Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 28, 2020

SELAMAT HARI RAYA 2020

Tahun ni kami beraya dalam keadaan serba sederhana
Takde persiapan raya yang beria2 pun macam tahun2 sebelumnya
Dah le kita dalam PKP lagi kan, nak balik kampung pun takleh
Kuih raya, baju raya pun aku tak beli 
Ala kadar je le kita tahun ni kan.

Ni gambar raya tahun lepas 😊


Alhamdulillah, dapat juga beraya walaupun tak semeriah sebelum2 ni
Raya aku pun idak le meriah mana selepas arwah suami takde
Tak syok sebab sentiasa rasa kehilangan orang2 tersayang kan

Malam raya pun aku syahdu syahdan juga waktu dengar takbir raya
Teringat2 kat arwah abah... dulu dia la yang akan bertakbir lepas2 solat maghrib di malam raya sampai la pagi raya sebelum gi masjid untuk solat raya. Lagipun arwah abah aku ni dulu selalu jugak jadi khatib dok baca khutbah raya kat masjid..

Aku ni takde la sedih sangat kalau tak balik kampung untuk beraya
Lagipun bukannya kali pertama aku beraya kat rumah sendiri
sebab sebelum2 ni pun, kalau giliran beraya di rumah mertua, memang kami beraya di rumah sendiri dulu (rumah kami kan dekat2 je). 
Cuma tak best sebab tak dapat beraya dengan mak sendiri, tak dapat bersalam & peluk mak di pagi raya,tak dapat nak makan ketupat daun palas & rendang mak buat 😥, 
Mak mertua aku memang idak ada la ketupat2 ni... nasi impit kuah kacang rendang ada la. So kami beraya dengan keluarga di batang kali saja la. Itu je la pun sebuah rumah yang kami pegi beraya.. Rumah jiran2 kami tak pegi pun..



Tema tetap sama macam tahun lepas- biru gelap - sebab pakai baju raya tahun lepas je..hahahaha.. Nasib la si Adib bawa balik baju melayu dia tu dari hostel sebelum start PKP hari tu. Ada la baju melayu nak dipakai dipagi raya. Kalau takde, pakai je la baju yang mana ada kan..


Tahun ni gambar proper 1 family takde.. Masing2 malas nak bergambor.😛Tak sporting sungguh anak2 aku ni kan...



SELAMAT HARI RAYA 
untuk korang semua
Best ke raya korang tahun ni??







3 comments:

Eliss said...

Selamat hari raya syanie dan anak2.

Warisan Petani said...

Selamat menyambut raya mengikut norma baharu

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/