Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 13, 2020

CUSTOM SHIN GUARD UNTUK ADIB

Coach Adib ada bagi present sempena birthday dia hari tu
Special untuk Adib katanya
Bila aku dah serah kat Adib, aku suruh la dia buka hadiah tu nak tengok apa benda la yang special sangat
Rupanya2 coach dia bagi shin guard kat Adib.



Untuk yang buta football cam aku ni, baru la aku tau benda tu namanya shin guard..Hahahahaha... Pelapik kaki yang pakai untuk cover tulang keting tu. Tu kalau tak pakai masa main bola, kalau tang tulang keting tu kena sepak dengan kasut bola mau meraung dibuatnya.

Shin guard tu custom made. Siap ada gambar & nama Adib lak tu. Suka la si Adib kan. Pastu coach dia siap pesan suruh pakai shin guard tu kalau main bola. Bukan untuk simpan aje.. Rupanya coach dia tu pun buat bisnes tempahan custom shin guard ni.


Ni la shin guard Adib

Sarung shin guard



Happy face dapat hadiah birthday
Suke lettew!






Tuesday, October 6, 2020

JEJAK WARISAN @ KUALA KUBU BHARU

Semenjak anak sekolah kat Kuala Kubu Bharu (KKB) ni, selalu la kami dok berulang ke sana. Walaupun dekat je dengan Batang Kali, kalau takde sebab musabab memang jarang le ke KKB tu. Tapi sejak asyik menjenguk Adib di hostel, KKB tu dah jadi kampung halaman gitu...hahaha

Rupanya banyak lagi tempat menarik tak discover kat KKB tu. Sekali pergi kita ronda2 la apa yang ada kat sana. Bebaru ni lepas jenguk Adib, kami jalan2 ke pekan KKB. Sebenarnya anak2 nak main kat taman permainan. Lepas puas main aku ajak anak2 jalan2 kat kawasan sekitar. Aku parking kat kawasan taman permainan pastu kami jalan kaki je kat area2 situ..

Sejuk & redup je jalan kat sini
Kat sini hanya ada pejabat2 kerajaan. Disebabkan kami pergi tu hari Ahad, memang lengang je le jalan tu. Nak jalan tengah2 jalan pun apa ada hal... Jalan kat sini cam membukit sikit, so feeling2 hiking pun ada..😅

Kat penghujung jalan ni ada la Menara Jam King George ni

Rupanya menara ni salah satu Tapak Warisan kat KKB ni
Selain tu ada lagi tempat2 lain yang jadi tapak warisan ni


Posing2 jap kat menara jam



Dari atas bukit ni boleh le nampak pekan KKB tu.
Hari Ahad pekan pun tak sesak.. Kalau hari bekerja tu memang agak ramai le orang kat pekan tu.


Next time kita jelajah lagi tempat2 menarik kat KKB ni.