Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 19, 2008

DOA-DOA AMALAN


1- Doa Untuk Kedua Ibu Bapa
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil .
2- Untuk Kebahagiaan Sekeluarga

Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

.

3- Mendapat Keturunan Yang Baik

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.

4- Untuk Mendapat AnakIni doa nabi zakaria... dia tak de anak selama 10 tahun, so, dia berdoa cam tu... peh tu Allah kurniakan isteri dia mengandung.. dan sesuai tuk orang yang jodoh lambat

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.

5- Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku , Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab.

No comments: