Wednesday, August 20, 2008
HAKIKAT SEORANG WANITA & ISTERI
Tuesday, August 19, 2008
DOA-DOA AMALAN
1- Doa Untuk Kedua Ibu Bapa
Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
.
3- Mendapat Keturunan Yang Baik
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.
4- Untuk Mendapat AnakIni doa nabi zakaria... dia tak de anak selama 10 tahun, so, dia berdoa cam tu... peh tu Allah kurniakan isteri dia mengandung.. dan sesuai tuk orang yang jodoh lambat
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.
5- Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya" jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis semahu-mahunya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan hina, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina" Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.
(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy). Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.
7 Ayat Penting Amalan Harian
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa
CUTE TWINS
Sudahkah Tunai 10 Hak???
1. HAK KEPADA DIRI : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT: Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR: Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR: Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat): Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat): Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka): Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga): Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.: Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:, "Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat".
Tuesday, August 12, 2008
Gelagat Si Adib
Sejak dah boleh berjalan ni si Adib ni tak letih2 berjalan. Dah tak nak merangkak dah. Ni antara aksi yg sempat aku rakam hujung minggu lepas.
Praktis berjalan pakai kasut kat porch rumah....
Praktis lagi.... Abang Heri ade kat pagar tu...
Main sambil tengok tv
Adib nak dirilah...
Ape bende ni????..
Sehari suntuk dah main..... Comelnya dia tidur.....
Atlet Olimpik
Alamak... gambar2 ni blur lak...
Alamak...... Masuk longkang da......
Tengok Abah buat ni.... Terer tak???
!!!THE REFEREE!!!!
Mana lak bulu tangkis tu????
Biar Adib main la pulak...
Kancil Vs Saga
So one very morning, before i went off to work, dia cakap dia rasa nak jual kancil tu. Aku senyum je. Aku cakap la dari dulu lagi aku dah suruh. He is considering for the new Saga BLM tu. Aku ok je (sebab dapat kereta baru beb). Asalkan dapat jimat minyak dah ok dah. Al-maklum la Kancil tu kan ke Turbo punya. 3 hari sekali telan minyak Rm50 lak tu. Sesak dado den dibueknye.
Friday, August 8, 2008
My First Unit Trust
Actually aku dah lama dengar pasal UT ni tapi tak berani nak try. Tapi after aku buat some research & mendalami sedikit sebanyak (yg patut2 je la) pasal UT ni aku pun beranikan diri to take some risk. Lagi pun mana berani nak cuba banyak2 (duit pun tak banyak sebenarnya). Kesimpulan yg boleh aku buat is UT ni bukanlah satu pelaburan yg pasti mendatangkan keuntungan dalam masa kurang dari setahun. UT adalah sebagai alat untuk perancangan jangka sederhana hinga panjang. Kalau tak berani nak invest dalam UT ni just letak le duit tu dalam ASB atau Tabung Haji (macam mak2 kita dulu).
Tapi ade jugak member aku yg anti ngan UT ni. Dia prefer invest in ASB je. Kiranya jenis 'low risk' profile investor la. Anyway, pada aku nak compare ASB ngan UT is like comparing 2 different thing. Of course la both ade pro & cons. Tapi kena ingat return tinggi, risiko tinggi...return rendah, risiko rendah...basic principle.. So, tepuk dada tanya selera la. Lagi satu yang penting pada aku is insurance. W/pun sikit at least ade la protection. Jadi la untuk each of my family members- aku, hasben & anak2. Yang pasti pada aku insurance is for wealth protection meanwhile unit trust is for wealth creation (berangan nak kaya la ni!!!!) Ha..ha..ha...
Lagi satu tengah top sekarang ni is ASB loan. Mana2 bank pun ade offer ni tapi so far aku tak interested in taking one. Pada aku menyusahkan je kalau kena komited untuk bayar hutang pada bank. Tapi some people kata, kalau tak buat ASB loan tak de la saving. Well, in saving disiplin tu penting. Nak saving sendiri tak sanggup tapi nak bayar hutang bank sanggup lak---> sebab terpaksa la pun. Lagi pun simple calculation pun aku dah nampak ASB loan ni merugikan je... Baik simpan sendiri. Lagipun advise from Azizi Ali, "Jangan melabur dengan duit hutang".
Masa tengah surf internet this morning, aku surf one website ni so aku terjumpa pasal ASB loan ni haram. Ye ke???? Aku tak tahu lak pasal tu. According to the article, walaupun pelaburan ASB itu HARUS menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, namun jika meminjam dari Bank Konvensional seperti Loan ASB dari Maybank/RHB/CIMB untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba(terfikir pulak Maybank Islamik/RHB Islamik dan CIMB Islamic tidak ada menawarkan Loan ASB...kenapa?). Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara anda mendapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Tapi yang menjadi persoalan jugak, macamana pula dgn "Pinjam Duit Dari Bank Untuk Beli Rumah or Kereta" atau "Pinjam Duit Dari PTPTN Untuk Sambung Belajar" ????regardless islamic loan, yg ni pun ade unsur2 riba..dan bagaimana pule dgn beribu2 pekerja2 islam yg bekerja dan mkn gaji dgn bank2 ini?? mcmana dgn hasil gaji yg diberi pd anak bini mereka sedangkan mereka bekerja di bank2 konvensional ini??? Tapi pada aku sebenarnya, benda ini terlalu subjektif sangat. Negara Islam 100% pun tidak dapat lari dari riba dan haram ini. Terlalu banyak benda yang syubhah dalam dunia ni & kita tak dapat lari dari benda2 macam ni melainkan duduk kat tempat yang tak terlibat dalam arus kemodenan & ketamadunan manusia. (Wujud ke tempat camtu????)
Tapi bagi orang macam aku ni, dan peringatan untuk sesape yg baca blog ni, sama2 lah kita berusaha menjauhkan diri dari unsur2 syubhah ni. Selagi kita boleh elak kita elakkan. Semoga kita semoga dilindungi Allah dari perkara2 tersebut. AMIN!!!!!!!!!