Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 21, 2019

SARUNG IRON BOARD AMWAY/PHILIPS UNTUK MAK

Memandangkan entry sebelum ni belum mencapai quota yang diperlukan
So kita hold dulu la cerita bab rumah
cerita benda lain dulu lah ye 😝
[sila bersabar semua.....]

Sebab kesiankan tengok rupa paras ironboard kat rumah mak aku
yang dah kusam lapiknya, dan wayarnya pun dah berbulu2
so gigih la aku ni google kat mana ada jual sarung iron board Philips yang besar macam yang Amway jual tu kan
Sebelum ni beli kat kedai, ingatkan dah cukup beso, rupanya still tak muat
alhamdulillah finally jumpa gak kat shopee

Lepas belek2, timbang tara segala bagai
Akhirnya belikan pattern ni untuk mak
bukan setakat cover iron board tetapi sekali dengan sarung wayar & sarung seterika pun aku beli [beli combo]. 


Ha.. lawa tak??


Elok ngam2  je lapik ironboard tu. 
Baru le semenggah sikit rupanya ye dak?







Wednesday, February 20, 2019

KISAH RENOVATE RUMAH : NAK BACA TAK???

Dah setahun lebih dah aku start renovate rumah aku
Saja malas nak cerita sebab tak tahu nak start dari mana
Haha.. asalnya sebab banyak skip2 entry
Last2 terus jadi malas
Tu yang bila nak update pasal rumah terus tertunda2
Sampai la sekarang ni..

Alhamdulillah dah lebih 6 bulan duduk rumah sekarang
Lebih selesa la dari dulu [dulu pun selesa juga sebenarnya]

Oklah... saja nak panas2kan blog yang dah suam2 kuku ni
Tapi nak tanya gak, ada ke yang nak tau cerita renovate rumah aku ni??
Kalau takde yang minat malas nak cerita sangat😅😅




Ada ke yang nak baca?????


Cukup 10  komen, baru tulis la.. Takde komen malas nak  cerita la... Sebab rasanya dah tak ramai yang layan blog ni pun. 
[Minta 10 je sebab rasanya itu pun payah nak dapat kat sini..hahahaha.. aku kan blogger sendu]




Monday, February 18, 2019

JALAN² CUTI CNY

Cuti CNY baru ni dapat cuti panjang so kami balik Ipoh
Sementara boleh balik ni, jom la balik jenguk2 Opah Minah
Nanti2 belum tentu ada kelapangan lagi kan
Maklum la ada je urusan2 yang tak dijangka


Cuti Raya Cina tu, Opah Minah ajak pi Aeon Klebang
Jalan2 cuci mata katanya
sambil2 tu dia nak cari walking shoes 
Maklum le Opah nak gi jenjalan ke Kashmir bulan 4 nanti
(hew..hew.. Opah ni semenjak pencen ni asyik berjalan je dengan geng2 cikgu pencen..hahahah)

Ada pulak gambar Didi & Friends.. Amira pun apa lagi, bergambar la kan.
Jasmin masa ni tengah mengaruk.. Asyik nak dukung je.. Penat mama!


Dari parking (aku parking kat roof lak tu)  sampai ke turun ke ground floor, asyik nak berdukung je. Pastu melalak2.. Stress tau. Opahnya pun dah naik bosan sampai dah ajak balik. Last2 aku ajak pegi bakery.. cari donut kaler2.. ha... baru la senyap... Adoi la budak ni.. Lepas tu baru la dia nak berturun & mood dia dah ok..

Ok donut dah ada di tangan, baru la boleh ambik gambo...hahaha..
Tapi sokmonya si Jasmin tak ready kalau bergambar..


Ni deco kat ruang legar tu.. Biasa la tema merah ang ang ni. Raya Cina kan..



Ada pulak wallpaper bunga2 ni, lawa la pulak.. Suruh la deme berdiri situ. Mama tukang ambil gambar. Ekceli ada kerusi kat tengah2 tu tapi masa tu ada pulak pelancong tengah posing2 kat situ.. Kita ambik gambar kat sudut kecil ni je la.


Bila mood ok baru la seronok nak shopping. Baru la tenang opah nak cari kasut. Bukan takat kasut, dengan henbag baru lagi opah tapau...hahaha.. Siap offer kat aku suruh ambik satu handbag untuk aku.. Takpe lah mak, anak mak ni tak berapa minat handbag. Handbag yang ada pun tak habis pakai lagi..hahahah.


Lepas habis shopping sempat la masuk Kaison.. Amboi rambang mata tengok barang2 dalam tu. Dalam2 tu sempat la budak dua orang ni mintak belikan patung tu.. Herm... Layankan je la...




Budak pompuan & patung2 soft toys camni takleh dipisahkan kan? Walhal dah berlambak2 ada kat rumah, nak juga yang baru.. sabo je la..










Monday, February 11, 2019

BERTINDIK..

♫♬Bertindik..bertindik ♬♫
(baca cam lagu berkhemah dengan si Nopal..hahahaha)

Nak throwback cerita masa cuti raya cina sebelum ni
Bawa si Jasmin & Amira pegi tindik telinga
Dah beberapa hari sebelum tu diaorang dok request nak subang
Nak subang macam mama katanya
Hahaha.. Yo lah tu.. kalau nak bersubang kena la pi tindik telinga dulu kan

Sehari sebelum raya cina of course la banyak kedai tutup kan
Nasib la ada kedai emas Melayu tak tutup kat area rumah mak aku tu
Ke situ je lah kami pi tindik telinga

Amira memang eksaited nak tindik, cuma Jasmin aku risau takut dia melalak
Tapi lepas pilih2 subang tu si Jasmin eksaited pulak
Cam biasa si Mira pilih kaler biru, si Jasmin nak kaler pink la kan.

Memula turn si Amira, nasib la dia tak menangis
Cuma muka dia cam terkejut lepas kena tindik
Dah lepas tu turn si Jasmin pulak
Awal2 tu Jasmin ok tapi lepas sebelah telinga kena tindik udah melalak satu kedai
Lepas tu mula la macam taknak tindik sebelah lagi
Tapi akak yang tindik tu buat cemana tah dapat juga dia tindik telinga sebelah lagi.. Melalak pun melalak la.. janji ko tindik...hahahaha






Alhamdulillah, settle!