Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, February 27, 2012

MINYAK MASAK TUALA WANITA

Kecoh dalam paper hari ni pasal tuala wanita dalam peket minyak masak
Naik loya lak tekak aku dibuatnya
Agak2 korang la, cemana la agaknya pad tu boleh termasuk dalam minyak masak tu??

Friday, February 24, 2012

TAHNIAH CUTE COUPLE : LISA SURIHANI & YUSRI

Akhirnya dengan rasminya si Lisa Surihani dah tukar title Puan kepada Yusri KRU
Tahniah! Tahniah!
Banyak blogger dah buat entry pasal cute kapel ni..
Gambar2 pun banyak dah diupload especially kat blog Abang Nara, Rotikaya & Ohbulan
Aku suka kapel ni.. sweet sangat... sama macam masa Yusri kawen dengan Erra dulu
Sama cantik sama padan kan??
Tapi harapnya endingnya tak macam perkahwinan Yusri yang terdahulu..



Yang paling penting, ramalan Uncle Seekers tentang couple ni memang TAK TEPAT langsung. Nampak beno menipunya [baca gaya Usop wilcha sambil tangan goyang2]

Video akad nikah LY ni boleh tengok kat blog KAKNGAH
Tapi kenapa kena tepuk tangan lepas sah bernikah tu ek??? Macam tak sesuai jer..

Friday, December 30, 2011

WAJAR KE KURUNG ANAK DALAM TANDAS?

Memang tak patut... Geram je kat bapak budak2 ni
Sanggup dia kurung anak2 dia dalam toilet
pastu dibiarkan kelaparan selama dia keluar bekerja
Katanya sebagai hukuman sebab anak2nya buas sangat
ish..ish..ish..











** Sebuas2 anak aku takle aku tergamak buat camni...

Thursday, October 27, 2011

BARU 14 TAHUN DAH 4 KALI GUGURKAN ANAK

Dahsyat tak remaja zaman sekarang?? 
Bila baca paper semenjak dua menjak ni naik seram  bulu roma dengan keberanian ekstrem budak² ni.
Dengan buang anak, bunuh anak, campak anak, seks bebas, bunuh mak bapak, dadah.. dlll
Kadang² dah naik cemuih baca suratkhabar yang asyik laporkan berita² macam ni.
Tapi kalau tak dibaca, langsung tak tahu perkembangan semasa.



Pagi tadi masa dengar berita kat HOTFM, terkeluar berita pasal budak 14 tahun yang sorok mayat bayi bawah katil. Itu pun sebab dia bleeding, bapa dia bawak gi hospital. Tup² rupanya sebab baru beranak. Sepanjang pregnant duduk dengan mak bapak, tapi mak bapak tak sedar ke perubahan anak tu??? Yang paling megejutkan, rupanya sejak budak tu berumur 13 tahun, dia dah pernah gugurkan anak sebanyak 4 kali... Pergh......... gilos...


Seawal umur 13 tahun dah terdedah dengan aktiviti macam ni. Sedangkan aku masa 13 tahun dulu hidup dengan riang ria dengan kengkawan sebaya. Tak terdedah langsung dengan gejala² macam ni. Even though sebagai remaja kita selalu curious tentang sesuatu, tapi kena la jugak berfikir buruk baik benda yang kita nak lakukan. 

Remaja zama dulu, sejahat mana pun tak le sejahat budak zaman sekarang. Macam aku duduk asrama, kena ragging dengan senior biasa la. Tapi pada aku tak le seteruk & seganas budak sekarang yang macam gangster sehingga membawa kepada pembunuhan. Adoyai.. Kemana la peginya jatidiri anak² muda zaman sekarang. Yang pasti, majoriti itu adalah berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM... Sedih kan???

Cabaran sebagai ibu bapa zaman moden, bagaimana membentuk keperibadian & jatidiri yang kuat pada anak²kita? Jom share sama² yer... 

Monday, October 10, 2011

INI NAMANYA BAPAK SETAN

Berita yang menyayat hati & disusuli oleh maki hamun oleh semua orang.
Memang mengundang kemarahan betul. Memang bapa durjana..



BAYI 23 HARI DILIWAT BAPA KANDUNG



Gombak: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya yang berusia 23 hari di dalam bilik dirumahnya  di Taman Sunway, Batu Caves, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan  kesakitan itu langsung tidak diendahkan bapa durjana, sebaliknya menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya menggunakan tangan dengan kuat, sekaligus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun kira² jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa juga turut cedera. 



** Semakin hari semakin ramai yang bertuankan nafsu...