Meninggalkan kami selama2nya
Alhamdulillah masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan ketiadaan dia
Walaupun kadang2 terasa sangat kehilangan tu
Anak2 pun Alhamdulillah dah boleh terima keadaan ni
Cuma Amira la kadang2 asyik ingat abah dia
Hari2 tanya esok mama pergi "rumah" [read:kubur] abah tak?
Kalau aku cakap tak, mula la dia marah
[camne nak pergi sebab hari bekerja kan]
Pastu kena la pujuk balik cakap pada dia, hujung minggu mama cuti kita pergi la
Baru la dia OK.
Yang paling menyentuh hati, setiap kali sebelum tidur mesti dia cakap
MAMA, BACALAH FATIHAH UNTUK ABAH
Kadang2 aku lupa, dia la ingatkan aku
[Suci sungguh hatimu nak, walaupun mungkin dia tak mengerti kenapa buat semua tu]
So kami ramai2 baring kat tilam [tido kat ruang tamu je..hehehe]
Pastu sama2 baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas untuk disedekahkan pada arwah.
Kadang2 tengah baca tu aku boleh tertacing pulak.. bergetar2 suara aku
Allah... sukar nak gambarkan perasaan aku tu.. sebak... rindu... semua ada.
JAGALAH DIRI - Jaclyn Victor
Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali
Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjatkan pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi
Tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun berpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Kupertahankan ke nafas terakhir
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi
Tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya