Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

JENAMA TUDUNG YANG FEMES DI MALAYSIA

Sejak dua menjak terjebak dengan AJ ni
makin luas juga la pengetahuan aku tentang tudung2 bawal ni
[poyo tul!]
Selalu tu main beli tudung paso malam je
takpun yang murah2 yang takde brand pun

Aku ni pulak kalau tudung mahal2 ni
idak le lalu aku nak membelinya...
takat lalu tengok je le..hahahaha

pic credit to fb 

Kat atas tu antara brand tudung yang femes2 kat Malaysia ni
Korang boleh tengok range harga tudung2 keluaran brand masing2
Masing2 brand ada la peminat yang tersendiri

Dalam banyak2 tu tudung Aidijuma (AJ) la yang jual paling murah
[start dari harga RM10]
sebab murah tu yang banyak orang suka
aku pun suka juga sebab tu la... range harga pun masih affordable
takde la sampai ratus2 @ ribu2 sehelai
Mampu milik gitu.. sampai dah terlebih2 milik jadinya..hahahahaha



Hari ni pakai tudung bawal Anaqeen
pemberian dari seorang rakan
Best la kain dia compared tu AJ
Anaqeen (AQ) ni salah satu pesaing AJ la
Banyak design2 cantik & harga sangat affordable
Kalau nak cuci mata tengok tudung Anaqeen boleh tengok kat websitenya



Lagi satu competitor AJ ialah Kekaboo
Pun cantik2 & affordable harganya
Rambang mata wehhhhhhh



So sesapa yang berminat nak pakai bawal & peminat2 tudung bawal
boleh la jenguk2 website2 tu
mesti ada yang tersangkut nak beli selai dua..

Korang minat tudung apa?





Tuesday, February 16, 2016

TIPS MEMAKAI LIP GLOSS

Selain gincu dan lip balm, lip gloss adalah satu lagi aksesori make up untuk wanita
Pada aku lip gloss ni la yang paling senang nak apply tau
Tujuan pemakaian lip gloss adalah untuk memberikan kelembapan pada permukaan bibir serta pada masa yang sama berfungsi untuk menyerlahkan lagi solekan bibir seseorang wanita itu.



Biasanya, pemakaian lip gloss adalah sentuhan solekan terakhir selepas pemakaian lipstick. Kalau ikut step selalunya orang pakai camni:

 lip balm ---> lipstick ---> lip gloss 

Baru la bibir korang nampak "glossy" gitu sebabnya lip gloss ni menjadikan permukaan bibir kelihatan lebih bersinar atau juga disebut sebagai ‘juicy lips’.



Ni aku nak kasi tips yang sempoi supaya bibir korang jadi mungil & bersinar2:

  • Pertama sekali anda harus memilih warna lip gloss yang sepadan dengan tona kulit korang. Tapi kalau terbeli lip gloss yang tidak bersesuaian dengan warna kulit, korang boleh campurkan lip gloss tersebut bersama pemakaian petroleum jelly (Vaseline) untuk mendapatkan warna yang lebih lembut. 
  • Seterusnya, jangan takut untuk memakai lip gloss dengan tebal, kerana ia membantu membuatkan bibir anda kelihatan lebih menonjol. Ni kalau korang jenis konfiden la...hahahaha.. Ekceli aku pun pakai sederhana je... wasotiyah gitu.. Kang cepat pulak habis lip gloss tu.. [jimat kekdahnya..]

  • Selain itu, anda haruslah memilih jenama lip gloss yang benar-benar dipercayai & sesuai dengan bibir kerana pemakaian lip gloss juga turut membantu melindungi permukaan bibir anda daripada sinar UV matahari. Ini penting tau.. kadang2 kalau beli yang tak serasi, habis ngelupas bibir sampai pedih2.. Eeee seksa benar rasanya kalau kena camtu.. 
  • Dan yang terakhir, pastikan warna lip gloss tu tidak terlalu berbeza dengan warna lipstick yang korang pakai. Oleh itu, penting untuk  memilih warna lip gloss dan warna lipstick yang sekata. Atau paling mudah, gunakan lip gloss yang berwarna neutral.



Senang je kan tips2 kat atas tu... Semoga berjaya mendapat bibir yang mungil... baru la boleh muah2 cam Dato' Seri Vida tu...



Thursday, January 14, 2016

MEMANG BERBALOI-BALOI SHOPPING KAT SHOPEE.MY

Selain Lazada & Zalora
sekarang aku ada satu tempat shopping baru
kat SHOPEE.MY la

Memula tak tau gak pasal Shopee ni
pastu tengok banyak blogger dok review pasal Shopee ni
so terjebak jugak la install apps ni kat smartphone
[cari je kat Google Play tu]

Bestnya shopping kat Shopee ni sebab banyak sangat pilihan
pastu selalu ada diskaun lak tu
Bila diskaun memang harga murah habaq kat hang...
pastu pulak Shopee selalu bagi diskaun baucer lak
maksudnya, on top of given discount, tambah lagi guna pulak voucher diskaun tu
maka berganda2 murahnya la hai....

Memula tak caya gak, takut la tipah tertipu kan
So aku try beli barang yang agak2 kalau kena tipu pun aku tak ralat sangat la
So first thing aku beli melalui Shopee ialah shawl Keknis
Harganya masa tu RM16.. pastu aku guna la kod voucher RM10
So aku cuma bayar RM6 je untuk sehelai shawl tu uolsss 
[termasuk postage tau]
Guess what.. shawl tu sampai dengan pantas ke tangan aku
hari ni oder esok dah sampai... kellasssss!


Ni la shawl yang aku beli dengan harga RM6 saje...


Bebaru ni masa Krismas saja la usha2 Shopee
kebetulan ada sales sampai 80%
Tu dia rambang mata...
last2 aku beli 5-in-1 face massager ni
Harga asal sebelum less dalam RM39.90 camtu.
After less harga dapat la RM15.00
pastu pulak aku dapat diskaun kod RM5 so tolak lagi  la
so total aku bayar hanya RM10 tau [termasuk pos lak tu]
Maunya idak berbaloi2.... sapa nak bagi weiiiiii



Syok wei cuci muka dengan benda ni
Macam kena urut2... terasa bersih je muka
Dah le murah RM10 jeee




** Tunggu dapat diskaun voucher lagi.. boleh shopping lagi...
 Suke..suke..suke...

Friday, November 13, 2015

MENEBUS VOUCHER ZALORA

Haritu kan dah kabo aku dapat voucher Zalora RM100 kan.
So naik juling bijk mata aku mencari benda yang aku boleh beli 
kat website Zalora tu...
So fikir punya fikir, ini je la hasilnya...

Gila tamak jam sampai 3
[sebabnya semua aku berkenan..hahahaha]
Sebelah tu pulak sehelai bawal crepe RM10 je
[sebab nak cukupkan jumlah voucher tu]


Aku ni jenis suka beli barang biar nampak banyak
Tak reti nak menghabiskan segedebuk untuk 1 je item mahal
So daripada RM100 = 1 barang
baik la RM100 = 4 barang
Baru la rasa berbaloi shopping...hehehehehe
Dah le jarang2 dapat voucher free kan...
Jadi la jam2 ni semua sebagai advance birthday gift untuk aku...
Alhamdulillah.



Friday, November 6, 2015

VOUCHER RM100 DARI ZALORA

Alhamdulillah settle job dari Zalora
Sebagai balasan diberi voucher RM100



Tengah fikir nak beli apa
Ikut napsu, macam2 nak beli
[macam le dapat voucher RM10 ribu...hahahah]
Tapi sebab jarang2 dapat kan, so kena fikir betul2 nak beli apa

Erm.. memandangkan bulan ni birthday aku
So, rasanya nak beli something as my birthday present la
Buat kenang2an nanti..
Nak beli apa ek?????? [buntu...sebab banyak beno yang aku berkenan]






Friday, September 4, 2015

TIPS MEMILIH JAM TANGAN WANITA





Ada yang mengatakan bahawa memilih seutas jam tangan boleh dianggap sebagai satu keputusan mendalam yang melibatkan peribadi seseorang. Kini di luar sana terdapat begitu banyak jenis jam tangan untuk lelaki dan wanita yang anda boleh dapatkan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda sentiasa beringat untuk mencari jam yang sesuai dengan stail gaya anda. Tetapi bagaimanakah caranya ataupun tips memilih jam tangan wanita yang terbaik?

Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada anda suka jenis analog yang klasik ataupun jenis digital yang tampak lebih moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun anda sendiri haruslah tahu jenis jam bagaimanakah yang anda suka?

Dalam blog post ini saya akan berkongsikan dengan anda beberapa tips mudah untuk mencari jam tangan wanita yang cukup berguna.

  • 1. Pertama sekali anda haruslah tahu apakah jenis jam tangan yang anda mahukan, yang sesuai dengan cita rasa serta stail anda sendiri. Adakah ianya analog? Digital? Ataupun kedua-duanya sekali? 

  • 2. Soalan yang kedua adalah jenis tali jam tangan mana yang anda lebih gemari? Rubber? Polyurethane? 

  • 3. Selepas itu barulah anda boleh beralih ke soalan yang seterusnya iaitu rangkaian harga yang anda selesa, agar tidak melebihi bajet anda. 

  • 4.   Stail jam tangan amatlah penting untuk diambil kira. Jika anda mahu gaya yang sofistikated, anda mungkin perlu dapatkan jam tangan ‘silver’ dengan rekaan yang ‘sleek’. Manakala jika anda mahu tampil menarik dengan gaya yang ‘classy’ pilih jam analog ‘meta’. 


Ok sekarang dah dapat tips2 mencari jam tangan wanita pilihan hati, apa lagi... jom la kita shopping!!!!!! Malas nak keluar kita shopping online saja.. Tapi lagi puas hati kalau dapat belek di kedai.. dapat belek puas2 kan..





Monday, December 22, 2014

KERASUKAN SHAWL

Semenjak dua menjak dah berjinak2 dengan shawl ni
Rasa suka pulak pakai shawl ni
Sebelum ni asyik berbawal je kan
Kena ubah sikit la penampilan tu...wakakakaka

Sekarang tengah mengalami kerasukan shawl
Nak pulak opismate pun jual shawl
Rambang mata mokcik!
Dah tu pulak kalau ada kaler yang kita berkenan pun dia boleh carikan
Ai like!!!!

Ini shawl terkini yang aku beli dengan opismate
Tergoda dengan kaler2 yang cantik2 & sweet2 tu
Sampai 3 helai aku beli

Harga???? Well.... aku ni kan cheapskate
Tentulah cari yang murah2 je..
Tudung2 kat atas tu harga tak sampai RM20 pun
Cuma RM18 je sehelai... chiffon oblong shawl lagi
Kain best & sejuk & senang bentuk
Banyak lagi kaler cun2 pi terjah FB dia kat PAKAIAN MUSLIMAH
Kaler cun2 habaq kat hang... rasa cam nak ambik semua je..


Yang ni pulak aku beli kat IG... Tengah buat stock clearence
Murah2 giler... RM10 je selai
Tapi sebab aku lambat, tak banyak kaler dah yang tinggal
Itu pun gile rambang juga mata aku dibuatnya
Nasib la kaler2 yang aku nak semua takde
Tinggal ni je la...

Perghhhh habis duit beli shawl
Memang dah kena kerasukan ni....
HELP!!!! HELP!!!
Ini semua NAPSU!

Friday, December 19, 2014

HADIAH UNTUK EX BABYSITTER

Sebagai menghargai ex babysitter Amira yang dah jaga Amira selama ni
Kami bercadang nak bagi hadiah le sebagai tanda terima kasih
dan juga kenang-kenangan sebelum diaorang berpindah ke Bentong

Memula tu tak tahu juga nak belikan apa
Selalu orang bagi kain baju & tudung  kan
Tapi aku fikir, kalau kain baju yang boleh pakai dia sorang je
[Takkan aku nak beli sepersalinan untuk diaorang satu keluarga pulak]
So decide untuk beli barang yang semua orang boleh guna
Dah tentu la barang2 untuk rumah... lebih berbaloi rasanya

Kebetulan aku teringat masa kami pi bercuti ke Cameron dulu
Aku ada bawa thermopot ke sana
So Cik Ana ada kata senang juga ada benda ni ye...
Selama ni aku ingatkan rumah Cik Ana memang dah ada
rupanya dia memang takde lagi thermopot tu

Jumaat lepas kan ada sales kat LAZADA
so menggigih la aku mencari thermopot kat situ
Tetiba terpandang pulak water dispenser brand ELBA
Harganya masih dalam bajet, plus pulak dapat diskaun sempena sales 12.12 tu
Jimat dah kat situ... so apalagi.... klik terus BUY NOW...hehehehe

Inilah dia rupanya water dispenser tu
Ingatkan kecik... besar jugak rupanya
Oder Jumaat, Isnin dah sampai... Cepat sungguh servis LAZADA ni..
Kotaknya aje dah besar pemeluk kome wei...
Naik malu lak aku nak usung masuk kereta...hehehehe

Nampak cam best je benda ni
Nanti kalau thermopot aku dah rosak, boleh la sambar satu..

Thursday, June 12, 2014

INVITATION DARI ZALORA

Terkejut aku bila tetiba dapat email ni dari ZALORA MALAYSIA
Tetiba dapat invitation untuk collaborate dengan diaorang
Apakah????


Macam tak caya pun ada sebab aku ni tak pernah pun bershopping dengan ZALORA
Tah cemana deme terdiscover blog picisan aku ni pun tak tahu le
Terima kasih la atas offer tu ye ZALORA

Tapi rasanya , terpaksa la teman menolaknya
Sebabnya tak fair lak rasanya nak promote sedangkan aku sendiri tak pernah berurusan jual beli dengan ZALORA
Dah tu pulak my sense of fashion memang out habis wa cakap lu...
Lagipun aku ni bukannya reti nak promote2 ni 
[tu sebab tak boleh keje jadi promoter hahahaha]
So biarlah blogger yang lagi talented & berkelayakan collaborate dengan uols...
Anyway, thanks  for the warm invitation ye ZALORA...



Friday, May 30, 2014

SPIDER PODIUM YANG OHSEM!!!

Menggajet lagi aku kali ni
Boleh kategori gajet ke benda ni???
Gasak la....

Start aku beli tripod hari tu [boleh baca KAT SINI]
Aku cam minat benda2 yang fleksibel ni
Boleh guna kat mana2 je kan

Bebaru ni aku beli SPIDER PODIUM lak
[baru sampai pagi semalam...wink!wink!]
Benda ni namanya Spider dah tentu la rupanya pun cam spider kan
Aku beli ni kaler hitam
Ekceli ada banyak kaler yang korang boleh pilih..


Nampak simple je kan tapi banyak kegunaannya tau

Gambar kat belakang pek

Antara contoh kegunaan spider podium ni

Selain untuk letak handphone, boleh je letak benda lain
Kamera, buku, kunci, wallet, ipod, tablet, buku, botol air ,etc.....
[tak caya cuba korang google sendiri]

Macam2 pesen kome boleh lipat kaki2 spider ni
Insya-allah tak patah [melainkan kome ganas cam rasaksa]
Ni aku try kat tablet 7" 
Kalau time nak masak tengok resepi dalam tab boleh la letak camni...



Ni pulak aku gantung kat PC
Konon2 nak tengok movie dalam kereta la...[berangan]
Elok je tergantung kat situ... tak jatuh pun

Ni aku try gantung dalam kereta pagi tadi
Memang tak jatuh walopun kereta gegar2 
Siap aku boleh layan video sementara tunggu lampu merah
Ni pun aku buat tak kemas sebab nak demo je.. hehehehe

Dan boleh selfie lagi uols.... cool kan???

Spider podium ni ada 2 size
Yang kecik sesuai untuk smartphone sampai tablet saiz 7"
Satu lagi saiz besar sikit...namanya SPIDER PODIUM TABLET [aku beli yang ni]
Yang ni sesuai untuk tablet sampai saiz 10" tu

Oh ye... aku kan cheapskate
So beli kat lelong.com.my je...
Kalau kome nak beli sila terjah ke sana ye...

Tak caya hebat tak hebat podium ni
Layan video ni dulu



Thursday, May 22, 2014

TELEKUNG LYCRA LACE CANTIK² DARI AUDRRA BLOSSOM

Lai..lai...lai..
Nak ajak korang semua intai2 telekung lycra lace cantik2 
Naik rambang mata aku bila tengok banyak warna2 yang cantik
Rasa cam nak beli semua kaler je...
[gile melampau kan???]

Semenjak dua menjak ni kan ke glamer telekung lycra lace ni
Macam2 pesen lace ada
Nak satu tingkat, 2 tingkat lace, kerawang dll
Cantik2 lak tu
Untuk budak2 pun dah ada sekarang ni
Boleh la kome sedondon pakai dengan anak

Elok beno la tu kan.. tak lama lagi nak masuk bulan pose
Boleh la melaram sedondon dengan anak pi sembahyang terawih
[Tapi sila niat kerana Allah ye.. bukan niat nak tayang kat orang pulak]


Sedondon camni kan lawa juga...

Macam2 warna ada.... pilih je kaler feveret korang


Kalau kome yang tak berani nak pakai telekung yang berkaler2 ni
Warna putih pun ada....
Stok banyak lagi katanya



Telekung ni blogger YANA a.k.a tokey AUDRRA BLOSSOM yang jual tau...
Murah2 saje...
Terlajak larisssssss gitu...

Jom pakat2 jengok & like page AUDRRA BLOSSOM

Aku suka kaler turqoise tu
Eh..eh..purple tu pun cantek gak kan...
Kalau korang nak yang all white, cam gambo kat bawah ni



Banyak beno gambonya ye..cam aku lak yang juai telekung
Keh..keh..keh..
Gambar2 kat atas semua dari page AUDRRA BLOSSOM ye


Kalau kome berkenan silalah pi terjah page AUDRRA BLOSSOM
Macam2 jenis telekung ada - bukan setakat lycra je...
DANNNN  kualiti kain Lycra yang dijual memang tebal, tak jarang & sejuk
Nak lagi senang korang Whatsapp/pm  je kak Yana di @ 019-2764682
Boleh dapat best price lagi.... [Kak Yana ni baik tau...]


So korang jangan malas2 terjah page AUDRRA BLOSSOM ye..
Insya-allah tak nyesal punya...



Wednesday, April 16, 2014

USB MULTI CARD READER

Kat rumah aku memang banyak memory card
Sebabnya hasben aku la suka tukar2 tepon
Lagi satu bila beli tab @ phone selalu dapat additional memory card kan..

Tapi tu la,  semua gajet2 tu kena guna jenis memory card tertentu je
Ada yang yang pakai makro, mikro dan macam2 lagi la
Saiz pun lain2 kan...

Bebaru ni pulak henfon Sony Ericsson yang aku pas kat Aleeya pun dah jahanam
Skrinnya blank je... Tak berbaloi nak hantar repair pun
So lantak je la kat situ
Luckily banyak gambo aku save dalam memory card je
So, aku just keluarkan memory card dari henfon
[Nak masukkan card dalam henfon baru ni pun tak muat pulak]
Memory card aku tu jenis M2, sedangkan tepon sekarang kena guna micro sd

So jalan penyelesaiannya untuk tengok balik apa yang ada dalam segala makneka memory card
adalah menggunakan USB MULTI CARD READER
Benda ni aku beli lama dah.. tapi jarang guna pun..

Aku beli yang ni je
Banyak jenis memory card boleh guna dengan satu alat ni tau
43 in 1 la katakan...hehehehe
[ada lagi yang lagi banyak tapi mahal sikit la]



Antara jenis2 memory card yang compatible dengan USB Multi Card Reader ni


Yang ni aku punya...
Aku tak pilih pun nak kaler apa masa beli tu
Tapi orang tu bagi aku kaler hijau
Macam tau2 je aku ni peminat hijau...

Lagi satu benda ni very handy
Tak besar mana pun..
Besar korang pun pendrive je lebih kurang
Muat je nak masuk dalam henbeg

Oh ye... USB Multi Card Reader ni aku beli kat LELONG.COM.MY je
Harga masa aku beli tu cuma RM7 je.. Murah kan???
Suka shopping kat LELONG.COM.MY ni sebab macam2 ada jual kat situ
Murah pun murah...

Korang ada tak yang suka shopping kat LELONG ni???

Monday, May 13, 2013

HADIAH HARI IBU

Haritu Yaya dah bagi kad Hari Ibu
Baru ni dapat hadiah pulak...
Hadiah le sangat dek non.... 
Poslaju yang hantar hari Sabtu lepas..hehehehe

Hadiahnya ialah....subang berlian 
Beli untuk diri sendiri je..
Ajenye la berlian tu.... dapat swarovski pun dah mujur
Buy 1 free 1 kekdahnya tu...
Boleh la pakai together2 dengan Yaya
Dah lama dia berkenan subang bulat ni..

Ini le rope paras subang tu

Abis ati la makcik sorang ni dapat subang baru

* Beli kat Milkadeal je masa promotion Mother's Day haritu....



Thursday, January 17, 2013

ONLINE SHOPPING

Sekarang kan segalanya di hujung jari... 
Klik sini klik sana, kalau berkenan terus klik beli
Yang penting dalam akaun ada RM la kan...

Online shopping pertama di tahun 2013 
Parcelnya sudah sampai....
Tak guna pos laju pun... guna registered pos je
[murah sikit...lagipun aku bukannya nak urgent sangat]

Skodeng sikit pebenda aku beli tu??
Ce teke.. ce teke...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Yiha... telah beli telekung travel
2 lak tu sekali beli... satu untuk aku... satu untuk Yaya
Saja le beli sebab senang nak bawak gi mana2

Pink color ofkos la Yaya punya
Ini pun besar sikit.. biar labuh.. boleh pakai lama sikit
Mukanya pun agak luas untuk Yaya, so kena pakai keronsang bawah dagu
[Aku suka hijau... so yang hijau tu akulah yang punya]
Kalau untuk yang saiz ketinggian cam aku ni (153cm) just nice je la

Aku beli murah je.. Sepasang RM22... beli dari NAZIRA.BIZ
Kalau minat, pi la terjah website tu
Beli yang jenis kain parachute tu je..
Kain memang jenis ringan dan nipis so agak jarang
Advice aku, beli la yang kaler gelap2 sikit... kalau kaler cerah memang obvious jarang le