Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 3, 2009

JALAN JALAN BELI JAMU

Minggu lepas lepas dapat gi saje je gi usha2 jamu yang ade kat Giant Taman Permata. Last2 aku beli Mustajab Perawan ni. Ramai gak kengkawan aku yang kata bagus untuk wanita. So aku bantai la beli... buat test...Nak jaga badan la kekdahnya.... Pasni kena test power ngan cik abe... Ngeh..ngeh..ngeh...




MUSTAJAB PERAWAN

Fungsi:
  1. Menganjal, menegangkan, mencerahkan serta melembutkan kulit.

  2. Menjadikan rambut sihat dan bersinar.

  3. Membentuk dan mencantikkan badan.

  4. Menjadikan payudara dan punggung lebih tegang dan padat.

  5. Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur.
  6. Memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah.

  7. Membantu mengatasi masalah senggugut.

  8. Mengetatkan pintu vagina dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal.

  9. Menambah serta mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj dan

  10. Menikmati keistimewaan dalam hubungan suami isteri.

KhasiatMustajab Perawan dihasilkan tanpa campuran kimia atau kandungan hormone yang merbahaya. Seratus peratus daripada herba asli dan diformulasikan dengan enam herba terpilih iaitu Kacip Fatimah, Gambir, Halia, Kuniyt, Lada Hitam, dan Jemuju. Antara khasiatnya ialah untuk mencerah, menegang dan menghaluskan struktur kulit serta merawat pertumbuhan jerawat dan melambatkan proses penuaan.


Kapsul ini berkesan untuk pelangsingan dan mengembalikan tenaga untuk kesihatan. Ianya juga membantu menegang dan menghilangkan kedutan disekitar payudara dan menjadikan punggung lebih montok. Kombinasi herba yang bermutu tinggi ini dapat merawat masalh rahim dan peranakan bagi mengembalikan kepada bentuk asal. Ia juga dapat melembapkan dan mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj. Secara tidak langsung menambahkan rangsangan tenaga batin dan mengembalikan ‘mood swing’ ketika bersama.


PHYTOX
Kegunaan Tradisional:



Digunakan secara tradisional sebagai pemakanan tambahan untuk menambahkan kesihatan dan menguatkan badan.


Antara ramuan herba yang terdapat didalamnya:

Daun Cina Maki [Cassia Augustifolia Folium]
Mengandungi Anthraquinone Glycoside yang membantu mengalakkan pergerakan semulajadi pembuangan air besar. Ia mempunyai nilai perubatan sebagai laksatif, anti disentri dan karminatif.

Secara tradisional digunakan untuk mengeluarkan kepanasan, gangguan masalah defekasi dan buasir.


Kayu Manis Cina [Glycyrrhiza Glabra Radix]
Mempunyai nilai perubatan sebagai demulcan (melegakan irritasi membran, anti reumatik anti iflammasi, anti allergik, anti bakterial, anti ulser, anti kekejangan, anti bakterial, anti kulat, anti oksidan, deporatif, emolien, laksatif dan diuretik.

Secara tradisional kebiasaannya digunakan sebagai rawatan masalah perut, indigesi dan respiratori.


Halia [Zingiber Officinale Rhizom]
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti flatulan, antasid, menggalakkan perpeluhan, menahan permuntahan, anti konvulsan, analgesik, anti ulser, sekretori anti gastrik, anti kulat, anti kekejangan, anti allergenik, anti pembekuan, dan anti mikrobial.

Secara tradisional membantu kesakitan kedatangan haid, mengurangkan inflamasi, ulseratif kolitis, menurunkan tahap kolesterol, mencairkan kahak, melegakan penimbunan gas, meningkatkan perpeluhan, menggalakkan sirkulasi, melegakan kekejangan, melegakan kesakitan. Herba ini merupakan penawar terbaik bagi menguat serta menyembuhkan sistem pernafasan, melawan selesema dan demam, mengurangi kongesi, melegakan pening kepala dan sengal tubuh selain baik untuk merawati masalah penghadaman.


Jintan Manis [Pimpenella Anisum]
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti kekejangan, anti depressi, anti kulat, karminatif dan diuretik.

Secara tradisional digunakan sebagai rawatan masalah kolik, gas dan indigesi. Ia menghangatkan abdomen, mengeluarkan gas, sendawa, permuntahan, kesakitan abdomen, penghadaman lembab, dan mengatasi kesakitan haid.


Kunyit [Curcuma Domestica]
Mengandungi 95% Curcumin yang mempunyai ciri anti inflamasi, anti platelet, stomachic, karminatif, pembersih darah, antiseptik, menurunkan kolesterol, anti bakterial, dan kesan anti kulat. Ia juga mengandungi curcuminoids iaitu phytonutrien antioksidan yang kuat bagi menyokong kesihatan usus, menjalankan aktiviti pemeliharaan neuro dan membantu memelihara kesihatan sistem kardiovaskular.

Secara tradisional digunakan sebagai ubat sakit kuning, sakit diperut, dada dan belakang, haid datang tidak menentu, serta cirit birit. Ia juga digunakan bagi menghentikan pendarahan.


AWAS: Phytox tidak boleh dimakan ketika haid


Lepas ni nak try JUVANEX lak... sape pernah try??? Baca kat blog Kevin Zahri dia pun advice buat detox ngan benda ni.... Gaji bulan depan la beli... Servey hari tu rege dalam seratus lebih gak... POKAI den!!!


No comments: