Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 30, 2020

TANPA KONVOKESYEN

Tahun ni tahun terakhir Jasmin jadi budak tadika
Tahun depan dah jadi budak sekolah rendah pulak
Memandangkan sessi persekolah di tadika dah tamat pada 25/11 hari tu
so Jumaat lepas cikgu suruh datang sekolah untuk ambil sijil & gambar konvo.
Nasib la sempat jugak diaorang ambil gambar konvo beberapa minggu sebelum kena PKPB haritu.

Kat sekolah cikgu dah siap2 letak atas meja
Just ambil & balik
Takde la jumpa cikgu pun.


Ni hadiah dari cikgu kelas Jasmin
Cikgu Nurul namanya


Sijil tadika Jasmin
Tanda udah graduate
Ye lah, dah 2 tahun di tadika tu


Nasib la muka kamu ada senyum Jasmin
Kalau idak memang payah nak ambil gambar formal dia
Asyik nak menangis je😅


Lepas ni preparation untuk dia ke sekolah rendah pulak la
Tah cemana nanti gamaknya..
Harap2 dia ok je masuk sekolah baru.








Monday, November 16, 2020

BANCI 2020 ONLINE

Tahun ni kalau korang rajin nengok tv kerap la ada iklan kempen banci 2020
Sebab terlalu banyak iklan kempen banci atau e-census tu
sampaikan anak2 aku pun dah hafal lagu & lirik banci tu tau..
dengan aku sekali terhafal korusnya tu😅😅

🎵🎵 Banci aspirasi negara
         Penggerak sosio ekonomi
         Banci tanggungjawab bersama
         Data anda masa depan kita 🎵🎵

So sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
kena la kita isi maklumat banci yang diperlukan
tak sure pulak selang berapa tahun banci ni akan dibuat
tapi seingat aku sejak duduk Batang Kali ni, baru sekali rumah aku orang datang buat banci..
Patutnya tahun ni pun ada orang banci datang rumah, tapi disebabkan Covid-19 ni, banci secara bersemuka tu ditangguhkan sampai tahun depan. Tapi seeloknya isi la borang banci secara online saja. So tahun ni kalau ada orang datang tetiba kata nak banci tu, sila hati2 la ye... Orang banci tak datang rumah tahun ni.. Tahun depan baru ada tau.

Kalau nak buat secara online caranya pun senang je, just pergi ke laman web E-Census ni. Takpun scan je barcode yang ada masa dapat invitation card tu. Macam aku hari tu, ada diaorang letak kertas tu dalam peti surat. Kat situ ada diaorang bagi invitation  code. Code tu nanti kena isi la masa nak daftar online nanti.


Masa dapat inivitation ni rasa nak cepat2 je isi borang banci tu
Tapi tu la line sendu la pulak kat Batang Kali (hulu la katakan)
tunggu masuk opis la baru line UNIFI laju cam roket


So satu hari yang tak busy, aku pun isi la borang banci kat web
Simple je stepnya
Memula kena la daftar dulu


Lepas daftar diaorang akan send  OTP melalui no telefon yang korang register tu


Lepas tu korang isi & klik2 je apa yang dia tanya tu
Cam aku hari tu, agak lama la juga mengisi borang tu
Ye la, kena isi details untuk setiap isi rumah
Isirumah aku ada 5 orang, so kena la isi details untuk 5 orang
Lenguh juga la tangan nak klik2 jawapan..hahahaha
ada la dekat 30 minit nak mengisi borang banci ni... 
Nasib la line internet laju.. tu yang boleh cepat.. kalau asyik loading je fedap gak nak isi kan.

Akhirnya selepas 30 minit, selesai sudah.. 
Lega..




Korang dah isi borang banci ke belum???