Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 15, 2008

Almond London

Memandangkan aku dah berjanji nak buat biskut ni ngan biras aku, maka aku surf la internet nak carik resepi biskut ni. Ni ade 3 resep untuk kuih ni:

BISKUT ALMOND LONDON(1)
125 gm mentega
75 gm gula ising
1 biji kuning telur
225 gm tepung gandum serba guna
333 gm badam berkulit dibakar di dalam oven selama 7minit (350F)
300 gm coklat masakan dicairkan
Sedikit lemak sayur (shortening)
Mangkuk kertas
Sedikit hirisan badam untuk hiasan
1 sudu kecil emplex (bahan untuk membuat biskut rangup)


Pukul mentega dan gula sampai halus.
Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
Gaulkan adunan sehingga sebati.
Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170C.
Sejukkan dahulu.
Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening')
Hiaskan dengan hirisan badam

====================================================================
ALMOND LONDON (2)
250 gm butter
300 gm (200 g tepung gandum & 100 g tepung jagung)
50 gm gula halus
2 biji telur kuning
esen vanila
Almond (whole di potong dan di bakar/panggang)
Chocolate Monkelarge (for coating and to be double boiling)

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu demi satu dan kemudian masukkan esen vanila.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung tadi.
Bulat-bulatkan dan masukkan badam(almond) yang telah dipotong tadi.
Letakkan di atas loyang pembakar dan bakar sehingga masak.
Bila kueh telah sejuk boleh disimpan dulu.
Bila ada free time buat coating later.

For coating:-
Double boil chocolate sehingga cair.
Bila telah cair boleh dip/rendamkan kueh yang telah sejuk tadi.
Masukkan kueh tadi dalam cup cake dan taburkan dengan badam hancur.
Simpan sekejap didalam peti sejuk supaya chocolate keras.
Simpan didalam bekas kueh.
===========================================================================


1 ketul butter (250g)
4 oz gula perang
1/8 sudu teh sodium bicarbonate
9 oz tepung gandum
1 sudu besar serbuk badam
1 cawan badam - dibakar
3 sudu besar tepung hong kwe (packet yang biru)
1 sudu teh vanilla essence
250g coklat masakan
sedikit shortening atau cocoa butter

Pukul butter dengan gula perang hingga kembang then masukkan esen vanilla.
Ayak tepung gandum, sodiumbicarbonate, tepung hong kwe bersama-sama.
Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan butter & gula tadi.
Masukkan serbuk badam.
Kalau adunan lembik, tambah lagi tepung hong kwe atau serbuk badam.
Jangan tambah tepung gandum, nanti kuih kurang rangup.
Bentukkan bulat-bulat dan letakkan badam yang telah dibakar ditengah-tengah (Badam ikut suka, kalau nak kuih tu besar & bentuk oval, letak sebiji, kalau tak letak 1/2 je, so jadi bulat-bulat).
Bakar sampai masak & sejukkan.

No comments: