Entry lepas2 kan aku ade merepek meraban pasal tak dapat duit raya dari kompeni. Well, finally tah cemana bos2 aku ni lembut hati la jugak nak bagi duit raya kay staf2 depa. Agaknya dah ramai staf mengaruk kot.. hehehe. Ye lah setelah beberapa siri perkara yang menyakitkan hati aku tapi akhirnya ade sikit la berita gembira.
Tahun ni walaupun bos lokek tapi alhamdulillah kami masih merasa duit raya. Setakat aku dah keje kat kompeni ni baru sekali tak dapat duit raya [itu pun sebab masa tu aku budak baru lagi]. Tapi tahun2 seterusnya tak pernah la pulak miss.
Sampul duit raya.. semua orang dapat tau..walaupun amaunnya berbeza2 antara satu sama lain & yang pastinya kureng dari tahun2 lepas, tapi alhamdulillah la... Lepas la buat belanja raya...
Kata orang kalau sekali orang buat baik kat kita, 10 kali ganda kita akan baik dengan dia kan?? Tak tahu la korang. Kalau aku macam tu la perasaannya. Tapi kalau bermusuh pun camtu jugak. Contohnya kalau tengah hangin kan, sekali ko tak nak cakap dengan aku, 10 kali aku tak hingin nak cakap dengan ko... ala.. korang pun sure ade cakap camtu gak kan?? kan???
Okeh, so bila bos dah bagi duit raya, kitaorang ni pun bukannya bangsa tak reti nak terima kasih & tak mengenang budi. Cuma bos2 je yang tak hingin nak kenang kitaorang. Lain orang lain cara berterima kasih. Buat masa ni ni je yang mampu aku buat. [Tak kose nak pi call depa ampu-ampu lebih kurang..]
No comments:
Post a Comment