Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 29, 2011

10 CARA MUDAH KALAU NAK KAYA CEPAT

PERHATIAN!!!
Ini bukan skim cepat kaya
Ini bukan MLM
Ini bukan Networking
Ini bukan Scam
bla..bla..bla..

Tips ni  sesuai untuk golongan marhaen macam aku terutamanya
tapi tak bermaksud golongan miskin tegar @ kaya raya tak boleh buat pulak
bak kata Ustazah Bahiyah, anda buat anda dapat.


Sapa yang tak nak kaya kan???
Bongoks la sapa yang tak pernah terlintas di hati nak kaya kan
tapi konsep kaya tu terpulang pada individu la.. subjektif tu

Kalau nak kaya, cara yang paling senang ialah dengan SEDEKAH JARIAH
[bukannya sedekah pada Jariah je ye..]
Tak susah kan??? semua orang boleh buat
kan Allah dah kata bagi setiap amal jariah akan dibalas dengan berganda2 pahala & kebaikan
pernah tak dengar pepatah What you give, you get back??
Tapi sedekah tu pun kena la ikhlas kerana Allah s.w.t bukannya sebab nak menunjuk2 tau


10 cara yang mudah untuk kaya melalui sedekah jariah ni ialah:

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca akan mendapat hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda kepada hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah & membangun dengan seseorang

4. Bantu mendidik seorang anak

5. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda akan dapat hasanah.

6. Berkongsi CD AL-Quran, doa mahupun ceramah agama

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid - kewangan mahupun tenaga

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda akan mendapat hasanah

10. Yang paling mudah - SENYUM!!!

Mungkin ada pelbagai lagi cara untuk anda bersedekah &  berkongsi disini. Aku hanya menyatakan sebahagian sahaja. Sapa yang nak tambah dipersilakan.

Ketahuilah sesungguhnya sedekah jariah itu merupakan kebajikan yang tak berakhir.




3 comments:

miss nina said...

baguslah perkongsian ni :)

lily lotus said...

antara the best entry yg lily pernah baca :)

KakD said...

hurmmm betul tuh, zaman sekarang ni kite2 mane nak perasan sume2 ni kan.