Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 28, 2016

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP & MUDAH [DAN TANPA HOT PLATE]

Rajin beno aku masak sekarang
hahaahaha [puji diri sendiri]
Mana yang teringin tu, kena la masak sendiri kan
dalam dok gawat2 ni kan... selagi boleh masak sendiri, kita masak la
time malas, kita beli je kat kedai...sonangbaitu!

Haritu teringin nak makan sizzling mee
kebetulan pulak resepi dok lalu lalang kat fb
tengok bahannya & cara masaknya senang je
so jom kita cuba
sapa nak try dipersilakan sangat..

Bahan2nya [cukup untuk sepeket yee mee tu]:

  • 6 ketul ayam , potong kecil2
  • 8 ulas bawang putih [hiris nipis]
  • Halia - potong nipis dalam 5 keping & tumbuk sikit
  • 8 cili kering [potong 3]

  • 10 dry mushroom [aku takde so tak letak]
  • 1 peket yee mee [satu peket ada 5 keping]
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil minyak bijan [takde - so aku tak letak]
  • 4 sudu besar tepung jagung -larutkan dalam sedikit air
  • 2 kiub ayam
  • Sawi
  • Telur
  • Air [4 mug]
  • Cili api [optional]
  • Minyak masak [dalam 4 sudu besar]



Cara masak:

Masa tumis ni api jangan besar sangat
kang hangit lak bawang tu




Ayam tu biar goreng sampai kecut dulu tau


Bila dah masukkan air, besarkan api tau..


Kicap tu semua  termasuk sos tiram le tau
Kang ada lak yang tanya masa bila bubuh sos tiram tu..hehehehe




Korang boleh la ejas rasa kuah tu lepas tutup api
Kalau terkurang masin, tambah le garam
kalau kurang manis tambah le gula
Tapi kalau ikut tekak aku tak payah dah nak tambah garam gula tu.

Ok now dah setel bab kuah
Ehhhh belum complete lagi
Sebab step seterusnya takde gambar so kena la story secara bertulis

Memandangkan aku takde hot plate
so aku kena guna kuali nipis yang non stick tu
Andaikan je la kuali tu la hot plate korang
Dalam kuali tu, korang masukkan mee
pastu curahkan le kuah & isi2 ayam tu sekadarnya
kemudian pecahkan telur.... biar sampai gelegak &telur dah hampir masak
baru masukkan sawi 
dah ala2 layu sikit sawi tu boleh la bubuh dalam mangkuk
Nak salin dalam mangkuk ni korang kena ada skill tersendiri la
Kang telur tu terpecah @ terkebawah mee pulak
udah tak presentable sizzling mee korang tu...

Ni la rupa sizzling mee aku yang rupawan
Ha, nak kasi pedas sikit, boleh la tambah hirisan cili api kat atas tu
Perghhhhh.. memang mabelessss
Makan pulak time panas2 tau... dah sejuk tak sedap 


Ok dah siap dah
Senang je kan.....
pasni masak sendiri baru puas hati
nak kuah banyak ke, nak sayur banyak ke ko punya suka la no...

Jemput makan...


3 comments:

Rizziela said...

kan.. husband suka nasi .. so kita guna sos yg sama..tukar nasi aja kan

Sidratul Muntaha said...

suke makan and suke buat tapi tak suke beli brg sbb nak masak emnda ni smpai 3 - 4 jenis kicap
bludak la perut..

Unknown said...

Saya suka tgok Blog awak krna nk make it menu sizzling ni,
saya suka tgok pic awak Cantik Tuannya,
sya suka ayt2 awak kerana bersahaja dan punchline merata-rata,
Jika awk single lagi,sya ingin berkenalan dgn awk..
Add FB "Haz Vivaxt"