Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 2, 2009

Cermin Jati

Semalam cuti umum sempena New Year tak gi mana2 pun. Duk umah jer sebab banyak laundry nak buat. Maklum la minggu sebelum tu kan ke balik kampung. So baju yang banyak menunggu giliran untuk dimasukkan dalam washing machine. Alhamdulillah cuaca pun ok so semua bajuku dijemuran pun kering dan garing... Ha...ha...ha...



Petang pulak cik Besah (my MIL) ajak gi kedai Pendek (kedai perabut sebenarnya... disebabkan tokey kedai tu pendek so melekat la nama kedai Pendek). Kedai dia ni kiranya femes la kat cik Besah sebab mostly furniture kat rumah dia (including umah K.Ti - biras aku) dibeli dari kedai tu. Memandangkan hasben aku baru bagi sikit duit bonus kat mak dia, so cik Besah dengan excitednya mengajak kitaorg survey cermin jati kat kedai pendek.


Ni la cermin dambaan cik Besah (kaler lain sikit la)


Alkisahnya K. Ti ade la beli cermin tu sekali ngan meja konsol. Bila dia nampak menantu dia beli cermin tu, so dia pun nak le jugak walaupun sebenarnya rumah cik Besah ni dah sesak ngan pelbagai perabot jati. Meja konsol dah beli dah beberapa bulan lepas. Memandangkan duit dah ade kat tangan so tak sabo2 la cik Besah ni nak gi beli jugak cermin tu. Aku???? Sori la banyak2... jati2 ni aku tak minat langsung. Sebab aku rasa macam org tua lak minat jati2 ni. Yaks.... Yelah, lain orang kan lain taste....

Ala2 camni la cik Besah nak buat (sejibik kot) --- ni bukan gambo umah cik Besah tau... (ambik dari tenet je)
Masa tengah sebok2 belek cermin kat kedai tu aku sempat la usha2 sofa yang ade kat situ. Ade satu sofa L-Shape tu aku macam berkenan tapi sebab aku punya bajet tak mencukupi so aku lupakan je la hasrat aku nak tawar menawar ngan tokey kedai tu. Tak pe la nanti aku cari sofa yang lagi lawa dari tu (ayat2 nak pujuk hati ni)....

No comments: