Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 8, 2016

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum semua...
Salam Jumaat kepada semua

Just sharing...
Sama2 kita renungkan...


Hari ni hari Jumaat, kaum lelaki jangan lupa sembahyang Jumaat pulak
Paling menyampah bila tanya sebilangan lelaki

"Eh, tak pegi sembahyang Jumaat ke??"
"Minggu ni tak pegi... takpe.. belum 3 kali berturut2 lagi"


Ewah...ewah... ingat solat Jumaat tu macam solat raya ke
Suka suki ko nak pegi ke idak kan
Sedangkan solat Jumaat tu WAJIB untuk orang lelaki
takde istilah sembahyang ZOHOR untuk kalian tau di hari Jumaat
Kalau tinggal yang wajib = BERDOSA = NERAKA
Sila la insaf, wahai kaum adam

Pagi tadi masa kejut Adib untuk sembahyang Subuh
punya la dia liat nak bangun
Pastu Aleeya boleh cakap, "biar je le dia mama, dia pilih tak nak bangun"
Pastu aku jawab, "sorry ye, bab ni mama memang tak kasi pilihan, sebab at the end, dah takde pilihan sebab cuma ada SYURGA & NERAKA. Pilih sekarang nak yang mana?"
Hahaha.. kejam tak ayat mama??? hehehe
[tah deme paham ke idak]

Jom sama2 betulkan solat kita.
Bila kita betulkan solat, kita sedang betulkan hidup kita
Kalau kita jaga solat, kita sedang jaga diri kita
Kalau kita serius dengan solat, kita juga serius dengan kehidupan kita

TAPI yang aku ralatkan, masih ada yang tak memberatkan solat terutama yang dekat dengan aku
Kesal tersangat kesal..
Bila mereka lebih pentingkan urusan dunia dari Allah
Sesungguh kamu berada dalam kerugian yang amat besar
Dan kerugian itu aku nampak berlaku di depan mata aku
Astaghfirullah... ampuni aku yang lemah ni ya Allah







6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

AYAT TU TAK KEJAM KAK, MMG OK SGT MCM TU.. KT BERINGAT..HIHI
SALAM JUMAAT YA.

Myra Jay said...

Setengah 'hero2 tu hari Jumaat selamber je hisap jari kat kedai2 makan tanpa rasa segan..
Sabao jela..
Ayat stended pelepas diri gitula.

nanieydotcom said...

alasan yang seringkali dengar.. belum tiga kali berturut turut.

P/s: reply kat sini : x effect kt status gliteratti. cube la. :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam jumaat Yani..

Kayu Manis said...

Ada yg jwab mcm tu...kesian dia...
Org jantan..knor hntr anak pgi sekolah selamber diorg mncekik kat geraai..pdhl boleh dgr imam khutbah..

Sedihhh..

eima said...

tak timbul ayat kejam kalau kita sygkan mereka dan kita nak mereka bawa kita ke syurga kan syani ... tahniah!!