Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 31, 2020

ADIB DAH TINGKATAN 1

Tahun 2020 ni Adib dah tingkatan 1
Amira pulak dah darjah 1

Tapi cerita pasal Adib dulu la
Pasal Amira next entry pulak

1/1/2020 tarikh Adib kena daftar ke sekolah baru [dan asrama]
Nasib la buat hari cuti, tak payah le mama minta cuti lagi
Pagi2 lagi dah siap2 untuk ke SMK Kuala Kubu Bharu
Perjalanan dari rumah aku ada la dalam 20-30 minit
Amira & Jasmin aku tak bawa pun.. Suruh Aleeya yang jaga sebab takut urusan sekolah & asrama akan ambik masa yang lama
Pastu aku ajak sorang kawan aku & adik aku tolong temankan aku
[tolong angkut2 barang pun ye jugak๐Ÿ˜†]

Memula buat pendaftaran sekolah dulu
Kena ada disekolah pukul 8pg so seawal pukul 7.15 dah keluar rumah
Sampai kat sekolah kena daftar nama dulu, pastu duduk ikut kelas yang dah ditetapkan. Adib dapat kelas 1 Digital.

Pendaftaran dibuat di dewan besar
Lepas tu biasa la ada taklimat sikit2 dari Pengetua


SMK Kuala Kubu Bharu ni merupakan sekolah kawalan
So memang selektif sikit la pemilihan murid2nya
Tahun ni Tingkatan 1 ada 5 kelas dari pelbagai aliran - Murid KAA [Kelas Aliran Agama], murid dari PLD [Pusat Latihan Daerah - Adib kat sini lah!], murid2 tajaan Yayasan Selangor & murid2 yang memilih & terpilih untuk ke SMKKKB.

Lepas habis taklimat baru la kena pi bayar yuran la, beli kelengkapan sekolah, lepas tu ambil buku teks pulak. Kelas Adib ni pulak kelas yang last sekali ambik buku teks, so tak dapat semua buku teks masa tu. Adib pun dapat 3 buku je. Kemudian baru cikgu bagi kot yang selebihnya.
Lama juga la nak selesaikan urusan2 tu semua sebab ramai kan
Itupun kena cepat sebab pukul 11pg ada taklimat asrama pulak
Kena rushing ke asrama pulak
Nasib la asrama tu sebelah sekolah je.. tapi still la kena naik kereta kan
takkan nak jalan kaki pulak

Sementara Adib pi ambik buku teks sempat la tangkap gambar ni
Nun ha bangunan asrama yang kuning2 tu.
Seberang padang sekolah je


Settle di sekolah, terus ke asrama. Terus dapat parking depan bangunan asrama lelaki [aspura]. Harap2 Adib punya bilik kat bangunan tu la.. senang nak angkut barang nanti๐Ÿ˜†. Lepas tu kena pi dewan pulak untuk taklimat asrama.


Ni la asramanya...

Cikgu tengah bagi taklimat

Sempat pulak kawan aku candid gambar ni
Tah apa aku cakap kat Adib pun aku tak ingat dah๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Lepas habis taklimat, baru la kena serah borang asrama kemudian baru dapat tahu dapat bilik mana, pastu kena pi beli la kelengkapan2 asrama pulak - cadar, baju batik, t-shirt bla..bla..bla...

Tu dia..... harga kemain kannn


Masa kat koop tu, aku nampak baju batik asrama tu ada yang dah ready made. Aku tanya la budak kaunter tu, baju batik tu ready made ke kena tempah sebab dalam list kata bagi kain je.
Budak tu kata ada yang ready made. Tapi masa tu saiz S & M dah habis. So kena la tempah sendiri... Alamak saiz Adib takde la pulak kan... Udah satu keje pulak nak kena pi tempah baju....[duit lagi kannn]


Lepastu kan aku tanya la bila nak kena pakai baju batik tu? 
Budak koop tu kata hari Khamis & kalau ada majlis rasmi
Aku cek balik dalam buku panduan.. Haah la hari Khamis
Pastu aku tanya pakai pegi sekolah ke?
Budak tu kata ye.

Jumaat pulak kena pakai sepasang baju melayu putih. Yang ni memang aku tak beli la sebab kan takde list.. Nampaknya kena pi beli la nanti.


Pastu aku cakap la kiranya budak2 ni pakai baju sekolah 2 hari je le seminggu ke?
Budak koop tu kata, kalau ada PJ, diaorang pakai T-shirt sekolah..
Ate??? Seminggu sekali je la pakai baju sekolah gamaknya ye
Beria aku spare 3 pasang tau..hahahahah

Aku assume gini la:
Isnin - Baju sekolah
Selasa - Baju PJ (budak tu kata selalu PJ hari Selasa & Khamis)
Rabu - Baju koko
Khamis- Baju Batik
Jumaat - Baju Melayu Putih


Lepas tu berangkut la kami ke asrama pulak
Adib dapat dorm kat Bangunan Tun Mahathir
Dia dapat bilik 1. Dalam tu muat dalam 12-16  orang gak le. Katil double decker.
Yang lagi best untuk si Adib, geng2 PLD dia semua satu dorm
Senang la deme kan...
Ingatkan masa pemilihan PLD hari tu semua 25 orang masuk SMKKKB rupanya 8 orang je yang daftar diri. Tah cemana deme nak main bola tah le... Ada next selection pulak kot nanti.

Mama tolong le kemas2 apa yang patut
Haish.. cemana gaya le anak aku duduk asrama ni kan


Nasib dapat loker beso....
Banyak space lagi boleh bubuh barang
Nampak tak bakul2 tu sedang elok je duduk dalam tu

Sampai pukul 2 petang mengisahkan Adib di asrama.
Lepas tu kata cikgu, boleh la keluar pi makan ke apa 
cuma budak2 kena ada di asrama pukul 6 petang.

Bawa Adib pi makan, dah alang2 dekat dah nak balik aku ajak balik rumah dulu
Sempat la singgah kedai pi beli Baju Melayu putih tu
Tapi aku tertinggal pulak kain baju batik si Adib kat dorm, kalau idak boleh pi tempah baju batik sekali

Lepas Asar, aku hantar Adib balik hostel
Feeling tah cemana rasa tah nak melepaskan anak jauh dari mata
Tapi sebab dekat je, kira tabahkan hati je la
Tetiap minggu boleh pi jenguk kan
Lagipun 2 minggu sekali boleh balik bermalam di rumah.

Ada improvement sikit kat loker Adib
Aku bawa "observator" dr IKEA tu 
Boleh la dia letak tuala/cadar dalam tu



View dari dorm Adib
Perasan tak ada pelangi di situ????



Belakang tu la bangunan hostel Adib
Semua budak baru ditempatkan di sini 
Tapi ada gak yang ditempatkan dengan senior2
Semoga Adib baik2 saja duduk di asrama
Semoga lebih fokus & berjati diri duduk dengan kawan2
Jaga diri, jangan sampai kena buli @ membuli org lain๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†





Thursday, January 30, 2020

PERSEDIAAN KE ASRAMA

Ni merupakan pengalaman pertama hantar anak masuk asrama
walaupun bukan asrama penuh, just asrama harian je
Tapi dia punya preparation tu tak kalah dengan orang yang masuk asrama penuh..
Tapi disebabkan aku sendiri ada pengalaman duduk asrama so boleh la atur & imejin cemana life kat asrama tu kan.

Yang jadi cabaran ialah bila takde listing barang2 keperluan yang perlu dibawa
Masa dapat offer letter takde pun disertakan list2 tu semua
Berapa baju nak bawa, baju apa perlu bawa
Pastu loker pun tak tahu besor mana, kalau kecik cemana nak adjust..huhuhu
Aku ni main agak2 je la.. 
Takpe la, mujur dekat je dengan rumah, kalau tertinggal pun sempat la nak hantar kan..

Memandangkan Adib ni lelaki, so rasanya barang2 tak banyak sangat kot cam orang pompuan
aku dah siap2 susun dalam bakul & gantung kat hanger baju2 dia
Nanti sampai sana je sumbat je dalam loker
Takpe bawa yang penting2 dulu... tak cukup nanti beli kemudian


Pakaian2 asas....
Tilam takde la beli dengan harapan tilam disediakan..hehehe
Masa aku asrama dulu, tilam kena beli sendiri tau
Beli je kat koop masa tu
Bantal tu just bawa kot2 la bantal hostel tak best๐Ÿ˜†


Baju2 t-shirt & baju2 sekolah dah gantung kat hanger siap2
Takdenya sumbat dalam beg lawa2
Aku angkut gitu je.. malas aku nak lipat2 aihhhh
[harap2 ada la ruangan untuk hanger baju dalam loker tu๐Ÿ˜…]

Beg paling lawa pun beg IKEA biru tu je ๐Ÿ˜…
Bawah baju2 tu ada baldi & perkakas2 mandi dia
Stok makanan & minuman utk kudap2 pun ada bawah tu jugak.
Pastu bakul2 extra utk isi  & susun brg2 dia dalam loker nanti
[Bakul beli kat kedai 2 rengget je pun...]
Ha... sempoi tak anak aku masuk asrama???hahahahaha

Next entry baru aku tunjuk loker dia cemana..







Wednesday, January 29, 2020

EMPANGAN KUALA KUBU

Sebelum Adib daftar sekolah hari tu sempat la pi settle dulu apa yang patut 
Kebetulan minggu tu bos aku bagi cuti tu yang boleh buat urusan rasmi
[cewah... rasmi la sangat.. urusan bank je pun๐Ÿ˜†]

Lepas settle semua, saja la lajak2 berjalan sampai ke empangan Kuala Kubu
Empangan ni mesti korang akan lalu kalau nak ke Bukit Fraser
Saja la pegi situ sebab orang kata tempat ni lawa
Kebetulan hari pun elok je panas kan... cuaca terang gitu
Sampai2 sana, takde orang pun.. cuma pekerja situ je kot
Aku pun park kereta pastu jalan2 kat kawasan sekitar je
Kami pegi 3 beranak je.. Adib & aleeya tak folo pun.

Ni kat entrance


Ekceli takde la apa yang best pun kat sini
Cuma pemandangannya lawa je
Ada je wakaf kat sini tapi just untuk duduk2
takleh le nak piknik2 kat situ [ada tampal kat wakaf tu]
Maybe sebab taknak kawasan situ kotor kot

Cantikkan pemandangan kat situ?







Yang bestnya lagi kat sini, angin kuat
Cam duduk tepi laut
Cuma teduh sebab ada pokok2

Budak2 ni suka la main2 kat situ sebab redup

Syok juga dok sini sekali sekala 
Tapi kalau hujung minggu tak sure la ramai orang ke idak







Monday, January 20, 2020

TAWARAN KE SMK KUALA KUBU BHARU

Ingat tak masa pemilihan ke program PLD awal bulan 12 dulu?
Kan Adib terpilih, pastu kena submit borang untuk kemasukan ke asrama kan
Alhamdulillah nampaknya permohonan Adib ke asrama tu berjaya
itupun lepas 2x aku telefon ke sekolah bertanya tentang permohonan
Asalnya ada kawan Adib yang dah dapat tawaran, so coach Adib ada la tanya kat aku sama ada Adib dapat ke tak asrama tu
Aku cakap takde lagi pihak sekolah call pasal asrama
so aku la call ke sekolah untuk tanya 

Memula kerani tu kata nama Adib takde pun dalam senarai asrama
Aku pun pelik juga.. Aku tanya kenapa, dia kata sebab Adib tak layak
Aku tanya lagi apa syarat kelayakan nak masuk asrama tu
Dia kata tengok keputusan UPSR... pastu aku pun sembang2 (cakap elok2 la.. takde la marah2 pun kan) pastu aku cakap Adib dapat 3A. Kerani tu pun pelik kenapa 3A tak dapat asrama.. Sedangkan kawan Adib tu 1A je tapi dapat pulak๐Ÿ˜…

Aku cerita la masak aku submit borang haritu, kerani yang terima borang aku tu macam blur2 je (kerani yang lain).. Dia cakap kenapa aku submit borang lewat sebab permohonan asrama dah tutup seminggu sebelum tu. Aku pun cakap la pemilihan baru je buat semalam, coach yang bagi borang suruh submit hari tu jugak. Pastu aku cakap Adib dapat untuk program bolasepak PLD. Lagi la kerani tu blur. Tapi dia ambik juga la borang aku tu. dia kata kalau dapat nanti pihak sekolah akan call. Kerani tu blur agaknya sebab program PLD ni baru first year nak buat kat sekolah tu. Sebelum2 ni kat sekolah lain. 

Back to teleconversation dengan kerani tu (yang actuallynya penyelia asrama), dia kata nanti dia cek semula. Maybe kerani yang awal2 tu tak alert pasal PLD & terus simpan je borang Adib tu. Well, aku just cakap terima kasih la sebab nak tolong cek semula permohonan Adib tu. Sebab aku pernah cakap pada Adib, kalau tak dapat asrama, susah le nak berulang sebab jauh. Lagi satu transportation problem juga kan. Lagipun, aku pun percaya pada konsep rezeki.. Kalau dah rezeki Adib insya-Allah dapat & dipermudahkan.

Selang sehari dua still tak dapat call dari pihak asrama. Cuak gak aku. So aku try call lagi sekali. Kali ni kerani lain pulak jawab. Aku tanya pasal nama Adib ada ke tidak dapat asrama. Kerani tu cek dia kata ada. Nanti puan datang le ambik surat tawaran & buat urusan pertukaran sekolah... Alhamdulillah.... lega.. Ada juga rezeki si Adib setelah gagal ke MRSM & SBP๐Ÿ˜….

Esoknya pagi2 la aku dah ke pejabat sekolah tu untuk ambil surat tawaran. Memula kerani tu tu cakap pergi sekolah Batang Kali dulu & uruskan pertukaran sekolah lepas tu baru ambik surat tawaran & ke pejabat PPD di Kuala Kubu. Nanti tak payah le nak patah balik banyak kali kononnya. Tapi tah cemana aku cam tergerak nak ambil surat tawaran dulu sebab pihak sekolah mesti tanya kenapa nak tukar sekolah kan. Ada surat tawaran baru la ada bukti gittew kan.

Surat daftar sekolah

Surat tawaran asrama


Lepas ambil surat tawaran aku patah balik ke Batang Kali sebab nak pegi sekolah SMK Bandar Baru Batang Kali. Kan haritu dah buat penempatan kat situ kan. So kena la pi buat pertukaran pulak.. Nasib la aku usung segala salinan dokumen2 yang diperlukan. Hari yang aku pegi tu hari yang sama result PT3 keluar. Memang ramai la orang kat sekolah.

Nasib la aku ada surat tawaran tu tau. Sebab kerani tu kata kalau takde surat tawaran memang tak dibenarkan buat pertukaran sekolah. Lepas isi2 borang semua & bagi dokumen2 yang diperlukan aku kena la tunggu kerani tu siapkan surat & dapatkan tandatangan pengetua. Sebab surat/borang tu kena bawa ke PPD pulak. 


Sementara nak tunggu surat siap, aku cakap kat kerani tu nak turun bawah pegi beli buku kat kedai buku. Pelik pulak kerani tu, buat apa beli buku kan nak tuko sekolah. Aku cakap nak beli buku untuk anak sorang lagi yang tingkatan 3 ๐Ÿ˜.


Lepas siap, akak kerani tu kata boleh la pegi hantar surat tu ke PPD. Dapatkan sign pengarah pastu hantar balik 1 salinan surat tu kat pejabat sekolah. Surat tu ada 4 salinan - 1 akan bagi pada PPD, 1 pd sekolah baru (SMKKKB), 1 pada sekolah lama (SMKBBBK) & 1 lagi untuk simpanan aku. Aku dah tak larat nak ulang balik ke KKB hari yang sama so aku terus pi kerja. Lagipun dah lewat dah aku nak masuk opis (sebab kabo kat HR lewat sikit sebab uruskan hal sekolah anak)

Esoknya...pagi2 dah pegi ke PPD untuk dapatkan sign pengarah. Sampai sana alhamdulillah orang tak ramai. Sampai giliran terus bagi segala borang & dokumen sokongan yang kerani tu minta kat kaunter. Pastu kerani tu pegi bawa masuk bilik borang2 tu untuk pengarah sign.  Sementara pengarah tu sign, pak guard kata sapa ada parking kat tepi2 tu better alih kereta sebab polis tengah ronda & saman. Adoiiiii.. aku la tu yang parking tepi2 jalan tu sebab ingatkan kejap je.. Maka berlari2 anak le aku nak pi alih kereta. 

Bila dah masuk balik ke bangunan PPD tu balik, budak kerani tu tanya puan pegi mana??? Pengarah panggil katanya.... Ah sudah.. pehal la pulak masalahnya kan?? So dia suruh aku masuk bilik yang pengarah tu ada. Masuk kat bilik tu, aku tanya la pengarah tu, kenapa tuan nak jumpa saya.. Borang anak saya ada masalah ke? Dia kata takde la apa.. dia tanya anak aku dah dapat ke surat tawaran dari SMKKKB. Aku cakap dah. Sebabnya dia kata takde pulak salinan surat tawaran tu kat borang tu.. Aku cakap kerani tu tak mintak tadi, saya tak bagi le๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..  Lepas bagi surat tawaran tu pada pengarah tu, baru la dia sign borang Adib.. Lega satu hal.... lepas cakap terima kasih, cepat2 la cau cin cau la dr situ sebab nak hantar pulak borang tu kat SMKKKB. Nasib la SMKKKB tu belakang bangunan PPD tu je..

Orite.. settle hantar borang jom pegi opis


2 hari berturut2 mengisahkan hal ehwal sekolah si Adib. Penat badan dibuatnya. 2 hari juga masuk lewat ke opis.. Nasib tak dapat warning letter...hahahahah.. HR & boss aku baik2.. Memahami gittew.. Syukur segalanya dipermudahkan. Tunggu 1 Januari untuk daftar pulak. Standby $$$$ je le nanti nih..






Wednesday, January 15, 2020

TANAM TALI PUSAT ANAK

Haritu terdengar ceramah ustaz Azhar Idrus pasal tali pusat anak yang baru lahir
Katanya seeloknya tali pusat tu kena tanam sebab itu juga sebahagian dari anggota  badan
Selama ni aku simpan je dalam bekas kat rumah
dah anak 4 orang dah pun๐Ÿ˜…
Maklum la orang dulu2 kan selalu kata tali pusat anak simpan le dalam satu bekas, kononnya taknak nanti asyik bergaduh je... cehhhhh kurafat betul la
Kalau fikir2 balik apa la faedahnya simpan benda tu kan.
Sekarang pun anak2 aku ada gak gaduh2... normal la tu kan???

Lama dah plan nak tanam tapi asyik terlupa je
Itu la orang kata jangan tangguh2 kan
bila asyik tertangguh ni camni la jadinya.

Memandangkan kat rumah aku dah takde tanah
(sebab dah simen semua๐Ÿ˜…)
Tambahan pulak aku pun takde cangkul, so masa balik kampung haritu aku bawa la sekali tali pusat anak2 aku tu.
Dah siap2 bubuh dalam beg sebab takut terlupa.


Petang2 time lepas Asar, aku suruh Adib pi tanam tali2 pusat tu
Memula dia nampak aku keluarkan tali pusat tu, terus dia kata "eeee... mama simpan???" Geli beno kononnya.. Pastu aku tunjuk dia punya yang mana.. Aku siap tulis nama tau.. baru tau siapa punya๐Ÿ˜…. Yang paling putih tu tentulah si Jasmin yang punya sebab dia yang paling latest..hehehehe


Abang besar tolong korek lubang & tanamkan semua tali pusat tu
Siap aku bebel pesan macam2 la kat dia


Alhamdulillah, settle!


Korang yang dok simpan lagi tali2 pusat anak tu bawa2 la pi tanam. Simpan pun apa gunanya ye dok??? 
Jangan jadi cam aku.... hahaha.. anak yang paling beso pun dah 15 tahun.. Bayangkan 15 tahun dok simpan dia punya ๐Ÿ˜…. Teruk betul.. Lama beno jahilnya aku ni..(insofff)







Tuesday, January 14, 2020

REQUEST SCOOTER

Sebelum cuti sekolah hari tu dah janji dengan diaorang (Jasmin & Amira)
kalau periksa dapat result bagus, mama bagi hadiah
Diaorang siap cakap kalau dapat no 1 nak apa, no 2 nak apa..
Mama cakap hadiah ada untuk no 1-5 je๐Ÿ˜†
Tapi.... dah pesan takleh la hadiah mahal2 sangat

However, hujung tahun lepas takde pulak periksa kat tadika diaorang
Just prestasi keseluruhan yang dinilai
So Alhamdulillah dua2 dapat la hadiah pelajar terbaik



Pastu diaorang menuntut la hadiah
Aku cakap takde nombor cemana nak bagi hadiah??๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Saja la menyakat diaorang kan
Pastu Amira kata abis tu takleh ada hadiah ke??
So aku cakap boleh... tapi cakap dulu nak apa
Tah cemana dia boleh kata nak skuter
(tah masa bila pulak la dia tengok ada orang main skuter)
Dah Amira mintak skuter, si Jasmin pun nak jugak le kan
Terus la mama buka shopee pi cari skuter yang murah2 je


Cam biasa, Amira kata dia nak kaler biru, Jasmin nak kaler pink
Nasib la jumpa seller yang dua2 kaler masih available
Oder hari Sabtu, hari Isnin dah dapat

Postage ke office je
Balik nak buat surprise kat anak
Itupun selagi tak dapat, hari2 budak2 tanya mama dah beli ke belum?

Petang tu sampai rumah, eksited la diaorang bila aku bawa kotak tu keluar dari kereta
Tak sempat2 nak suruh pasang
Nasib la Adib ada masa tu, dia la yang tolong pasang skuter adik2
Siap ada free gift loceng.. tu pun Adib yang pasangkan.

Terus main masa tu jugak
Main la selagi tak jemu kan


Happy faces....๐Ÿ˜Š



Sampai ke malam mainnya
Ni saja aku tutup lampu sebab nak tengok lampu2 kat tayar skuter

Amira ok je bawa skuter tu
Jasmin je masih gayat lagi
Tapi sekarang dia dah ok dah main skuter tu










Monday, January 13, 2020

MRSM @ SBP ---> BUKAN YANG TERBAIK UNTUK ADIB

Semua parents kalau boleh nak anak2 diaorang sekolah kat sekolah yang bagus2 kan
Termasuk la aku ni (walaupun result anak aku tu so-so je kan)
Tah kenapa SBP & MRSM ni  memang top la kalau kalau untuk lepasan UPSR & PT3 ni kan
Branding deme tu mengatasi sekolah2 yang lain
Lagi satu sekolah2 agama  (SMAN/SMKA) pun ok juga
Tapi memandangkan Adib pun tak cenderung ke jurusan agama ni, so memang tak apply la mana2 sekolah agama pun
(Lagipun PSRA pun dia tak ambik๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…)

Last year ramai budak2 yang result UPSR 2-3A dapat je MRSM/SBP so tahun ni aku pun menaruh harapan juga la kot2 Adib tersangkut kat salah satu sekolah ni. Orang lain mohon, kita pun mohon la jugak kan.. Mana la tau ada rezeki si Adib. Di samping tu, aku ni tetap berdoa Adib ditempatkan di sekolah yang terbaik untuk dia. Dan kalau dua2 pun tak dapat aku doa Allah jadikan aku ni berlapang dada saja dengan keputusan tu. Terpaksa la Adib sekolah di sekolah harian biasa je.

Bulan 12 haritu result untuk sekolah2 yang dipohon dah keluar
Cek online je pun
dimulakan dengan MRSM 


Well.. takde rezeki
Tak layak langsung (sampaikan butang rayuan pun takde ha)
Adib punya happy tak dapat sebab dia memang taknak
Mama frust juga sikit la kan


Takpe la... masih ada harapan untuk ke SBP
Hari result SBP nak keluar server pulak buat hal
Kata result keluar pukul 3 petang, sampai pukul 9 malam still tak boleh access
Tak lena tido mama ni (over nau kan)
Aku terjaga tengah malam terus capai henfon nak cek result
dan hasilnya...

Tak berjaya juga
Sedihnya aku rasa
sebab rasa anak aku ni memang tak layak kemana2 pun
kesian anak aku..huhuhuhu..
[sampai aku takleh tidur dah lepas tu]

Aku jadi frust la sebab apa yang aku harapkan tak kesampaian kan
Kadang terfikir ni sebab keinginan aku atau keinginan anak aku kan

So aku bangkit buat tahajud jap
Lepas zikir sikit, doa sikit (plus nangis sikit)
baru la hati aku lega
Aku tau Allah nak bagi Adib benda yang lagi best untuk dia
cumanya kami kena bersabar kan

Aku ni bukannya apa, berharap Adib dapat duduk asrama supaya dia lebih fokus pada pelajaran & lebih berdisiplin dan terkawal persekitarannya. Sebab selama ni dia memang kurang fokus, banyak dipengaruhi kawan2. Risau tau.. nak2 anak lelaki.

Esoknya aku bagitau Adib, yang SBP pun dia tak dapat
Dia relaks je sebab dia pun tak rasa nak sangat ke SBP tu
Mama je yang lebih2 kan... Adeh
Aku just tanya dia,  mama ada buat rayuan, kalau dapat Adib nak pegi tak?
Dia kata taknak..huhuhu
Well, i rest my case.
Mana2 le Adib ye... janji ko sekolah๐Ÿ˜…




Thursday, January 9, 2020

JALAN-JALAN TENGOK PENYU DI SEGARI, PERAK

Cuti2 sekolah yang lepas takde plan bawa anak2 jalan2 pun
Tak tahu nak ke mana pun sebenarnya tambahan pulak nak kena jimat cermat untuk persediaan sekolah tahun depan pulak,
Dahtu pulak Adib ni kerap ada match bola untuk kelab dia
so takde la masa yang sesuai nak jalan2... 

Tapi selit juga waktu nak balik kampung, nak jenguk mak & datuk di kampung
Tapi hujung minggu je la
terpaksa la si Adib korban training bola dia untuk minggu tu
(hahaha.. tak puas hati dia sebab kena paksa balik kampung)
Yang benonya dia tak suka balik kampung sebab boring - no tv, no internet, no friends a.k.a cousin sebabnya minggu tu aku je yang balik kampung๐Ÿ˜†. Line telefon pun kejap ada kejap tidak.. Line internet lagi la sendu kan.

Sebelum balik tu survey2 juga la tempat2 yang terdekat yang kami boleh pegi
dah alang2 balik kampung di Pantai Remis, Perak tu kan
[Mak aku duduk sana sekarang, so jarang dah balik Ipoh]
Pastu teringat la kat Segari ada tempat konservasi Penyu
Lagipun aku balik kampung memang jarang ikut highway.. selalu ikut jalan kampung je. So memang 1 hala la ke kampung tu.

Selama ni memang aku tak tau pasal tempat penyu ni
tapi haritu saja google2 tempat yang best kat Pantai Remis baru la terjumpa pasal tempat ni
Takde la jauh pun dengan rumah datuk aku tu sebenarnya
Pastu aku tak sangka kat situ ada laut... ingatkan muara sungai je ada situ..hahahah
Aku folo je google maps.. insya-Allah jumpa tempatnya
Korang cari je pusat konservasi penyu Segari @  Baitul Hilal
Baitul Hilal tu tempat orang pi tengok anak bulan time2 nak raya..
Baitul Hilal dengan tempat penyu tu dekat2 je.. 

Tapi jalan nak masuk tempat tu memang scary la
Macam sunyi, takde orang lalu... kiri kanan ladang sawit
pastu ada ladang2 ayam... 
dalam hati tu betui ke idak jalan ni.. orang pun aku tak mandang๐Ÿ˜…
Tapi nasib la ada signboard... korang folo je la..
Akhirnya tiba la ke destinasi yang dituju..
Memula nampak laut terus excited.. tapi sampai kat kat tempat penyu rupanya tengah renovation.
Ingatkan tak boleh masuk... rupanya boleh masuk ikut pintu tepi..
Cuma kereta kena parking luar la... tapi nak jalan pun idak le jauh mana.

Akhirnya tiba di sini
Bangunan belakang tu macam muzium penyu la
Ada la cerita pasal penyu & tulang2 penyu dalam tu


Kat sebelah tu ada kolam untuk anak2 penyu
Comel je tengok anak2 penyu berenang2
Ekceli kolam ni ada jaring2 kelilingnya
jaring halus2 tu.. ni pun gambar ikut celah2 jaring tu je la๐Ÿ˜…

bukan takat anak penyu, tapi bapak penyu pun ada
tapi kat kolam yang berasingan la
Tak tahu kenapa dia letak dalam tu
maybe penyu2 tu sakit @ ada masalah kot
(takde pulak orang yang bagi2 penerangan tu.. buat andaian sendiri je la jawabnya)





Bersebelahan tu ada la kolam terbuka
Ada 3 kolam
Kat sini boleh la tengok penyu2 berenang2 dalam tu
Amira & Jasmin bukan main eksaited tengok penyu2 berenang

Sebelum tu meh kita kenal dulu jenis2 penyu di Malaysia


Ni kolam yang pertama
kolam penyu agar
Penyu agar ni memang aktif je berenang2 dalam kolam tu







Ni pulak Tuntung Laut
[ni kat kolam lain pulak]


Ni pulak penyu Karah kat kolam sebelahnya
Tapi penyu ni malas je nak berenang
statik je dia duduk kat situ๐Ÿ˜…


Kat situ pun ada dijual makanan untuk penyu
kalau korang nak bagi makan penyu tu, boleh la beli

Tak jauh dari situ ada kawasan untuk tanam telur penyu kot
Takde lagi yang menetas nampaknya


Ada kawasan lagi satu kawasan larangan
Memang takleh masuk
Maybe untuk penetasan kot

Sebelah pusat konservasi penyu ni ialah
LAUTTTTTTTTTT
Ye la kan, kang penyu dah menetas, kena la di lepaskan ke laut ye dak
Cuaca pulak tak panas walaupun dah pukul 12 tengahari
Kami pun lepak2 je la main pasir pantai
Rupanya ramai je lepak2 kat pantai tu
Yang tangkap ikan pun ada (siap menjala)

Amira dah teruja nak mandi dah
Aku cakap tu bukan laut untuk mandi... airnya tak berapa bersih
Nak main2 air boleh la
Itupun aku pesan jangan sampai basah baju sebab takde baju spare


Tapi Amira tu punya excited lupa dah pesanan2 aku ni
Sikit2 dia main air last2 sampai basah baju dia
Adoi la budak ni...

Conteng pasir dulu


Nampak tak tu dah siap sinsing seluar dah si Amira



Adib membawa diri sebab kena paksa balik kampung kan..hahahaha





Best juga lepak2 tepi laut camtu
Angin kuat.. best
Kalau main layang2 pun best gak tu kan
Orang pun tak ramai macam kat Teluk Batik
Kalau nak joging2 petang2 boleh la..

dah dekat kul 1 aku ajak diaorang balik
punya la protes si Amira sebab dia nak main laut lagi
Perut ni pun sebenarnya dah lapar..hehehe..


Sebab baju Amira basah, terpaksa la aku salinkan dia baju juga
Punya la moncong sebab aku ajak balik
last2 kena pujuk esok kita datang lagi main air laut
[dengan syarat bangun awal pagi]

Otw balik ke rumah datuk aku, singgah dulu la pekena cendol kat 
SELEKOH PAK NGAH kat area Sungai Batu tu
Betul2 kat selekoh je kedainya, senang nak nampak
Macam2 ada kat situ, cendol la, abc la, laksa la, goreng2 la

Tengah makan cendol, hari hujan rintik la pulak
Kena lari duduk bawah payung 


sambil2 tu aku order pulak Char Kuey Tiaw Special
Di bawah telur tu ada udang2 besor dalam 5-6 ekor tau
Puas makan la...


Amira still merajuk tak puas hati kena balik dari laut
hahahaha
Time orang dah nak habis makan, baru la dia nak makan ABC tu
Sebab dah lambat sangat, kena la tapau bawa balik..
Dah makan tu kira mood dah ok la tu..
Amira..Amira.. Nanti kita pegi laut lagi ye..