Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 30, 2016

DALAM EDDAH 4 BULAN 10 HARI

Penat nak jawab soalan tak Ipoh ke raya ni?
Tak balik kampung ke raya ni?
Tak join ke program ini?

Well sini aku nak bagitau
AKU DALAM EDDAH LA WEI!!!!!
4 BULAN 10 HARI KENA KUARANTIN
hehehehe

Buat yang tak tahu
eddah untuk wanita yang kematian suami
ialah 4 bulan 10 hari
Eddah ni kiranya dalam pantang la... merangkap berkabung sekali la
Makanya ada la pantang larangnya..



Antara pantang 2 dalam eddah kematian suami ni ialah:

1.TIDAK BOLEH DIPINANG @ BERTUNANG SECARA TERANG2AN

2. TIDAK BOLEH BERKAHWIN

3. TIDAK BOLEH BERHIAS & BERWANGI WANGIAN PADA BADAN & PAKAIAN [WALAUPUN KETIKA BERADA DI RUMAH]
    - tak boleh pakai barang kemas [cincin, gelang, rantai]
    - tak boleh pakai perfume @ apa2 yang berbau wangi yang keterlaluan
       [cukup sekadar untuk menghilangkan bau badan]
    - tak boleh bersolek [gincu, bedak, foundation, celak, eyeliner semua tak boleh]
    - tak boleh pakai baju yang terang & menarik perhatian [bling2, labuci,
      manik2 semua tak boleh]
    - tak boleh menampakkan seperti bergaya [pakai tudung pun tak boleh nak
      over2 lilit]
     
4. TIDAK BOLEH TIDUR DI RUMAH LAIN @ MENINGGALKAN RUMAH SUAMI
    - tak boleh bermusafir  tanpa sebab darurat [balik kampung tak boleh, vacation tak
      boleh, gi ronda shopping mall tak boleh, gi pasar malam tak boleh, haji & umrah 
      pun tak boleh]
   - Tak boleh tidur tempat lain melainkan ada darurat seperti banjir, tanah runtuh, 
      kebakaran 

5.TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH TANPA KEPERLUAN
    - tak boleh gi ziarah2, tak boleh gi ronda2 shopping mall, tak boleh gi kenduri
      kahwin, tak boleh gi lepak, tak boleh gi beraya, gathering, reunion & 
      sebagainya.
    - hanya boleh keluar rumah untuk bekerja, beli barang keperluan, urusan sekolah 
      anak2, pergi klinik & urusan2 penting sahaja. Selain dari itu adalah HARAM...
   - Ziarah kubur arwah suami juga ada ulama kata boleh, ada yang kata makruh. 



Poin 1 & 2 aku malas nak ulas panjang. Dari poin 3 sampai 5 je aku nak hurai setakat pemahaman aku la.. Itupun ada yang aku dah terlanggar.. Semoga Allah ampunkan aku. Aku pun baru tahu bila aku google pasal benda ni.

Aku masih pakai barang kemas, so balik ni kena bukak la semua, Aku ada pakai perfume kat rumah & gi keje.. rupanya larangan tu termasuk bila berada di rumah.huhuhu.. Losen2 bagai tu kena simpan dulu la sampai habis edah.. Gi kerja pun ada gak aku bersolek, so esok kena biar muka natural beauty je la.. Pakai bedak baby je la jawabnya tak nak bagi nampak pucat sangat.

Pasal keluar rumah & tak balik kampung untuk raya tu la di poin yang ke-4 & ke-5 tu. Kalau buat juga udah dikira berdosa. So harap2 terjawab la persoalan korang tu kenapa aku tak balik raya kat Ipoh. Nak pi beraya pun hanya dibenarkan pada jiran yang dekat dengan rumah je.. Yang jauh2 memang tak boleh la. Even nak pergi masjid mahupun majlis ilmu pun hanya boleh jika dekat dengan rumah je. Nak jenjalan rumah jiran pun yang dekat2 sahaja. Itupun bila malam kena balik rumah tido kat rumah suami. 

So raya tahun ni, mak abah & adik beradik aku yang akan datang beraya ke rumah aku..

** Hukum di atas tu adalah sekadar umum sahaja. Untuk penjelasan lanjut boleh refer pada ustaz @ pakar2 agama ni. Dan andainya aku tersalah sila tegur aku ye.. 

** Iddah 4 bulan 10 hari tu kalau tak mengandung, kalau mengandung, iddah adalah sehingga anak itu dilahirkan.
      


KOSONG!

Dah lebih sebulan arwah meninggalkan kami
Meninggalkan segala2 yang ada di dunia ini
Rumah aku terasa sepi & kosong
Perasaan tu datang  bila aku sendirian di rumah
Memang terasa sangat2 tau.



Dulu kalau aku sidai kain dalam rumah
Bila petang, aku balik kerja, kain dah siap diangkat
Kelmarin, aku balik rumah, buka pintu masih nampak kain baju berselayut
Tanpa sedar air mata aku menitik... hati terasa nak menjerit
Tapi aku waras lagi kot... takde la nak jerit2 tetiba lak kan

Arwah juga suka sapu laman rumah
Pantang le nampak daun kering atau sampah, mesti dia sapu
La ni, takde sapa nak mengisahkan laman tu
Daun2 kering berselerak je kat tanah tu
Kadang2 bila sengsorang mula la dok terbayang dia tengah menyapu
Adoi... seksanya menahan perasaan yang camni...

Kalau jadi camtu, cecepat aku buat kerja lain
Takpun aku pi rumah Cik Besah
Kalau layan feeling sorang2 memang boleh jadi gila ooo..
Nauzubillah!



Wednesday, June 29, 2016

BAJU POJEN

Baru ni biras aku & abang ipar aku ada belikan baju raya untuk anak2 aku
Alhamdulillah rezeki diaorang dapat baju raya
Janji diaorang happy

Pastu dalam banyak²  tu ada la baju pojen
[read: FROZEN]
Berkenan sungguh la anak2 aku especially Amira
Lepas mandi petang tu terus nak pakai baju baru..
Belasah je la nak oi.... tak payah tunggu raya..

Siap dengan tudung sekali tau nak dipakainya
Tudung tu tudung Aleeya dulu
Sekarang pas kat adik2 dia pulak



Tak menahan tu siap pakai stongan aku lak tu
Walopun baju tu memang dah lengan panjang
Nasib tak pakai sarung kaki sekali..






Monday, June 27, 2016

GENAP 30 HARI TANPA DIA

Hari  ni genap 30 hari tanpa suami di sisi
Anak2 aku juga tanpa abah diaorang
Sukar nak melalui hari2 yang berlalu
Tapi terpaksa tunjuk kuat depan anak2

Tinggal beberapa hari lagi je nak raya
Sesungguhnya memang takde mood pun nak raya
Ingat lagi aku siap dah bincang2 dengan arwah dulu nak kaler apa tema raya tahun ni
Approve pulak dia kaler yang aku nak tu...huhuhuhu

Walopun takde mood raya
tapi kewajipan tetap ditunaikan
Hanya kami ber-5 tahun ni


Sebelum2 ni arwah la yang bayarkan zakat fitrah kami
Tapi tahun ni aku pulak yang ambilalih...
Walaupun katanya tanggungjawab akan jatuh pada bapa @ saudara lelaki arwah
Tapi yang mana aku mampu, aku uruskan sendiri le..


Peel arwah, lepas bayar fitrah, mesti dia wasap gambar resit tu kat aku
Buat laporan le konon-kononnya
La ni aku dah takde tempat nak buat laporan & takde dah terima laporan dari dia..


Friday, June 24, 2016

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum semua
Dah Jumaat dah rupanyanya
dan sudah sampai Ramadhan ke-19  
Alhamdulillah!

Takde mood nak menulis hari
Banyak update kat IG je...dasar malehhhh
[Walhal IG pun dok update sekali sekala jugokkk]

Satu2nya lelaki waris arwah suamiku
Lelaki harapanku sekarang!



Waris terakhir peninggalan arwah suamiku
Amanah suamiku untuk aku.




19 Ramadhan 1437
24 June 2016
#Surviving  day 27 without him.

Thursday, June 23, 2016

SLIP GAJI TERAKHIR

Arwah meninggal sehari sebelum hari gaji dia
Dan 2 hari sebelum tu arwah ada beli basikal baru
tapi dia gunakan kredit kad
Masa aku dapat sms pasal dia ada buat puchase guna kad tu
[arwah ni supplementary kad kredit aku, so aku sebagai principal, aku dapat la sms each time dia swipe credit card]
aku tanya la dia beli apa sampai ribu2?
Dia cakap dia beli basikal & nanti dia bagi duit untuk bayar balik
Sebabnya masa beli tu dia tak bawa cash, tu yang dia swipe card.

Tak sangka, arwah tak sempat pun nak bagi duit pada aku
dia sudah dijemput Ilahi
Sehari selepas arwah meninggal, wakil dari tempat kerja arwah datang rumah
Ada la bagi sumbangan sikit & bagi juga slip gaji arwah

Nak menangis aku 
sebabnya itulah slip gaji arwah
Itulah duit terakhir arwah untuk belanja rumah kami bulan2
Itulah yang terakhir...
Selepas ini hanya harapkan income aku sahaja la untuk uruskan keluarga

-slip gaji terakhir arwah-


Semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk aku terus menyara anak2 aku
dan Allah kurniakan rezeki yang berterusan & berkat  kepada keluarga kami.


Duit berjuta2 pun tak sama nak digantikan dengan kehilangan dirimu, abang. Kerana kekosongan di hati ini tak boleh diisi dengan wang ringgit. Separuh jiwaku pergi........





Wednesday, June 22, 2016

WW JUNE 2016


So true indeed...


Tuesday, June 21, 2016

TAK PUASA

Lama tak hapdet pasal anak2
asyik apdet cerita sedih je kan...

Ni cerita hujung minggu lepas
2 budak kenit ni tak pose
Dok mintak makan aiskrim je..




Tengok tu makan sampai 2-3 kali menambah aiskrim
Amboi..amboi... budak2 ni..
Tengok si Jasmin sampai baju dia pun makan sekali


** Sis Yana Halim, perasan tak baju & cekak tu??? Hehehehe

Monday, June 20, 2016

INCOMPLETE

3 minggu tanpa suami
Terasa sangat2 kesepian tanpa teman bicara,
tanpa teman bermanja, tanpa teman bersenda.
Allah je yang tahu perasaannya 
dan hanya yang pernah mengalami tahu bagaimana rasanya kehilangan ini

Luaran orang nampak aku kuat
Hakikatnya hati aku sangat2 fragile
Aku tak sekuat yang korang nampak sebenarnya....

Hilang ayah lain rasanya
Hilang ibu pun lain rasanya
Hilang anak pun lain rasanya
Inikan pulak hilang suami.. di mana ko curahkan segala2nya
Yang ko kongsi suka duka bersama
Rahsia yang tersimpan tanpa boleh dikongsi dengan sesiapa pun








INCOMPLETE



Empty spaces fill me up with holes
Distant faces with no place left to go
Without you within me I can't find no rest
Where I’m going is anybody’s guess

I tried to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby
It’s written on your face
You still wonder if we made a big mistake

I'd try to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

I don’t mean to drag it on, but I can’t seem to let you go
I don’t wanna make you face this world alone
I wanna let you go (alone)

I'd try to go on like I never knew you
I’m awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I’m going to be is incomplete

Incomplete





HARI BAPA TANPAMU

Syahdu menyambut hari bapa semalam
Terutamanya pada anak2 aku
Amira pulak sekarang kerap merajuk
Pastu asyik memanggil2 abah! abah! [especially kalau aku marah dia]

Pedih hati aku ni tau...
Buka sebab marah tapi sebab sedih...
Kalau time camtu mula la aku yang bergenang air mata
Sesungguhnya aku tak kuat berhadapan saat2 macam tu


Abah & Amira
[gambar tahun lepas]
In loving memories....


Cadanganya petang semalam nak ke kubur arwah
Tapi udah hujan je sehari dua ni kan
Nanti mama & anak2 datang melawat kubur abah ye..
Miss u abang..

# Genap 3 minggu abang pergi....

Friday, June 17, 2016

PUSARAMU

Hari arwah dikebumikan memang aku tak pergi pun ke kubur
Lagipun aku takde kekuatan lagi nak pergi lepas tu
Dah hari ke 4 baru aku pergi jenguk pusara arwah
Itupun ditemani mak, Aleeya, Cik Besah, Adib & abang ipar aku

Kali pertama pergi aku tak mampu nak nangis beria
Lagipun  malu kat orang2 yang ada
Cuma air mata mengalir masa abang ipar aku bacakan doa untuk arwah

-Tanah perkuburan baru di kawasan aku-


Kali kedua aku pergi ke kubur arwah pada hari ke 8
Sehari sebelum bulan Ramadhan bermula
Aku bawa Amira & Jasmin  sekali
Aleeya pun folo sekali
Masa ni memang sebak le sebab aku dah membayangkan Ramadhan tanpa arwah
Amira masa ni pun menangis sebab tengok aku menangis
Jasmin macam biasa tak mengerti apa2... dia main2 je tanah kubur tu
Lepas tu aku bagitau Amira, ni rumah abah yang baru
Abah duduk sini & tak boleh balik.. Abah duduk dengan Allah
Amira macam faham je... tah le..
Lepas2 tu kalau tanya abah mana, Amira akan jawab "Abah work dekat Allah"

-kubur arwah dari kejauhan-


Selasa lepas pun kali ke3 aku ziarah kubur arwah
Aku tahu aku dalam iddah & takleh nak kemana2 tanpa tujuan
Tapi aku terlalu rindu pada arwah
So aku pergi je sendirian ke kubur
Dah le takde orang, tapi aku nak pegi juga
Dah le tengah2 hari

Ekceli aku takde plan pun nak pergi kubur tu haritu
Tapi sebab aku pergi isi minyak
pastu kubur tu dekat sangat dah dengan stesen  minyak tu
Tu yang aku singgah tu...
Memang sehelai sepinggang je aku datang.. takde bawa bunga atau air pun untuk siram kubur
Aku bawa diri je....

Hari agak panas tu sampai kering tanah kubur arwah ni


Aku duduk kat situ tak lama pun
Just kirimkan doa & fatihah pada arwah
Of kos bila sengsorang ni aku feeling lebih...
Menangis jugak le.. tapi idak le sampai meratap meraung bagai tu

Pastu aku dok sembang la dengan dia
cerita tentang life aku & anak2 lepas ketiadaan dia
Allah je yang tahu perasaan aku masa tu
Aku tahu aku kena redha & terima kenyataan hidup aku ni
Semoga aku terus tabah demi anak2 aku..

Al-Fatihah




TEKO HIKMAT

Teko ni selalu orang buat bancuh air kan
Tapi teko ni la salah satu komunikasi kami
Hahaha... 

Sebabnya dalam teko ni la hasben selalu tinggal duit belanja
yang sepatutnya dia bayar tetiap bulan
Maklum la arwah dulu keje syif, so memang kesempatan nak jumpa & berkomunikasi tu terhad
Kadang2 kalau tak sempat bagi by hand, dia letak la duit tu dalam teko
Pastu nanti dia whatsapp la

"Yang, duit rumah & duit kereta abang dah letak dalam teko"
"Duit yuran anak ada dalam teko, nanti ambik la"
"Abang dah letak duit dalam teko, jangan lupa ambil''
"Duit Ila (babysitter) ada dalam teko, abang letak tadi"



Itu la pesanan2 dia setiap kali dia gaji
Sekarang teko ni dah terbiar kosong, tanpa isi
Syahdu bila tengok teko tu

Teko ni lokasinya dalam kabinet buku
Tapi sekarang aku dah  transfer teko ni kat dapur
Bersama cawan2 yang lain...


Tuesday, June 14, 2016

KAU YANG SATU


Tanpa mu aku lah yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu takhta naluriku
Cintamu hanya di hatiku
Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu
Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu



** Just for you, abang.

AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG


Rindu benar kat dia
Tapi rindu hanya berteman air mata

Sabarlah duhai hati!

Friday, June 10, 2016

HARI PEMERGIANMU....

29/05/2016... 
Hari terakhir arwah berada di dunia ini
Tak siapa menyangka, tak siap menduga
Semua yang tahu , memang terkejut

Katanya sehari sebelum arwah meninggal, arwah memang excited sangat nak join Jamboree Kayuhan Basikal anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor
Pagi hari kejadian pulak, arwah bangun seperti biasa
Bergerak ke tapak acara bersama abangnya
Bila acara dah bermula, dia antara orang yang akhir sekali bergerak
Kata abang ipar aku, dia siap bawa bekalan kurma lagi
[sebelum2 ni arwah tak pernah bawa apa2 bekal kalau nak berkayuh]
Bila orang lain dah bertolak dia boleh cakap pada beberapa kawan yang lain, makan la kurma dulu
kayuh beria pun bukannya dapat no satu katanya.
Kurma tu lah sedekah dia yang terakhir pada kengkawannya.

Lepas beberapa km berkayuh, dia dah semput
Ada budak yang escort pun tanya dia ok ke tak
Dia dah tak kayuh, duduk & baring siap bukak baju & kasut
Katanya tak larat.. macam semput..tak pernah2 dia jadi camtu katanya
[ni budak escort tu la yang cerita pada aku]
Budak escort tu pun kipas2 la arwah ni masa tu..
Lepas rehat kejap dia cakap, dia taknak teruskan kayuhan
dia nak balik..
lepas tu dia dia call abang dia kata nak keluar kayuhan
Pastu dia bangun & kayuh basikal menuju ke tapak mula acara
Masa tu dalam pukul 10 pagi lebih
Budak escort tu kata dia suruh hasben aku pergi cek kat paramedik yang ada kat situ
tapi dia taknak, dia kata dia nak balik

-gambar dari group whatsapp arwah-


Masa balik, dia lalu rumah Cik Besah dulu [ni cerita dari Cik Besah pulak]
Cik Besah baru balik beli barang dapur, tengah lepak2 kat luar rumah
Dia tegur arwah kata cepatnya balik
Arwah kata tak larat...pastu duduk kejap arwah pun kata nak balik rumah , nak berak
Pastu Cik Besah takde la kata apa2
Masa ni katanya dalam pukul 11 lebih

Dalam pukul 1 tgh hari, abang ipar aku pun balik
Sampai rumah, terus tanya Cik Besah, adik [panggilan untuk arwah] mana?
Cik Besah kata dah balik rumah tadi.. sakit perut katanya
Yang abang ipar aku ni pun terus la tuju rumah aku lepas letak basikal
Tak lama pastu di balik kelam kabut, terus peluk Cik Besah & nangis
Katanya, mak sabar... adik dah takde
Cik Besah pun tanya, adik pegi mana?
Abang ipar jawab Adik dah mati mak...
Terus macam pengsan Cik Besah ni..

Menurut abang ipar aku, bila dia sampai rumah aku
dia panggil arwah
Dia ingat arwah tidur, siap gerak suruh bangun sebab dah masuk waktu Zohor.
Pastu dia terus masuk dalam rumah sebab nampak arwah macam tidur
[kebetulan pintu rumah aku tu tak kunci pun, selak gril je]
Arwah dalam keadaan meniarap kat lantai rumah, berhampiran meja makan dengan hanya bertuala
Dia sentuh adiknya, udah sejuk badannya
Dia tengok perut arwah ni dah takde gelombang
Nampak ada air/lendir yang keluar kat mulut  & hidung arwah
Dia cek nafas, memang dah takde nafas
Tak tahu la pukul berapa yang arwah ni "habis"
Maknanya dari waktu dia balik dalm pukul 11 pg tu ke waktu dia ditemui iaitu pukul 1 tgh hari la dia meninggal
Sedihnya bila takde yang meneman dia, takde yang nak tolong ungkapkan syahadah padanya
Harapnya dia sempat la ingat ALLAH dihujung2 nyawanya

Lepas tu abang ipar aku pun panggil la jiran2 datang tolong
Yang Cik Besah pun dah tak keruan.. siap suruh jiran tu tunggu jenazah kot2 karang dia bangun katanya. 
Yang ayah mertua aku pun terkilan juga sebab tak mengadap arwah sebelum pemergiannya
Cik Besah pun dok membebel kenapa la anak aku??? Kenapa ko tak bagitau ko sakit? ....
Jiran2 datang pun mayat memang dah nak keras, cepat2 diaorang lurut2 sendi arwah supaya senang nak diqiamkan.
Memang sebak kalau dikenang2 saat tu.. aku & anak2 tiada disisinya
Tapi mungkin kalau aku berada waktu tu, mengadap dia dalam keadan tu, mesti impaknya lagi besar pada aku..

Pak mentua aku pun boleh pulak kata "Arwah nak meninggal kat rumah dia juga rupanya.. Rumah yang dia bersusah senang dengan Aisyah" ---> sebak aku tau!

Dan bila diaorang tunjuk kat mana badan arwah masa ditemukan
Aku terpana sebab situlah lokasi tempat tidur aku setiap malam
Allahuakbar!

Ye la kita tahu ajal ni dah ditetapkan Allah
Tak lewat  dan tak cepat walau sesaat pun
Sudah ajal arwah pergi dalam keadaan begitu.. dalam keadaan tidak menyusahkan orang
Allah ambil dia dalam keadaan baik InsyaAllah
Semoga keadaan arwah juga baik2 sahaja di alam barzakh

Apa lagi kata2 yang mampu aku ungkapkan
Aku terima qada & qadar yang telah ditetapkan
Ini ujian untuk kami di dunia ini
Namun begitu, senang nak ungkapkan, tapi sukar untuk laksanakan
Aku cuba tabah demi anak2 aku sedangkan dalam hatiku hanya Allah yang tahu
Terasa dah takde makna hidup aku ni... aku hidup demi anak2 aku je.
Allahuakbar... sesungguhnya berat sungguh ujian yang ko beri ni
Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan tak berdaya  tanpa pertolonganMu!

AL-FATIHAH UNTUK SUAMI KESAYANGANKU
AHMAD ZAIMI BIN ZOLKOFLI
1976-2016

SEMOGA KITA BERTEMU DI JANNAH NANTI





#sudah 13 hari arwah kembali ke rahmatullah



Thursday, June 9, 2016

UJIAN TERHEBAT DALAM HIDUPKU (PART 3)

Kami sampai lewat di hospital berbanding van jenazah
Masa aku sampai, aku ingatkan jenazah dah masuk dalam bilik untuk post portem
Rupanya van jenazah masih di luar bangunan
dan jenazah masih ada dalam van
Rupanya pagar bangunan forensik pun masih berkunci
Maklum la hari Ahad kan
Tunggu la pulak orang datang bukak pagar
Masa tu dah pukul 6 lebih dah

Pastu baru la van jenazah  bawa jenazah ke bilik untuk post mortem ikut  pintu belakang
Ingatkan dah boleh proses terus
Sekalinya budak kaunter tu kata, doktor takde
Pukul 7.30 petang  karang baru doktor datang
Ya-Allah... dugaan apakah ini lagi?
Kenapa dilewat2kan urusan jenazah...huhuhuhu
Tak henti aku berdoa agar dipermudahkan segalanya

Sementara menunggu tu makin ramai kawan2 arwah yang datang
Kawan2 aku pun ada jugak datang ke hospital
Bos aku pun datang juga..
Terharu aku sebab masih ada yang prihatin
Siap tunggu sampai urusan post mortem selesai

Aku lak masa tu memang lapar... maklum la tak sempat makan lunch
Harapkan makan bihun je pagi tu
Tapi memang tak lalu nak makan kome..
Ada yang belikan air & roti, tapi aku nak habiskan roti separuh pun susah nak telan rasanya
Air je aku teguk sebab haus

Dalam pukul 7.30 doktor pun datang
Perkenalkan diri & tanya macam2 soalan
Ye la.. sebab umur arwah kan muda lagi
Dia nak konfem la bukan kes bunuh ke, pecah rumah ke apa ke
Siap tanya mak mertua & abang ipar aku 
[Yang jumpa mayat arwah ialah abang ipar aku tu]

Dalam pukul 8 malam urusan post mortem dimulakan..
Kejap je rupanya...
Sementara doktor buat post mortem, ahli qariah surau rumah aku
datang la bagitau nanti nak mandi, kapan, buat tahlil, sampai kebumi semua diaorang yang uruskan
Alhamdulillah la kan..
Bayaran hospital pun badan khairat kematian surau yang uruskan..
Syukur la dipermudahkan segalanya

Dalam pukul 9.30 malam semuanya siap
Doktor kata memang ada darah beku block ke jantung arwah
tu la punca kematiannya...
Allahu akbar... tak dapat aku bayangkan cemana la arwah melalui detik2 kesakitan tu

-dah lepas balik rumah baru perasan nama arwah salah bin.. Bin ke bapa aku pulak.. esoknya pegi balik hospital untuk betulkan..huhuhu-


Lepas tu kereta sorong ditolak ke ruang kami menunggu
Jenazah dah siap mandi & dikapankan
Aku rasa nak  terjelepuk je masa tu tapi aku kuatkan semangat
Aku tengok Cik Besah & Abang ipar aku dah pergi kat jenazah
Sebak aku tengok diaorang menangis
Lepas tu baru giliran aku
Aku sentuh muka arwah, pipi arwah, kening dia, hidung dia
Sejuk..
Aku cium dahi & pipinya... wangi je...
Jenazah cantik je... macam tidur
Masa ni aku cakap pada dia 
"SAYANG REDHA ABANG PERGI TINGGALKAN SAYANG & ANAK2.... ABANG JANGAN RISAU, SAYANG AKAN JAGA ANAK2 KITA... ABANG TENANG2 DI SANA YE.."
Antara keluar ngan tidak je suara aku masa tu
Air mata jenuh ditahan dari jatuh terkena jenazah

Lepas tu muka arwah ditutup & jenazah disorong masuk ke van jenazah
untuk dibawa pulang ke surau untuk disembahyangkan
Memula nak bawa ke rumah supaya ahli keluarga semua boleh tengok
Tapi aku cakap terus la bawa ke surau.. sapa nak tengok, tengok di situ sahajalah

Dalam pukul 10 lebih, kami sampai di surau
Orang dah main ramai [termasuk kawan2 & rakan sekerja arwah]
Memang rezeki dia ramai yang sembahyangkan dia
Sebelum sembahyang tu  sekali lagi muka arwah dibuka untuk tatapan ahli keluarga & untuk penghormatan terakhir
Aku tengok anak2 aku [Aleeya & Adib] dah cium jenazah abah diaorang
Hanya Amira & Jasmin yang tak tengok jenazah 
[diaorang dah tidur & berada di rumah pengasuh]

Bila giliran bapa mertua aku.. memang sebak sangat
Nampak kasih sayang seorang ayah kepada anaknya
Siap pak mentua aku cakap "ANAK ABAH.... COMEL ANAK ABAH SIMPAN JANGGUT..."
Aku dah merembes air mata masa ni
Pastu giliran Cik Besah pulak... "SAYANG ANAK MAK"
Pastu baru giliran aku... aku hanya mampu cakap "SELAMAT JALAN ABANG.... SAYANG SAYANG PADA ABANG"
Aku cium arwah buat kali terakhir...lamaaaaa

Lepas tu ada la lagi kengkawan arwah yang tengok
Kami yang pompuan dah keluar  sebab imam dah nak mulakan sembahyang jenazah
Bila diluar ramai la yang memeluk aku, ucap takziah & suruh bersabar & bertabah
Aku dah tak tahu nak fikir apa
Cuma hati aku sebak mengenangkan dia dah meninggalkan aku... tak sempat aku nak mintak maaf pada dia atas salah silap aku
Cuma aku harap dia redha dengan aku sepanjang kami bersama..

Selesai sembahyang, semua bergerak ke tanah perkuburan
Aku teragak2 nak pergi atau tidak
Ikut hati nak juga pergi tapi aku tak sanggup nak lihat jenazah diturunkan ke liang lahat
Mak aku cakap tak payah le pergi
Lagipun tak elok... so aku dengar cakap mak aku
Bukan aku tak mahu bagi penghormatan terakhir di kubur
Tapi biarlah aku doakan dia dari kejauhan sahaja
Langkah aku layu dari surau menuju ke rumah aku

Urusan pengkebumian semua berjalan lancar
Selesai semua dalam pukul hampir 12 tengah malam
Aku sayu lihat wajah anak2 terutama Adib yang rapat dengan arwah
Badan aku letih, otak aku berat tapi aku confuse
Lepas semua pulang, baru aku mandi [dah pukul 2 pagi masa tu]
Aleeya dah tidur, Adib tidur di rumah Pak Longnya, Jasmin di rumah pengasuh
Tinggal Amira yang sudah terjaga dari tidur
Pastu aku ajak Amira tidur dengan aku kat atas dalam bilik
Dia tak tanya apa pun... dalam hati aku yang berkata "Hai la anak.. kesian kamu tak mengerti apa2"
Sekecil ini kamu dah jadi anak yatim.... berlinang air mata aku masa tu
Amira tanya kenapa mama sedih, aku cakap sebab aku dah ngantuk... nak tidur

Malam tu aku hanya mampu tidur 2 jam je
Subuh2 esoknya terasa sunyi
Aku teringat2 lagi time2 macam tu aku kejutkan dia untuk solat Subuh
Kini takde lagi dia untuk aku kejutkan...
Pagi terasa sunyi.. sesunyi hati aku
Aku rindukan dia!

-gambar pas kerja arwah.. wajah yang akan aku rindui seumur hidup aku-



Tuesday, June 7, 2016

UJIAN TERHEBAT DALAM HIDUPKU (PART 2)

Waktu tengahari tetiba aku sakit perut
Pi naik tingkat atas untuk buang air, tapi telefon ku tinggal di bawah
Nak dijadikan cerita henfon aku pun buat hal
Kalau ada orang call, bunyinya  pelan je.. tak dengar 
walaupun aku dah set bunyi paling kuat

Lepas ke tandas, dah azan Zohor, so aku terus la solat Zohor
Pas solat sambil nak relax2 sebelum makan lunch
Aku belek la telefon
Tengok ada 3 miss call dari rumah, 1 miss call dari biras aku
Aku fikir mesti hasben aku yang call nak tanya apa2
Yang biras aku pulak, kalau urgent mesti dia call balik kan

Tah kenapa aku rasa tak sedap hati
aku call balik biras aku tapi tak dapat
last2 aku call je rumah aku
dengar suara anak buah hasben aku yang jawab

           Ko tepon maksu ke Heri?
           Haah... ni maksu, Heri nak bagitau, Pakcu dah meninggal
           Pakcu mana?
           Pakcu la... Pakcu kita
           Pakcu Bahar ke???
           [aku bayangkan pak sedara hasben aku tu sebab dia memang ada sakit]

           Bukan..... Pakcu... Suami Maksu
           Maksu mana??? 
           [tak sedar lagi aku la maksu yang dia maksudkan tu]
           Maksu la... Pakcu Zaimi!!!

           Ha... kenapa dengan Pakcu?
           Dah meninggal
           Eh...Ko bior betul Heri!!
           Betul Maksu... baru kejap tadi... ni dah ramai kat rumah maksu


Aku masa ni dah tak keruan
Telefon pun aku tak tahu sama ada masih online atau tak
Langkah aku macam tak jejak tanah... rasa cam mimpi dengar heri cakap tu
Aku terus pegi kat dapur.. mak aku tengah makan
Terus aku pegi meraung kat mak aku
Mak!!!!! Mi dah takde mak!!!
Aku tengok Aleeya & Adib, terus aku cakap "abah dah takde"... sambil aku raung & peluk anak2 aku
Adib & Aleeya dah merah mata menangis
Jasmin tengah tidur, Amira tengah tengok tv
[Ya Allah.... anak2 aku... ]

Terus mak aku tanya siapa bagitahu bagai
aku cerita la apa yang heri cakap
Mak aku pun terus cakap istighfar banyak2... jom kita balik
Aku pun dah tak boleh fikir apa dah
Naik atas dengan semangat yang takde, edngan badan menggeletar, aku kutip je semua baju2 yang ada masuk dalam beg
Barang anak semua aku kemas
Aku salin pakaian  pastu kawan aku merangkap sepupu hasben aku pun call
Dia tanya betul ke apa yang dia dengar
Aku takleh kata apa.. aku nangis je
Dia kata dia tengah otw ke rumah aku

Lepas kemas2 kami bertolak dengan 2 biji kereta
Sebabnya adik aku pun tengah dalam pantang
so semua usung sekali
Aku & anak2 naik dengan mak aku
Adik2 aku naik dengan abah aku
Masa otw memang harap ni semua tipu
tup2 biras aku call tanya pukul berapa aku akan sampai
Masa ni aku dengar dah orang dok baca2 Yasin
Aku istighfar & berperang dengan perasaan aku sendiri

-dalam kereta aku teringat doa ni-


Semakin menghampiri rumah, semakin debar2 hati aku ni
Tak sanggup nak tengok apa yang kat rumah tu
Sampai2 depan rumah, ramai dok memerhati
Macam org bagi laluan pulak untuk masuk.. 
Aku dukung Jasmin & Amira, aku nampak pak mentua aku kat luar
Pelan2 aku pergi kat dia & salam tangannya.. dia tengah sedih smbil kata 
"ABAH PUN TAK TAHU NAK KATA APA"

Amira & Jasmin aku tak tahu aku bagi pada siapa
Cuma aku dengar Jasmin dok menangis2... langkah aku longlai
Bila masuk rumah ramai yang  peluk aku
Aku dah sebak.. dari pintu aku dah nampak jenazah di tengah rumah
Memang susuk tubuh suami aku
Aku tak tahu nak reaksi macammana
Aku salam orang2 dalam tu terus aku pergi dapatkan Cik Besah yang ada kat kepala jenazah
Aku duduk kat tepi Cik Besah & ada orang yang bukakan kain yang menutup muka jenazah
Hati aku menjerit ABANG!!!! tapi bibir aku terkunci
Aku cuba betenang... aku tatap wajah arwah puas2... mukanya macam sedang tidur.. tenang je
Aku pegang bahu & tangannya... dah keras & berat
Aku pegi dekat dia aku raba muka, mata, dahi, mulut, misai, hidung, janggut dia
Aku cium semahu2nya... aku peluk dia... tapi aku tak menangis
Baru nak peluk lama sikit udah ada yang menarik aku....huhuhu... deme risau aku meraung kot

Cik Besah pun bercerita la cemana kejadiannya
Aku takleh hadam satu2 masa tu
Yang aku tahu, arwah mengadap sakaratul maut seorang diri di rumah
Allah... masa tu terkilannya aku... 
Dia sendirian tanpa teman... kalau aku tahu tak mungkin aku balik Ipoh tinggalkan dia seorang di rumah.

Tak lama lepas tu, van jenazah pun datang untuk bawa mayat ke hospital untuk post mortem
Masa tu dah pukul 5 petang
Ada yang tanya aku nak ikut ke idak pergi hospital
Aku bingung.. terdengar Jasmin masih menangis2.. aku tak keruan
Mak aku cakap kamu pergi la.. anak2 tu biar la kat sini
Cik Besah pun pegi jugak.. so aku mintak izin nak solat asar dulu sebelum ke hospital.
Aku naik kereta dengan Cik Besah, masa tu la dia cerita dari awal apa yang jadi...

Tak larat nak tulis... sambung lagi.