Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 30, 2019

JASMIN KENA CHICKEN POX PULAK

Ekceli ni cerita last 2weeks kot..
Asyik malas nak update blog tu yang semua cerita trobek je le jadinya
Tapi nak kena buat entry jugak sebab nanti2 senang la nak refer 

Satu hari tu (Selasa),  lepas ambik anak2 kat pengasuh

pengasuh ada cakap yang badan Jasmin naik bintik2
Tapi masa tu ada 2 bintik je.. so aku andaikan just bintik2 biasa je
Tau je le budak2 kan.. Main tah apa2 kot2 la kena gigit dengan apa2 ke kan
Tapi pengasuh kata kot2 chicken pox
Aku pun macam dah lupa dah cemana rupa chicken pox tu😅😅
So aku cakap tengok esok cemana.. kalau ada naik lagi baru bawa gi klinik.

Esoknya (Rabu), lepas maghrib, Jasmin cakap ada bintik2 baru kat badan dia

Aku pun tengok la.. Haah la.. ada lagi 2-3 bintik baru kat badan dia
Takleh jadi ni.. so siap2 terus bawa dia gi klinik
Sampai klinik doktor cek, SAH!!!! CHICKEN POX le
Malam tu jugak terus wasap cikgu Jasmin,  inform yang Jasmin tak datang sekolah esoknya sebab kena ciken pox.


So Jasmin direhatkan le dari sekolah selagi ciken pox tak baik

Tapi still la aku kena hantar juga dia ke rumah pengasuh
Harap2 idak le dia jangkitkan pada budak2 lain (termasuk Amira) kat rumah pengasuh tu
Tapi doktor cakap ikut ketahanan budak2 tu jugak la
Kalau lemah memang boleh jangkit pada diaorang


Dah makin banyak bintat2 kat badan dia
(Masa ni hari ke-4 dah- Jumaat)



Esoknya (Khamis) aku hantar Amira pi sekolah 
Lepas tu singgah beli sarapan
Masa kat situ la borak2 dengan sorang parent sekolah Jasmin
Rupanya anaknya pun kelas Jasmin & kena ciken pox juga
Patut le berjangkit kat Jasmin pulak
Hahahaha...

Esoknya (Jumaat), pagi2 ada sorang parent kelas Jasmin juga  whatsapp aku

Katanya anaknya pun kena ciken pox juga
Mak.. ai.. berjangkit satu kelas gamaknya
Tak lama pastu cikgu kelas Jasmin pun update la kat group kelas
6 orang budak je yang datang hari tu
satu kelas tu ada 15 orang.. So separuh kelas kena ciken pox... Adoi la...

Minggu depannya tu memang sepanjang minggu aku tak bagi Jasmin pegi sekolah

Nak2 ada pulak lagi seketul kat kaki dia tu taknak pecah2 pulak
Geram je tengok
Luckily chicken pox Jasmin ni tak tebal sangat macam Adib dulu
Memang kesian tengok Adib
Jasmin ni tak ketara sangat.. Kat muka pun ada 3-4 bintik je
Adib dulu sampai menggerutu kepala penuh bintik2, dalam mulut dalam hidung semua ada.
Jasmin ni ok la.. Demam pun tak sangat.. Takat dedar2 badan je la.



Dah hampir baik dah ni..


Minggu ni aku dah suruh Jasmin pergi sekolah
Bintik2 masih ada lagi tapi semua dah kering
Maintain sapu ubat untuk hilangkan parut2 tu je

Pastu ciken pox ni kan pantang kena hujan kan
(dah le musim hujan pulak 2-3 menjak ni😅)
Memang kena hati2 le kalau dia ada kat luar rumah
Nampak cam nak hujan cepat2 suruh masuk

Kalau ikutkan dulu2, kalau ada orang dalam rumah kena ciken pox, menggoreng pun tak boleh kan.. Tapi kalau tak masak, nak makan apa pulak kan.. Tapi so far aku goreng ikan ke apa ke idak le pulak efek apa2 kat Jasmin. Kicap pun orang kata jangan bagi makan, tapi aku letak juga le sikit kalau dia nak makan. Budak ni nak makan kena ada kicap.  Alhamdulillah takde la pulak hitam2 parut dia tu. Cuma bab pantang kena air hujan tu memang aku ikut sungguh2.. sebabnya aku dah kena dulu.. memang tinggal parut sampai sekarang tau..hahahah.. nasib la bukan parut hitam..





Monday, April 29, 2019

UPSR | PROGRAM SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN

Tahun ni anak aku si Adib pulak yang akan duduki exam UPSR
Macam2 la program sekolah buat untuk kejayaan anak2
Salah satu program bebaru ni ialah solat hajat & bacaan Yasin
Mak tunggal ni kena la pi support anak2 kan
Kang tak pasal merajuk pulak..huhuhuhu.. 
Adib tu bukan boleh kalau aku tak datang, mula la rasa kurang disayangi.

So aku pun dah maklumkan awal2 pada pengasuh yang aku ambil lewat Amira & Jasmin.. Malas nak bawak diaorang sebab takut programnya lama.. Kang baru duduk kejap dah merengek nak balik la, nak minum susu la.. Amira ok lagi.. tapi kalau Jasmin aku tak leh caya sangat.. Dibuatnya dia melalak kat sekolah tu tak ke jenuh aku nanti.. Nak solat pun tak khusyuk dibuatnya nanti.
Nasib la pengasuh aku pun takde hal hari tu
Aleeya pulak ada tuisyen, itupun aku mintak tolong sepupu dia (anak abang ipar aku) yang hantarkan ke tempat tuisyen.

Sebelum Maghrib, aku pun pegi la sekolah
Walopun hujan2.. gigih mama ko pergi tau Adib


Masuk je solat Maghrib, kami pun solat berjemaah
Lepas tu terus ada bacaan Yasin
Lepas solat Isyak, diteruskan dengan solat Hajat pulak

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun hujan
Nasib la tak lebat.. kalau tak jenuh gak kena tempias
Majlisnya dibuat di dewan terbuka je.

Lepas solat hajat.. majlis diteruskan dengan slot motivasi pulak
Aduhai... mataku dah mengantuk2 dah ni
Tapi tahan jugak le kan..
Mujur la penceramahnya ok & tak bosan
kalau tak mau juga aku tersengguk kat situ

Muka mengantuk dah ni sebenarnya.



Majlis tamat kul 10.30 malam
Pastu aku bergegas balik sebab nak gi ambil anak2 kat rumah pengasuh pulak
Ye la risau juga tinggal anak lama2 kat rumah orang
Bukan apa, takut mengganggu pengasuh nak berehat pulak kan.
Lagipun masa tu dah lewat dah pada aku.
Adib dia tak balik dengan aku, dia balik jalan kaki dengan kawan2 dia
Lagipun dia nak makan dulu kat sekolah, so aku pun balik je la dulu.

Ini baru program solat hajat & bacaan yasin yang pertama
Selalunya sebelum sampai exam UPSR tu  akan ada sekali dua lagi program macam ni.
Insya-Allah kalau ada kelapangan & kesihatan, mama akan join lagi program camni.. Dulu masa Aleeya yang exam aku tak berkesempatan nak join program2 camni. Banyak sangat kekangan...😅




Friday, April 26, 2019

SESEKALI TERINGIN

Lamanya tak update
Nak story mory pasal progress rumah pun takde mood
Bertabah le menanti pada sesapa yang nak tahu tu kan..😅

Sementara tu meh layan megi dulu
Sekali sekala tu memang teringin juga kan
Memang lama gila aku tak makan megi ni
Lagipun megi kat rumah memang tak beli dah buat stok bulan2
Nak elakkan anak2 asyik makan megi je...
Tapi sekali sekala boleh la
Pedas giler yang ni...
Lebor mulut dibuatnya
Rasanya yang ni lagi pedas dari yang Samyang tu kan??



Lebih kurang seminggu lebih lagi kita dah nak puasa kan
Rasa kejap sangat masa berlalu tup2 dah nak puasa, pastu dah nak raya
Allahu... terasa banyak sangat masa disia2kan.
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua..






Tuesday, April 9, 2019

HAPPY BIRTHDAY WAHAI KESAYANGANKU

05/04/2019
Setiap tahun memang akan ingat birthday dia ni
Walaupun dia dah takde, tapi tetap rasa macam dia masih ada
Hai... rindunya  la weh!


Patutnya tahun ni genap umur dia 43 tahun
Happy birthday wahai suamiku
Semoga abang sejahtera & bahagia di sana
Wish you were around, tho.


Pagi hari tu saja bagitau Amira & Jasmin yang haritu birthday abah diaorang
Jasmin cam biasa... takde perasaan..hahaha
Tapi Amira tiba2 dia menangis
Aku tanya kenapa? Dia kata "Mira rindu abah"
Alahai anak.....😥

Jangan kata anak yang rindu, mama ni lagi la terlebih2 rindu kat abah korang tu
Maka moh le sama2 kita hadiahkan Al-Fatihah untuk abah ye..

Tinggal kenangan suda.....
Masa ni kami pi konvokesyen adik aku kat UiTM Shah Alam
Kalau tak silap masa ni tahun 2011
How time flies kan...