Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 23, 2019

HAPPY BIRTHDAY, ALEEYA

Diam tak diam, kelmarin (21.01.2019) 
birthday anak sulung aku yang ke-14
huish.. udah 14 tahun kome oi... rasa cam tak caya dah sebeso itu anak aku..hahaha
Perasan anak kecik2 lagi kononnya.

Cepat betul masa berlalu kan
Biasa la simptom mak2 bila anak2 dah besar
rasa cam baru je lagi aku beranakkan dia..muahahahaha
Ye la, dia le first baby aku, first yang aku kandungkan, dan first yang aku lahirkan... segala2nya first la bagi kami laki bini kan.

Alhamdulillah, anak ini dikurniakan dengan cukup sifat fizikalnya,
lahir dengan kesihatan yang baik (walopun masa awal2 lahir dulu lama dia kena jaundice - sampai kena duduk bawah lampu 😅)
Syukur pada Allah atas anugerah ni

eh..eh.. dah 14 tahun dah anak kita, bang!
Dan dia banyak mewarisi rupa arwah abahnya kan???



Kalau dah namanya birthday kan, kena la celebrate sikit2
Ala.. yang simple2 je kan
Lagipun bukan culture family aku nak buat birthday2 party ni
Just makan2 sesama ahli keluarga je
Yang penting dalam bajet...hahahaha
(lagipun mama pun belum gaji lagi lerrrrr)

Mama belanja kek morah & KFC je le 😅


Malam tu pulak, tetiba Mak Long datang pulak bawa kek birthday untuk Aleeya
Rezeki dia le dapat kek birthday.. red velvet lagi...
Alhamdulillah! 
Terima kasih Mak Long!


Semoga anakku Aleeya Balqis ini menjadi anak yang solehah
Anak yang bahagia & membahagiakan kami sekeluarga dan orang2 disekelilingnya
Anak yang berjaya dunia akhirat
Anak yang beriman, anak yang cemerlang, anak yang matang, bertanggungjawab & tetap iman & pendirian
Semoga diberikan perlindungan, kesihatan, kewangan & kehidupan yang baik, dikurniakan rezeki yang berkat, pasangan yang baik, soleh & beriman, dan diberikan kebaikan di dunia & akhirat
Semoga dirimu sentiasa diberkati & diredhai Allah selama²nya.. 
AAMIIIIIIIN...












2 comments:

dorsett pink said...

happy birthday aleeya. sama nama dengan anak saya

Sidratul Muntaha said...

salam alaik
terima kasih singgah blog ayu
tu la bru ade kelapangan nak menulis
idea pun tak byk mana