Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Suamiku. Show all posts
Showing posts with label Suamiku. Show all posts

Tuesday, April 9, 2019

HAPPY BIRTHDAY WAHAI KESAYANGANKU

05/04/2019
Setiap tahun memang akan ingat birthday dia ni
Walaupun dia dah takde, tapi tetap rasa macam dia masih ada
Hai... rindunya  la weh!


Patutnya tahun ni genap umur dia 43 tahun
Happy birthday wahai suamiku
Semoga abang sejahtera & bahagia di sana
Wish you were around, tho.


Pagi hari tu saja bagitau Amira & Jasmin yang haritu birthday abah diaorang
Jasmin cam biasa... takde perasaan..hahaha
Tapi Amira tiba2 dia menangis
Aku tanya kenapa? Dia kata "Mira rindu abah"
Alahai anak.....😥

Jangan kata anak yang rindu, mama ni lagi la terlebih2 rindu kat abah korang tu
Maka moh le sama2 kita hadiahkan Al-Fatihah untuk abah ye..

Tinggal kenangan suda.....
Masa ni kami pi konvokesyen adik aku kat UiTM Shah Alam
Kalau tak silap masa ni tahun 2011
How time flies kan...







Wednesday, March 14, 2018

14TH ANNIVERSARY



HAPPY ANNIVERSARY, ABANG
I LOVE YOU..




Hari ni anniversary kami yang ke 14
Tu je nak kabo kat korang..hahahahaha...
ok bai!









Tuesday, October 24, 2017

505 HARI MENINGGALKANKU

Pejam celik pejam celik
eh...eh.. dah 505 hari dah dia tinggalkan aku & anak2
Rasa macam baru je lagi....
Allahuakbar... sejenis perasaan yang tak tahu nak cakap macam mana

Walaupun dah 500++ hari tapi masih tebal rindu aku kat dia
Masih terasa2 dia ada dengan kami semua
Masih terdengar2 dehem2 dia, batuk2 dia, gelak2 dia
Susah la nak lupa....

Bila2 rindu, ke sini la kami anak beranak datang
Ada kesempatan dapat la jenguk
Ini pun dah lama tak pergi jenguk sebenarnya
Rumput2 pun ada yang dah panjang
Nasib la kawasan perkuburan ni ada orang jaga
Idak le semak samun sangat.

Ni pun rumput halus2 tu tak larat nak cabut
Sakit jari sebab asyik kena batu2 kecil tu je



Tengok anak2 abang tu .. eksaited kalau dapat naik motor
Amira tu tah apa pesen la sampai tertonggeng camtu nak naik motor








Friday, October 6, 2017

HARUM SUBUR DI HATI

Menitis airmata aku pepagi hari ni
Gara2 lagu di main kat Sinar fm
Adoi... emosi terlebih lak pepagi ni

Abang.. I miss you!!!😢



HARUM SUBUR DI HATI-BPR


Di lingkaran diamku termanggu,
Terkenangkan kembali,
Saat indah aku bersamamu,
Di belai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku,
kau datang dan memberi
Taburan bunga cinta sucimu
Harum Subur di hati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
mengusir sepi mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata di pipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Walaupun kita terpisah jiwa
Namamu tetap di kalbu

Ku semadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Menghadap tuhan yang Maha Esa

Monday, August 28, 2017

LAWAT KUBUR JAP

Amira dengan Jasmin memang suka ajak aku pi kubur
Nak2 pulak kalau ajak ronda2 naik motor petang
Mesti cakap, "mama jom la pegi rumah abah"

Memandangkan cuaca pun elok
Hari pun tak terik sangat & windy je petang tu
Aku bawa la juga diaorang pergi
Adib dengan Aleeya tak ikut sebab diaorang pergi main dengan kawan2

Sampai di kubur, kami je yang ada
Takde pulak orang lain kat situ
Gasak la.... niat pi nak lawat kubur arwah & bersihkan kubur dia je
Nak2 pulak pagar yang keliling kubur tu diaorang cabut
Selamba badak aku bawa motor sampai ke tepi kubur arwah
Melampau tak?


Jasmin & Amira siap bawa botol air
nanti dahaga kata deme

Alhamdulillah kubur tak le teruk sangat
rumput pun tak banyak yang panjang
Sikit2 je la 

Yang tak menahan tu budak2 ni dok mengadu la kat abah diaorang macam2
Pastu ada la sekali Amira terpijak kaki Jasmin 
Udah si Jasmin cakap 
"Äbah, tengok Mira ni pijak kaki Amin"

Pastu Si Jasmin ni pulak suka cabut daun pokok puding tu
dah Mira pula mengadu
"Äbah... tengok Amin cabut daun abah.."
Kuat mengadu sungguh budak2 ni
Kalau abahnya hidup lagi mau pening layan budak2 ni


Pastu mengadu la lagi, kakak suka usik diaorang la
Abang tu suka main tak balik rumah la, ponteng sekolah la
Aku biarkan je diaorang dok bebel2
Diaorang rindu kat abah diaorang kot

Anak2 penyeri suasana.


Kadang2 sambil2 bersihkan kubur tu aku terfikir jugak
Kalau aku pula yang mati, ntah ada ke idak orang nak bersihkan kubur aku
huhuhu...
Harap2nya anak2 aku takkan lupakan mama & abah diaorang ni
dan sentiasa doakan kami nanti..





Wednesday, August 16, 2017

APA NAK BUAT SELEPAS KEMATIAN SUAMI / ISTERI?

Assalamualaikum.....
Tetiba teringat nak buat entry ni
Sebabnya waktu aku mengalami benda ni
Aku memang clueless
Tak tahu nak buat apa dulu
Cari kat google pun aku tak jumpa
[kot aku la tak reti search kot...hehehehe]

Aku taknak cerita pasal apa nak buat selepas pasangan korang tu meninggal
Maksudnya cara2 nak uruskan jenazah - post moterm, mandi, sembahyang sampai kebumi semua tu
Bab ni aku rasa ramai yang dah tulis
Boleh google untuk kepastian..
Cuma dalam kes masa arwah suami meninggal dulu
kebanyakkannya khairat kematian persatuan penduduk yang uruskan
Alhamdulillah dipermudahkan di situ



Yang aku nak cerita hal lepas2 tu
Apa nak buat dulu ye
Emosi takleh cerita la... tak tahu  nak cakap cemana, nak rasa cemana
Memang celaru
Nak nangis, nak menjerit, nak meraung semua ada at once
Tapi sebagai teraju keluarga terpaksa la kita kuat demi anak2.

Diingatkan ini adalah berdasarkan pengalaman aku
Mungkin tak sesuai untuk semua orang

1] Benda pertama nak buat - fotostat banyak2 IC si mati, IC korang, sijil kematian si mati, surat nikah korang, & surat beranak anak2 korang.[ini yang utama la].

 Selain tu buatlah beberapa copy bank statement korang @ buku akaun korang [ini untuk transfer baki duit arwah ke akaun korang], salinan S&P rumah /tanah, geran kereta/motor dan apa2 yang dirasakan perlu la. IC mak ayah si mati pun perlu ada kalau diaorang masih hidup la. 
Penting tau step ni sebab memang akan banyak guna untuk urusan2 selepas ni.



2] Senaraikan harta benda si mati -  maksudnya segala2 benda & aset yang ada nama si mati

Contohnya : KWSP, akaun bank, simpanan,  ASB, unit trust, Tabung Haji,  rumah, kereta, tanah, motor, insurans, takaful. 
Sepatutnya benda2 pasangan patut tahu reta benda pasangan, tak payah tunggu mati, tapi tu la ada je yang rahsiakan dari pasangan.. Kalau tak tahu, just listkan mana yang tahu dulu. Nanti2 boleh add lagi.



3] Senaraikan hutang2 si mati - WAJIB tau!

Tak kira la hutang dengan orang ke, hutang dengan bank ke - loan rumah, loan kereta, personal loan, kredit kad, hutang AEON ke, income tax ke - listkan je semua yang tahu dulu. Kalau hutang dengan orang tu kita mampu bayarkan, kita bayarkan je la dulu.. Kalau arwah ni ada hutang dengan isteri & anak2 pun masukkan juga. Kalau ada nafkah yang arwah hutang pun boleh masukkan juga ye.  Tapi kalau nak halalkan nafkah yang tak lunas lagi tu, lagi la baik kan.



4] Next step - pergi la ke KWSP [EPF] & PERKESO [SOCSO]

Walaupun masa pasangan korang tu meninggal, dia tak bekerja a.k.a surirumah
ataupun berniaga sendiri & dah lama tak buat caruman KWSP & SOCSO
Tapi manalah tahu masa muda2 dulu, masa awal2 dia lepas habis sekolah, dia pernah kerja dan majikan pernah carumkan KWSP & SOCSO kan
Melainkan korang 100% yakin yang pasangan korang tu memang tak pernah ada caruman KWSP & SOCSO so boleh la skip step ni
Kalau tak sure, pergi je cek kat KWSP & SOCSO. 
Just bagi no IC si mati & diaorang akan cekkan [boleh buat di mana2 cawangan pun ye]

Kalau si mati ada duit dalam EPF, so waris boleh keluarkan la semua yang ada [bergantung pada penama yang ada]
Make sure korang bawa salinan IC, sijil mati, surat nikah, surat beranak dsb yang korang dah fotostat banyak2 tadi. Senang kalau dia minta, semua kita dah ada kan.
Masa stage ni, memang korang asyik usung file yang ada dokumen2 ni je.. Dah jadi cam orang nak cari keje pulak.. usung2 file... bukan apa, senang nak berurusan bila semua lengkap kan.

Proses serahan dokumen kat KWSP ni cepat je kalau semua lengkap. Dan dalam masa 2 minggu dah boleh dapat dah duit. KWSP akan transfer dalam akaun orang yang tuntut tu la.. [ tu sebab fotostat bank statement @ buku bank tu]
Perlu diingatkan orang yang tuntut tu @ penama  hanyalah sebagai pemegang amanah sahaja ye... bukan hak mutlak dia... Kiranya dia WAJIB agihkan duit2 tu ikut hukum faraid kepada waris2 simati yang berhak. Kalau tak buat berjawab la dia kat padang mahsyar nanti.. [ ni untuk yang beragama Islam je le]

EPF pun akan bagi duit khairat kematian tau.. RM2,500.

Di SOCSO pun buat benda yang sama. Cumanya ada borang kena isi. Lepas tu kena dapatkan pengesahan pegawai bank pulak untuk akaun kita. SOCSO pun akan buat pembayaran terus ke akaun orang yang tuntut.

Lepas isi borang, ada pegawai akan interview kita. Apa dia tanya jawab je la. Dia akan taip pastu dia suruh kita semak betul ke tidak apa yang dia taip tu. Ala2 macam buat laporan polis pulak..hehehehe. Kalau orang tak ramai, sekejap je urusan di SOCSO ni. SOCSO pun ada bagi bantuan khairat kematian tau.. RM1,500 kalau tak silap. Selalunya untuk pembayaran pertama & duit khairat ni diaorang akan pos cek ke rumah. So make sure buat alamat yang betul la ye.. Kang tak sampai pulak cek tu kat korang. Selalunya dalam seminggu dua lepas submit tuntutan, dah boleh dapat cek.

Untuk pembayaran seterusnya, diaorang akn terus masukkan dalam akaun. Diaorang akan pos statement tentang agihan duit ni pada orang2 yang layak - pasangan & anak2  contohnya. So korang WAJIB la agihkan duit tu ikut bahagian masing2 ye...Tetiap bulan kena buat ye sebab duit SOCSO ni dia bank in setiap bulan selagi layak terima. SOCSO ni konsepnya macam pencen la.. Kalau kes kematian cam aku ni, namanya PENCEN PENAKAT.

Kalau nak lagi mudah, mintak tolong je dulu orang ambilkan borang tuntutan di EPF & SOCSO ni. Lengkapkan di rumah pastu dah siap isi lengkap semua baru la pergi ke EPF/SOCSO ni untuk serahan. Idak le berulang 2-3 kali ke situ kan. 


5] Hubungi Agen Insuran/Takaful

Kalau si mati ada insurans/takaful sila la hubungi agen tu untuk buat claim. Senang melalui agen ni sebab semua dia yang akan uruskan. Tapi kalau sendiri nak pergi ke pejabat insurans/takaful ni boleh je... Ada borang kena isi & dokumen2 yang perlu disertakan. Tanpa ejen ni letih sikit la sebab kena turun naik pejabat



6] Bayarkan zakat/fidyah si mati

Macam aku haritu terus ke pejabat zakat.. senang nak tanya kan. Kalau ada zakat yang kena bayar, kita bayarkan la untuk arwah ni. Pastu kalau ada fidyah, pun boleh bayar terus. Kot2 la pasangan ada tinggal puasa, tak ganti lagi so kena la bayar fidyah kan. Seeloknya bayar ni guna duit arwah, tapi kalau nak bayarkan guna duit sendiri pun tak jadi hal.


7] Pergi tutup akaun si mati - simpanan & pinjaman [bank/ASB/ Tabung Haji/ loan/ unit trust]

Yang ni banyak kalau banyak bank, kena pergi la ke setiap bank yang berkaitan. Jenuh sikit la kan. 
Pergi je bank2 yang berkenaan - mana2 cawangan pun boleh dan jumpa pegawai tu & cakap nak tutup akaun arwah. Ada la dokumen2 yang diaorang nak. Kan dah fotostat banyak2 tadi.. sertakan je apa yang dia minta tu. Tapi nak bagitahu bukan semua boleh settle hari tu juga. Ada juga yang perlukan surat kuasa.. bergantung pada amaun. Surat kuasa nak dapat kat mana??? Tu proses yang lama sangat tau...nanti aku buat entry khas pasal surat kuasa.

Oh ye, masa kat bank tu jangan lupa minta latest baki akaun yang ada.. especially untuk akaun pinjaman. Minta diaorang printkan untuk kegunaan korang mohon surat kuasa nanti. Semua baki2 duit tu perlu ada statement ye, sebab duit2 tu nanti kena faraid tau sebab dah jadi harta pusaka si mati.. Jangan ingat nak joli pulak.

Ate kalau semua kena faraid, nak belanja cemana???? Ok aku faham... bukan semua duit yang ada tu kena faraid. Yang kena faraid hanyalah harta pusaka si mati. So duit2 khairat kematian tu, boleh la belanja untuk kegunaan harian & bayar hutang si mati. Duit2 derma orang bagi tu pun boleh je belanja. Contoh yang kena faraid ialah - duit2 simpanan, epf, insurans/takaful yang tak dihibahkan, asb, saham, rumah, tanah....yang dimiliki oleh si mati..Pham ke idak???

Oh ye.. dah alang2 ke bank yang ejen ASB @ pergi ke PNB, jangan lupa tuntut duit KHAIRAT KEMATIAN ASNB  juga tau kalau si mati ada akaun dengan PNB  seperti  ASB, ASN, ASW, ASD dll. 
Cara2nya korang boleh baca entry aku yang terdahulu [banyak orang tak tahu ni]
BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN ASNB


So ini antara benda2 yang perlu dibuat terlebih dahulu selepas kematian pasangan kita. Memang susah tapi demi menguruskan kehidupan kita & urusan arwah yang telah pergi agar dia aman di sana, kita perlu buat juga.

Aku harap ini sedikit sebanyak dapat membantu insan2 yang mengalami nasib yang sama seperti aku. Walaupun tak details aku cerita tapi at least boleh bagi pencerahan. Bukan nak tunjuk pandai tapi dari pengalaman yang ada aku kongsikan dengan korang. At least idak le buntu sangat nanti. Tapi kalau aku ada silap tulis sudi2kan la tegur aku.

Next entry aku cerita pasal surat kuasa pulak. Kat mana nak mohon & prosesnya..





Monday, August 7, 2017

KEMAS STOR

Aktiviti hujung minggu baru ni
Dah pening nengok longgokan barang2 lama & tak terpakai
dan juga yang dah tak boleh pakai
yang selama ni dok ada dalam stor tu

Setelah setahun lebih ku peram akhirnya
dengan hati kering... aku buang juga benda2 tinggalan arwah suamiku
Sebelum arwah meninggal pun banyak je barang2 dia
[especially barang2 kereta & motor] yang memang pada hakikatnya takkan digunakan lagi
Tapi dia tak bagi aku buang masa tu
Aku cek semua barang2 tu pun memang dah tak boleh pakai
so aku buang je la

Habis jaket2 lama yang dia pakai pegi balik keje dulu,kasut2 lama especially kasut kerja dia, kasut yang dia pakai masa kayuh basikal - semuanya dah reput & melepuh - ni memang aku terus buang... takde value pun melainkan sentimental value yang hanya kekal dalam memori aku.. Insya-allah.

Sparepart kereta & motor, barang2 dari zaman dia gila motor masa dia bujang dulu, basikal2 lama anak2 aku
semua dah lusuh2 & berkarat lak tu
Aku tolak kat lori besi buruk je
Tak kisah le murah ke mahal dia ambik, janji stor aku clear

Akhirnya lega bila semua dah buang... 
Lapang je aku rasa stor aku tu
Ni pun kalau ikutkan ada lagi nak buang tapi sayang lagi
Tunggu la 2-3 tahun lagi kot...hehehehe


Bukan aku tak sayang arwah suami
sampai aku buang barang2 dia yang dah tak pakai & tak boleh pakai
Tapi aku tengah cuba nak move on ni
Come on lah!😅

Monday, May 22, 2017

22 SYAABAN - DAH GENAP SETAHUN

Jumaat lepas kan dah 22 Syaaban 1438
Genap setahun dah pemergian suami tercinta
[ikut kalendar Islam le]
Pejam celik..pejam celik je kan
Kalau ikut kalendar Masihi 29/05 nanti baru genap setahun.

Petang hari Jumaat tu kebetulan balik opis awal
So sempat la singgah ziarah kubur dia
Rindu sangat rasanya
Aku sampai kubur dalam 6.45 petang camtu
Tapi dah niat nak pergi kan.. pergi jugak le walaupun dah nak senja

Tahle kenapa, sejak arwah pergi aku suka juga pergi kubur
Rasa tenang je.. sunyi
Takde pulak rasa takut pergi kubur tu walaupun sorang2
Maybe sebab aku pun dah tua
takpun dah sedar diri tak lama lagi tempat aku pun akan disitu juga
Tambahan pulak lokasi kawasan perkuburan arwah ni idak le terpencil sangat
Ada je orang lalu lalang kat situ petang2
Lagipun kiri kanan tu kawasan perumahan
Idak le seram punnn....hahahaha
Kalau lokasi dok ceruk2 hutan tu takut jugak nak pegi kan..huhuhuhu


Well setahun dah berlalu, tapi semuanya rasa macam baru
Aku bersyukur atas ketabahan & kesabaran yang Allah telah beri pada aku & keluarga sepenjang setahun yang lalu
Aku harap Allah masih berikan kami kekuatan & kesabaran untuk hari2 mendatang
1 tahun lagi, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi... tah... sampai mati la senang cerita


Aku ni tak kuat sebenarnya.... hari2 masih menangis
Aku masih tak boleh lupakan arwah sebab dia yang paling rapat dengan aku
Kadang2 aku nak percaya yang dia masih hidup
Bukan aku tak redha tapi tu la bak lagu Sufian Suhaimi


Al-Fatihah untuk suamiku 😢




Wednesday, April 5, 2017

BIRTHDAY DIA

Hari ni adalah birthday dia
dia yang telah tiada 
Kalau ikutkan hari ni genaplah umur dia 41 tahun

Dulu kami eksaited nak sambut birthday masing2
Tapi la ni dah takde maknanya
Hadiah birthday dia tahun ni
cumalah doa kudus seorang isteri yang dah jadi balu..😢


** Tak tahu kenapa jadi tacing lebih hari ni..
** 312 hari meninggalkanku... [still gigih mengira ye...]


Thursday, March 16, 2017

CAWAN REBUTAN

Kalau bab berebut mestilah si Jasmin & Amira je
Abang & kakaknya tak kisah pun
Salah satu benda yang berebut ni ha la...
Mug arwah abah diaorang..



Kalau nak minum air mesti nak dalam cawan abah
Cawan tu cawan plastik je
Abahnya beli masa kat Jepun dulu
Tapi tu la bendanya ada satu je
tu sebab berebut...

Si Amira pulak berkenan sangat2 cawan tu sebab cawan tu warna BIRU
Feveret kaler dia tu
Si Jasmin pulak sebab Amira minum dalam tu, dia pun nak le jugak
Mana la tak berebut kan...
Atenya.. mama la kena jadi referee...
Amira minum sikit, pastu bagi Jasmin pulak minum
gilir2 gitu
Nasib la Jasmin tu boleh beralah sikit...

** Abahnya beli satu je... Mana la nak tahu akan jadi rebutan. Lagipun mana la nak tahu nak ada Jasmin pulak lepas tu...😅😅

Wednesday, March 15, 2017

NAK PERGI RUMAH ABAH

Amira & Jasmin kalau aku cuti mesti tanya 
Mama pergi rumah abah tak hari ni?
Diaorang rindu kat abah diaorang le tu
Selalunya kalau aku free & cuaca pun elok [tak hujan @ tak panas]
aku akan bawa diaorang singgah pusara arwah.

Hari Jumaat lepas, kebetulan aku nak singgah kedai sebab nak beli hanger
Misteri sungguh kat rumah aku ni  hanger makin sikit
aku pun pelik [hahahahahah]
Disamping nak gi beli kuih keria sekali sebenarnya😅

Aku beli hanger tu kat kedai serbaneka je... so beraneka la mende yang deme nak beli kannnn
Tah cemana deme nampak kaler magic
[sebab diaorang nampak Adib ada guna kaler magic masa buat keje sekolah]
Makanya diaorang suruh la aku belikan kaler magic
kalau beli tu, mana boleh beli satu, kena la beli sorang satu

Adib & Aleeya sekolah masa tu
Tu sebab diaorang takde
So lepas singgah kedai & gerai kuih
Aku tengok cuaca pun redup je
so aku ajak la diaorang singgah kubur...
Si Amira la eksaited
"Nanti Mira nak cakap kat abah mama beli kaler magic untuk Mira"
Amboiiii... nak mereport je keje dia..

Siap bawa kaler magic tu sebab nak tunjuk kat abah dia..

Pastu dia dok celoteh la tah apa2 mende 
Adoi... budak ni...
Yang Jasmin takat main cabut bunga, kutip batu, korek tanah je la
Sambil tu dok ha-ah ha-ah la kata2 Amira tu

Masa kat kubur tu memang kami je yang ada
So takde la segan sangat nak tangkap gambo bebudak ni
Aku cabut la rumput2 halus yang ada kat kubur arwah tu
Pastu aku suruh sama2 baca Al-Fatihah & doa kat abahnya

Satu masalah aku bila ke kubur ni aku takleh nak "bercakap" dengan suami aku
Aku tak reti nak cakap keluar suara tu
Konon2 aku nak berbicara dengan dia la kan
Nak2 pulak bila anak2 ada... rasa kekok pulak kalau deme dengar...hahahaha
Sumpah tak reti... so aku takat bercakap dalam hati je la...
Lagi satu kalau bersuara tu mesti aku rasa sebak & nak menangis
So diam2 dalam hati je la....



Sebelum balik mesti kiss abah dulu




Selagi ada rezeki sihat & kelapangan
Insya-Allah akan bawa anak2 datang sini...

Tuesday, March 14, 2017

ANNIVERSARY KE-13

14.03.2017

Kalau suami aku masih hidup
Kami akan celebrate anniversary perkahwinan kami yang ke 13 hari ini
Tapi dah tertulis takdir kami hanya setakat 12 tahun sahaja. 
Kiranya sempat sambut anniversary  takat 12 kali je...
Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan
Ada orang belum lagi pernah merasa ulangtahun perkahwinan pun ye dak???

Pagi2 hari dah syahdu aku ni
Pepagi dah menatap gambar kahwin aku dolu2
dok letak atas meja mekap kat bilik aku
Macam orang bodoh lak aku dok wish happy anniversary kat gambar tu
Tapi nak buat cemana... itu je yang aku ada...


SELAMAT HARI KITA, ABANG
Walaupun Abang dah takde, tapi KITA masih ada
sebab abang masih ada dalam hati ini..😚





Wednesday, March 1, 2017

MARCH 2017

Hari makin menganjak lalu
Semakin jauh kau tinggalkan aku

Dah masuk bulan Mac dah kita ye
Kami sepatutnya sambut anniversary kami yang ke-13 bulan ni
Birthday Amira pun bulan ni juga 😮



Its been 277 days already...😢

BERAKHIR PENANTIANKU

Sebulan....dua bulan...tiga bulan...
Akhirnya lepas genap 9 bulan arwah suami aku meninggal
Tiba juga yang ditunggu2...
Surat dari Pejabat Pusaka

Pergh... lama gila aku menunggu
Aku dah submit awal dah
tapi prosesnya punya la lama kan
Tah berapa kali aku telefon Pejabat Pusaka tu dok tanya pasal ni
Penantian tu kan satu penyeksaan

Kalau nak tahu Pejabat Pusaka Kecil ni terletak di Pejabat Tanah & Galian. So kalau nak buat tuntutan harta pusaka terus je pegi Pejabat Tanah berhampiran.
Ni bagi harta yang kurang dari 2 juta & ada tanah/rumah. Kalau nak buat kat Amanah Raya pun boleh.




Untuk pengetahuan korang aku buat tuntutan Harta Pusaka ni kat Pejabat Tanah Kuala Kubu Bahru. So jadi under tadbiran Pejabat Pusaka Kecil Gombak
Pejabat tanah KKB ni tolong kutip borang je tapi segala urusan dibuat di Pejabat Tanah Gombak.

Sesetengah Pejabat Tanah daerah/negeri lain maybe prosesnya lebih cepat... ikut nasib la
Ni disebabkan rumah kami ni semata2 kat kawasan hulu selangor
Tu yang pegi buat kat Pejabat Tanah Kuala Kubu
Dan katanya kalau yang daerah gombak ni memang lembab sebab banyak sangat file nak kena proses katanya... 
ye la... hari2 ada orang mati kan..


Alhamdulillah balik keje semalam
surat yang ditunggu2 ada dalam peti surat
syukur sangat2....


** Nama Cik Besah tu memang Besah tau... bukan nama timangan...😊


Semoga dipermudahkan urusan kami nanti..
Debar2 pulak nak pergi bicara kuasa...hahahaha

Tuesday, February 21, 2017

MASA YANG BERHARGA

Masa memang sentiasa mendahului kita.
Yang tinggal hanyalah kenangan yang berharga


Ni nak cerita pasal jam aku
Jam yang abah bagi tu hadiah sempena aku dapat result SPM dulu
Walopun result aku tu tak le cemerlang mana
Tapi pada dia dah cukup membanggakan dia kot...[agaknya la]
Fuh... dah 20 tahun aku pakai jam ni
alhamdulillah masih berfungsi dengan baik 
Suka jam tu sebab dia ada banyak bezel
Boleh tukar2...hahahahah

Ni gambar lama..
Ada bezel yang dah hilang... 
Tah tercicir kat mana tah..


Jam yang sebelahnya tu, jam arwah suami aku
Aku belikan sebagai hantaran perkahwinan kami dulu
Tapi of course la dia yang pilih masa tu kan... 
Brand POLO ko!!! hahaha
Sayang punya pasal... belikan jugak la...
Kerap juga arwah pakai jam tu dulu 
Memang dia sayang jam tu... rajin dia lap2 jam tu tau
Takleh ada habuk sikit..

Tapi la ni, aku la yang pakai jam tu
Nasib la jam tu tak besar & maskulin sangat
Idak le segan aku pakainya
Ni pun aku baru je tukar bateri jam dia
Selama 12 tahun kami kahwin, ni la kali kedua tukar bateri jam tu
Lama sungguh bertahan bateri jam
La ni jam2 ni la jadi kesayangan aku & pengubat rindu..

** Walopun abang [suami] tak sempat nak ganti gelang emas aku yang dah ter***** dulu, biarlah aku simpan jam ni sebagai gantinya...huhuhuhu...





Friday, February 17, 2017

POSSESSION

Tajuk dari London gittew
bukan nak cerita pasal kerasukan tau
Tapi nak cerita pasal rete pusake arwah suami aku...hahahaha

Saja la kan sebab hari ni takde idea nak blogging
Tepek je la benda yang aku tulis kat IG tadi..

Malas nak tulis lain... baca je la caption tu...
Kalau takleh baca pi je le terjah IG/FB aku tu 😝



Ini la 3 benda yang aku cakap tu



** Oh ye, abah aku pun sesaiz cam kitaorang juga... 2-3 helai seluar jeans arwah abah aku ambik & pakai... jimat belanja beli seluar jeans...hehehehe




Friday, December 16, 2016

JUMAAT

Skip kejap cerita Mersing...
Badan tak sihat sangat.. seram sejuk dari semalam
Demam sikit tapi dah makan ubat
Maybe sebab letih travel jauh haritu kot.. baru rasa kesannya..hehehehe
Plus lagi dengan demam rindu

Sehari dua ni memang teringat sangat kat arwah
Tetiba je boleh menangis
Tah kenapa sensitif je.. walhal dah habis period..hahahaha
Dengar lagu sedih pun boleh menangis aku ni..

Masuk hari ni dah 202 hari dia meninggalkan aku
Cepat je masa berjalan
Allahuakbar....
Bila sakit2 ni memang teringat sangat kat arwah
Dulu dia la tempat aku ngadu kalau sakit
Dia yang takeover handle anak2
Tapi la ni.. terpaksa mintak tolong Aleeya untuk jaga adik2
Aku ni memang dah tak bermaya dah nak bangun
Melepek je kat tilam...

Takde topik nak cerita hari ni kalau ikutkan 
Tapi terlintas pulak benda ni kat fb
So share sini la..


Terus teringat kat arwah suami aku
Dia memang simpan janggut masa akhir tu
Siap boleh seloroh dengan mak dia bila mak dia tegur pasal janggut
Dia kata ni janggut bawa rezeki ni...

Gambar terakhir kami berdua
20 hari sebelum dia pergi
Dengan muka ni la dia pergi mengadap Ilahi


Semoga ada la pahala untuk arwah atas sunnah ni
Al-Fatihah.




**Taip laju2... tengok muka arwah ni pun aku dah nak nangis...😭