Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Monday, March 8, 2021

HARI PERTAMA PERSEKOLAH SECARA BERSEMUKA

 01.03.2021

Lepas sebulan lebih dok sekolah secara Pdpr (online learning), akhirnya KPM dah umumkan sesi persekolah secara bersemuka akan dimulakan pada 01.03.2021. Itupun untuk budak prasekolah, darjah 1 & 2 sahaja. Lega la jugak sebab anak2 aku sorang darjah 1 & sorang lagi darjah 2. Kiranya yang darjah 1 tu ada la kakaknya tolong teman bila di sekolah. Idak le aku risau sangat.

Ekceli risau le juga kot2 Jasmin ni tantrum lagi cam masa tadika. Tak henti2 la mamanya berdoa supaya diaorang ni ok aje untuk bersekolah nanti. So 1st day tu memang start early la sebab malam sebelum tu aku suruh diaorang tidor awal. Time Subuh memang diaorang dah bangun. Cepat la sikit nak bersiap tu kan. Mood dua2 kanak2 tu pun ok je.

Diaorang ni sekolah kebangsaan sesi petang. So pagi tu akan ke sekolah agama dulu. Tahun ni sekolah agama diaorang dah pindah ke tempat lain. Jauh sikit la dari sekolah sebelum ni. Tu yang kena siap awal sebab dah lain arahnya dari sebelum ni. 

Masing2 excited nak pakai baju baru


Beza sungguh walaupun beza umur setahun je


Sebab nak uruskan anak2 sekolah ni, aku apply la cuti seminggu.Tu yang lambat buat entry ni..heheheh.. Malas nak menaip kat rumah sebab takde feel😆. Masa kat sekolah Jasmin relax je.. takde pun nak nangis2.. Lambai aku sebelum masuk sekolah itu je.. Wahhhhh... Good girl! 

Ok, diaorang habis sekolah agama pukul 11 pagi. Lepas ambik diaorang, balik rumah, suruh diaorang makan nasi & siap2 untuk ke sekolah kebangsaan. Kalau hari sekolah, aku pun jadinya lunch awal. Kul 11 lebih.. Hahahaha.. Teman anak makan, aku makan je la sekali. 

Tahun ni kan Amira jadi pengawas. First time la nak pakai uniform pengawas. Kesian pulak aku tengok dia sebab berlapis2 pakai baju. Dah le sekarang musim panas. Memula tu dia taknak juga pakai, tapi aku pujuk untuk cuba hari pertama je.. Itupun pesan kat dia, kalau panas dalam kelas, buka je vest tu sangkut kat kerusi.


Sampai kat gate sekolah Amira kata tak nak sekolah. Nak belajar kat rumah je katanya. Adoi la.. Si Jasmin still steady. SOP tahun ni parents takleh hantar masuk sekolah untuk budak2 darjah 1. Tak macam tahun2 sebelum ni. Siap mak ayah teman masuk dalam, masa rehat pi jenguk kat kantin. Tapi tahun ni memang tak boleh tau. Masing2 parents tawakal je la anak2 di sekolah tu cemana ragamnya. Aku pun cuak juga kot2 Jasmin buat perangai. Tapi elok sampai depan gate sekolah, Amira masuk dulu, tinggal Jasmin jalan sorang kat belakang.. Bertuah punya budak.. tak kisah langsung adik kat belakang ni..Hahaha.. Tapi Jasmin cool je.. Takde muka cuak ke, nak nangis ke.. Jalan je ikut cikgu suruh ke mana..Pandai2 la ko bawa diri ye nak.

Sampai kat rumah pun aku kejap2 belek henfon. Risau kot2 cikgu telefon anak aku menangis ke, mengamuk ke..hahaha.. Tau2 cikgu hantar gambar dalam group parents.

Time ni waktu rehat.. Tengok meja si Jasmin kosong je kan. Jangan kecam kata aku tak bagi bekal kat anak pulak.  Jasmin kata dia baru nak keluarkan roti & air tapi cikgu dah tangkap gambar..hahaha.. Ingatkan dia tak makan tadi.. Ikutkan Jasmin, dia taknak bawa bekal sebab dia dah makan nasi. Tapi aku bekalkan juga roti & air kot2 lapo kan.


Ni after rehat.. Cikgu suruh ubah tempat duduk pulak
Tu yang Jasmin dah bertukar tempat kat sebelah tingkap tu.
Tu tengah kusyuk mewarna tu.. cikgu tangkap gambar pun tak peduli dah.


Petang tu time ambil diaorang dari sekolah, aku tanya Jasmin seronok ke sekolah. Dia kata seronok. Tanya si Amira pun dia kata best. Tapi dia kata taknak pegi sekolah esoknya.. Udah kenapa pulak kan???? Aku syak pasal panas pakai baju uniform pengawas tu. Tapi bila aku tanya dia geleng je. Jenuh la pujuk supaya dia pi sekolah esoknya.

Malam tu aku tanya lagi kenapa taknak pi sekolah. Dia kata cikgu garang. Aku cakap biasala la cikgu awal2 memang la garang, nanti ok le tu. Rupa2nya dia ada Tasmik lepas tu ustazah tu tegur la bila dia salah baca. Mungkin ustazah tu ada tertinggi suara kot.. Makanya Mira pun sentap la wehhhhh. Tu yang taknak gi sekolah lagi..Hahaha.. Jenuh la mama nak pujuknya...Hari2 la mama pujuk untuk ke sekolah. Memula tu janji dengan dia, hari Jumaat dia boleh ponteng sekolah petang. Tapi hari Khamis tu dia cakap, Mira tak jadi ponteng la mama.. Mira nak sekolah.. Alhamdulillah (dalam hati mak ko)..











Monday, January 11, 2021

AMIRA DAPAT JADI PENGAWAS SEKOLAH

Haritu cikgu ada send whatsapp bagitau yang Amira terpilih untuk jadi pengawas sekolah tahun 2021. Tak sangka pulak la dia dapat lantikan tu. Bila cakap kat Amira, bukan main dia excited. Selama ni ada juga pernah dia cakap dia nak pakai baju sekolah warna biru. Biru kan warna feveret dia.. Bila jadi pengawas kan kena pakai baju uniform serba biru.. tu yang suka sangat tu.

Cikgu suruh ambik surat tawaran & sign surat persetujuan lantikan sebagai pengawas tu. Musim2 Covid-19 ni, surat2 semua cikgu letak kat pondok jaga je. Ambil kat situ & nanti letak surat jawapan pun kat situ juga.




Cik boolat ni dah nak jadi pengawas sekolah 
Nasib la baju2 pengawas kakak dia ada lagi yang disimpan
Kot2 ada yang muat jimat le sikit duit dari nak beli baru
Nanti kena korek gobok cari baju lama😅






Thursday, January 7, 2021

KENA GANTI BUKU TEKS SEKOLAH😭

Ada satu hari tu aku tengok Amira & Jasmin tengah main2 tiket2
Konon2 tiket zoo la, tiket bas la.. 
Memula Jasmin datang kat aku, cakap nak tiket mama
Aku pun ambil je la kertas yang dia bagi tu
rupanya dia gunting katalog cosway aku yang dah lama tu

Tak lama pastu Amira pulak datang kat aku bagi "tiket"
Aku pun tanya la ni tiket apa? Dia kata tiket masuk zoo
Aku pun belek2 la kertas yang dia bagi tu
eh eh.. elok benar jenis kertasnya
Aku dah tak sedap hati... ingatkan dia pun gunting buku2 lama dia dulu
Lepas tu aku tanya dia gunting buku apa? Buku sekolah ke?
Dia jawab haah... Sah! Dia gunting buku teks sekolah
Aku pun mintak le dia bawa buku yang dia gunting tu tunjuk kat aku
Ya-Allah... buku SPBT lak tu.. Kalau buku aktiviti maap le lagi kan
Urut dada mak hang ni tau... buka kulit buku terus ke mukasurat 19!
Bayangkan le berapa banyak helai yang dia dah gunting2... **urut dada**

Mentang2 le dah tak pi sekolah, dia ingat buku2 tu dah tak pakai gamaknya
Aku tak le asing lagi buku2 teks tu semua sebab masa ni kelas online masih berjalan
Ada kelas yang kena refer buku teks lagi.

Buku kulit buku terus mukasurat 19!



Ni la kertas yang dia gunting2 buat "tiket" tu


Aku dah pening kepala dada memikirkan mana la nak cari buku teks sekolah ni. Yelah, kena la ganti buku tu kan. Kedai buku udah le takde kat Batang Kali ni..
Last2 tu teringat pulak nak cari kat Shopee.. Alhamdulillah le ada wei.. Cepat2 le order.. 

Sejenis kelegaan lepas buku ni sampai.


Sejak hari tu, aku pesan kat Amira & Jasmin, jangan la sesuka hati nak gunting2 buku. Tanya mama dulu buku tu boleh gunting ke conteng ke koyak ke kan. Kang tak memasal jadi kes camni lagi. Naya je!!!

Tu la budak2 ni, bila dah terlalu lama duduk di rumah, macam2 perkara diaorang buat. Sampai tak terjangkau dek otak kelakuan diaorang tu...Kena banyak bersabar jadi mak2 ni kan.😅







Monday, November 30, 2020

TANPA KONVOKESYEN

Tahun ni tahun terakhir Jasmin jadi budak tadika
Tahun depan dah jadi budak sekolah rendah pulak
Memandangkan sessi persekolah di tadika dah tamat pada 25/11 hari tu
so Jumaat lepas cikgu suruh datang sekolah untuk ambil sijil & gambar konvo.
Nasib la sempat jugak diaorang ambil gambar konvo beberapa minggu sebelum kena PKPB haritu.

Kat sekolah cikgu dah siap2 letak atas meja
Just ambil & balik
Takde la jumpa cikgu pun.


Ni hadiah dari cikgu kelas Jasmin
Cikgu Nurul namanya


Sijil tadika Jasmin
Tanda udah graduate
Ye lah, dah 2 tahun di tadika tu


Nasib la muka kamu ada senyum Jasmin
Kalau idak memang payah nak ambil gambar formal dia
Asyik nak menangis je😅


Lepas ni preparation untuk dia ke sekolah rendah pulak la
Tah cemana nanti gamaknya..
Harap2 dia ok je masuk sekolah baru.








Wednesday, September 23, 2020

MASK #KITASELANGOR

Semalam balik dari sekolah Amira cakap cikgu ada bagi mask
Ingatkan mask 3 ply biasa kaler biru tu
Rupanya mask kain siap gambar bendera Selangor
Amira cakap semua budak dapat.
Agaknya itu le mask percuma yang Kerajaan Negeri nak bagi tu kot
Sebabnya ada la pernah nampak kat IG ada yang pakai mask tu

Lepas tu aku tanya Aleeya pulak kot2 dia pun dapat
Aleeya pun cakap semua kat sekolah dia dapat

Malam tadi si Amira paksa aku basuh mask tu sebab nak pakai jugak2 hari ni
Hari ni pagi2 dah eksaited bersiap ke sekolah sebab nak pakai mask tu
Rasanya mask ni diberi kat sekolah2 je kot.. tadika tak dapat pulak
Nasib la si Jasmin pun tak ngaruk sama nakkan mask tu
Kalau idak mana pulak nak cari😅




Anak2 korang yang di Selangor dah dapat ke mask ni??








Wednesday, July 15, 2020

KEMBALI KE SEKOLAH

Hari ni start le budak2 bersekolah semula
selepas dekat 4 bulan sekolah tutup kan sebab COVID-19 ni
Termasuk la anak2 aku

Adib pun semalam dah balik hostel sebab  sekolah buka hari ni
Semalam aku dah  hantar dia balik hostel
terasa sedih la pulak nak pisah dengan anak
sebabkan dah 4 bulan dok kat rumah je kan
Dah tu pulak 2 minggu takleh datang melawat.. 
Udah SOP sekolah camtu kan.. kena la kita ikut

Dah tu pulak, masa nak hantar ke hostel, parents hanya boleh drop & go
Maksudnya hantar anak, letak barang kat kawasan ditetapkan pastu terus kena keluar dari kawasan asrama.. tak boleh tunggu & berlamaan kat situ. Even nak hantar barang kat dorm pun tak boleh.. student kena bawa sendiri. 
Sebelum hantar tu dah dapat info camtu so memang kena fikir la cemana nak bawa barang Adib yang banyak tu
haritu kan dah kena bawa balik semua barang dia.
Ni nak hantar balik dah macam hari mula2 nak daftar sekolah la jadinya

Aku kan cerita dulu, Adib ni takde proper bag untuk balik kampung
Barang2 dia semua letak dalam bakul je.. kiranya angkut bakul terus letak dalam loker
Pastu dulu boleh terus park depan dorm, tak le jenuh nak angkut barang
Sebab memikirkan Adib kena angkut sendiri barang2 dia, kena la guna alternatif yang lebih mudah. Solutionnya sumbat je dalam beg ikea tu je... 3 bag ikea perkakas dia saja.. belum masuk buku2 sekolah & baju2 yang dah gosok. Kira2 semalam dia sorang je udah ada 10 bundut😅. Pandai2 la ko Adib nak ngemas loker sendiri nanti.


Sebahagian barang2 si Adib...
Penuh seat belakang ni
Nasib la tak bawa Jasmin & Amira sekali


Waktu pendaftaran diaorang start kul 2.30 hingga 4.30 petang
Aku ni mintak le izin bos untuk balik awal sikit sebab nak hantar anak kan
Nasib le bos bagi...
Dalam pukul 2.30 camtu  aku bergerak dari opis
Target sebelum 4.30 ptg dah sampai asrama
Nasib baik la sempat.. 4.20 baru sampai .. itupun masih banyak lagi kereta parents yang baru sampai.

Patutnya boleh sampai awal lagi sebab aku sampai rumah pun dah 3.30 lebih kurang
Ingatkan si Adib dah siap2.. rupanya dia boleh pulak pi keluar lagi dengan coach dia.
Hangin tul aku tau.. nasib la tak lama pastu dia balik. Pastu barang2 tak habis kemas lagi walhal aku dah pesan dari pagi tu bawak turun barang siap2 letak kat tepi pintu. Nanti aku sampai rumah, terus angkut je barang dalam kereta pastu terus gerak ke sekolah.

Pastu si Adib boleh pulak nak gi mandi dulu la, bersiap dulu la.. Adoi.. mana la tak lambat jadinya. Aku pun barang2 dia yang tak kemas lagi takde la nak kemas elok2.. Ambik beg IKEA tu aku humban je semua barang dia dalam tu. Nanti pepandai la dia susun balik elok2 dalam loker. Dah dekat pukul 4 baru bertolak dari rumah. Bayangkan dengan kelajuan berapa aku nak bawa kereta ke sekolah tu. Walaupun tak jauh tapi sebab nak lalu traffic light la, kot2 folo lori la, memang lambat le jadinya. Tapi alhamdulillah semua dipermudahkan.. sempat le sampai sebelum waktu yang ditetapkan.


Ha ni tempat letak barang2 pelajar sebelum masuk dorm
Berselayut baju2 deme
Yang guna beg IKEA cam Adib pun ramai
Jangan tertukar sudah le..
Btw, ni bukan blok dorm diaorang. Dorm diaorang jauh ke belakang lagi. Jauh juga nak angkut tu nanti😁


Lepas letak barang tu, Adib kena pegi dewan makan untuk taklimat SOP di asrama kot. So aku punya part dah settle, kena balik. Lengah2 kang tak pasal kena halau dengan pak guard.

Anak dah balik asrama ni rasa sunyi la pulak rumah
Selalu tu ada la bunyi2 dia bergaduh dengan adik2..hahahaha
Hope he can survive this 2 weeks without mother's presence.
2 kali hujung minggu takde la aku berulang ke sekolah dia ni.. 😆😆
sebabnya SOP nya parents tak boleh melawat, tak boleh bawa outing, tak boleh balik bermalam.. Tunggu la Raya Haji nanti kot baru boleh balik. (Raya Haji pun 2 minggu lagi kan... ngam2 habis tempoh kuarantin)





Wednesday, June 17, 2020

AMBIL BARANG ADIB DI ASRAMA

Setelah 3 bulan tak mengulang ke Kuala Kubu Bharu, semalam baru pegi sebab sekolah dah keluarkan surat supaya parents ambil barang anak2 di asrama. Ye lah minggu depan form 5 & form 6 dah start sekolah kan.

Adib tak sampai 3 bulan di sekolah baru, udah PKP pulak. Pastu sambung ke PKPB dan sekarang dalam PKPP pulak. Tak tahu la sampai bila kan. Lama dah tak sekolah tu. Baru nak merasa life kehidupan asrama, tapi tak lama.

Nasib la sekolah/asrama Adib ni dekat je dengan rumah.. Dalam 15 minit je dah sampai. Kalau jauh2 jenuh juga nak fikir ulang alik tu. Balik keje semalam, terus call Adib siap2 untuk ke sekolah. Aku sampai rumah, Adib pun keluar so terus je pegi senyap2.. Kang kalau aku masuk rumah dulu, si kenit 2 orang tu nak mengikut pulak. Riso gak kot2 tak muat kereta pulak nanti kalau bawa diaorang.

View sekolah & asrama dari blok Adib



Angkut la segala barang2 yang ada dalam loker tu
Memang kena kosongkan semua..


Barang2 Adib ni memang dah letak dalam bakul, so kami angkat bakul je la...takde la nak bawa2 beg bagai. 15 minit dah settle 😙


Dorm Adib.. Katanya lepas ni bilik2 pun bakal dirombak demi mematuhi SOP yang ditetapkan.





Tuesday, February 25, 2020

UNIT BERUNIFORM

Dah masuk sekolah baru ni, koko pun dapat yang baru juga
Masa sekolah rendah Adib masuk KRS
Now kat sekolah menengah dia dapat unit beruniform yang baru pulak
Kena la tuko uniform kan
Dulu dah pesan kat dia nanti koko kalau boleh pilih la masuk Bomba atau JPAM (now panggil KASPA kan???]
Tapi Adib kata, unit beruniform, kelab/persatuan & sukan tak boleh pilih
Cikgu yang tetapkan.
Ok la.. nak buat cemana kan

Asalnya Adib dapat
Unit beruniform = Pengakap
Persatuan = Cegah Jenayah
Sukan = Bola Jaring 

Memula tu nak tergelak juga... apa halnya budak bolasepak tapi kena masuk bola jaring..hahahaha.. Tapi Adib kata dia dah mintak tukar kat cikgu. Tapi sekarang kan dah ada pasukan bola jaring lelaki kan???

Tak lama pastu dia cakap cikgu dah bagi tukar sukan & unit beruniform
Dia memang tak minat pengakap2 ni
Segala makneka camping2 ni memang dia tak suka😆

So sekarang Adib dapat
Unit beruniform = Kadet Polis
Persatuan = Cegah Jenayah
Sukan = Bola sepak  (rasanya budak2 PLD memang terus letak kat bolasepak kot)

Cikgu kata kalau boleh kena sediakan uniform lengkap untuk perhimpunan bulanan unit beruniform akan datang. Ramai parents minta tangguh la sebab baru je keluar duit untuk persediaan sekolah anak2 awal bulan Januari haritu kan. So cikgu bagi tempoh sampai Februari. 

Memula Adib kata beli T-Shirt je dulu, tapi aku cakap later pun tetap kena beli juga. So dah alang2 mencari t-shirt kadet polis tu, terus la cari uniform lengkap. Itupun 2-3 kedai mencari sebab banyak saiz kecik2 dah habis. Almaklum la Adib ni halus keding je badannya kan. Finally jumpa juga yang muat2 & cutting elok dengan badan Adib. Terus beli dengan aksesori sekali. Mahal jugak ek sepersalinan tu😅

Apapun alhamdulillah settle juga bab uniform koko ni.

Baru le segak anak mama😆😆
Beli uniform je - Topi & kasut hitam tak beli pun. Ko pakai je la kasut sekolah ye..


Ni tengah pasang2 aksesori kat baju tu
Pakat google je la nak tahu kedudukan lencana2 tu semua



Aleeya pun masuk kadet polis juga
Yang sekolah dia langsung la... tak kisah pun psl uniform
Dah tahun ke-3 dah Aleeya kat situ, harapkan t-shirt je la yang ada
Memang sempoi habis tu.

Ada juga korang mewarisi  atok korang ye
[FIL aku dulu anggota Polis]
Kot2 nanti ada rezeki jadi Inspektor polis.. mana lah tahu kan😅







Saturday, February 1, 2020

AMIRA @ DARJAH 1

Trobek coretan 2/1/2020

Semalam mengisahkan si Abang
Hari ni mengisahkan Amira pulak

Tahun ni dia darjah 1.. sekolah pagi sampai petang
Pagi ke sekolah agama dulu, petang ke sekolah kebangsaan
tapi sekolah agama belum start lagi hari ni, esok baru start
so hari ni dia cuma ke sekolah kebangsaan je lah

Mood memula cam taknak pegi sebab dia tengok Jasmin elok je tak pegi sekolah
Jenuh la kita nak memujuknya
Lama2 dia ok...jadi eksaited sebab nak pakai baju sekolah baru kan
Harap2 dia ok la kat sekolah

Comel pulak Mira pakai baju sekolah
elok2 pulak tudung tu dengan muka dia😅
Penuh je muka dia bila pakai tudung tu

Me & mini me😆😅😅


Sampai sekolah cikgu terus suruh beratur ikut kelas 
Nampak cam tenang je
Tapi dalam hati dia mesti debar2 kan
Jangan le dia menangis hendaknya..


Aku tunggu dia sampai waktu rehat. Nampak cikgu bawa dia pegi kantin. Tapi dia tak nak beli apa2. Lagipun dah bekalkan roti kat dia. Bila dia nampak aku, terus datang kat mama dia. Dia kata nak duduk tempat lain sebab kantin ramai orang. Aku ajak lepak kat dewan je. Senang nanti lepas habis rehat nak beratur balik kat dewan tu. Mira just minum air je (bawa bekal air masak). Roti dia tak bawa sebab dia kata dia kenyang.

Sebelum2 tu aku tengok2 juga apa makanan yang jual kat kantin sekolah tu
Mahai juga... Nugget 2 ketul pun dah seringgit. Nasi lauk telur hancur bodoh pun dah singgit. Kesian pulak aku tengok.. Baik le deme buat nasi goreng je.. Macam tak berbaloi je budak2 ni beli kat situ. Roti langsung takde jual.

Muka happy je masa rehat 


Hari kedua, dah start ke sekolah agama
Sekolah agama pun masih di sekolah tadika dia dulu
So dia dah biasa kat situ, takde la risau sangat
Cikgu2 pun semua dia dah kenal

Disebabkan hari Jumaat, sekolah petang start lewat sikit
Memula tu drama juga nak pegi sekolah
tapi pandai la pujuk kan... suruh dia makan kenyang2 & bagi dia main2 sikit
pastu baru la dia ok nak gi sekolah


Ceria nak pegi sekolah


Sampai2 terus duduk kat dewan ikut nama kelas



Hari kedua pun mama still tunggu dia
Cikgu benarkan tunggu anak sampai hari ni je..
Minggu depan dah tak boleh
Sementara tunggu Amira keluar rehat, kita lawat2 la kawasan sekitar sekolah ni ha.

Beria dia suruh mama ambikkan gambar dia kat jambatan kecik ni
Tahun depan awak pulak sekolah sini ye Jasmin.
Tapi sebenarnya mama risau cemana la gaya budak ni bila masuk sekolah nanti.. Cengeng yakmat dia ni..


Time rehat pun Amira taknak ke kantin
Dia kata nak minum air je
Ye lah... 


Lepas dia masuk kelas, aku & Jasmin balik rumah dulu
Mama baru nak makan nasi... kebulur dah rasanya mengisahkan anak2 sekolah
Kul 6 petang keluar balik pi ambik Amira dari sekolah.

Tanya Amira, seronok tak sekolah?? 
Dia kata seronok tapi penat sebab  balik lambat
Amira penat, mama pun penat jugakkkkk😅😅




Thursday, January 30, 2020

PERSEDIAAN KE ASRAMA

Ni merupakan pengalaman pertama hantar anak masuk asrama
walaupun bukan asrama penuh, just asrama harian je
Tapi dia punya preparation tu tak kalah dengan orang yang masuk asrama penuh..
Tapi disebabkan aku sendiri ada pengalaman duduk asrama so boleh la atur & imejin cemana life kat asrama tu kan.

Yang jadi cabaran ialah bila takde listing barang2 keperluan yang perlu dibawa
Masa dapat offer letter takde pun disertakan list2 tu semua
Berapa baju nak bawa, baju apa perlu bawa
Pastu loker pun tak tahu besor mana, kalau kecik cemana nak adjust..huhuhu
Aku ni main agak2 je la.. 
Takpe la, mujur dekat je dengan rumah, kalau tertinggal pun sempat la nak hantar kan..

Memandangkan Adib ni lelaki, so rasanya barang2 tak banyak sangat kot cam orang pompuan
aku dah siap2 susun dalam bakul & gantung kat hanger baju2 dia
Nanti sampai sana je sumbat je dalam loker
Takpe bawa yang penting2 dulu... tak cukup nanti beli kemudian


Pakaian2 asas....
Tilam takde la beli dengan harapan tilam disediakan..hehehe
Masa aku asrama dulu, tilam kena beli sendiri tau
Beli je kat koop masa tu
Bantal tu just bawa kot2 la bantal hostel tak best😆


Baju2 t-shirt & baju2 sekolah dah gantung kat hanger siap2
Takdenya sumbat dalam beg lawa2
Aku angkut gitu je.. malas aku nak lipat2 aihhhh
[harap2 ada la ruangan untuk hanger baju dalam loker tu😅]

Beg paling lawa pun beg IKEA biru tu je 😅
Bawah baju2 tu ada baldi & perkakas2 mandi dia
Stok makanan & minuman utk kudap2 pun ada bawah tu jugak.
Pastu bakul2 extra utk isi  & susun brg2 dia dalam loker nanti
[Bakul beli kat kedai 2 rengget je pun...]
Ha... sempoi tak anak aku masuk asrama???hahahahaha

Next entry baru aku tunjuk loker dia cemana..







Monday, January 20, 2020

TAWARAN KE SMK KUALA KUBU BHARU

Ingat tak masa pemilihan ke program PLD awal bulan 12 dulu?
Kan Adib terpilih, pastu kena submit borang untuk kemasukan ke asrama kan
Alhamdulillah nampaknya permohonan Adib ke asrama tu berjaya
itupun lepas 2x aku telefon ke sekolah bertanya tentang permohonan
Asalnya ada kawan Adib yang dah dapat tawaran, so coach Adib ada la tanya kat aku sama ada Adib dapat ke tak asrama tu
Aku cakap takde lagi pihak sekolah call pasal asrama
so aku la call ke sekolah untuk tanya 

Memula kerani tu kata nama Adib takde pun dalam senarai asrama
Aku pun pelik juga.. Aku tanya kenapa, dia kata sebab Adib tak layak
Aku tanya lagi apa syarat kelayakan nak masuk asrama tu
Dia kata tengok keputusan UPSR... pastu aku pun sembang2 (cakap elok2 la.. takde la marah2 pun kan) pastu aku cakap Adib dapat 3A. Kerani tu pun pelik kenapa 3A tak dapat asrama.. Sedangkan kawan Adib tu 1A je tapi dapat pulak😅

Aku cerita la masak aku submit borang haritu, kerani yang terima borang aku tu macam blur2 je (kerani yang lain).. Dia cakap kenapa aku submit borang lewat sebab permohonan asrama dah tutup seminggu sebelum tu. Aku pun cakap la pemilihan baru je buat semalam, coach yang bagi borang suruh submit hari tu jugak. Pastu aku cakap Adib dapat untuk program bolasepak PLD. Lagi la kerani tu blur. Tapi dia ambik juga la borang aku tu. dia kata kalau dapat nanti pihak sekolah akan call. Kerani tu blur agaknya sebab program PLD ni baru first year nak buat kat sekolah tu. Sebelum2 ni kat sekolah lain. 

Back to teleconversation dengan kerani tu (yang actuallynya penyelia asrama), dia kata nanti dia cek semula. Maybe kerani yang awal2 tu tak alert pasal PLD & terus simpan je borang Adib tu. Well, aku just cakap terima kasih la sebab nak tolong cek semula permohonan Adib tu. Sebab aku pernah cakap pada Adib, kalau tak dapat asrama, susah le nak berulang sebab jauh. Lagi satu transportation problem juga kan. Lagipun, aku pun percaya pada konsep rezeki.. Kalau dah rezeki Adib insya-Allah dapat & dipermudahkan.

Selang sehari dua still tak dapat call dari pihak asrama. Cuak gak aku. So aku try call lagi sekali. Kali ni kerani lain pulak jawab. Aku tanya pasal nama Adib ada ke tidak dapat asrama. Kerani tu cek dia kata ada. Nanti puan datang le ambik surat tawaran & buat urusan pertukaran sekolah... Alhamdulillah.... lega.. Ada juga rezeki si Adib setelah gagal ke MRSM & SBP😅.

Esoknya pagi2 la aku dah ke pejabat sekolah tu untuk ambil surat tawaran. Memula kerani tu tu cakap pergi sekolah Batang Kali dulu & uruskan pertukaran sekolah lepas tu baru ambik surat tawaran & ke pejabat PPD di Kuala Kubu. Nanti tak payah le nak patah balik banyak kali kononnya. Tapi tah cemana aku cam tergerak nak ambil surat tawaran dulu sebab pihak sekolah mesti tanya kenapa nak tukar sekolah kan. Ada surat tawaran baru la ada bukti gittew kan.

Surat daftar sekolah

Surat tawaran asrama


Lepas ambil surat tawaran aku patah balik ke Batang Kali sebab nak pegi sekolah SMK Bandar Baru Batang Kali. Kan haritu dah buat penempatan kat situ kan. So kena la pi buat pertukaran pulak.. Nasib la aku usung segala salinan dokumen2 yang diperlukan. Hari yang aku pegi tu hari yang sama result PT3 keluar. Memang ramai la orang kat sekolah.

Nasib la aku ada surat tawaran tu tau. Sebab kerani tu kata kalau takde surat tawaran memang tak dibenarkan buat pertukaran sekolah. Lepas isi2 borang semua & bagi dokumen2 yang diperlukan aku kena la tunggu kerani tu siapkan surat & dapatkan tandatangan pengetua. Sebab surat/borang tu kena bawa ke PPD pulak. 


Sementara nak tunggu surat siap, aku cakap kat kerani tu nak turun bawah pegi beli buku kat kedai buku. Pelik pulak kerani tu, buat apa beli buku kan nak tuko sekolah. Aku cakap nak beli buku untuk anak sorang lagi yang tingkatan 3 😁.


Lepas siap, akak kerani tu kata boleh la pegi hantar surat tu ke PPD. Dapatkan sign pengarah pastu hantar balik 1 salinan surat tu kat pejabat sekolah. Surat tu ada 4 salinan - 1 akan bagi pada PPD, 1 pd sekolah baru (SMKKKB), 1 pada sekolah lama (SMKBBBK) & 1 lagi untuk simpanan aku. Aku dah tak larat nak ulang balik ke KKB hari yang sama so aku terus pi kerja. Lagipun dah lewat dah aku nak masuk opis (sebab kabo kat HR lewat sikit sebab uruskan hal sekolah anak)

Esoknya...pagi2 dah pegi ke PPD untuk dapatkan sign pengarah. Sampai sana alhamdulillah orang tak ramai. Sampai giliran terus bagi segala borang & dokumen sokongan yang kerani tu minta kat kaunter. Pastu kerani tu pegi bawa masuk bilik borang2 tu untuk pengarah sign.  Sementara pengarah tu sign, pak guard kata sapa ada parking kat tepi2 tu better alih kereta sebab polis tengah ronda & saman. Adoiiiii.. aku la tu yang parking tepi2 jalan tu sebab ingatkan kejap je.. Maka berlari2 anak le aku nak pi alih kereta. 

Bila dah masuk balik ke bangunan PPD tu balik, budak kerani tu tanya puan pegi mana??? Pengarah panggil katanya.... Ah sudah.. pehal la pulak masalahnya kan?? So dia suruh aku masuk bilik yang pengarah tu ada. Masuk kat bilik tu, aku tanya la pengarah tu, kenapa tuan nak jumpa saya.. Borang anak saya ada masalah ke? Dia kata takde la apa.. dia tanya anak aku dah dapat ke surat tawaran dari SMKKKB. Aku cakap dah. Sebabnya dia kata takde pulak salinan surat tawaran tu kat borang tu.. Aku cakap kerani tu tak mintak tadi, saya tak bagi le😅😅😅..  Lepas bagi surat tawaran tu pada pengarah tu, baru la dia sign borang Adib.. Lega satu hal.... lepas cakap terima kasih, cepat2 la cau cin cau la dr situ sebab nak hantar pulak borang tu kat SMKKKB. Nasib la SMKKKB tu belakang bangunan PPD tu je..

Orite.. settle hantar borang jom pegi opis


2 hari berturut2 mengisahkan hal ehwal sekolah si Adib. Penat badan dibuatnya. 2 hari juga masuk lewat ke opis.. Nasib tak dapat warning letter...hahahahah.. HR & boss aku baik2.. Memahami gittew.. Syukur segalanya dipermudahkan. Tunggu 1 Januari untuk daftar pulak. Standby $$$$ je le nanti nih..