Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 22, 2008

Hari Raya... Duit Raya....

First of all, kan hari tu aku dah mention biras aku ajak buat almond london last weekend. Well, guess what???? Kitaorg dah buat dah kuih tu and teng....teng...teng...

MENJADI BEB!!!!!!

Hari Jumaat malam tu lepas jer berbuka aku ngan Kak Ti dah terperuk kat rumah dia. Mak mertua aku tu pun tengah buat kuih raya dia. Masa kitaorg nak start tu dia tengah bakar last tray of her Kuih Kelapa. Sementara tunggu kuih tu masak, aku ngan K.Ti pun mulakan projek. Pakai hentam je la sebab kitaorg ni tak pernah buat almond london before. The recipe dia ambik dari adik dia. Well, K. Ti la tukang gaul bahan2 tu. Aku ni tang gaul menggaul dengan tangan ni leceh sikit... Cepat lenguh... (Nak buat biskut ni tak pakai mesin pun, semua pakai tangan).

Dia dah siap tepung untuk digentel tu (monitored by my MIL) so dengan expertnya aku pun gentel la badam tu ngan tepung. Aku buat la kecik2 sebab aku tau sure kembang punya biskut tu bila masuk oven. K.Ti lak gentelannya agak besar. So, bila dah bakar maka 'terkembang' la biskut tu. Lawak la rupanya sebab dah besar cam kuih mazola lak.. Ha..Ha..Ha...

Finally bila dah siap n nak tuang coklat atas biskut tu, coklat lak tak cukup. Dapat la siapkan separuh. Habis buat biskut dalam kul 12 camtu. Aleeya lak tak tido2 sebab menunggu aku buat biskut raya... Adib lak abah dia yg jaga. Nasib dia pun tak banyak karenah. Bila balik rumah lepas buat biskut, tengok hasben aku ngan Adib dah terlentang atas tilam... He...He... He....
Buat hasbenku, baru kau tahu susah senang jaga anak... Ha..Ha..Ha...

Sayangnya tak sempat lagi nak snap gambar biskut tu. Nanti kalau ade masa aku snap gambar tu buh kat blog ni...

No comments: