasib la si Jasmin dah ok dah time ni..



Lepas tu cecepat balik sebab hari dah nak hujan
Kain dijemuran tak angkat lagi..hahahaha

Bergambar sebelum balik dari rumah Pak Uteh
Me & my adik2...
Asal adik semua kurus.. Kakak sorang je gemuk 😣😣


Lepas balik rumah & solat Zohor, aku keluar balik pergi beraya ke Changkat Ibol
Ke rumah kawan lama
Tahun lepas pun ada gak gi rumah dia
Sebabnya dekat jugak la dengan rumah datuk aku.. dalam 30-40 minit je
Bertolak awal sebab nak elak jem kat Trong
Itupun time lalu situ jem sikit la.

Bersama tuan rumah
Kurus je... jeles aku nengok kekurusan kawan aku tu
Jasmin tu as usual... mengaruk menangis nak mintak dukung
Dalam hati aku dah stress juga la tapi nak bergambar punya pasal...hahahaha


Selain aku, ada sorang lagi member aku datang jugak
Ada la geng borak kan...
Tapi dia dah sampai awal dari aku

Ni bergambar sebelum member aku tu balik


Nampak tak Jasmin sudah ada di dukungan
Dia ingat dia ringan agaknya
Mana la tak sado lengan aku ni dibuatnya..


Masa ni tengah menjamu selera
Tuan rumah jamu spageti
Hahahaha.... baru la ada kelainan.. ni balik2 rendang, ketupat, lemang, nasi impit kuah kacang... Dah jemu la pulak jadinya sebab semua rumah pun menu lebih kurang je...
Nampak ramai kan dalam gambar tu
Sebabnya aku angkut sekali anak buah aku 3 orang... 
Penuh sendat le dalam kereta😅



Lepas makan boleh layan cite Frozen 

Hambek.. sebeso2 dinding  boleh nonton
Kawan aku siap pasang projektor nak bagi anak2 behave
Nak gelak tu Amira siap peluk balang kuih raya nengok "wayang".
Jasmin cam biasa, nak berdukung je.. Aku nak duduk pun dia tak kasi.. Letih..

Takleh nak lepak lama2 sebab si Jasmin dah meragam
Takdan nak borak lama2 sangat dengan kawan aku tu
Dah le jarang jumpa
Tapi syukur juga le sebab dapat gak beraya rumah dia dalam si Jasmin punya ragam tu...

So end raya ke2
Esok pun ada nak gi beraya lagi
Bertabah la mama mengadap karenah si Jasmin😣😣







1 comment:

Nice Post said...

Thanks For.. Sharing Information...Your website is very nice..

This is Sarkari Result From India.. Click Here To Open link and Get Your Latest Jobs, Admit

Cards, Result, ANswer Key & many more.. thanks..

Nice Site...............

Sarkari Result
Sarkari Results
sarkariexam
Sarkari Result 2019
sarkariresult
sarkari job
sarkariexam result
sarkari naukri in up
rojgar result
sarkari result in hindi
truecaller apk
trukalar