Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 30, 2010

SAPE DEGIL

Petang-petang ni
dengan cuaca yang sejuk2
mata pun layu dah
[mana la kakak buat air ni... nak minum kopi]

layan le dulu gambo ni??
antara 2 orang budak ni  yang mana paling degil korang rasa???
[sila perati pusar kat kepala depa tu]

la ni dua2 tengah sama naik.. kadang2 sian Yaya kena buli!

Tip Kesihatan Untuk Wanita 30-an

Diam tak diam dah masuk 30-an dah umur aku. Rasa cepatnya masa berlalu. Rasanya macam  baru semalam aku sweet-17 [tipu la tu...jolok tekak sendiri untuk muntah yer..]. Rupa aku ade cam umur 30-an tak yek??


Ade yang cakap umur aku dalam 24-25.. [kembang  vontot aku yang dah sedia kembang ni..].

Tak kisah le 20-an ke 30-an ke 40-an ke, kesihatan tetap harus dijaga kan. Nak2 yang dah berumahtangga & beranak pinak, langsung takde masa nak pikir diri sendiri - asyik pikir laki & anak2 jer.. [depa ade pikir pasal kita ke tidak???]. Kengkadang nak memanjakan diri pun tak sempat. Nak makan ubat @ supplemen pun kadang ingat kadang tak. Nak berkubang dalam  bilik mandi lama-lama pun tak sempat.. 

Walau macammanapun ye kengkawan, dalam duk sibuk2 urusan harian tu, kita nak tak nak kena la jugak curik masa untuk "merawat, menjaga & memanjakan" diri sendiri. [Nak harapkan laki manjakan terus dikata mengada2 lak]. So terpaksa la kita buat sendiri. 

Memandangkan umo masing2 dah berganjak ke 30-an [jangan tipu ha.. aku tau ramai dah baya2 aku dah], aku nak kasik tip2  berguna yang kalau tak banyak pun sedikit la  dapat membantu kita2 semua mengekalkan kesihatan & ketrampilan diri yang baik.

  • Kawal pemakanan - proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan.
  • Gunakan Pelembap yang sesuai - Apabila umur dah menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembap yang sesuai dengan kulit muka masing2. Harus diingat bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. 
  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari - Jangan biarkan muka banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan sahaja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kekeringan. [Kalau degil alamatnya cepat la kedut kulit korang tu].

  • Sentiasa bersenam - Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Minum banyak air - Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai  penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penhadaman dan penyingkiran toksin dalam badan. Kata Dato' Dr Fazilah Kamsah, minum banyak air kalau boleh hinggakan air kencing kita pun jadi putih [tak kuning macam selalu].
  • Supplemen/ Makanan Tambahan - Pengambilan vitamin adaah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan pejabat dan rumahtangga menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

  • Elakkan bermekap tebal - Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita nampak lebih tua dan garang.
  • Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang - Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif dan sentiasa ceria. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.

Dengan tip2 yang dah tersenarai kat sini, sama-samalah kita aplikasikan. Bak kata ustazah aku, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.. Adios!!


Wednesday, September 29, 2010

Dating

Baru lepas merayap ke blog adik beradik aku... Wei.. hati2 yer, aku memang suka skodeng blog korang pun!  Ewah2 korang ni jap dating sana, jap dating sini
[aku pun pernah dating gak.... tak jeles pun...]



Orang muda la katakan, tengah feeling2 i lap u, u lap i  kan
[jangan lap yang pakai tangan sudah ha...]
ini ahkak korang nak bagi nasihat

dating tu dating jugak 
tapi jangan diselang selikan dengan perkara yang tak elok tau
jangan tinggal solat
jangan buat maksiat
jangan kasi malu la mak bapak okeh!!!
yang anak dara, pandai2 jaga diri tau
yang teruna, jangan nak buat tak tentu hala dengan anak dara orang tu...

sesungguhnya isteri yang baik untuk lelaki yang baik juga 
suami yang baik untuk perempuan yang baik
ingat tuh!!!!

*** tak tahu apa motif aku buat entry ni...
sekadar nasihat di petang hari..
untuk suamiku, bila kita nak gi dating yer?? Dah lama tak gi dating berdua  lepas kawen...

Korang Perasan Tak Dah Tak Jumpa Kuih Tradisional???

Biasa la kan bulan2 raya ni penuh la dengan undangan open house sana sini
Aku pun dah berapa buah rumah dah pi open house
Diam tak diam dah nak masuk minggu ke-3 kita beraya

Tapi dalam banyak2 rumah yang aku pi beraya
semuanya hidang kuih moden jer
yang paling femes [setiap rumah sure ada]

1. Almond London
2. Tat Nenas
3. Semperit / Dahlia

Kuih2 tradisional teramat lah payah nak jumpa
 
Aku lak, rasanya raya tahun ni tak jumpa lagi kuih2 ni:

sape ade kuih ni kat rumah, silalah sedekah kat aku sikit yer... teringin nak makan

Tapi yang pa.....ling aku teringin sekali
bertahun2 aku cari kuih ni
[last sekali aku makan masa sekolah rendah]


korang tau ke ape benda ni???
Tu la nama dia HALWA MASKAT

Sape tau kat mana ade jual, sila kasitau aku okeh!!!



*** Gambo kat atas tu semua aku main google je tau..

Tuesday, September 28, 2010

Jamuan Raya Opis

Semalam opis aku buat jamuan raya. Lokasi di Cozy Place [alah aku pernah citer dulu].

Actually jamuan raya ni di sponsor oleh salah sorang client opis ni. Kiranya dia memang banyak urusan dengan opis aku ni so tu sebab dia dengan murah hati sponsor la kitaorang makan-makan. Nak harapkan bos opis ni yang sponsor jangan harap le...

Jamuan semalam start kul 1 tengahari. Kiranya kitaorang lunch le. Memang dah booking restoran tu untuk organize kan jamuan kitaorang. So, bila sampai semalam semua dah dihidang, tunggu time di baham oleh kitaorang je le... Menu - Karipap, seri muka, nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, sate, kambing,  nasi goreng & kari laksa. Overalll, semua sedap la kecuali sate & rendang yang agak so-so je la. Ape pun puas hati la jugak... Layan je la gambo2 kitaorang ni..



semua staf sabar menanti time nak menjamu selera... Lauk pauk kat belakang kitaorang tu..-

 -view restoran dari sudut lain lak...  ni semua staf opis aku gak [kecuali yang belakang nun]-

 -Ni bos2 yang sangat "pemurah". Orang yang sponsor tu ialah Dato' Tan [yang duk tengah2 tu]. Bos yang 2 orang lagi tu bila lak nak sponsor ???-



 Kemuncak jamuan ade pertandingan baju tercantik. Ade dua kategori - laki & pompuan. Yang ni adalah finalis baju tercantik kategori lelaki. Cuba teka sapa yang menang??? Sape teka betul, aku belanja sate 5 cucuk.. hehehehe..

Sudah Mahu Adik

"Kakak tak nak kawan dengan adik, adik jahat.". 

Itu la kata2 si Yaya each time dia gaduh dengan si Adib. Nak tergelak pun ade. Kalau dia cakap camtu si Adib pun mulalah melalak sebab kakak tak nak kawan dengan dia.

Satu hari tah cemana depa main joget2 depan tv, tetiba depa bergaduh. Si adik pukul kakak, kakak pukul si adik. Tah cemana si Adib pukul si Yaya kuat2. Melalak si Yaya, teresak-esak. Pastu mengadu kat aku.

" Mama, Ya tak nak adik tu [sambil tunjuk pada Adib]. Ya nak adik lain"

Bukan sekali tau, berkali2 sampai nak tidur pun cakap lagi. 

"Kenapa Ya nak adik lain??"

"Adik tu suka buat Ya"

"Kalau adik baru pun suka buat Ya macam Adib?"

"Mama bagi adik baru lagi"

[letih la aku nak beranak aje kejenya sampai dia jumpa adik idaman.]

"Mama, Ya nak adik baru"

Dah penat nak jawab soalan dia, last2 aku cakap, 'Pi tanya abah!'

'Kenapa nak tanya abah? Kan ke mama yang ngandung?"

"Abah bagi kat mama baby baru mama boleh mengandung sebab baby tu ada kat abah"

[ye la kan, mana boleh buat baby sengsorang, sorang kena give sorang lagi kena la take, kan?? kan??]

Lepas dia tanya abah dia, aku pun diam2 pi tanya kat Yaya apa abah dia cakap

Ya cakap , "abah kata OK..."


** Abang, anak sudah minta adik.. ade can tak mengandung lagi tahun depan????

Monday, September 27, 2010

Gemuk, Gemuk & Gemuk Lagi

Balik dari cuti raya  hari tu ada la 2-3 orang cakap aku dah gemuk. Siap ade yang berprasangka aku mengandung lagi. Benci tau! Obvious sangat ke kegemukan aku sekarang ha??? Memula tu aku tak ambik pot sangat. Biasa la kan, raya time. Bantai makan macam2 mana la badan tak naik ye dak??



Pastu aku ade timbang la berat aku. Jarum timbang tu idak le menunjukkan perubahan ketara. Naik la 2 kilo kan. Lagipun minggu lepas aku dah start pose. So nanti esok lusa konon2 jarum timbang tu kona ke ke kiri la pulak. 

Tapi pagi tadi masa nak pi keje, biasa la kan mekap2, pakai jam, pakai gelang, pakai cincin, pakai brooch dan yang sewaktu dengannya. Satu perubahan yang  berlaku ialah cincin aku tak muat... Ini serius gemuk dah aku ni. Jari jemari aku ni dah semakin montok <--- mementang dulu aku suka main jari jemari MR masa aku mengantuk dalam kelas! 

Bak kata wonderpets ---> INI SERIUS!!!!!

Nak kena turunkan berat badan ni., tak leh jadi. tapi hari ni takleh start le
sebab.... hari ni ada jamuan raya kat opis
makan sedap weh.. rugi kalau tak makan
story mori  jamuan raya nanti aku citer ye

** Semalam dah bantai makan kat 2 open house. Mana la tak menyumbang pada tumbesaran tubuh aku ni.
[An, sib baik hang tak datang semalam, sah-sah hang pun kata aku gemuk!]

Addiction Masa Cuti Raya

Tak habis lagi citer raya. Masa raya kat Ipoh, waktu boring2 aku nengok adik aku mengusung satu buku sana sini. Aku ingatkan dia mengusung novel ke buku cerita ke. Siap dengan pen lagi dalam tu.. [takkan nak catat nota kot kan??].  Ade sekali tu aku tengok dia tengah khusyuk mengadap buku tu kat dapur. Aku pun pi terjah dia. Rupanya buku ini yang diusungnya...


Memula tu cam tak heran sangat. Ala, mainan budak2 khen??? <---konon
Sekali bila adik aku letak atas meja buku tu
aku pulak dalam bius kebosanan
so aku pulak ambik buku tu terus sambung
memang ralit la main menda tu
menguji minda  & mengisi masa terluang


Nak dijadikan cerita, lepas aku terjebak dengan benda tu, orang lain pun terjebak sama
pantang nampak buku tu tak bersentuh, ade la yang menyambung
memula Ana, pastu aku sambung, lepas aku Ateh pulak.
[ingatkan kami 3 orang je yang berminat]
lepas tu hasben aku pulak take over lepas tu rotate kat orang lain pulak
finally diam2 mak aku pun take over plak... [mak pun teringin rupanya!!!]
berhantu sungguh buku tu kan... tapi BEST!!!

*** Ana, bila hang nak pi beli buku tu lagi??? Kalau beli, beli lebih sikit tau [nanti ko claim kat abah.. hahahaha]

Sunday, September 26, 2010

First time beli EVOO

Aku memang suka tengok rancangan masak2. Walaupun aku tak pandai masak dan tak minat memasak, tapi aku suka tengok orang dalam TV tu masak. Macam ade stail gitu!  Tapi korang jangan la pi tanya aku citer2 masakan kat AFC tu. Aku kan takdak ASTRO so aku main tengok citer kat program TV yang standard tu la. Tapi jangan sangka aku tak tau citer apa yang ado kat AFC tu [citer Nigella ke, Kylie Kwong tu ke aku layan jugak kalau aku balik Ipoh]

Dalam banyak2 rancangan tu yang paling aku suka tengok ialah Rachael Ray Show. Martha Stewart tu pun ok tapi yang tu kureng sikit sebab style nenek2 kan???. Si RR ni nampak energetic sikit.


Part tang si RR masak ni memang aku suka tengok. Style dia masak sempoi giler... main campak2 jer. Paling suka dengar dia sebut EVOO [Extra Virgin Olive Oil <---- kot2 ade yang tak tau]. 

Memandangkan dah terpengaruh dengan RR ni so masa aku singgah GIANT semalam, sempat la rembat EVOO ni. Teringin nak rasa sedap sangat ke minyak zaitun ni. Dulu pernah terniat nak beli tapi bila tengok tang harganya tu menyebabkan terpaksa pospon berkali2. [3 botol aku boleh beli minyak Seri Murni tu!!]

Tapi this time nekad jugak nak beli. Dah sampai kat sana banyak pulak pilihan. Mana satu nak beli??? Last2 beli je la yang ni... Korang pernah try tak jenama ni Naturel ni??

tapi yang penting ade ini

** Selalu kalau yang 500ml ni korang guna tahan berapa lama ye???



** Perasan tak aku asyik sebut citer masakan omputih je. Rancangan masak2 orang melayu pun aku layan gak especially si Chef Wan tu <----- tangan dengan mulut sama laju!

Readers Digest Contest - Korang pernah join tak??

2-3 hari lepas aku pi rumah Cik Besah. Saje la pi menjenguk mak & pak mentua. Kalau tak jenguk kang dapat pangkat menantu halimunan pulak. Dah kebetulan pergi ke rumah dia, aku jenguk sekali kot2 ade sampai surat aku [ade lagi mail yang aku tak tukar alamat rumah aku].

Maka terpandanglah aku akan satu envelope yang lain dari yang lain. Aku ingatkan abang ipar aku yang punya, dua kali pandang baru perasan nama aku kat sampul tu. Kat sampul dah ade perkataan Readers Digest tu. So tau la aku tu suh masuk peraduan la tu.



Dulu aku dah kena sekali. Feeling2 bakal nak menang ratus ribu hinggit kan. Yang peliknya, aku ni tak pernah2 langgan RD pun. Last aku baca pun masa aku sekolah menengah rasanya. Itu pun kat library sekolah [kalau tak silap aku].Dah le langgan tak pernah, alih2 suh aku masuk peraduan lak tu. Relevan ker???

Aku masuk ke kontes tu???? Kalau sape yang first time dapat menatang ni sure teruja giler kan?? kan??? Ye la kan, dia tulis korang antara terpilih untuk join contest, pastu siap bagi certificate yang mengalahkan sijil simpanan premium yang berharga beratus2 ribu [2 keping tau], pastu siap dengan sample kunci kereta yang kunun2 bakal dimenangi. Maunya tak mau join. Itu kalau first time la. Dalam kes aku, ini kira second time la, so tak le teruja pun.

- tu dia sijil beratus ribu aku... kalau menang, pergh..... makcik kayo!!!!!-

-replika kunci kereta yang aku dapat-

Kalau yang tak tau, before submitting korang punya sampul jawapan, korang kena include sekali bayaran untuk subscription RD ni untuk setahun. Bukan murah wei... mahal la kan kalau dah main RM100++ kan... Bila kononnya korang dah submit menda2 tu semua & bayar langganan tu, belum lagi entitle korang untuk join kontes tu. Lepas reply nanti ade la depa suruh korang bayar itu, bayar ini  pastu baru korang layak dapat kontes form. Dalam pada tu depa promote lagi kontes2 yang ganjarannya lebih lumayan dari yang sebelumnya. Sapa2 yang tamak tak hengat tu for sure la korang pun join lagi kan.. [keluar la duit lagi!!]

For RD, thanks for inviting aku join contest korang. I tak berminat langsung okeh!!! Yang first time dulu pun memang aku teruja sampaikan aku terlupa nak pos reply envelope. [patut la aku tak menang masa tu].Kui..kui..kui.. Anyway, pada yang terasa2 nak join tu fikir la 2X yer... Untung sabut timbul, untung batu terus  karam.. Alah, ni semua marketing strategi depa je ni...

Friday, September 24, 2010

Apa kata OPRAH tentang lelaki?? Betul ke tidak??

Dapat ni dari email aku. Nice to read, nice to share..


If a man wants you, nothing can keep him away. If he doesn't want you, nothing can make him stay. [sangat setuju dengan kata-kata ini!!]

Stop making excuses for a man and his behaviour. Allow you intuition (or spirit) to save you from heartache. Stop trying to change yourself for a relationship that's not meant to be.

Slower is better. Never live your life for a man before you find what makes you truly happy. If a relationship ends because the man was not treating you as you deserve then heck no, you can't "be friends". A friend wouldn't mistreat a friend. Don't settle. If you feel like he is stringing you along, then he probably is. Don't stay because you think "it will get better". You'll be mad at yourself a year later for staying when things are not better.

The only person you can control in a relationship is YOU. Avoid men who've got bunch of children by a bunch of different women. He didn't marry them when he got them pregnant, why would he treat you any differently?
Always have your own set of friends separate from his. Maintain boundaries in how a guy treats you. If something bothers you, speak up. Never let a man know everything. He will use it against you later. You cannot change a man's behaviour. Change comes from within.

Don't EVER make him feel he is more important than you are... even if he has more education or in a better job. Do not make him into a quasi-god. He is a man, nothing more nothing less. Never let a man define who you are. Never borrow someone else's man. If he cheated with you, he'll cheat on you.

A man will only treat you the way you ALLOW him to treat you. All man are NOT dogs. You should not be the one doing all the bending... compromise is two way street. You need time to heal between relationships.. there is nothing cute about baggage.. deal with your issues before pursuing a new relationship.

You should never look for someone to COMPLETE you...a relationship consists of two WHOLE individuals. Look for someone complimentary, not supplementary.

Dating is fun.. even he doesn't turn out to be Mr. Right. Make him miss you sometimes.. when a man always know where you are, and you're always readily available for him- he takes it for granted. Never move into his mother's house. Never co-sign for a man. Don't fully commit to a man who doesn't give you everything that you need. Keep him in your radar but get to know others.

Share this with other women and men (just so they know).. you'll make someone smile, another rethink her choices, and another women prepare. 

They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them and entire lifetime to forget them.


Telur, Ikan Bilis, Sardin

Sebelum raya hari tu abah aku ade singgah rumah aku. Dia tidur satu malam sebab nak pegi ambik adik2 dari kampus. Kira rumah aku ni transit la sebelum meneruskan perjalanan [untung jugak duduk Batang Kali rupanya].

Sebenarnya, aku laki bini jarang makan nasi masa sahur. Nak2 pulak bila dah hujung2 ramadhan tu. Selalunya kitaorang minum air, makan kurma @ kuih2 [belen masa berbuka], atau roti. Dah kebetulan abah aku datang so terpaksa la aku bangun masak nasi untuk sahur.

Malam yang dia sampai tu [datang mengejut so takde persediaan la], aku dah pening kepala nak masak lauk apa untuk sahur. Mana idaknya, aku jarang beli lauk2 basahan ni sebab aku jarang masak. Yang ade dalam esbok masa tu hanyalah telur & ikan bilis je. Ayam ke daging ke ikan ke sayur ke nan hado okeh!!!. 

So masa bangun sahur tu aku hidang je le kat dia ikan bilis goreng taruk kicap dengan bawang potong, sambal sardin dengan telur dadar je le... 

 -camni le rupa ikan bilis goreng tu cuma aku tambahkan kicap je-
(gambo credit to eiramalik)

Walaupun sempoi, makan bertambah rupanya orang tua tu. Hasben aku tak makan pun. Kalau ikutkan aku pun takmo makan tapi sebabkan kesian kat abah makan sengsorang, aku ceduk jugak le nasi masuk pinggan.

Rupa2nya  bila dia balik rumah mak, mak tanya dia makan apa kat rumah aku. Dia kata, kat rumah along [aku le tu] balik2 telur, ikan bilis, sardin <--- kutuk aku le tu! Masa balik raya hari tuh mak aku citer la kat aku. Abah... sorry la sebab hidang lauk serupa je.. Mana idaknya, abah datang time2 kemarau, memang la tinggal lauk tak sedap. Cuba kalau abah datang time baru dapat gaji, jangan kata ikan bilis, ikan jaws pun aku boleh kasik.. keh..keh..keh.. Nak2 pulak datang mengejut, jawapannya mencekik apa yang ade je la.... [itu pun mujur ade, kalau semuanya takde??? makan hangin je la..]

** Kalau korang berada dalam waktu desperate camtu, lauk apa korang hidang yek???

Thursday, September 23, 2010

K.E.M.B.A.R

Saje boring2 aku belek la gambo2 aku masa zaman2 kampus dulu. Dalam banyak2 gambar tu ade la gambar yang kunun2 orang kata kembar. Tah kat mana yang kembarnya aku pun tak tau. Agaknya tang spek kot sebab zaman dolu2 mana glamer lagi spek2 bersegi & frameless macam sekarang. Kalau ade pun mahal nak mampus harganya. Dah namanya budak tengah belajo kan beli je le spek yang setaraf dengan taraf hidup masa tu..[Nak belanja pun pakai duit pinjaman je]
-perasan tak spek kitaorang lebih kurang sama??? Ade macam kembar 3 tak???-

kembar ke??? [sib baik gambo ni blur sikit so kureng menyerlahkan jerawat kita kan Jijah??]

-dulu2 dressing pun lebih kurang nak sama jer, mana la orang tak kata kembar... kembar tak seiras.. wakakaka-

Member aku yang posing berdua tu namanya Azizah The Legend. Tapi kitaorang panggil dia Jijah je. Wei Jijah kalau hang baca entry aku ni, baik ko mengaku itu gambo hang.. La ni hang makin slim, aku makin kembang... Bila kita nak jumpa lagi ha???

Wednesday, September 22, 2010

ANAK DARA DAH PANDAI BERGAYA

Sebelum balik dari Ipoh minggu lepas, sempat lagi merayap kat kedai2 depan rumah mak aku tu. Si Aleeya la yang beria2 sangat suh aku belikan rantai baru kat dia. Masa raya hari tu aku ade bagi dia pakai rantai. Bukan rantai emas pun tapi rantai aksesori yang biasa2 tu.. ala2 silver tapi bukan silver.

Aku pesan pada dia jangan bagi kena air. Tapi bila dah pakai mula la tak hengat. Dia belasah pakai mandi ko.. last2 lebam la rantai cap ayam tu kan. Lelama dia putus. Pastu melalak la Yaya satu rumah suh aku belikan yang baru. So, itu la tujuan utama  ke kedai. Nasib baik la ade satu kedai yang jual aksesori. Malas la  nak beli yang tipu2 punya bawah RM10 tu [buat cepat rosak jer..], so aku belikan yang silver. Melayang gak le dekat RM50 untuk rantai tu. Ok la tu untuk dia pakai lasak2. Bukannya dia takde rantai emas tapi aku tak percaya bagi dia pakai. Kang di mana2 la tercicirnya. [sebab dah pernah jadi dah dulu]

Satu lagi kepantangan si Yaya ialah menengok benda bling-bling. Dah banyak sangat aksesori yang bling-bling tu sampai juling bijik mata memilih yang mana satu. Last2 dia suh aku belikan cekak bling2 ni. Naik pening mata aku dengan kilauan diamond tu. Hehehe. Rabak lagi aku RM8. [Mahal kan??] Yang sikit diamond dia tak nak. Nak yang banyak diamond lak tu.. Cerewet sungguh anak dara aku ni. Itu pun lepas dia tunjuk beli cekak tu, aku ajak balik. Kalau lagi lama kat situ  lagi kopak la aku.

*** nampak tak rantai silver tu??? Tu la rantai yang baru beli tu..

Panjang akal

Sarung hanphone aku yang tak sampai setengah tahun umurnya ni dah terkoyak. Memula terkoyak sikit je [kat tempat melengkung tu je] pastu sampai ke tangan si Adib habis ditarik tempat koyak tu. Makin luas le kekoyakan ittew. Bila nak tutup sarung tepon tu terjuih je penutup dia. Buruk benar rupanya. Sendiri imejin la cemana rupanya. Tak reti nak terang cemana.

 -kat tempat garis putus2 tu la yang koyaknya-

Memula aku pakai double sided tape. Tahan  la beberapa jam je. Pastu pakai gam ala2 gam uhu [hasben aku kata power gila gam tu], pun tak jalan jugak.. <---- power gila la sangat!!! Pastu aku tanggal la tepon tu dari sarungnya. Kunun2 dah takmo pakai dah. Tapi bila aku tak pakai sarung tu henpon aku nampak togel je dah tak lawo la pulak.

Tetiba masa kat opis...... jeng..jeng..jeng...
Idea yang sangat bernas telah muncul di kepala hotak aku
dengan penuh konfiden [rupa parasnya nanti tolak tepi la]
aku ambik stapler yang sedang tu untuk aku staplerkan kat tempat koyak tu..
ini la hasilnya..
-rupa paras dari luar-

-pandangan dari sebelah dalam-

TADA!!!!! DAH SIAP!!! SUKSES! SUKSES!

Amacam??? Pandai tak kepala hotak aku??
[Cakap la aku pandai wei.. sian kat aku]
Lepas ni konfem tak terkoyak dah
Walaupun rupanya tak berapa kemas
ade aku kesah????? Janji ko melekap di tempatnya..
puas hati aku! Tak yah beli sarung baru.. yey!

Finally Dapat Jugak Pegi I City

Orang lain ramai dah pernah pegi I City, aku ni alhamdulillah berjaya jugak mensampaikan diri ke sana. Plan memang dah lama tapi asyik bertangguh2 je nak pegi [hasben aku ni kalau ajak jalan jauh sikit manyak sungguh excuse dia tau!!]

Al-kisahnya hari Sabtu lepas, mak & adik aku datang rumah sebab nak hantar adik2 muda balik kampus. Sorang nak hantar ke Shah Alam, sorang lagi ke Jalan Semarak. Adik aku yang duk UiTM Shah Alam tu beria2 benar nak balik hari Sabtu tu jugak tu yang akhirnya kitaorang buat decision, hantar dia petang Sabtu tu & terus singgah I-City. Kebetulan mak aku ade so bawak le dia jenjalan sekali kan.. At least kalau orang tanya "eh, kamu dah pegi I City dah???", so kita dengan riyaknya boleh le jawab DAH!!!!!!!

So memandangkan laki aku tak nak ikut serta berjimba2, so aku tumpang menceluskan diri dalam Pesona tu. Siap hangkut anak2. [Deme dah besar ni senang la usung sana sini]. Lagipun deme yang excited lebih sebab nak tengok lampu. Mak deme excited lebih sikit jer dari depe [tapi malu nak tunjuk...]

Bertolak dari Batang Kali kul 5.30ptg, sangkut kat Rawang ade la dekat sejam, akhirnya sampai jugak ke I-City dalam kul 8.30 [lepas singgah semayang maghrib]. Wah.. wah.. sungguh teruja saat2 melihat lampu warna warni tu. Sungguh jakun insan2 yang duduk kat seat belakang tu...Lepas bayar masuk RM10 [mahal lak tu], adik aku pi parking, pastu kitaorang pun start le men"adventure" diri sendiri kat sana.

 -kitaorang diturunkan di sini sebelum adik aku cari parking-

-cantik kan?? kan?? kan??

-deretan tanglung2 sebelum sampai ke hutan warna warni.. ala2 chinatown lak!-

wallawey... cam kat enchanted forest kan??

- another view-

-adik bongsu aku ni memang gila posing... perasan "dibah" le tu!!!-

Sebelum masuk tu kan ke kena bayar RM10 untuk sebijik kereta. Kat tiket tu ade la kupon untuk masuk Safari @ Snow Village. Kitaorang memula tak perasan tapi bila tertengok ade orang pi kat hujung hutan tu baru la jumpa Safari. So kitaorang masuk je la Safari tu. So takleh le nak masuk Snow Village tu. Kalau nak masuk jugak kena bayar lain la kan. [Sib baik kitaorang cukup2 je korumnye. Budak2 bawah 5 tahun free]


On the way nak pi tempat parking baru la lalu kat pokok Christmas gergasi ni..
-banyak lampunya dah tak menyala dah pun.. terbako la tu-

Pastu kunun2 nak menyinggah Snow Village tu, barisannya punya la panjang. So daripada membuang masa, baik la kitaorang balik...Perut pun dah lapo kemain.  Lain kali kita datang, lepas parking terus je la singgah tempat salji tu... Actually banyak gambar2kat I City ni tapi tak larat le nak tepek semua kan. Lagipun aku bukannya pakai DSLR pun. Pakai kamera henfon jer... Itu pun cukup le buat modal nak menjeleskan laki aku..wakakakaka.. Sape suruh tak ikut... kan dah rugi!!!

Last but not least kena la buh gambo sendiri kat I-City kan. Karang kome tak percaya aku jakun ke tak jakun kan. Ni pun lepas pilih punya pilih buh la gambo yang agak2 sopan & keibuan sikit. Kang aku buh gambo sengsorang kan ade lak yang kata anak daro.. (uwek.... muntah banyak kali yer...)

Tuesday, September 21, 2010

Murah Rezeki Di Hari Pertama Puasa

Sempena bulan Syawal ni ramai la orang yang ambil kesempatan nak berpuasa sunat 6.  Aku tak mula lagi tapi aku dah start pose semalam. Bukan pose sunat 6 tapi pose qada. Menggigil perut menahan gelora lepas disumbat dengan macam2 selama seminggu. Dah le tu, baru masuk keje semalam, opismate aku pulak buat makan2 raya la pulak... tergugat iman den. Kalau aku niat puase sunat je dah tentu2 aku bukak pose tapi sebab aku niat nak qada pose so kena SABAR!!!!!

Ada member tanya aku kenapa tak combine ngan pose sunat 6 sekali. So, inilah kemusykilan yang bertahun2 dipertikaikan. Boleh ke tak boleh. Masa aku muda2 & bodo2 dulu pun aku buat gak niat sekali untuk dua-dua - ganti & sunat 6. Tapi sejak aku terbaca soal jawab agama [kat mana tah sebab dah lama dah], aku pun dah tak amalkan macam tu lagi. Lebih afdal kalau buat yang wajib dulu (qada) baru buat yang sunat ye dak.. Sebab kalau tinggal yang wajib, yang sunat pun tidak dikira kan??? [Cam tak cukup syarat gitu!]. Untuk penjelasan lanjut boleh pi jenguk kat SINI.

Petang semalam singgah le beli nasi kukus ayam rempah untuk buat bukak pose. Siap mintak yang dabel lak tu [gila lapar la katakan... tamak]. Sampai je kat rumah babysitter, dia pulak buat open house. Dia jemput aku & hasben join tapi aku cakap aku pose. Last2 dia bungkuskan  laksa & bubur kacang untuk aku. Alhamdulillah, murah rezeki di awal2 puasa ni..


Kenyang la wei aku berbuka semalam. Lepas berbuka ade jiran ajak gi rumah dia. Makan lagi.. Kat rumah jiran tu makan laksa Sarawak lak.  Memula tengok tu aku ingatkan bihun hailam. Rupanya laksa sarawak ni bukannya macam laksa yang biasa2 kita makan tu tapi bihun biasa. Kuahnya je yang lain. First time tengok & first time makan. Aku yang dah kenyang ni tak berapa nak makan la. Buat rasa2 cukup la. Tapi aku tak leh pegi la... tak sesuai dengan tekak aku. Rasanya pelik sikit. Macam jamu pun ade..hehehehe..

Gambarnya aku tak tangkap la pulak sebab tak bawak henpon pun masa pegi rumah dia. Sapa yang tak pernah tengok laksa Sarawak, ni la gambarnya yang aku gugel.
 
Dia punya bahan sampingan pun lain dari yang biasa. Takde daun kesum, bunga kantan, timun,bawang,  cili & telur rebus tu. Yang ade hanyalah ayam, udang, telur dadar [dihiris2], tauge & sambal cili cam sambal nasi ayam tu. Satu benda je yang sama dengan laksa biasa tu - limau kasturi. Sape dah try?? Pada korang sedap ke laksa Sarawak ni???



** Malam ni pun ade jiran buat open house lagi.. Tak yah la beli makanan bukak pose karang.. Save bajet!!