Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Korban. Show all posts
Showing posts with label Korban. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

ZULHIJJAH 1438

Salam 1 Zulhijjah untuk semua
Alhamdulillah sampai dah kita ke bulan terakhir dalam bulan Islam tahun ni 
Kalau bulan Zulhijjah ni mesti sinonim dengan ibadat Haji & Korban kan?




Ada yang buat korban ke tahun ni?
Ce tengok video ni..



Semoga ibadah kita diterima Allah
Aaamin...



** Paling ingat setiap raya haji ialah birthday anak aku si Aleeya [ikut bulan Islam la]...  Dia lahir petang raya haji 12 tahun lepas 😁

Monday, December 9, 2013

SIJIL EZ QURBAN

Tahun ni aku melaksanakan ibadah korban melalui pihak EZ QURBAN
Senang citer... bayar je duit pihak EZ QURBAN akan uruskan
Ekceli ini pertama kali aku menggunakan khidmat diaorang

Minggu lepas pihak EZ QURBAN dah hantar sijil penyertaan

Selain sijil tu, pihak EZ QURBAN pun ada bagi kalender untuk tahun 2014 sekali
Alhamdulillah... dah selamat semuanya


EZ QURBAN ni bukan hanya buat untuk korban je ye
Untuk aqiqah pun boleh
Untuk info lanjut boleh terjah je website diaorang kat www.ezqurban.org
pastu isi je borang kat website tu...


Monday, October 29, 2012

CERITA RAYA & KORBAN

Alhamdulillah, sempena Raya Aidiladha baru ni
Abang ipar aku dah selamat buat korban seekor lembu
Walaupun nama aku & anak2 tersenarai, tapi aku tak andaikan yang aku buat korban
Sebabnya bahagian aku & anak2 tu abang ipar aku yang sedekah
[kiranya cam tumpang nama je...]
Insya-Allah, bila ada rezeki lebih tahun2 akan datang, aku & suami akan buat korban pulak

Tahun ni punya sambutan raya pun tersangat la sempoi
Takde la meriah mana pun cuma cam biasa la masak2 nasi impit & rendang
Sedara mara pun ada gak la yang datang
[Kiranya cam tak habis2 la duduk dapur kan..hehehehe]
Aku tolong sikit2 je... ate mak buyung tak berapa larat nak diri lama2

Sama cam tahun lepas, beli lembu & sembelih di Selayang
Pastu lepas potong2 sumbat dalam Kembara, angkut bawa balik Batang Kali
Kat rumah Cik Besah baru la ade adegan lapah melapah
Tu keje orang lelaki la kan.. main dengan pisau, parang, kapak dsb
Yang pompuan2 ni kejenya ma...sak je la...
Ok la, layan dulu gambar2 masa melapah lembu
Lembu kali ni kecik je... Tak banyak isi pun
Keje melapah kejap je la..

 Satu sudah siap, tinggal lagi 3..
Mandur cam biasa ---> Cik Besah & Cik Zul

 Jelingan si lembu..

 Ni Alisya, anak jiran belakang rumah Cik Besah
Sepatutnya si Adib yang tangkap gambar dengan kepala lembu tu
Tapi si Adib tak nak tengok kamera lak masa ni..

Lepas lapah melapah tu, bahagian tulang kami buat sup
Malam tu masing2 pakat makan sup tulang la
Biras aku siap buat Nasi Minyak & Daging masak kicap
huhuhu.... kenyang.. sampai keras perut aku dibuatnya..

** Kalau ikut bulan Islam, setiap hari raya Haji, ialah birthday Aleeya
Kalau ikut2kan, dah 8 tahun la anak dara aku tu..

Tuesday, October 2, 2012

PILIH LEMBU

Sekarang dah masuk bulan Oktober uols..
Seperti yang sedia maklum hujung bulan ni kita akan menyambut Raya Korban
[Cuti 3 hari tu....]

Sempena raya haji kali ni, abang ipar aku bercadang nak buat korban
3 bahagian dia sedekahkan pada aku & anak2
[Alhamdulillah.. abang ipar aku ni tang bab sedekah jariah memang la dia suka sangat]
Hasben aku dah ambil bahagian korban tahun lepas
Tu yang dia pas bahagian tu kat aku...hehehehe

Petang Ahad lepas, kami semua anak beranak pi la pilih lembu untuk korban
Kalau ikutkan aku malas nak pegi, tapi dah Cik Besah beria2 ajak, so folo je la
Kami pi booking lembu kat Selayang je
[tempat ni dah memang selalu sangat kami booking lembu untuk korban & akikah]

 Posing dulu la dengan background lembu

Lembu ada banyak la jugak tapi banyaknya dah dibooking dek orang
Ingatkan kami dah awal, rupanya ada lagi yang lagi awal
Antara lembu2 yang ada tapi dah dibooking


Dalam banyak2 tu inilah yang jadi pilihan
Aku ni tak reti sangat tengok lembu yang mana ok, yang mana tak ok
Aku ikut je la mana2 yang deme pilih..

Close-up sikit lembu pilihan.. 


 Anak buah aku pun tak nak lepaskan peluang bergambar dengan lembu secara jarak jauh...
Busuk katanya.. 

Sudah pilih, sekarang masa untuk menanda...

Brader tu tanda dengan tali biru ni dulu sebelum dia spray tanda kat badan @ kepala lembu tu.

** Korang buat korban ke tahun ni?

Tuesday, November 8, 2011

KISAH KORBAN TAHUN INI

Sekarang ni masih mood raya haji, tak gitu?
Ate, blog² pun semua nak citer pasal gi beraya la, korban la kan??
Aku pun nak citer pasal korban gak le..

Tahun ni abang ipar aku buat korban lagi
[semoga bertambah rezeki dia hendaknya..]
Walaupun projek nak buat korban ni dibuat last² minit
tapi ibadah korban dapat dilaksanakan dengan lancar
walaupun  musim hujan, alhamdulillah sepanjang hari buat korban tu cuaca elok
hujan pun rintik² sekali lalu je... [kain baju aku pun elok je kering garing]

Korban tahun ni tak berapa meriah macam tahun lepas
Maybe sebab ramai jiran² yang balik kampung

Lagipun pengalaman tahun lepas dah ada
so proses melapah & mengagihkan daging dapat disiapkan dalam masa yang singkat
Lembu yang dah disembelih sampai ke Batang Kali dalam kul 1.00 tgh
[lembu disembelih di Selayang]
Lepas sampai terus dilapah & dipotong & diagihkan
dalam kul 2.30ptg dah siap semuanya... cepat kan???

Ini antara gambar² kejadian
 Bila lembu dah sampai, masing² ambil tugas..
Cik Besah & Cik Zul [MIL & FIL aku] tengah monitor orang buat keje



 Melapah bahagian kaki lembu... 


 Cik Besah yang kepenatan....


Juadah untuk yang membantu ...
Ada lontong, bihun & karipap
Kontrak masak memasak cam biasa diserahlan pada Cik Ana [gambo tarak...]


Sebelah malam pulak kami makan sup tulang
Sedap..sedap..sedap.. sampai menjilat mangkuk [tipu la tu]
Sampai berminyak² bibir dibuatnya..hahahahah
Kali ni dah pesan hanya buat sup tulang sahaja & takde campur bahagian² lain
Tahun lepas punya sup aku pun tak sanggup nak makan sebab dihumban macam² dalam tu
 ---> lidah, telinga, ekor,usus & telur lembu... nak makan pun tak lalu.. 





Thursday, November 18, 2010

Berkorban dan terkorban

Lambat pulak nak wish korang
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Raya haji kali ni tak balik kampung pun
raya di Batang kali je sebab abang ipar aku nak buat korban
seekor lembu tu..

Pagi2 semalam, lepas breakfast, diaorang pergi la ke tempat korban tu
[tak buat kat surau/masjid pun, order je dengan orang pastu siap sembelih]
Dalam kul 1 tgh baru diaorang sampai dari Selayang 
[lembu dah potong 8 bahagian]

Meriah giler la dengan acara melapah daging
pastu semua jiran2 pakat tolong [yang lorong belakang rumah aku je la].


Melapah tulang temulang lembu... Macam meratah rimau lak aku tengok..


Kaki lembu ni gantung pastu sorang satu ambil bahagian .. macam kedai daging jadinya!

Terer jugak laki aku dok melapah daging. Dia punya dah tinggal rangka dah!


Membasuh perut lembu pulak.. siap berus cam basuh tuala..


Pak Ali terus kerjakan kepala lembu dulu.. Scary tul rupanya..Tu belum tengok lidah dia lagi..


Isi perut lembu.. jap lagi depa nak proses la tu..




Daging yang dah dilapah.. sedia untuk ditimbang & diagihkan pada jenjiran


Juadah makan tengahari..


Perut lembu lagi....


Ni tengah mencuci usus lembu... Yang cekelat2 tu dia punya taik la tu..


Close up sikit.. semerbak bau taik lembu kat longkang tu..


Usus yang dah dicuci... cemana orang tergamak nak makan usus tu yer lepas menengok proses tadi.. Yucks!!!


Yang ni daging korban nak dibuat masak kicap [add on untuk makan tengahari...] Daging sedar bila masak memang sedap kan???


Acara malam pulak, tulang2 & segala isi perut, usus, kepala, kaki, lidah depa buat sup. Yang pak mentua aku lak tak habis2 buat rendang. 8 kilo lak tu . Start masak lepas maghrib, kul 12 malam baru siap. Yang sup pulak aku makan sikit je. Hirup kuah je pun, tang lain2 aku tak makan.. tetiba rasa geli...

Tapi dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah ni, ade jugak yang tak betulnya... 
Berkorban itu sunat kan, tapi kalau beria2 berkorban sampai terkorban solat wajib apa kes tu??? Itu kan dah tak betul... Baru nak dapat pahala sunat, dapat pulak dosa besar sebab meninggalkan solat fardhu... Haish!