Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 30, 2010

SUBHANALLAH.... CIPTAAN TUHAN

Petang semalam hujan lebat dari KL sampai ke Batang Kali. Sampai rumah pun hujan masih renyai-renyai. Walaupun belum kul 7 tapi suasana dah gelap macam nak pukul 8 malam. 

Masa buka pintu pagar belakang [kang Yaya balik senang la dia bukak gate tu], terpandang la ciptaan Allah yang sangat indah.

PELANGI!!!! Cantik sangat sebab clear warnanya dari rumah aku. Sampaikan kamera henpon aku yang 2MP ni pun boleh jelas warnanya. 


Actually pelangi ni ade 2 lapis, tapi masa aku snap gambo ni  lapisan yang atas tu dah semakin hilang tu yang tak nampak dalam gambo ni [kamera cikai jer...]. Adib pun beria2 suka nengok pelangi siap tunjuk2. Aku siap tarik tangan dia supaya jangan tunjuk kang tak pasal2 kudung lak jari anak aku. [releven lagi ke kepercayaan tang tunjuk pelangi jari boleh kudung???]



Aku Sayang Korang...

Pagi-pagi masuk opis, on PC, log in blog... jeng..jeng..jeng....

Sesuatu yang aku baru perasan!!!!!

 [lihatlah dunia!!! SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN]
-malu nak letak besaq2 takut hangpa dengki..kik..kik..kik..-


Sudah genap 100 follower ku... Selama ni tak bother sangat berapa orang nak jadi kepochi macam aku. Lagi pun aku tak paksa korang folo aku. Kalau nak folo dipersilakan... kalau tak folo pun ahkak tak kesah!! Lagi pun aku kan suka2 je buat entry syok2 sendiri..hehehe..

Tapi disebabkan korang semua, aku rasa dihargai...Ada jugak orang yang sudi baca coretan merepek meraban aku nih! Terima kasih la wahai follower2 ku. [kembang setaman kejap macam la follower aku dah macam pengikut si Redmummy!]

Sila beri tepukan untuk diri sendiri sebab telah menjadi kuncu & tali barut si Syani.. hohoho
[Aku ingat macam nak buat lucky draw la kat korang.. ok tak???? Kita tengok sapa yang kena!!!]

Btw, thanks sekali lagi, muchas gracias [speking La Usurpadora lak], love u all.. muah!muah!...[mulut aku wangi tau sebab aku dah gosok gigi..pagi tadi.]

Thursday, April 29, 2010

Rahsia Aneh Kecantikan Artis Hollywood

Pelik sungguh dengan artis Hollywood ni. Macam2 cara depa guna untuk tampil cantik. Benda yang kita tak sanggup guna pun depa nak pakai jugak.

JENNIFER ANISTON
Rahsia Aneh : Syampu Kuda
Dihiasi rambut tebal ikal mayang, penampilan bintang siri Friends ini memang selalu dibayangi imej serba eksklusif.

Namun, janda Bard Pitt ini sebenarnya banyak bergantung kepada syampu Mane 'n Tail yang sepatutnya digunakan ke atas kuda. Ia mungkin sesuai untuk rambut Jennifer kerana bahan dalam syampu itu dihasilkan untuk melembutkan helaian bulu keras kuda.





CATHERINE ZETA-JONES

Rahsia Aneh: Membersih gigi dengan buah-buahan dan membasuh rambut dengan bir.
Baru-baru ini, Catherine,39, berkata dia gemar memakan epal setiap kali lepas makan untuk membersihkan gigi.
"Gigi saya sentiasa kelihatan berkilau selepas itu." katanya.
Jika tiada epal dalam simpanannya, Catherine memilih strawberi sebagai ganti.
"Jus atau pulpa buah itu mengandungi asid malic yang bertindak sebagai penghapus kotoran permukaan gigi," katanya.

Untuk perapian rambut, Catherine memilih madu bersama bir untuk mengekalkan kilauannya.



CINDY CRAWFORD

Rahsia Aneh: Susu sebagai pelembap.
Supermodel ini mengekalkan wajah muda dengan menggunakan susu sebagai pelembap. Susu itu katanya dicampur dengan air dan disembur ke permukaan muka dari semasa ke semasa sepanjang hari.

"Protein dalam susu membantu mengekalkan kecantikan kulit," katanya.




HALLE BERRY



Rahsia Aneh: Menyapu kaki dengan biji kopi.
Halle berry menggosok biji kopi di seluruh kaki hingga peha bagi membuang kedutan. Katanya, kafein dalam kopi mengurangkan penampilan selulit dan mencergaskan sel metabolisme.






EVA LONGORIA


Rahsia Aneh:  Merawat muka dengan protein uri
Bintang siri Desperate Housewives ini banyak bergantung kepada krim mengandungi protein uri untuk mengekalkan kesegaran wajahnya. Krim itu mengandungi enzim vitamin, bahan antioksida dan asid amino yang penting untuk mengekalkan keremajaan kulit.






JULIA ROBERTS


Rahsia Aneh: Minyak zaitun pada kuku
Julia menyalut tangan dan kukunya dengan minyak zaitun bagi melembutkan kulit dan menguatkan kuku. Minyak zaitun mengandungi asid lemak dan vitamin E serta K bagi menguatkan kuku. 







TERI HATCHER



Rahsia Aneh: Mandi wain
Teri dilaporkan menggunakan wain dalam mandian bagi melembutkan kulitnya. Kata Teri, bahan antioksida dalam minuman  itu membantu menjadikan kulitnya kelihatan sentiasa segar.






SANDRA BULLOCK



Rahsia Aneh: Krim buasir merawat bawah mata
Bintang filem Miss Congeniality ini menggunakan bahan berkenaan bagi mengurangkan kelesuan pada kulit di bawah matanya. Kata Sandra, krim itu mengandungi sejenis bahan yang mampu menegangkan sementara kulit muka.






DEBRA MESSING



Rahsia Aneh: Bisa ular sebagai krim mata
Pelakon The Will and Grace ini menggunakan krim mengandungi bisa ular bagi memastikan kulit sekitar mata dan wajahnya lembut serta bebas dari kedutan. Katanya, bisa ular itu memperlahankan reaksi pada otot muka dan membantu melambatkan kesan kedutan.







sumber: Harian Metro

JJPM : Secret Recipe

Masa Kejadian : Blackout Minggu Lepas
Tempat : Secret Recipe
Lokasi : Jusco Wangsa Maju
Suspek : 4 geng  kebulur
Pengangkutan : Kereta persendirian


Ingat tak entry lepas pasal opis aku blackout tu... Lunch time, masing2 reka plan le nak kemana. Kitaorang masing2 terus pecut keta di Alpha Angle (Jusco la tu)... Dari plan ke food court terus ubah ke Secret Recipe.

Again, gambar kredit to Annazulkefly (dia je sudi jadi photographer tak berbayor kitaorang.) Orang lain tak rajin mengusung kamera sana sini tapi dia tetap usung kamera dalam beg Harrods dia tuh! Enjoy the pics!

Cam biasa.. mukadimahnya tentulah menu book ni kan!!! Kalau tak cane nak order..

Benda yang aku telan.... Spaghetti meatballs & chocolate ice & cream...
[Tang spaghetti tu agak kureng sikit.. rasa cam ala2 masa aku memula belajo buat dulu.. cayor sikit kuahnya! Kita buat sendiri lagi sedap kan K. Juwita...]

Geng 4 sejoli yang sentiasanya kebuluran di tengah hari...
[K. Fina, awat mata stim tu??? Lapo sangat dah ke???]


Next destination geng????

Wednesday, April 28, 2010

Bapa Mertuaku Sakit Misteri

Dah 2-3 hari ni bapak mentua aku mengadu sakit kaki. Ntah pe sebab dia kata kaki tak boleh pijak la, pastu rasa panas, rasa geli, rasa macam daging ditarik2 la. Malam semalam sebab dah tahan sakit sangat dia singgah rumah Pak Lang ("tok bomoh" yang selalu kitaorang jumpa tang bab2 penyakit camtu la). Tapi dia ni pakai ayat2 quran la. Kot2 sapa nak mintak air penawar ke, anak sawan ke, kena tegur ke boleh la jumpa dia.


-Cik Zul yang sakit, cik Besah yang seksi... tingginya singkap kain!!!-

Petang semalam after office hour terus aku ke rumah Pak Lang sebab satu geng Cik Besah ade sana. Katanya pak mentua aku tu dah tak tahan sangat dah sakit sampai tak boleh nak tidur. Pas di belek2 katanya pak mentua aku tu terpijak jembalang tanah. Tu yang jembalang tu attack kaki dia. Katanya lagi jembalang tu dah menghuni rumah kosong sebelah rumah Cik Besah. Rumah sebelah rumah Cik Besah tu rumah kosong. Pastu deme buat stor simpan barang2 buruk. Motor buruk pun simpan dalam tu. Agaknya dalam rumah tu la dia kena kot sebab asyik keluar masuk motor kat situ.


Malam kelmarin plak si Adib melalak2 tak nak lalu jalan belakang rumah sebab katanya ade hantu. Siap suruh aku pi pukul hantu tu jangan kacau dia. Meremang gak bulu roma bila dia menangis & cakap hantu tu. Betui la kot gamaknya ade jembalang dah menghuni lorong belakang. Tu malam tadi bawak Pak Lang tu ke Batang Kali buat halau hantu. [ Dulu masa aku memula pindah rumah dia gak yang halau hantu kat penjuru pagar .. kalau tak si Adib bila malam takut nak gi kat pagar tu] Setakat ni Alhamdulillah dah takde la entiti kat rumah aku tu.

A.K.U. J.E.M.U

Sungguh bohsan hari ni...

Fedap tahan gaban dah ni...

Sesungguhnya aku dah JEMU duk kat sini ibarat lagu MAY ni:



Jemu

Artist: May
 
Jemu masa menyinta   [Jemu masa bekerja]
Resah ku meronta   [cepat la kul 5.30]
Aku telah sumpah setia  [tak sumpah pun tapi konon nak keje sampai pencen]
Namun sia   [buang karan je keje sini!]

Jemu masa melangkah   [bila aku melangkah ke bilik engkorang]
Lepas dari dosa     [dok kat sini akan asyik berdosa... tolong!!!]
Bangkit aku dari lamunan  [aku tak ngelamun, tapi khusyuk buat keje]
Yang engkau kejutkan     [dengan pekikan bos yang menyakitkan hati & telinga]

Segala pintamu
Cuba ku turutkan    [apa ko suruh buat semua aku buat]
Segala janjiku
Peritku lunaskan   [as promise, aku submit ikut time, kuar peluh jantan betina tau nak menyiapkan koje tu]
Mudah kau melepaskan   [ last2 ko letak tepi jer... cilakak!]

Kau yang menghancurkan   [pastu ko kasi hilang pastu mintak aku buat lagi]
Lerai ikatan     [tak terlerai lagi... soon aku akan leraikan ikatan dari kompeni ni]
Kau cipta seribu alasan   [ takyah la nak pujuk rayu aku stay kat sini lagi]

Yang ku dendamkan     [cakap tak serupa bikin!]
Menjadi kemarahan    
Kau selindung kesalahanmu     [salah sendiri tak mengaku]
Kau singkap kesalahanku   [last2 ko cakap staf yang salah.. tak produktif konon!]



** Lagu ni  aku tak ambik yang ade videoclip si MUS yang nyanyi sebab sore dia tak  best la masa nyanyi lagu ni.  Yang aku ambik ni sore si Oniey yang nyanyikan. LAYAN!!!!!!!

Cara Minta Kawin Lagi


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa
24300 Kemaman
Terengganu

31 April 2009

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300 Kemaman
Terengganu

Puan,

PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
_______________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnya rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan semua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari bekerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak kertiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita ke dalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-sama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LEMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang ikhlas memohon,

Suami bin Lelaki




NOTA:

Encik Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan di mana bang?? Guna pisau boleh bang...?"

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!


sumber: email kepamku!

Jalan-Jalan Pegi Makan : Cozy Restaurant

Masa Kejadian: Beberapa Minggu Lepas
Tempat :  Cozy Place Restaurant
Lokasi :  Seksyen 5, Wangsa Maju
Suspek :  4 Orang
Pengangkutan : Jalan Kaki

Malas citer banyak, layan gambo je la ha...
Pics credit tu Annazulkefly [thanks a lot]

-View dari luar-

-the menu-


-interior-


-konco-konco yang kelaparan -




-mee fishball sup : RM 5.90-


-Kari Laksa :RM 6.90-


-Koetiaw Goreng : RM 7.80-

Komen :  Tempat cozy [sesuai dengan namanya] - kalau korang nak romantic dinner amatlah digalakkan singgah sini! , makanan not so bad la.. [takde la sedap sangat kat tekak aku nih].. tapi yang pasti memang mengenyangkan!

3 star dari SYANI okeh!!!



Tuesday, April 27, 2010

Zaman Kampusku.. Aku Tak Percaya

Malam semalam dok tengah lepak... kemas barang2 yang bersepah kat rumah pastu terbelek2 la album2 lama aku. Punya la lama tak buat site visit kat lemari album tu tup tup semalam aku kebek perabih album2 tu.

Habis anak beranak (4 beranak jer) tekun mentelaah album2 tu. Yang paling kelakar gambar masa kecik2, pastu masa sekolah menengah, pastu gambo kat matriks, pastu kat kampus...  bak kata semuanya gambo yang tah apa2. Tapi seronok bila ingat2 balik apebenda yang dah kita buat dolu2kan??

Dalam dok belek2 tu aku terjumpa gambo ni... Aku tak sangka aku boleh terjebak dengan pasukan berunifom ni. Dulu aku alegik dengan baju seragam. Dah le gi sekolah dah pakai unifom, masa kat uni pun nak pakai unifom lagi. BORING!!!!
 - Ni masa kursus Manikayu I-

Ni semua gara2 nak ambil ko-ku la ni. 2 sem jiwa aku terseksa tau. Tak lain tak bukan si Zam , Zummi &Quswa la  tukang penghasut suh  join "KELANASISWA"... Nama sedap la kan tapi tak tahu apekebendanya... Rupa-rupanya budak kecik kata  maksudnya "PENGAKAP".... Adoi..... Maka terjebak la aku &Zalina [sib baik ade geng!]

Peh tengok gambo2 ni, kalau bagi aku seribu pun aku tak hingin join PENGAKAP lagi.. It's not my thing lor...
[At least aku pernah gak buat benda yang aku tak expect nak buat..hehehe]

-bersama member2 yang menjebakkan aku ke kancah PENGAKAP-

Sape Nak Doa Pembuka Rezeki.. Sila Baca!!

Dalam tercari-cari panduan untuk meminta kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetiba ade seorang sahabat mengirimkan email ini kepada saya. Mungkin wajar untuk kita beramal bersama-sama

Dato' Dr Fadzilah Kamsah pernah berkata...
"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan hadis Nabi:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari."

Huraian hadis:
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
-Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar & bersungguh-sungguh).
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

 -DOA KEPADA IBU BAPA-

Maksudnya:  Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


** sudahkan anda doakan ibu bapa anda & sedekahkan al-fatihah kepada mereka hari ini???**

Jawapan Kuiz Tangkap Muat

Petang semalam dah close dah kuiz aku.. Malangnya.. takde sorang pun dapat jawap dengan betul...[Aku tau korang confuse dengan kesemakan stor aku tu kan???]

Nak tau ade berapa beg dalam stor tu???? Jeng..jeng..jeng....

 Hanya ade 10 ye kengkawan... [awat la hangpa jawab lebih dari tu???
Beri tepukan untuk diri sendiri  sebab takyah bagi korang hadiah!!!
Prap..prap...prap!!!

Monday, April 26, 2010

Entry Kecewa... Berat Statik

Semalam timbang berat untuk minggu ke-8 aku ber kempen 100HTN. Nyata jarum penimbang tu memang nak kena penampar dengan aku. Dari minggu lepas statik jer kedudukannya. Walhal aku rasa even aku tak makan nasik, aku pun tak makan banyak jugak. [Dah train perut makan sikit kononnya]. 



 Geramnya & kecewa dengan kempen sendiri..Huhuhu... rasanya macam nak kensel je pantang 100 hari tu. Adakah kena terjebak dalam kempen detox makcik  Zalia atau komuniti Atkins si Dzul???...

*** Detox dah try tapi bukan dengan formula Zalia tapi hasil kureng memberangsangkan so ingat nak try ATKINS la pulak. Tapi aku risau perut tak tahan la pulak. Sesape pernah try ATKINS tak???

Usia Pernikahan Pengaruhi Kemesraan



SebelumTido
6 minggu : Selamat bobok sayang, mimpi yang indah ye,mmmuaaaaaaaaaaah!
6 bulan : tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak boleh ke???

Pakai Toilet
6 minggu : tak apa, u dulu ajelah, i tak  terburu-buru
6 bulan : Lama lagi ke???
6 tahun : brung! brung! brung! (bunyi pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah Gunung Ledang sana!!!

Balas SMS
6 minggu : Iye sayang, jap lagi i sampai rumah, i belikan murtabak kesukaan u...
6 bulan :  traffik jam la...
6 tahun : k...

Dating Process
6 minggu :  I love U, I love U, I love U.
6 bulan : Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!!! Kalau i tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??


Pulang Keje
6 minggu : Honey, i dah balik nih...
6 bulan : I'm back!!!
6 tahun : Masak apa hari ni???

Hadiah (ulang tahun)
6 minggu: Sayang, i harap u suka cincin yang i beli..
6 bulan : I belikan lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u belilah sendiri apa u nak...



Telefon
6 minggu : Baby, ada orang nak cakap dengan u kat telefon ni..
6 bulan : Eh... your call....
6 tahun : Woi!!! Telefon bunyi tuh... angkat ah!

Masakan
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazattttt........
6 bulan : Kita makan apa malam ni??
6 tahun : Hah?? Lauk ni lagi???

Memaafkan
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli yang lain.
6 bulan : Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun : Orang dah cakap banyak kali pun tak paham2!

Baju Baru
6 minggu : Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian tu
6 bulan : Lah... beli baju baru lagi??
6 tahun : Dah berapa ribu habis beli baju tu???

Merancang Holiday
6 minggu : Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yang sayang nak pegi??
6 bulan : Kita ke Bukit Bintang aje la.. senang sikit tak yah naik flight..
6 tahun : Jalan-jalan???? Duduk rumah aje tak boleh ke?? Buang duit aje!

TV
6 minggu : Sayang, kita nak tengok citer apa malam ni?
6 bulan :  Sekejap ye, citer bagus la..
6 tahun : Jangan tukar-tukar boleh!!




*** Sekadar lawak antarabangsa sahaja.. takde berkaitan dengan fakta2 sebenar!!


Saturday, April 24, 2010

Kuiz Tangkap Muat... Ade berapa beg dalam stor???

Sape pandai cuba teka ade berapa beg dalam stor aku yang sempit & semak ni??? Sape dapat jawab dengan betul, aku bagi hadiah tau.. Tak tipu punya... Hadiahnya apa??? Jeng..jeng..jeng... Seutas rantai tangang emas 999... hehehe acah mak labun!



Takde la aku nak bagi hadiah memahai camtu untuk kuiz cenggini... Don't worry, sape jawab betul sure ade hadiahnya.. Walaupun tak seberapa tapi ikhlas tau dari aku!.. Kuiz aku bukak kepada semua follower aku sampai hari Isnin kul 5 petang sahaja!!  [Kalau nak jawab sila la jadi follower dulu okeh!] Cepat jawap.. sape cepat dia dapat!

PERANG!!!! BN vs PKR

Tajuk entry yang sungguh berbaur politik... Haahahah!

Walaupun tajuk berunsur politikus tapi aku tak koser nak citer pasal politik. Sekadar nak menunjukkan kemeriahan perang poster di Hulu Selangor yang terchenta ni...

Menjelang pilihanraya esok... semakin sengit perang poster & kempen memancing undi. Peh.. sana sini kempen & poster Pakcik Kamal & Tuk Zaid tu.. Ade satu tempat tu gambo besar Nik Aziz pun ade [ape ke kaitannya??]

Ni gambo2 yang aku snap kat Ulu Yam... Dah le tu jem sepanjang jalan siap dengan polis buat pemeriksaan lagi. Macam nak masuk kawasan darurat lak rasanya..

-jem sebelum pemeriksaan polis-

Kalau ikutkan perang poster & bendera korang rasa sape menang???
For sure lah BN sebab bajet depa banyak. Poster/banner/bendera PKR memang sikit tu yang tak banyak dalam gambar2 aku ni.

Gara2 banyak letak gambo bendera BN ade yang cakap aku ni orang BN la pulak... Allllo... aku tak sokong mana2 pun.. BN tidak PKR pun tidak.[lagi satu aku tak mengundi pun...] Hohoho.. Mesia terpaksa la simpan rakyat macam aku ni. Cuma aku berdoa semoga pihak yang terbaik akan menang.. tu jer...

"SALAM SATU MALAYSIA"

Ni ade satu benda kelako kat fb aku:
[kelako la Yong!!.. wakakaka]

Friday, April 23, 2010

Mengapa oh Mengapa???

Entry ni aku ambil dari email lama dalam inbox aku sebagai renungan kita bersama 

(Mentang2 hari Jumaat, mesti nak buat tazkirah!)

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Sudah tentu baik sebab sahabat ambo mudah lupa. Macam ambo juga, Melayu mudah lupa (malay easily forget). Kata Abe Mahathir dulu...


~MENGAPA OH MENGAPA~



Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaan.....


  ....tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?



Mengapa sesorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya....




...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu dia ditekan???





Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...



...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!'




Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan....


 ...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?



Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...


 ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tidak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!


 
 Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi....


 ...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
 


 Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan....


 ...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!



Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar....



 Tetapi selalu mempersoalkan apa yang terkandung dalam Al-Quranul Karim??




Jadi renung-renungkan, fikir-fikirkan... [Walaupun tak semua senario tersebut berlaku di Malaysia]