Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 8, 2020

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN/FAEDAH SOCSO TAHUN 2020

Sapa yang ada terima pencen dari SOCSO tetiap bulan tu
boleh refer jadual ni untuk tahu bila tarikh bayaran akan di bank-in dalam akaun korang



Selama aku jadi penerima pencen SOCSO ni memang tak pernah miss la waktu masuk duit ni dalam akaun. Memang tepat pada tarikh yang ditetapkan.

Lepas tu kan tetiap tahun SOCSO akan hantar borang untuk kemaskini maklumat kan, tapi untuk tahun lepas borang tak sampai2 kan. (Aku pun tak dapat borang2 tu). Jangan risau sebab sekarang SOCSO dah buat sistem baru. Borang hanya dihantar pada orang2 tertentu je.. Kalau tak terima tu tak perlu gelabah la... Aku dah konfirm dengan pihak SOCSO. Tapi kalau korang tak sure gak boleh je refer pejabat PERKESO yang terdekat.😊





Tuesday, January 7, 2020

PENEMPATAN KE TINGKATAN 1

Tahap terlewat menulis entry ni sebab Adib dah masuk Tingkatan 1 dah pun
Tapi nak jugak buat entry ni sebab nak buat kenang-kenangan (konon)

Sebelum cuti sekolah tahun lepas
cikgu  dah mintak budak2 darjah 6 pi buat penempatan ke Tingkatan 1
Borang2 semua cikgu dah isikan online so kira semak je la dapat penempatan di sekolah mana secara online
Patutnya boleh pilih kita nak anak kita ditempatkan di sekolah mana
tapi kes sekolah anak aku cikgu tak bagi pilih
terus ditempatkan di sekolah yang berhampiran
disebabkan anak aku sekolah di SK Bandar Baru Batang Kali so sekolah menengah yang terdekat ialah di SMK Bandar Baru Batang Kali
Kalau nak ditempatkan di sekolah lain kena mohon untuk pertukaran nanti
Kat Batang kali ada 2 je sekolah menengah iaitu SMK BBBK & SMK Syed Mashor.


Cikgu bagi surat seminggu awal dari tarikh akhir, so kena cepat2 buat pengesahan penempatan di SMKBBBK tu.. Sebelum tu kena dapatkan pengesahan di sekolah kebangsaan dulu. Lepas tu baru ke pejabat SMK BBBK pulak.


Lepas buat pengesahan, maka dapat la borang2 yang perlu diisikan & diserahkan masa hari orientasi nanti


Masa kat kaunter pejabat tu tanya juga cara² macam mana kalau nak tukar ke sekolah lain. Sebabnya aku bercadang nak tukarkan ke sekolah Syed Mashor. Kerani tu bagi la pulak borang rayuan pertukaran penempatan tu. Tapi tu la nak buat pertukaran ni kena la pulak buat surat sokongan bagai... Rasa malas la pulak. Lagipun tarikh tutup permohonan tu tinggal lagi 2 hari je. Teragak2 juga nak tuko ke idak sebenarnya. 

Sekolah SMK Syed Mashor tu sekolah yang Adib pegi buat Ujian Kemasukan SBP tempohari 


Urusan disekolah tu sekejap je sebenarnya... Submit segala dokumen2 yang diperlukan je. Pastu datang je la masa orientasi nanti.

Bakal sekolah Adib (kot)😀
Anak aku yang sulung pun sekolah sini jugak







Tuesday, December 31, 2019

BADAL HAJI

Salah satu benda yang kena buat selepas kematian seseorang ialah Badal Haji
Itupun kalau orang tu tak pernah buat Haji lagi la
Kalau dah pernah buat Haji tak perlu la nak buat badal haji lagi
sebabnya arwah dah tunaikan kewajipan tu
Dan seelok2nya badal haji ni dilakukan dengan menggunakan wang si mati tu sendiri (selepas ditolak hutang piutang dia). Lepas tu baru la selebihnya boleh difaraidkan kepada waris.

Arwah suami aku pun tak sempat buat haji semasa hidup
so jadi tanggungjawab aku untuk buatkan badal haji untuk dia

Ada banyak je company yang sediakan perkhidmatan badal haji ni
Ikut le kemahuan & kemampuan diri sendiri
Macam aku, pilih untuk buat dengan Tabung Haji
Memang la kosnya mahal sikit tapi aku lebih yakin dengan TH
sebabnya setahu aku TH akan interviu setiap orang yang nak jadi wakil untuk badal haji tu
Kalau syarikat2 lain aku tak pasti la... dan kenapa dia lebih murah dari TH (separuh kosnya dari TH).
Apapun terpulang la pada masing2 nak pilih yang mana.

2 tahun aku cuba untuk buat badal haji dengan TH tapi tak dapat
Untuk badal Haji ni memang kuotanya terhad, so memang kena berebut la
Tahun pertama aku buat, aku tak sempat nak pi rebut sebab dah terlepas tarikh untuk daftar badal haji
Aku ingatkan bila2 masa je boleh daftar badal haji
rupanya akan ada 1 tarikh & waktu yang ditetapkan (selalunya dibuat pada bulan Rejab).. Kena datang TH pada tarikh tu sahaja & daftar badal haji masa talian dibuka. Talian tu dibuka seluruh malaysia tau & akan tutup bila kuota habis. Camne nak tahu tarikh tu???? Masuk je bulan Rejab, cepat2 call TH tau. Tanya diaorang pasal badal haji.

Sebab dah tahu pasal benda tu, masa tahun kedua aku alert. Masuk je bulan Rejab, aku terus call TH untuk dapatkan tarikh untuk daftar badal Haji. Masa tarikh tu cepat2 la pergi cawangan tabung haji berdekatan sebab awal2 orang dah beratur tau. Aku datang haritu pukul 8 ingatkan dah awal, rupanya ada orang awal lagi.. barisan pun dah panjang. TH buka pukul 8.30 kan. Masuk2 terus ambil no giliran pastu tunggu la talian dibuka (dalam pukul 9). Masa ni ikut nasib la... bila2 masa kuota akan ditutup. Staf TH pun cepat2 je masukkan nama sebab nak book nama. Tak sampai 10 minit, pegawai tu dah announce kuota dah penuh.. Ya-Allah.... tak sempat juga la giliran aku... Masa tu aku punya giliran no 43 kot, tapi sempat sampai orang yang ke 40 je... Adoi.. takde rezeki kan. Agak frust jugak la tapi cuba bersabar.

MAKE SURE AKAUN TH KORANG ADA 3K TAU SEBAB DIAORANG AKAN TOLAK DUIT BADAL HAJI TU DARI SITU. CAJ BADAL HAJI KAT TH ADALAH RM 3RIBU YE. KALAU KORANG PUN DAH DAFTAR HAJI MAKE SURE KENA ADA BAKI RM1,300 DALAM TU JUGA (MAKNANYA KENA ADA MINIMUM RM4,300 LE DALAM AKAUN TABUNG HAJI KORANG TU)

Lepas tu pegawai tu kata kalau yang tak dapat, tapi nak terus daftar untuk kuota tahun akan datang pun boleh. Kiranya booking siap2 untuk next year pulak la. So aku pun malas nak tunggu beratur & berebut lagi so aku pilih daftar siap2. Tapi yang daftar siap2 ni dia takkan tolak duit RM3 ribu tu masa tu. Just booking nama je dulu. Nanti next year diaorang akan call untuk konfirmkan nak buat badal haji tu, masa tu baru duit akan ditolak dari akaun.

So tahun ni, sebelum TH buka pendaftaran badal haji, diaorang dah call aku dulu untuk datang cawangan TH- buat confirmation & bayaran untuk badal haji.
Dah settle tu, tunggu je la sampai habis musim haji, pastu pihak TH akan call untuk ambil sijil & cenderahati. (Selalunya dalam sebulan dua lepas habis musim haji la)

Alhamdulillah dah selesai buat badal haji untuk arwah suamiku
Kepada wakil TH yang buatkan badal haji bagi pihak suami aku, aku doakan beliau dikurniakan kesejahteraan, kebaikan & kehidupan yang berkat di dunia & akhirat. Selayaknya Allah sahaja yang mengganjari beliau. Terima kasih banyak2. TH bagi sijil & sejadah sebagai cenderahati
Semoga roh arwah sentiasa tenang disana










Sunday, December 29, 2019

PEMILIHAN KE PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD)

Anak aku si Adib tu memang minat sungguh main bola
Masa kat sekolah memang dia school player 
Pastu weekend sambung pulak dengan kelab Batang Kali
Abis rentung hitam kulit dia sebab galak sangat main bola

Satu hari tu coach si Adib forward la satu poster
pemilihan kemasukan ke PLD (Pusat Latihan Daerah)
Aku ni kan buta sukan so memang tak tahu amende la PLD tu kan
Rupanya PLD ni under program bola sepak negara la
dan ada di setiap daerah di setiap negeri di Malaysia
So yang Adib nak pi ni untuk PLD Hulu Selangor



Sebab coach dia kata cuba je la pegi pemilihan tu sebab dia kata Adib ada talent
so aku ni pun kiranya nak support la si Adib kan
Dapat pun takpe, tak dapat pun takpe
(sebab mama dok harap dia dapat sekolah lain i.e: SBP @ MRSM)
sehari dua sebelum tu aku dah google & tanya kawan2 la pasal program PLD ni
Ok ke idak kan... sebab memang aku tak tahu langsung pasal benda ni
Kalau sekolah sukan aku tau la jugak sikit2.

Pagi hari tu Adib pergi dulu dengan coach dia
Aku datang kemudian sebab kena uruskan yang kecik2 tu dulu
Itupun aku cakap taknak bawa diaorang sebab takut lama & nanti diaorang boring pastu nak balik, so aku suruh kakak jagakan adik
Kebetulan kawan aku free so aku ajak la dia teman aku tengok Adib


Ni le kawan susah senang aku mengisahkan si Adib



Ni antara kawan2 Adib yang join untuk pemilihan tu
Semua tu teammate dia kat kelab Batang Kali


Masa aku sampai tu, diaorang baru nak warm up
Lari keliling padang dulu tah berapa pusingan tah

baru lepas pusing padang


Lepas tu ada beberapa routine lagi kena buat
Agaknya coach nak tengok skill ke apa tah

Tengah tunjuk skill pas bola



kena buat beberapa kali la

Ha lepas yang sesi ni la udah coach PLD tu catit nama si Adib (and few others la). Awal2 dah kena catit nama dah😅
Aku cakap kat kawan aku "coach tu dah catit nama, Adib dapat ke ha???"
Lepas tamat sesi tu aku tanya Adib, kenapa coach tu ambik nama? Dia kata tak tahu

Next diaorang dibahagikan kepada beberapa team & lawan 
Kiranya ni ujian yang seterusnya la

Seronok pulak tengok budak2 ni main
Bersorak2 kitaorang...hahahahah


Lepas je part ni, sapa yang coach panggil nama kena kumpul satu tempat
Sampai habis, ada budak2 yang dah duduk balik kat tempat duduk masing2
So aku tanya la diaorang,  budak2 yang kat tempat coach tu kenapa?
Budak tu kata, tu semua yang dapat ke PLD la.. 
Yang coach tak panggil kiranya tak dapat le tu.. kesian pulak aku kat budak yang tak dapat tu
Tengok2 si Adib ada kat tempat coach tu.. SAHHHHHH.. budak ni dapat ni
Alamak.. cemana la kan.... si Adib mesti nak pergi PLD tu, tapi aku nak si Adib pegi sekolah lain (kalau dapat la kan)

Lepas tu coach tu panggil la parents budak2 yang terpilih tu
So aku pun pi la kat tepi padang tempat berhimpun tu
Coach tu briefing la sikit2
Katanya budak2 PLD ni akan bersekolah di SMK Kuala Kubu
Dan tak semua akan dapat asrama sebab diutamakan budak yang luar daerah & keputusan UPSR kena bagus
Alamakkkkk.. kalau kena berulang jenuh la.. 30 minit juga perjalanan ke SMK Kuala Kubu tu kalau dari rumah
Sapa nak berambik berhantar si Adib tu kan
So aku ada point la nak cakap kat Adib nanti (kononnya)
Budak2 yang terpilih haritu rasanya ada 25 orang. Tapi tak sure la semua tu akan bersetuju bersekolah di SMK KKB tu. Kalau tak setuju kena pegi pemilihan PLD daerah lain la kot. Pastu yang dalam geng Adib tu pulak hanya 2 orang yang dapat - Adib & sorang lagi yang pakai baju kuning tu.

Aku nampak coach dah edarkan borang2 asrama pada budak2 yang layak
Aku ingatkan si Adib tak dapat la borang tu sebab kami kan duduk Hulu Selangor juga
Sekali dia datang bagi kat aku borang tu
Aku tanya kenapa boleh dapat?? Dia kata sebab result UPSR dia elok & layak duduk asrama.. Pulakkkkkk
Tapi itu baru nak mohon la kan.. Kalau  lulus baru la boleh dok asrama.
Dah tu pulak coach suruh hantar esoknya sebelum kul 5 petang
Makanya petang tu menggigih la aku pegi siapkan segala dokumen, salinan sijil2 & tangkap gambar Adib 


Actually aku berat hati nak bagi dia pegi situ
Sebabkan aku harap dia dapat sekolah asrama penuh
walaupun aku tau harapan tipis, tapi mana la tau kot2 rezeki dia kan
Tapi kawan aku cakap, takpe, mohon je....
Kalau dapat sekolah lain nanti pertimbangkan la balik
At least kalau yang tu tak dapat, yang ni dah ada
Ye lah.. betul la tu kan.. Adib pun sebenarnya cam nak sangat program PLD ni.
Cuma budak sukan ni aku risau terlalu tumpukan sukan sampai akademik terabai
Adib ni entah boleh ke idak nak fokus belajar & training bola sekali
Risaunya.....



Hahaha.... anak aku nak jadi pemain bola sepak weiiiii...
😆😆😆












Saturday, December 28, 2019

RESULT UPSR 2019

Cerita basi ni tapi nak cerita jugak la
Adib kan ambik UPSR tahun ni
dengan macam2 ragam dia
dengan macam2 mama buat supaya dia dapat result yang baik
Alhamdulillah.... inilah hasilnya


Masa trial dia cuma dapat 2A, 3B, 1C
Tup2 ada peningkatan... Alhamdulillah sangat2
(Mama tak pegi sekolah pun, cuma cek online je... cek dengan penuh debaran sebab risau English Penulisan dia dapat D)
cek online ni dia tak tulis details cuma ringkasan je


Lepas dia balik dari sekolah baru la dia whatsapp gambar result dia

Maths dia dapat A... Alhamdulillah.. 
Hasil mama paksa dia buat maths tetiap malam..huhuhuhu
Yang lain2 tu macam dah agak dah result tu
english writing tu dia memang lemah dari dulu
dapat C tu pun dah kira ok la tu..


Tahun ni kan ramai calon UPSR yang terkejut sebab result UPSR drop dari trial tapi Adib punya result meningkat pulak. Cikgu pun terkejut sebab selama ni dia konsisten 2A je (itupun dua2 subjek BM). Tup2 Maths pun dapat A. Sekolah Adib pun 1 orang je yang dapat 6A sedangkan masa trial ada 4-5 orang gak yang dapat 6A. Tu la rezeki masing2 ye dak.

Walaupun Adib punya result tak la hebat mana, tak le semua A, tapi ada pencapaian yang positif mama rasa bangga jugak la. Adib pun nampak lega & happy. Semoga lepas2 ni akan lebih cemerlang dalam pelajaran hendaknya...


Berdebar pulak nak tunggu result MRSM @ SBP (itu je yang aku mohon pun).
Ada rezeki ke Adib kat salah satu sekolah tu?





Friday, December 27, 2019

IMAM MUDA /DAIE CILIK

Ni satu benda yang mama tak sangka pada si Adib
dalam dia dok malas2 nak pi sekolah agama
[sekolah agama dia setengah tahun je.. punya malas sampai PSRA pun takmo ambik]
dalam dok malas2 nak mengaji
dalam dok malas2 solat kalau mama tak bebel2
Tetiba dia bawa balik sijil ni

Unsangkarable betul



Pastu aku puji2 la sikit... ada bakat rupanya Adib ni
Tak sangka betul mama.
Dia boleh jawab: "alah... takat jadi imam sembahyang Dhuha kat sekolah je pun"
Ok la tu kan.. dalam ramai2 budak tu kenapa cikgu pilih ko kan???
Maka tersengih2 la dia..
Pasni boleh la jadi imam kat rumah pulak😆