Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 29, 2016

BERPAGI2 DI TAMAN

Cerita hujung minggu lepas sebenarnya
tapi baru sekarang teringat nak masukkan dalam blog

Hujung minggu lepas anak2 aku bangun awal lak
Aku ngan Aleeya baru plan nak joging kat taman depan rumah aku tu
Tapi udah deme bangun kena la angkut sekali kan

Dalam 7.30 pagi udah ada kat padang... semangat konon
Sebenarnya aku selesai aktiviti kat padang  sebelum matahari terik
So pepagi sejuk2 tu memang best la..
karang dah panas, silau lak
mula la rasa terbakar je kulit tu

Nasib la ada Aleeya nak layan adik2
Sempat la mama brisk walking 2-3 round


Ni ke muka paling comel ko boleh buat Amira???




Kakak tolong layan adik2
Yang tak best bila ke taman pepagi ni 
Banyak mainan takleh main sebab berembun
Nak main gelongsor memang idak le... 
macam mana nak slide kan udah basah2 tu
buat kotor baju ada la..
Jongkang jongket ni boleh la.. gagah juga le duduk dalam basah2 tu



Buai pun kalau ikutkan basah
tapi sebab budak ni tak mandi lagi, belasah je la duduk atas tu





Syok la Jasmin dapat main swing dengan kakak..



** Hujung minggu ni kita main taman lagi ye.. 



FOLLOWER DAH BERKURANGAN

Isu sensasi minggu ini di kalangan blogger yang guna blogspot
ialah pengurangan follower masing2
Aku pun sama la... memula ingatkan ada dah yang unfollow aku
[maklum le aku pun rajin juga unfollow blog2 yang dah bersawang tu]
rupanya google yang buat proses "pembersihan" follower
[ohhhh bukan le karma ye..hehehehe]

Macam blog aku ni follower idak le banyak pun
tak sampai pun 600 orang
tapi terkesan juga la bila tengok nombor tu makin lama makin sikit
setakat hari ni , banyak ni je la follower yang tinggal

Cantik pulak nombornya tu kan??

Apa-apa pun... pasrah je le
Tengs pada yang masih setia mengikuti blog aku ni..
Love u all tau.






Thursday, January 28, 2016

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP & MUDAH [DAN TANPA HOT PLATE]

Rajin beno aku masak sekarang
hahaahaha [puji diri sendiri]
Mana yang teringin tu, kena la masak sendiri kan
dalam dok gawat2 ni kan... selagi boleh masak sendiri, kita masak la
time malas, kita beli je kat kedai...sonangbaitu!

Haritu teringin nak makan sizzling mee
kebetulan pulak resepi dok lalu lalang kat fb
tengok bahannya & cara masaknya senang je
so jom kita cuba
sapa nak try dipersilakan sangat..

Bahan2nya [cukup untuk sepeket yee mee tu]:

  • 6 ketul ayam , potong kecil2
  • 8 ulas bawang putih [hiris nipis]
  • Halia - potong nipis dalam 5 keping & tumbuk sikit
  • 8 cili kering [potong 3]

  • 10 dry mushroom [aku takde so tak letak]
  • 1 peket yee mee [satu peket ada 5 keping]
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil minyak bijan [takde - so aku tak letak]
  • 4 sudu besar tepung jagung -larutkan dalam sedikit air
  • 2 kiub ayam
  • Sawi
  • Telur
  • Air [4 mug]
  • Cili api [optional]
  • Minyak masak [dalam 4 sudu besar]



Cara masak:

Masa tumis ni api jangan besar sangat
kang hangit lak bawang tu




Ayam tu biar goreng sampai kecut dulu tau


Bila dah masukkan air, besarkan api tau..


Kicap tu semua  termasuk sos tiram le tau
Kang ada lak yang tanya masa bila bubuh sos tiram tu..hehehehe




Korang boleh la ejas rasa kuah tu lepas tutup api
Kalau terkurang masin, tambah le garam
kalau kurang manis tambah le gula
Tapi kalau ikut tekak aku tak payah dah nak tambah garam gula tu.

Ok now dah setel bab kuah
Ehhhh belum complete lagi
Sebab step seterusnya takde gambar so kena la story secara bertulis

Memandangkan aku takde hot plate
so aku kena guna kuali nipis yang non stick tu
Andaikan je la kuali tu la hot plate korang
Dalam kuali tu, korang masukkan mee
pastu curahkan le kuah & isi2 ayam tu sekadarnya
kemudian pecahkan telur.... biar sampai gelegak &telur dah hampir masak
baru masukkan sawi 
dah ala2 layu sikit sawi tu boleh la bubuh dalam mangkuk
Nak salin dalam mangkuk ni korang kena ada skill tersendiri la
Kang telur tu terpecah @ terkebawah mee pulak
udah tak presentable sizzling mee korang tu...

Ni la rupa sizzling mee aku yang rupawan
Ha, nak kasi pedas sikit, boleh la tambah hirisan cili api kat atas tu
Perghhhhh.. memang mabelessss
Makan pulak time panas2 tau... dah sejuk tak sedap 


Ok dah siap dah
Senang je kan.....
pasni masak sendiri baru puas hati
nak kuah banyak ke, nak sayur banyak ke ko punya suka la no...

Jemput makan...


PELEPASAN CUKAI 2015 YANG WAJIB TAHU

Tak lama lagi dah nak masuk tax season kan
Bulan Mac-April nanti mula la sibuk semua nak submit borang cukai
Sapa yang tak dapat borang EA/EC dari majikan silalah berbuat demikian sebelum bulan 3 nanti

Setakat ni opis aku pun belum keluarkan lagi borang EA
Selalunya tengah bulan 2 @ awal bulan 3 nanti baru HR department kasi

Sebagai pembayar cukai, kenalah WAJIB tahu la kan apa pelepasan2 yang korang layak dapat
Sini aku share pelepasan2 cukai untuk  tahun taksiran 2015 yang bakal kita isi nanti







-Sumber dari fb : Nasihat Kewangan-



Harap2 dapat membantu uols masa nak isi borang BE nanti...

Wednesday, January 27, 2016

MASAK IKUT RESEPI VS CAMPAK²

Korangkan kalau masak selalu folo resepi @ main campak2 je
Aku ni kalau first time masak sesuatu masakan tu
aku akan folo resepi dulu [walaupun tak 100%]
konon2 nak kurangkan kebarangkalian tak menjadi 

Bila dah terer sikit, mula la nak ejas ikut suka tekak aku je
pastu sesuka hati je skip2 bahan yang tak nak guna
takpun main campak2 je guna bahan apa yang ada je kat rumah tu
contohnya kalau takat nak guna serai sebatang, kat rumah lak takde serai
aku skip je le serai tu....hahahaha.. asal boleh je la kannnn

[pic kredit tu fb Cik 3zzah]


Selalu gak jadi cam dalam kartun tu
bila ikut resepi cam tah apa2 rasa dia
bila main campak2 tu elok lak rasanya
tapi masalah bila main campak2 tu, memang tak ingat le sukatannnya
tu yang masak kali pertama rasa lain
masak kali kedua rasa lain
masak kali ketiga lagilah lain
tak konsisten sungguh!
Tapi asalkan boleh telan ok la tu kan...

KIDAL KE??

Ada potensi mengikut abah & opah dia gayanya
Dia banyak guna tangan kiri kalau nak buat apa2


Tulis tangan kiri
Makan tangan kiri
Hisap jari tangan kiri

Ok la ada sorang yang mengikut si kidal kan..
Hehehehe



Tuesday, January 26, 2016

KHUSYUK

Budak ni kalau dia khusyuk buat sesuatu
siap meniarap
pastu angkat kaki...
ewah..ewah...

Tu tengah khusyuk menulis 
[read: menconteng ]

Friday, January 22, 2016

PRESENT UNTUK BIRTHDAY GIRL

Tahun ni punya birthday present
Aleeya cuma mintak tudung je
Tahun lepas pun mintak tudung
[aku belikan dia bawal ruffle]
Tahun ni dia mintak bawal crepe pulak
[ni pengaruh kawan2 le ni..hahahaha]

Takpe lah, nasib la tak mintak present mahal2
tumpo la mama ko nak belikan
takat mintak tudung tu, memang boleh sangat
jangan mintak tudung mahai udah le... 
mamanya pun pakai tudung/shawl yang RM10-RM15 jerrrrr

Macam biasa, mamanya tak rajin nak gi kedai
so kita order online je lah...
Elok2 je parcel sampai sebelum birthday dia

tu dia... kaler2 tu semua dia yang request
So penuhi je la permintaan dia
selagi tak melampau2 kan....


Dah bagi hadiah senyum meleret la dia....
Bila anak happy, mamanya pun tumpang happy sekali.

Thursday, January 21, 2016

HAPPY 11TH BIRTHDAY ALEEYA

Alhamdulillah...
Hari ni genap umur anak sulung kami 11 tahun
ALEEYA BALQIS
Uiii... dah anak dara sunti dah..

Cilok gambar dri fb dia..
[sempat lagi dia selfie sebelum pegi ko-ko petang semalam]



Untuk anak mama& abah yang dikasihi
Mama & abah doakan semoga Aleeya sentiasa dalam lindungan dan redha Allah
Semoga dikurniakan segala yang dihajati
dipelihara Iman, dihiasi akhlak yang terpuji
Doa mama & abah sentiasa mengiringi langkahmu anak.





Wednesday, January 20, 2016

TANDA ALLAH SAYANG

Malam tadi hasben wasap cakap dia ada OT
balik lewat la kekdahnya
Sampai nak dekat Subuh dia tak sampai2
tengok  henfon takde pulak dia wasap apa2
Agaknya dia sambung OT kot tu yang balik lambat [aku agak la]

Tak lama pastu baru dengar bunyi enjin kereta
lega la.. dah sampai dah en suami
Pas dia masuk rumah, tanya la kenapa balik lambat
Rupanya dia eksiden masa on the way balik keje
Ada orang langgar belakang kereta
Katanya cina mabuk

Pastu gi balai buat report semua
tu yang balik lambat tu
Alhamdulillah hasben takde apa2
cuma kereta la kemek sikit kat bontot..
sian cik tam aku tu...




Dari luaran tak nampak teruk sangat
kemek2 manja gitu
tapi maybe dalam bonet tu pun terkemek ke dalam gak
ke bengkel jugalah nanti nampak gayanya

Takpe la yang penting hasben aku selamat
Kereta boleh repair kan...
Anggap je la sebagai teguran @ peringatan dari Allah 
atas dosa & kekhilafan kita sebagai makhluk
Tanda Allah sayang tu.....




Tuesday, January 19, 2016

MEMALUKAN

Semalam pakai baju baru beli
Cewah... ekceli dah lama beli tapi baru nak pakai
[sebab takde tudung sesuai nak pakai.. ]

Petang semalam [lagi 2-3 jam nak balik]
baru la perasan sesuatu yang memalukan kat baju aku
itu pun masa tengah betul tudung kat toilet
nasib la aku yang perasan, kalau orang lain yang tegur... lagi haru..

Apa benda tu ye??? Jap aku nak tunjuk
Korang kalau nak gelakkan aku, tekup mulut tu ye..
kecik hati aku nanti..
Nampak tak?? Nampak tak??
Pasni tak payah sorok dah aku pakai baju saiz apa

Camne la aku boleh tak perasan ada tulisan XL kat lengan tu
Macam perli aku je... mentang2 le lengan aku lengan Popeye
Sentap mak!

Yang lagi aku heran, aku dah basuh dah baju tu lepas beli hari tu
Still aku tak perasan tulisan marker tu
[dah le marker lak tu..huhuhuhu]
Nasib la kat lengan belah kiri, tersorok sikit
kalau kat lengan kanan, memang trang tang tang la 
[patut le opismet aku pun tak tego... tersorok dari pandangan mata dia gamaknya..hahaha]

Balik je rumah, terus sental tulisan tu dengan sabun basuh pinggan cap JOY
Hilang dengan cemerlang...nasib baik la mau hilang
kalau tak hilang, memang jadi tukun je la baju tu nanti...

Monday, January 18, 2016

PUNCA-PUNCA BAD MOOD

Bad mood ni bila2 boleh jadi
sekelip mata pun boleh jadi
Tengah happy2 pun tetiba je boleh bad mood atas sebab2 tertentu
Tapi kalau bad mood tu start dari pagi, whole day akan jadi moody je kan?
Korang camtu tak?

Hahahaha...



Hari ni ada jerawat kat muka
Tapi saya tak bad mood pun... ok jer...
Ok bai!

BERANIKAN DIRI MASAK NASI BRIYANI

Tak pernah hayat aku masak Nasi Briyani tau
Suka makan je, masak tak reti..hahahah
Sekali beli pun sure tak lari RM8-RM10 sepinggan kan
So hasben  suruh aku masak...hahahaha
Gigih aku mengoogle resepi [nak cari yang paling simple & sedap gitu]
Ate, kalau yang pelik2 tu banyak benar bahannya2...
Tak kuasa la....

Hasilnya setelah berhempas pulak 2 jam di dapur...
Jeng..jeng,...jeng..
Idak le malampau pun lauk2  pauk aku tu
Takat ayam masak merah,  dalca, jelatah & papadom je
[Abaikan kuah ayam tu macam nak melimpah sebab aku malas dah nak salin mangkuk lain..]

Aku pakai rempah briyani Adabi je
Resepi pun aku folo yang kat paket tu je
Mana bahan takde aku skip je...
Ada bahan aku ganti dengan benda lain
Cam dalam resepi guna minyak sapi, aku pakai butter je
Pastu rempah 4 -5 sekawan tu, aku pakai yang dalam peket bunjut sup tulang Adabi tu je
Gajus tak bubuh, aku bubuh kismis je
Daun pudina takde, aku letak daun ketumbar je..
Ada yang suruh letak susu cair, takat nak pakai satu cawan, malas la aku nak tebuk tin...so tak bubuh la... boleh gitu???hahahaha
ha.. gitu la kekdahnya...

Dalca pun first time buat, resepi ikut syok sendiri je
Guna kacang dhal, kentang ngan carrot je
Cara masak pulak, aku buat cam nak masak kari
Cuma aku kurangkan rempah kari, kang dalca jadi kari lak...

Ayam masak merah pun, buat yang biasa2 buat tu je.. takde spesel pun
Jelatah pun main campak2 nenas, timun, bawang & cili pastu tabur garam+gula...
Papadom tu goreng je la cam biasa..


Tayang lagi sekali, hasil usaha aku yang berani...
Walopun idak le sesedap yang kat kedai,tapi agak berpuas hati la dengan hasilnya
First time le katakan....
Yang penting suami kata PASSSSSS


Friday, January 15, 2016

EKSPERIMEN BASUH BAJU SEKOLAH TANPA PERLU MENYENTAL

Ibu2 yang ada anak2 bersekolah mesti mengalami masalah 
bab2 nak kena sental baju sekolah anak2 kan
nak2 pulak kalau baju tu kaler putih... jenuh la nak sental kesan daki, kesan kotor kat baju kan
Aku pun tak terkecuali juga

Bebaru ni kat fb ada la femes kejap pasal cara nak sental baju sekolah anak2
Ada yang  cakap, rendam baju dengan air panas + sabun mandi, pastu baru sental baju sekolah dengan sabun mandi tu
Cara ni memang aku apply la [cuma aku tak guna air panas la]
pastu aku tak le rendam baju tu dengan sabun mandi
sebab sifat sabun mandi kan cepat mengembang bila kena air
so guna sabun mandi untuk lumur kat kotor tu sebelum berus je

Pastu ada sorang ni pulak kata, kalau tak nak sental
just parut je sabun mandi tu, pastu guna masa nak basuh baju  dengan washing machine
[wah.. ini sudah senang... tak payah sental2.. memang WAJIB try la ni]
So semangat la aku nak try kaedah ni....

Maka ku korbankan le sabun Lux ungu aku ni...
[dah le tinggal satu ni jer...hahahah.. nasib la kat rumah pakai shower cream]
gigih memarut tau...
Tapi aku parut separuh je... sebab nak eksperimen je kan..hahaha
Pastu simpan le dalam bekas dadih 


Peserta2 eksperimen:
baju kerja hasben aku
[berdaki di kolar baju]

kemeja sekolah Adib
Kotoran degil di kolar & lengan baju

Aku try 2  helai baju ni je
sebab riso kalau eksperimen tak berjaya
idak le banyak baju yang aku kena basuh semula kan...hahahaha

Campuran bahan2nya untuk sukatan muatan penuh mesin basuh aku yang 6.5kg ialah:
  • Sabun mandi yang diparut - 2 sudu teh
  • Garam - 1 sudu teh 
  • Dynamo - 1 penutup penuh


Disebabkan aku basuh dengan baju lain sekali tu sebab aku bubuh garam
garam tu dapat memelihara warna pakaian katanya..

Ok, terus terang aku cakap, aku tak rendam baju lama pun
ada la dalam 15-30 minit je...
so lepas rendam baju2 dengan campuran bahan2 di atas, terus on je machine basuh je macam biasa
dalam sejam dah siap  kan..

ok.. debar2 nak tunggu result...jeng..jeng..jeng..
bersih ke idak baju berkotoran tadi kan....

Baju hasben aku
see.... tidak hilang sepenuhnya daki tu


Baju Adib pun kotor hanya hilang 80% je

So, memang kena sental juga la kolar & lengan baju tu....huhuhuhu
Kiranya bedeah je le kalau kotoran camni tak payah nak sental
Sikit sebanyak kena juga disental
Cuma tahap sentalan tu la dikira - sental kuat @ sental manja

Tak tahu la kot2 sebab eksperimen aku tak jadi tu sebab aku tak rendam baju2 tu lama2 ke atau aku guna sikit sangat serbuk sabun mandi tu... next trip basuh baju aku try lagi eksperimen ni...


TUNGGU hasil eksperimen seterusnya...




ADIB JADI KETUA KELAS

Ni citer minggu lepas
tapi lupa lak nak buat entry

Tahun ni Adib dah tak jadi pengawas
Tak best katanya.. tu yang dia minta letak jawatan..

Tapi tahun ni cikgu lantik dia jadi KETUA KELAS
hahahaha... tak sangka la pulak boleh jadi ketua kelas
nampak gaya cam tak menokoh langsung...hehehehe

Cewah... gaya seorang ketua kelas..


budak ni manja gak kadang2
penakut pun ye
kadang muka cam taiko.. tapi penakut...
taiko taik kucing aku kata...

Whatever la Adib, cikgu dah bagi amanah, buat elok2
Jadi ketua, kena la tunjuk contoh yang baik pada kawan2 yang lain
Jangan malas-malas, jangan degil, jangan nakal.

Rajin2 sekolah tau!





Thursday, January 14, 2016

MEMANG BERBALOI-BALOI SHOPPING KAT SHOPEE.MY

Selain Lazada & Zalora
sekarang aku ada satu tempat shopping baru
kat SHOPEE.MY la

Memula tak tau gak pasal Shopee ni
pastu tengok banyak blogger dok review pasal Shopee ni
so terjebak jugak la install apps ni kat smartphone
[cari je kat Google Play tu]

Bestnya shopping kat Shopee ni sebab banyak sangat pilihan
pastu selalu ada diskaun lak tu
Bila diskaun memang harga murah habaq kat hang...
pastu pulak Shopee selalu bagi diskaun baucer lak
maksudnya, on top of given discount, tambah lagi guna pulak voucher diskaun tu
maka berganda2 murahnya la hai....

Memula tak caya gak, takut la tipah tertipu kan
So aku try beli barang yang agak2 kalau kena tipu pun aku tak ralat sangat la
So first thing aku beli melalui Shopee ialah shawl Keknis
Harganya masa tu RM16.. pastu aku guna la kod voucher RM10
So aku cuma bayar RM6 je untuk sehelai shawl tu uolsss 
[termasuk postage tau]
Guess what.. shawl tu sampai dengan pantas ke tangan aku
hari ni oder esok dah sampai... kellasssss!


Ni la shawl yang aku beli dengan harga RM6 saje...


Bebaru ni masa Krismas saja la usha2 Shopee
kebetulan ada sales sampai 80%
Tu dia rambang mata...
last2 aku beli 5-in-1 face massager ni
Harga asal sebelum less dalam RM39.90 camtu.
After less harga dapat la RM15.00
pastu pulak aku dapat diskaun kod RM5 so tolak lagi  la
so total aku bayar hanya RM10 tau [termasuk pos lak tu]
Maunya idak berbaloi2.... sapa nak bagi weiiiiii



Syok wei cuci muka dengan benda ni
Macam kena urut2... terasa bersih je muka
Dah le murah RM10 jeee




** Tunggu dapat diskaun voucher lagi.. boleh shopping lagi...
 Suke..suke..suke...

Wednesday, January 13, 2016

DUGAAN LAGI : SAKIT MATA PULAK

Bangun pagi tadi tetiba rasa mata aku sakit
Masa nak mandi tengok cermin
tu dia..... bengkak sebelah mata aku
nak kata sakit mata, mata tak merah2 pun
cuma kelopak mata aku membengkak
nak kata ketumbit, takde pulak rasa "mata" tu
agaknya mata aku kena gigit semut kot

Aku dah siap2 dah nak gi keje sebenarnya
rasa malas nak gi klinik
masa tengah2 siap tu mata lak rasa gatal2
takleh jadi ni... nak kena pi klinik gak
makin lama, makin mengecil mata aku rasanya
sebab bengkak tu makin membesar


Pastu masa kejut Jasmin & Amira
sebab nak hantar ke rumah babysitter
aku perasan mata Amira pun bengkak gak
Mata Jasmin pun sembab sikit
Sah le kot kami kena gigit semut
Malam tadi semua pakat tido kat ruang tamu je
kot2 la ada semut atas karpet tu melarat2 la sampai tilam yang kami tido tu
Sabo je la....

Nak gi KK UluYam, cam jauh sangat rasanya
[malas yang lebihya]
Last2 tunggu jugak le klinik biasa yang kat area rumah ni
Kul 9 pagi baru bukak lak tu
Bertabah la aku menunggu... sempat la makan nasi lemak paru dulu..hahaha

Nasib la orang tak ramai kat Klinik tu
Masa aku sampai baru sorang je menunggu
so dalam 15 minit camtu baru la jumpa doktor
Doktor kata mata aku ada jangkitan
Tapi bukan la conjuntivis [belasah je spelling tu]
Aku bukan le apa... takut terjangkit kat anak2 je la.. sian kat depa

Ok dah gi klinik, doktor kasi MC 2 hari
Kasi bengkak betul2 baik katanya....


So duduk rumah ni takde la aku nak ngadap PC sentiasa
maka jarang le dapat blogwalking hari ni ngan esok

Bekalan ubat untuk 2-3 hari ni


Dugaan sakit aku makin berpanjangan...
Dari sakit perut-selsema-batuk-sakit mata pulak...
Banyaknya dosa2 aku ni....
 "insaf jap"