Hari ni nak habaq kat hangpa
Aku sudah kena sakit mata
Kena jangkit dari Jasmin..
Takleh nak elak le kan... ate dah asyik berkepit je dengan dia
Semalam Aleeya & Amira kena sakit mata jugak
Hari ni mama depe lak yang kena
Setakat entry ni ditulis, Adib & hasben aku belum kena lagi
Muka Aleeya yang sakit mata
Sepet sebelah
Muka mamanya sebelum gi keje pagi tadi
Bengkak sebelah mata gue...
Sebab nak kaver sakit mata kena la vogue sikit
Nasib la ada spek hasben dalam kereta
Camni la ropenya ..
Pergh... beso spek dari muka
Mana tak beso sebab aku pakai spek 2 lapis
Kat belakang spek hitam tu ada spek biasa
[Hari ni takleh pakai contact lens kan...]
Dah tu je nak citer..
Plan Isnin nanti nak bawa anak2 jenjalan
Tapi kalau dah sakit... nampak gayanya kena pospon le agenda kitaorang
Harap2 sempat la sembuh dalam sehari dua ni..
I hope..I hope... I hope
* Titis susu badan kat mata dah
* Titis air zam2 pun sudah
* Titis eyemo pun sudah
Apa lagi nak titis kasi cepat baik sakit mata ni???