Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

100 HARI

Alhamdulillah 
Sudah 100 hari Annur dipinjamkan pada kami
Walopun Annur adalah baby accident mama & abah
Tapi kami terima kehadiran Annur dengan gembira

Budak ni dah makin bambam
Dah pandai senyum2 bila orang panggil nama dia
Siap boleh mengekek ketawa kalau kena geletek


Sekejap je dah 100 hari kan
Abah pun dah nak habis pantang
Ayoyoyo!!!!
First time abah pantang sampai 100 hari tau
SYABAS abah!

** Mama kena ambik supplement lebih!

Thursday, September 25, 2014

HABIS PANTANG... MERDEKA!!!

Alhamdulillah...
Pantang2 rock aku sudah berakhir semalam
Jenuh nak tunggu 44 hari tau...
Itupun dah hujung2 aku cam pantang tak pantang je
Nak2 pulak hari ke 39 dah mandi hadas
Bila dah start sembahyang tu kan dah tak terasa diri tu dok dalam pantang lagi

Gambar terakhir Jasmin dalam pantang
[gambar petang semalam]
Hari ni sudah 45 hari  umur budak ni.

Walopun dah habis pantang
Tapi aku idak juga melasak sangat
Mana yang larat je aku buat
Selebihnya tetap kena kelebek baby kan...

Wednesday, September 24, 2014

CCPP PENGGANTI NESCAFE

Aku adalah hantu Nescafe tau [bukan yang 3-in-1 punya tau]
Sehari at least sekali mesti nak minum Nescafe
Kat opis pun boleh kata ni minuman rutin aku hari2
Tapi masih takleh celen Nescafe yang dibancuh oleh tea lady opis lama aku..huhuhu
[Rindu Nescafe Kak Laila]

Dalam pantang ni aku tak berani minum Nescafe
Berani minum kopi, susu ngan milo je 
Sebabnya masa pantang Amira dulu, aku pi gatai minum Nescafe
Atenya seharian mata si Amira dok segar bugar
Aku le yang teruk kan.. sebab baby takmo tidur sedangkan aku mengantuk ya amat.
So pantang kali ni takmo ulang lagi
Kalau tak jenuh la aku wei...

Sebagai pelepas gian, aku beli la CCPP
CCPP = Cocoa Collagen Power Plus
So far aku minum ni idak le pulak Jasmin tu takleh tido
Ini dia stok sebulan aku..

CCPP ni aku pernah minum masa sebelum aku peknenkan Amira
Konon2 nak bagi tenaga la sebab aku masa tu selalu letih
Tetiba dapat bonus peknen lak.. Alhamdulillah

Baru minum sekotak, udah tau peknen pulak
So rezeki teman seopis la dapat lagi 2 kotak tu..hahahaha

Ni pun member2 aku dok usik dibuatnya karang terlekat lagi sorang bila dah minum CCPP ni
Hahahaha...
Woi pakai protection la woi!!!!
Udah2 le tu aku beranaknya... [buat masa ni la]
Letih oo anak rapat2 ni.. mujo bukan kembo.. kalau idak tumpo aku!!

Khasiat dan kebaikan CCPP ni kome google la sendiri
Malas aku nak bagi huraian..
Yang penting POMPUAN PREGNANT & LELAKI ---> TAK BOLEH MINUM!!!




** Hari ni last day pantang.. Esok aku MERDEKA!!!

Friday, September 19, 2014

DUET

Inilah kehidupan aku sekarang
Hadapilah dengan tenang...[ada masa nak tendang pun ada]
Ooopsss bukan tendang anak ye...
Nak tendang dinding je...

Aleeya dan Adib aku tak heran sangat sebab masing2 dah besar kan
Dah pandai bawa diri

Ni yang kenit2 ni... kadang2 memang menguji kesabaran sungguh
Nak2 pulak bila dua2 meragam bila hasben aku takde kat rumah
Sakit jiwa dibuatnya sebab tak tahu nak hadap yang mana satu

Bila dua2 tido... baru rasa aman dunia
Tido berduet
Aku la tukang enjut dua2 sekaligus tu kadang2
Kalau ada hasben, sorang satu la kena enjut buai
Toto kecik kat tengah2 tu jadi tempat aku duduk la sambil enjut buai kiri kanan

Ni si Jasmin dalam buai pink

Ni pulak si Amira dalam buai kain pelikat abah dia..
Jari mesti mau hisap.. baru boleh lena...

Bila dua2 dah lena, baru la mama boleh rehat sama..
[sambil lap peluh kat dahi... habis pilis ai..]
LEGA KEJAP!!!

BERHARUM MALAM PULAK YOK!!!

Jeli Gamat yang datang dalam set Spa & Ma tu dah habis
So kita tukar pulak sekarang
Aku minum HARUM MALAM pulak sekarang


Harum Malam aku tu packaging lama ok
Yang baru kan packaging kaler pink kan
Jangan kata aku beli yang tiruan pulak... 

Ekceli Harum Malam (HM) tu aku beli sebelum aku tahu yang aku peknenkan si Jasmin
Aku beli 3 botol
Sempat habiskan sebotol setengah je... pastu baru tau aku peknen
Terus la stop kan sebab pompuan peknen takleh minum HM ni

Sebotol lagi yang balance tu la aku nak minum sekarang
Dalam pantang boleh minum tau..hehehehe

** Jangan terpeknen lagi udah le pasni
[Dah siap2 ambik stok pil perancang kat klinik.. harap2 idak le aku menggemuk nanti]

Friday, September 12, 2014

SUPPLEMENT DAN PRODUK DALAM PANTANG

Lupa pulak haritu aku janji nak cerita aku guna supplement & set apa untuk lepas bersalin kan
Cewah.. macam la korang beria sangat nak tau ye dak
Tapi tak kira la... nak cerita juga
Walopun aku pantang rock2 je kali ni
Tapi supplement tetap makan ye...

Memandangkan aku dah makan supplement Shaklee sejak aku mengandungkan Amira
So aku teruskan je la makan Shaklee sampai le ke pantang kali ni
Ini set untuk dalaman la ye.. sebabnya aku dah rasa serasi makan Shaklee ni
Ini la set yang aku ambik [pinjam gambo google je]
Cuma Ostematrix je aku tak beli

Pastu aku teruskan makan VCO
Sangat2 membantu untuk elakkan sembelit
Hari ke4 aku dah berani memberakkan diri tanpa sembelit.. Alhamdulillah

Ok ini untuk yang dalaman..
Untuk yang luaran pulak kali ni aku try SET BERSALIN SPA & MA
Gatai nak try produk ni pulak
Memula nak guna brand ANUGERAH tapi adik aku kata tak best
So try je lah produk ala spa ni...
Packaging dia pun menarik kan...

VCO ni pun ada sekali
Boleh guna untuk sapu & minum
Jasmin kena ruam susu, terus aku sapu minyak ni.. 


Berbaloi aku rasa beli produk ni.. sebabnya BESTTTTTT sangat
Semua aku suka pakai kecuali Tungku Herba tu
Sedap lagi pakai tungku batu sebab panasnya lama

Produk2 ni boleh juga kalau nak beli loose
Memula aku ingat nak beli loose juga tapi bila kira2 balik, beli set lagi murah
Apalagi.. beli je la setnya terus...

Benda yang paling aku suka ialah LULUR FRANGIPANI tu & GAMAT EMULSION
Lepas lulur memang kulit rasa lembut & bersih je... wangi lak tu
Gamat Emulsion tu pulak sangat sedap tau... takde rasa hanyir pun cam Gamat Healin tu
Malas nak cerita banyak.... sapa pernah pakai set ni tau le kelebihannya..
Tapi aku rekemen korang try produk ni...

Selain set bersalin SPA & MA ni aku guna jugak Minyak Herbanika Nona Roguy
Ni pun balance masa bersalin Amira tahun lepas
Aku sapu lepas mandi kat perut & pelipat2 semua
Pastu titis atas pad untuk cepat sembuhkan jahitan dan elakkan bau busuk darah nifas tu

Ok itu je la produk2 yang aku gunakan sepanjang berpantang ni
Saja la aku try lain2 produk setiap kali bersalin
Ala.. bukan selalu bersalin pun kan.. entah2 yang ni pun yang terakhir untuk aku
Hahahaa... alasannnnnnnn






Thursday, September 11, 2014

SANA AY IKAW NA NGA

Apa lagi aktiviti dalam pantang kan
Menonton tv aje la kejenya...
La ni terjebak nengok citer Filipina ni pulak
Adik aku la ni.... dia yang start tengok citer ni kat rumah aku
Ate dah hari2 dia tengok, aku pun sama terjebak le.


Sakit hati pulak aku tengok citer ni
Yang Carlos Miguel tu pun bengap sangat apekehalnya???
Susah sangat nak kenalpasti mana Cecilia palsu dengan yang sebenar

Sakit hati pun nak tengok juga....


Wednesday, September 3, 2014

SELEPAS 2 MINGGU

Entry basi lagi.. 
Sori ye kengkawan... 
Aku ni buat auto publish je...
Sementara roh blogging tengah singgah ni..

Quick update pasal berat badan sendiri
[Takde keje sangat]
Baru 2 minggu bersalin dah turun 9kg
Harap2 ada penurunan lagi...jangan statik je kat situ udah....

Dah.. tu je nak bagi tau..hehehehehe

** Banyak lagi lemak degil perlu dihapuskan..



Tuesday, September 2, 2014

PANTANG YANG ROCK

Malas nak citer  hal dalam pantang
Sebabnya aku berpantang memang rock betui kali ni 
Anak sorang dua boleh la kot nak pantang ketat2
Dah masuk anak ke-4, makin longgar pantang aku

Nak2 pulak pantang pun sendiri je
Untuk 2 minggu pertama ada la assistant
Mak ngan adik bongsu aku ada la teman aku kat rumah
So bab masak & kain baju ada la orang tolong
Bab budak2 pun ada la tukang layan 
Nak2 pulak si kakcik... dah biasa dia manja dengan aku
So bila ada baby ni, terpaksa la dia bermanja dengan orang lain


Sarapan aku tetiap pagi
Menu wajib masa dalam pantang...

Apa yang rock pantang kali ni???
Bertungku memang boleh bilang dengan jari le berapa kali je dapat
Selebihnya, tungku yang panas kat atas dapur, sejuk gitu saja
Sebabnya nak layan baby yang takmo terletak...
Pehtu asyik nak ngempeng je...

Barut/Bengkung pun boleh kira berapa kali je aku pakai
Sebabnya badan aku naik gatal2 especially kat tempat berbengkung tu
So bila dah buka, memang malas nak pakai balik le...

Stokin...dah tak galak cam dulu
Atenya, asyik ulang ke toilet je kejenya
Kejap2 nak kencing, pehtu berak, pehtu bagi anak mandi, pehtu kejap2 nak basuh berak kakcik
Letih mokcik asyik bukak pakai stokin je... tapi time tido memang wajib pakai la stokin tu

Bab makan pun dah tak mewah cam dulu
Ikan mahal kot sekarang....
Mak aku pun masak simple2 je...
Bila mak aku dah balik, makin simple la menu aku..hahahaha
Malas pulak nak susahkan Cik Besah.. sebab dia pun tak berapa sihat
Nasib la aku ni bukan cerewet makan punya orang...

Tu la kalau orang tengok aku masa berpantang ni ramai kata tak nampak cam dalam pantang. Heheheh.. Cergas semacam katanya
Atenya, kalau nak lembik2, sapa yang nak buat keje rumah ni
Lagipun aku rimas kalau rumah sepah2 ni
Jalan pun lajuuuu je... kata deme
Terpaksa laju la... nak kejar anak..hehehe..
Siap ada yang tanya tak sakit ke kat bawah tu???
Aku cakap takdan nak fikir sakit ke idak...hahaha
Ekceli, memang tak sakit pun...

Walopun jahit banyak, tapi idak le perit cam masa aku beranakkan si Adib dulu.
Sembelit pun takde sangat kali ni..
Hari ke-4 aku dah berani nak berak
Kalu dulu aku tahan berak sampai seminggu lebih sebab takut punya pasal
Ni pun dah boleh kata 2 hari sekali mesti aku membuang..

Nak tau aku makan supplement apa masa dalam pantang??
Next entry aku citer...



Friday, May 3, 2013

KAFEIN PERTAMA

Aku ni kan memang hantu Nescafe tau
Sejak dari dulu lagi, mest hari2 nak pekena
Tapi sejak pregnant, aku dah tak minum nescafe 3-in-1 kat rumah
Aku bancuh Nescafe kat opis je [cicah ngan biskut..sedap ooo]

Tapi sejak dalam pantang ni, memang aku tak minum Nescafe langsung
tah le kenapa.. sedangkan stok berlambak je kat rumah
hasben aku la yang rajin minum
minuman harian aku cuma- susu-milo-air suam
kopi ngan teh pun aku tak minum
sebelum2 ni kalau dalam pantang, aku belasah je minum nescafe tu



So semalam di hari ke 42 aku berpantang
telah selamat minum se mug nescafe 
harap2 takde la apa2 efek kat baby
[cuma petang semalam dia tak berapa nak tido je... efek nescafe ke ha???]

Wednesday, April 24, 2013

TEMAN PENGGANTI

Memandangkan aktiviti bertungku telah terencat buat seketika
gara2 keadaan nazak dapur gas aku
makanya hasben saya telah belikan ini untuk saya 
[bila skema dan2 keluar 'saya']
Terima kasih abang!

Dolu2 [ sebelum beranak]  ye-yo-o aku tak nak beli tungku ni sebab takut meletup cam dalam sotkabo haritu
Tapi bila dah guna.. sedapnya... sampai terlena2 masa bertungku..hehehehe
Yang paling penting, nak casnya idak le lama cam nak bako tungku batu tu
5 minit dah boleh guna dah....

Monday, April 22, 2013

RUTIN HARIAN

Tambahan rutin harian semenjak sebulan yang lalu
Satu hari 3-4 kali mengepam
Tapi tak pam banyak2 pun sebab tak muat bekas nak isi nanti
Sekali pam pun cukup 5-6oz je dah stop 
[ngam2 penuh satu botol pam tu udah le]

Tapi kadang2 kalau malas, aku tak pam juga
Tapi bila dah basah lenjun baju tahu pulak naik rimas
Padan muka!

Friday, April 12, 2013

DISIPLIN

Gara2 sembelit selepas bersalin ni
kena kuatkan tekad & displin
untuk mengambil air dalam kuantiti yang banyak
3 liter sehari
[walopun orang kata masa pantang takleh minum air banyak2]
Setiap hari kena habiskan air at least satu jug ni [jug ni muat untuk 2.5liter]

Aku dehydrate okeh... dah le musim panas sekarang ni 
[hujan pun takleh menghilangkan kepanasan melampau ni.. dah panas berkuap le pulak]
Dah le tu, bila menyusu badan ni lagi la cepat haus kan...

Masuk kali ni dah 3 kali sembelit... TENSION aku!
Beranak pun tak tension camni..

RUMAH ORANG DALAM PANTANG

Ni la bahananya bila berumah 2 tingkat ni
Kat tingkat bawah memang takde bilik pun
So kita transform ruang tamu jadi bilik je la..hahahaha
[Jangan kome terkejut tengok port aku sekarang tau]

Katil telah menggantikan sofa panjang di ruang tamu..hehehe

Paling penting... katil adalah mengadap tv..hahahah
[Port mesti kellasssssss]

 Zoom sikit model kecik atas katil...
[time ni baru lepas mandi... dah wangi2 tau]


** Rumah orang dalam pantang biasa la sepah2 kan..hehehe

Saturday, April 6, 2013

SEKSAAN SELEPAS BERSALIN

Lepas habis azab beranak... ada azab lain pulak lepas beranak
Orang lain aku tak tahu la.. tapi aku  rasa ni pun satu azab juga
Apa yang paling ditakuti selepas bersalin????
Ya betul... BERAK!!! [nak2 pulak kalau sembelit]

Sesiapa yang c-zer maybe la tak seriau sangat kalau nak ke jamban 
Tapi sapa yang ada luka episiotomi sure paling takut nak berak
Bukan apa.. takut tertetas lak pulak jahitan tu kan
[Nak2 pulak kalau kena jahit banyak kan...]

Sama la cam aku.... seawal hari ke-4, aku dah kena SEMBELIT
Berpeluh2 aku dalam jamban tau... dekat sejam bertapa lak tu
Jenuh nak mengeluarkan hasil tinjaan... nak teran pun slow2
Itu pun menggigil2 kaki aku... siap keluar peluh jantan betina sampai lenjun baju
Tapi cemana pun, terpaksa juga la keluarkan najis tu kan
Bertabah la aku dalam jamban... sib baik la ada hasben tolong tengokkan baby masa aku tengah "berusaha" tu..



Selesai hasil 'sembelit' yang pertama, hari esoknya lancar
Lepas 2 hari sembelit lagi.. [ingatkan sekali tu je]
Mak ai... jenuh juga walopun tak macam yang fes time
Setengah jam jugak dalam jamban
Takleh jadi ni... Memang kena banyak minum air masak
Kalau ikutkan orang dulu2 dalam pantang takleh minum air banyak2kan
Tapi daripada aku menanggung azab setiap kali ke jamban, baik aku banyakkan air masak
Dah le musim2 panas sekarang ni kan

Kalau cari kat google memang banyak la cara2 nak elakkan sembelit lepas bersalin ni
Terpulang la nak ikut ke idak
Macam aku ni bantai jugak makan limau sunkist tu.. tapi tak jalan juga
Ostematrik pun aku makan juga tapi tak membantu sangat
Ubat sembelit je aku tak try lagi..hehehe...
Aku rasa memang sebab fluid intake aku yang kurang kot

Jus prune pun rasanya pun boleh membantu
Lagi satu YAKULT pun boleh
Kalau kali ni sembelit lagi... aku nak try 2 kaedah ni pulak

Korang yang pernah kena sembelit lepas bersalin, korang buat cemana ek???






Wednesday, April 3, 2013

CERITA BERPANTANG

Hari pertama beranak je dah start le pantang2 ni kan
Tapi hari pertama cuma jaga bab makan & pakai stokin je
Hari kedua baru la start urut, tungku, barut & mandi air daun2

Luckily mak aku ada datang rumah sebab dia baru habis kursus kat Genting Highland
Dah alang2 aku pun dah discaj dari hospital, dia pun singgah rumah
Sempat la dia menguruskan & jagakan aku & baby selama 3 hari
Terima kasih sangat2 kat mak sebab kalau dia takde sure kelam kabut juga aku sehari dua tu

Makan minum aku selama 2-3 hari tu mak aku la yang uruskan
Cik Besah lak tak sempat sebab kebetulan hari yang sama kakak dia pulak meninggal
Macam2 hal... betul la perancangan Allah jua yang terbaik

 -Tungku batu bersama daun mengkudu-

-Daun2 untuk mandian-

Orang yang urut aku tu jiran belakang rumah Cik Besah. Dia urut untuk 3 hari & mandikan baby sampai luruh pusat.  Selain tu dia juga yang tolong cucikan uri. Hasben aku tukang tanam uri.  Uri tu pulak ditanam betul2 bawah pokok mangga kat lama rumah aku ni ha..hehehe

-Baby ni memang melalak setiap kali mandi.. sabar je la- 

Lepas mandi.. kena bedung, terus lena 3-4 jam...

Selalunya aku pagi2 dah mandi dah sebelum baby jaga. Pas mandi sapu minyak herbanika tu kat perut,pinggang, tengkuk & sendi2. Kat dahi pun aku sapu gak sebab minyak tu pun befungsi cam pilis & param. Aku titikkan juga sikit kat pad untuk cepatkan jahitan tu baik... Lagi satu dapat kurangkan la bau hanyir darah nifas tu..

Pastu bertungku la dalam  1/2 jam @ sejam. Pastu baru la kakak urut tu datang & urut selama dekat 2 jam. Tang nak betulkan peranakan tu memang sakit la kena tekan2 kat perut. Nak sengkak tu rasa cam nak nangis je.. Pastu tu akak tu tolong pakaikan bengkung untuk aku. [Aku guna bengkung yang tali2 tu je.. brand Amway beli masa bersalinkan Aleeya dulu]. Pas settle hal aku, baru la dia mandikan baby.

Bab makan minum memang asyik kena yang panas2 je.. Berpeluh2 dibuatnya. Dah le musim panas kan sekarang ni.. So semua sweater & baju tangan panjang terpaksa aku lupakan... Tak tahan la... lemas duk dalam rumah pun ada.. Yang bertahan cuma stokin je la. Bayangkan le, lepas mandi pun berpeluh2 [dah le mandi pun air panas lak tu]. 

Dugaan sungguh berpantang kali ni, tapi demi mendapatkan kesihatan yang baik untuk hari2 mendatang, bersabar je la... Supplement lak, aku memang tak makan jamu tapi aku makan vitamin Shaklee [ambil set dalam pantang]. Alhamdulillah badan rasa bertenaga je. Susu pun banyak. Ramai je yang datang rumah cakap rupa aku tak macam orang dalam pantang pun.. Hehehe.. Ate... takde masa la nak manja2kan diri sebab berpantang sendiri kan. Itu pun banyak benda hasben tolong.. Oh ye lagi satu, luka jahitan tu pun cepat je baik.. Takde pedih2 pun kalau kena air.

Ok tu je nak share citer dalam pantang. Cara pantang aku ni idak le ketat sangat cam style orang dolu2. Dah namanya pantang sendiri kan, pandai2 la ejas... Sebelum mak balik pun sempat lagi la dia pesan "Pantang betul2!".. Baik Mak!!! 

Kalau ikut orang lain mungkin terus tak pantang kalau dah takde orang monitor kan, tapi aku ni yang mana aku mampu aku buat le. Walopun ada gak culas2 bab bertungku tu [sebab tak sempat & lupa]. Tapi bab makan minum tu insya-allah aku folo betul2.. Ye lah, badan kita ni kan nak pakai lama lagi. Tak nak le barai sebelum waktunya.. Tak gitu???