Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 19, 2009

Birthday Party

Malam minggu lepas kitaorg buat la birthday party untuk anak2 aku & anak2 buah aku. Malam tu yang attend majoriti budak2 la (mak budak ade la 2-3 kerat). Malam tu selepas potong kek & distribute jajan kat diaorg, heri (anak buah aku) buat lak cabutan bertuah. Rupanya dia dah plan nak organized games for his birthday party. Memang riuh rendah umah cik Besah malam tu.

Lepas cabutan bertuah ade pulak pemainan musical chair. Tapi musicalnya tak jadi sebab pakai henfon (mana nak dengar), last2 pakai tiup wisel je la. Tukang tiup wisel tu sape la kalau bukan ibu heri (biras aku tu). Sebab ramai sangat peserta tu sampai kena buat 3 group. Lepas musical chair ade plak pertandingan tiup belon sampai pecah. Memang gamat ngan bebudak sampai pening kepala aku. Party habis dalam kul 11 malam. Tapi ok la budak2 semua puas hati. Siap suruh kitaorg buat lagi tahun depan..... Adoiya....
Birthday gift untuk Aleeya & Syahir (kena beli sama kalau tak sure bergaduh punya)

Ni la birthday kek & cupcakes untuk budak2...

MIA membership no 29635

Finally, selepas graduate dari UUM, gain some experience dari beberapa company, akhirnya aku berjaya meng'upgrade' diri aku dengan join MIA.. Ha..Ha...Ha... Aku memula saje je syok2 register nama aku kat MIA tu. Ingatkan tak lulus masa committee meeting tapi akhirnya permohonan aku diterima. Akhirnya aku dah jadi seorang akauntan bertauliah (even jawatan aku ni tak mencapai tahap akauntan pun)...






Disebabkan aku kecewa ngan company aku tu la sebabnya aku jadi chartered accountant so that market aku ada tinggi sikit la kat luar sana. Last thursday (15 Jan 2009) aku dah pegi induction course kat Concorde Hotel. Best jugak la sebab jumpa member2 baru (mostly chinese lak tu). Lagipun half day je. Tapi yang tak best nye in one circle aku kena complete 120 CPE hours (macam masa belajo kat "U" je). Maka terbayang la di mata aku akan duit2 yg bakal melayang sebab kena attend course2 untuk complete kan CPE hours tu...Satu course mau kena sampai 200 ke atas. Takpe la sebab nak meikirkan masa depan aku just terima la...




Ni la sijil aku.....

Monday, January 12, 2009

Mandi Kolam

Macam biasa, hujung minggu la masa yg ada nak beriadah ngan anak2. En. Suami keje lak hari Sabtu so tinggal la aku melayan kerenah anak2 aku yang semakin lama semakin mencabar kesabaran aku. Memandangkan hujung minggu la masa anak2 nak mengada2 ngan mama ni so aku ajak la anak aku mandi kolam kat luar rumah. Actually kolam plastik tu dah lama dah beli. Pernah la pakai dulu tapi bila dah lama sangat kat porch tu kempiskan balik sebab takut kucing cakar.

Hari Sabtu tu tah macam mana aku teringatkan kolam plastik tu. Sebenonya anak2 dah "mengaruk" dalam rumah tu yang aku ajak bebudak main air. Diaorg apa lagi, punya la excited. Termasuk la si Adib tu. Dah le pam takde so aku la yang berhempas pulas meniup kolam tu. Termengah2 gak aku dibuatnya.... Tiup asal kembong & boleh tadah air cukup la.. He..he..he..

Adib ngan Aleeya khusyuk main air. Adib bolen terus dalam kolam tu

Nak gi mana sikudip oi???



Thursday, January 8, 2009

Home Improvement

Last weekend bila tengok K. Ti dah pindah umah & angkut2 barang, aku pun rasa bersemangat sikit nak mengemas2 rumah aku. Jengok la dalam stor kot2 ade lagi kotak2 yg masih berisi dengan barang2 yg belum dikeluarkan sejak pindah hari tu. Ade satu kotak frame2 gambo & cenderahati lama2 yang masih belum aku proses. Bukannya apa, kitaorg masih memikirkan tempat2 strategik untuk letak benda2 tu semua. Nak2 hadiah & cenderamata tu kecik2... kang anak2 aku main & rosakkan, aku gak yang naik hangin.

Well hujung minggu lepas, kitaorg laki bini pun start le mengemas. Kebetulan Cik Besah pun nak gantung cermin jati dia so aku pun mintak tolong abang tu tebukkan lubang untuk gantung frame2 yang ade. Pastu semalam lepas balik keje, hasben aku ajak beli jam. Tempat nak gantung jam dah ade tapi jamnya tak beli lagi. Semalam borong la 4 jam sekaligus... Ha..Ha..


Hasilnya............
Frame ni buh kat dapur.... Dapat free masa beli langsir kat Nafisa Silk House Wangsa Maju
Jam ni beli semalam... tapi terkecik lak (gantung kat dapur)
Pokok ngan pasu ni letak atas kabinet kat dapur...beli kat Jalan Kuala Kangsar (abaikan pistol mainan Aleeya kat sebelah tu)
Frame Allah & Muhammad ni hadiah masa kawin dulu... Gantung la kat ruang tamu
Jam ni pun beli semalam kat kedai Ah-So rugged
View dari jauh.... tapi macam tak centre... kene ubah kabinet tv tu sikit agaknya.
Ni pun gantung la sekali... tempat gantung kunci. Beli kat Jalan Kuala Kangsar gak...

Frame ni plak... gambo2 kawin kitaorg dulu. Gantung kat dalam bilik.. he..he..

Gambo kawin, hadiah & souvenir yg kecik2 ni pun buh dalam bilik gak. (Abaikan deodoran laki aku tuh...)


Jam katak ni laki aku yg pilih. Dia kata sesuai la dengan dinding bilik yg hijau tu... Mentang2 aku suka hijau... (Gantung dalam bilik tido lak tu... Sesuai ke????)

Ni plak dalam bilik Yaya.... cermin yg FOC tu baru dapat gantung

Jam Spongebob untuk Yaya...


Masa tengah susun2 atur ni teringat kat member aku yang bagi present ni... My ex roommate & best friend aku masa kat UUM. Rahayu Ismail a.k.a. Ayu "kekek".


The most nostalgic picture... Masa kawin 4 tahun lepas.... Blur la gambo tu sebab dah melekat kat cermin frame...




Monday, January 5, 2009

Pindah Umah..

Don't get mistaken, bukan aku yang pindah umah tapi biras aku. Dah lama kan aku cakap aku nak tangkap gambo umah biras aku tu tapi sebab dia belum pindah lagi aku malas la nak snap picture lagi. Since dia dah angkut barang2 dia dari umah dia kat Bukit Beruntung tu so kiranya dah complete la umah dia dengan furniture & yang sewaktu dengannya. Katanya ade lagi barang2 yg ditinggal kat Bukit Beruntung. Aku rasa kalau dia angkut jugak semua benda kat sana sure rumah kat sini tak muat. Bukannya apa, rumah kat Batang Kali ni kan ke low cost so semestinya rumah tu bukaannya kecik, kalau nak dibandingkan dengan umah medium cost yang dia beli tu. Barang2 dia banyak lak tu. Tambahan lagi bekas tuan rumah yang dia beli sekarang ni dah renovate rumah tu.
Tengah memunggah turun barang2... penuh satu lori...
So bila masuk barang2 makin sempit la jadinya rumah dia tu. Aku ade pegi semalam after dia kemas2 rumah & susun atur perabot. Memang sesak & sendat rumah dia. Aku rasa semak lak mata aku ni. Bak kata dia , "not my taste", macam tu la aku nak menggambarkan keadaan umah dia tu. Anyway, dia punya rumah dia punya suka la nak susun kot mana pun. Pictures of her house.... coming soon..

Year End Trip --- Pangkor Island

Actually citer ni masa last year, tapi tak sempat nak buat entry masa tu. Trip ni just 2 weeks ago tapi agaknya still valid untuk diceritakan kot. Nampaknya for 2008 dah ditamatkan dengan family trip ke Pulau Pangkor... Yey.... dah lama tak pegi sana. Last time aku gi sana rasanya masa aku sekolah rendah lagi. Dah more than 10 years dah.

Dekat Jeti Lumut... tunggu feri

Dalam feri..

Walau pun trip ni dirancang last minute, accomodation pula dapat last2 minute dan segala2nya last minute tapi disebabkan teringin sangat nak gi bercuti2 ngan family aku (all this while aku citer pasal trip aku with my husband's family) so aku yang ter'excited" nak gi. En. Suami memula tu macam tak berapa seronok tapi bila dah jejakkan kaki kat sana dia yg tak sabar2 nak mandi laut.


An Evening at the beach.... sikudip tu bukan main lagi berlari sana sini

Keluarga si Adib....Macam muka siapa si Adib ni yek???

Anak Abah.....

Bertolak lepas semayang Jumaat around kul 3 ptg, sampai jeti lumut dlm kul 5, naik feri dalam kul 5.30 & arrive kat pulau dalam kul 6 lebih. Sampai kat tempat penginapan dalam kul 6.30. After solat Asar, semua dah excited nak gi ke pantai, nak main air. Hasben aku pun sama. Anak2ku pun lebih kurang je ngan abahnya tapi si Aleeya takut nak masuk dalam air.


Sebab takut masuk dalam air, berenang kat pantai je la si Yaya ni

Dah letih berenang, main pasir lak (Si Adib tu main pasir sampai ke kepala)


Aku tak terjun laut pun petang tu tapi esoknya, after breakfast, aku, hubby, ateh,ana, acik & anak2 aku terus gi pantai. Aku yang memula rasa tak nak mandi laut tak dpt manahan perasaan aku yang mencanak2 tu. Last2 tak pikir panjang terus terjun la dalam laut tu. Yang bestnya, pepagi tu belum ade lagi org kat pantai tu. Terasa laut tu kami yg punya...Ha..Ha..Ha.. Aku yang macam perak ni dah lupa diri aku yg dah beranak dua tu. Bergilir2 lah aku ngan hasben nak jaga anak. Aku ngan adik beradik aku yg dah sewel ni mula la buat macam2 stunt.. Lama dah aku tak berperangai kanak2 riang tu... SRONOKNYA.........


Atuk Latip & Opah Minah pun join jugak

Berkubang dalam air...

Tengah hari tu kitaorg bertolak balik ke Ipoh. Walaupun penat & tak puas hati dengan segala benda2 last minute tu tapi overall aku berpuas hati sebab dpt bercuti2 malaysia dengan mak,abah, suami, anak2 & adik beradik aku tu... Korang nanti kita buat trip lagi yek... Sehari semalam pun jadi le... BEST...

Friday, January 2, 2009

Cermin Jati

Semalam cuti umum sempena New Year tak gi mana2 pun. Duk umah jer sebab banyak laundry nak buat. Maklum la minggu sebelum tu kan ke balik kampung. So baju yang banyak menunggu giliran untuk dimasukkan dalam washing machine. Alhamdulillah cuaca pun ok so semua bajuku dijemuran pun kering dan garing... Ha...ha...ha...



Petang pulak cik Besah (my MIL) ajak gi kedai Pendek (kedai perabut sebenarnya... disebabkan tokey kedai tu pendek so melekat la nama kedai Pendek). Kedai dia ni kiranya femes la kat cik Besah sebab mostly furniture kat rumah dia (including umah K.Ti - biras aku) dibeli dari kedai tu. Memandangkan hasben aku baru bagi sikit duit bonus kat mak dia, so cik Besah dengan excitednya mengajak kitaorg survey cermin jati kat kedai pendek.


Ni la cermin dambaan cik Besah (kaler lain sikit la)


Alkisahnya K. Ti ade la beli cermin tu sekali ngan meja konsol. Bila dia nampak menantu dia beli cermin tu, so dia pun nak le jugak walaupun sebenarnya rumah cik Besah ni dah sesak ngan pelbagai perabot jati. Meja konsol dah beli dah beberapa bulan lepas. Memandangkan duit dah ade kat tangan so tak sabo2 la cik Besah ni nak gi beli jugak cermin tu. Aku???? Sori la banyak2... jati2 ni aku tak minat langsung. Sebab aku rasa macam org tua lak minat jati2 ni. Yaks.... Yelah, lain orang kan lain taste....

Ala2 camni la cik Besah nak buat (sejibik kot) --- ni bukan gambo umah cik Besah tau... (ambik dari tenet je)
Masa tengah sebok2 belek cermin kat kedai tu aku sempat la usha2 sofa yang ade kat situ. Ade satu sofa L-Shape tu aku macam berkenan tapi sebab aku punya bajet tak mencukupi so aku lupakan je la hasrat aku nak tawar menawar ngan tokey kedai tu. Tak pe la nanti aku cari sofa yang lagi lawa dari tu (ayat2 nak pujuk hati ni)....

Welcome 2009, Goodbye 2008

Alamak, dah bersawang rupanya blog aku ni. Tak sempat nak buat closing entry untuk tahun 2008. Anyway, inilah entry pertama untuk 2009. Nothing to jot, just to wish you all Happy New Year & Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru yang mendatang ni akan lebih membawa kebahagiaan kepada kita semua.

Disamping tu jangan la pulak kita lupa untuk meningkatkan ketaqwaan & tambahkan amalan kita sebagai bekalan di "sana". Herm... apa yang aku dah capai dalam tahun 2008??? Banyak, ada yang tercapai ada yang tercicir... Tapi yang pasti aku dah mencapai umur 29 tahun... tahun ni angka tu akan bertukar ke no 30.. Aiyaks....