Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 18, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2021

SELAMAT HARI RAYA  UNTUK SEMUA

ALA.... BARU RAYA KE-6 KANNNNNNN

(ekceli baru ada mood nak up entry 😅😅😅)



Raya ke-6 beraya berlima beranak...
Tahun ke 2 beraya dalam musim PKP
tak dapat balik kampunggg 😖😖


Layan karenah anak2....
outdoor katanya...
Tapi nyampah banyak gambar aku gemuk2
pilih yang nampak slim je dah le😅






Wednesday, April 7, 2021

PERGELANGAN TANGAN AMIRA PATAH

Memang tragedi Mac sungguh la tahun ni
Ada satu petang tu (29/3/2021), Amira kata dia nak pegi main
Masa tu aku baru habis masak, so aku cakap kat dia pegi la main dulu nanti Mama keluar. Selalunya kalau dia sebut main tu, maksudnya dia nak pusing2 main basikal. Tak sangka pulak dia pi main monkey bar kat taman permainan depan rumah aku ni.

Aku masa tu baru siap2 nak keluar, tau2 dia balik dengan nangis2. Aku  tengok muka dia ada luka sikit pastu dia pegang tangan dia. Aku tanya kenapa, dia kata dia jatuh. Tangan dia sakit. Aku tanya jatuh kat mana sebab aku ingatkan dia jatuh kat perdu pokok mangga tepi rumah aku ni. Lepas tu dia kata dia jatuh kat taman. Aku pun ajak dia masuk, mandikan dia & tuam tangan dia yang bengkak tu dengan ais. Lepas tu dia tertidur, so takde la aku bawa dia pi klinik malam tu. Aku anggap tangan dia terseliuh biasa je la.

Esoknya (30/3/2021) time balik keje, aku tanya dia tangan dia sakit lagi ke. Dia kata sakit lagi. Aku tgk pun tangan dia masih bengkak. So petang tu aku pegi rumah mak mentua & mak mentua aku suruh bawa ke klinik. Malam tu aku bawa la dia pi klinik. Pusing2 kat depan tu klinik2 yang aku biasa pegi semuanya tutup. Nasib la ada satu dua klinik yang buka. Pegi je la Klinik Mediviron. Bila doktor cek, doktor kata dia tak boleh buat apa. Dia suruh pi buat xray sebab takut kalau ada patah. Dengar perkataan "patah" tu buat aku cuak juga. Kat Batang Kali ni ada 1 klinik je yang ada buat X-ray tapi masa aku lalu mula2 tu ramai sangat orangnya sampai keluar2 klinik. So aku plan nak bawa Amira ke Hospital Kuala Kubu je malam tu. Tapi mata aku ni nak drive memalam memang kureng la.. So aku try call member aku tapi dia tak available pulak. Nak tak nak terpaksa la tebalkan muka mintak tolong abang ipar & biras aku untuk bawa aku & Amira ke hospital.

Tapi Abang ipar aku cadangkan buat dulu Xray kat klinik kat Batang Kali tu. Kami pegi la lewat sikit dengan harapan orang dah tak ramai. Alhamdulillah, masa kami sampai tu orang pun dah surut. Cepat gak le giliran Amira. Doktor cek pun dia saspek patah so kena buat Xray. Aku dalam hati dok doa2 je le jangan la patah kan. Tapi hasil xray sah le ada patah kat pergelangan tangan Amira.. Ni mesti bila jatuh pastu terhempap dengan badan debab tu pulak😅. So doktor buat surat untuk refer ke hospital. So sekarang nak tuju hospital mana pulak kan??? Doktor suggest pi Hospital Selayang sebab kat sana ada pakar. Kalau kat Hospital KKB takut diaorang suruh ke Selayang jugak kan.

Tapi.............abang ipar aku bagi cadangan suruh ke KPJ Rawang. Aduhai.. nak pi private ni maklum saja la kan.. Ongkosnya besar.. Tambahan pulak anak2 aku takde medical insurans ni.. Hermmmmm.. AKu cakap je terus terang kat abang ipar yang aku takde duit nak bawa ke private. Abang ipar aku kata takpe bawa je situ. Nanti dia uruskan... So berangkut la kami ke KPJ Rawang malam tu. Sampai sana terus ke emergency, pastu nurse cakap doc suggest datang balik esok & terus jumpa pakar. Malam tu takde buat apa pun cuma tangan Amira je kena bandage.



Next day (31/3/2021), pagi2 terus pegi KPJ Rawang lagi. Nasib la dah dapat appoitment kan. Tapi ada appointment pun kena la juga tunggu giliran kan. Masa kat hospital tu ada sorang budak tu pun sama problem macam Amira. Aku tak tanya pun tapi dengar je mak ayah dia bersembang. Masa jumpa doktor pun doktor tanya diaorang ni main sama2 ke sebab problem sama.. Wrist patah. Waktu & tarikh jatuh pun sama. Dah le umur & saiz badan pun sama. Cuma budak tu patah tangan kanan, Amira pulak patah tangan kiri. 




Memula tu doktor suruh pi xray dulu. Lepas xray baru dia cadangkan rawatan yang sesuai. So doktor kata memang kena operation untuk masukkan wire kat pergelangan tangan. Sebabnya dia tunjuk gambar xray tu, tulang Amira ni dah berselisih. So memang kena tarik  betulkan kedudukan tulang tu. Ayoyoyo... Pastu doktor tanya setuju ke idak nak buat operation... Macam2 la aku tanya kan... Risau... Last2 setuju je lah... nak anak cepat baik kan.  Lepas tu doktor cakap operation tu akan buat esoknya (1/4/2021). Tapi sebab aku ni takde insuran, dia taknak wardedkan Amira. Cuma katanya esok pagi2 kena datang awal la sebab waktu untuk prosedur Amira tu dah set pukul 8.30 pagi. Tapi sebelum balik doktor suruh Amira buat swab test dulu. 

Nak gi buat swab test ni pun aku cuak juga. Risau kot2 Amira ni menjerit ke, menangis ke kan. Tapi bila buat test tu kejap beno.. Tau2 dah siap. Amira kata tak sakit pun. Cuma hidung jadi gatal sikit. Tapi kejap je. Hebat anak mama... Mama pun belum tentu berani😅

Pastu nurse bagitau nanti diaorang akan call lepas dapat result swab test tu. Pastu nanti baru boleh datang hospital untuk admit for operation. So kami balik rumah dulu la petang tu. Esoknya baru pi hospital balik.




Ok nanti sambung pulak kat part seterusnya......








Monday, March 22, 2021

HAPPY BIRTHDAY MY FAMILY

Bulan Mac ni ramai juga ahli keluarga aku yang celebrate birthday
Maksudnya family terdekat la
Tak le ramai mana pun.. 4 orang je sebenarnya...Hahahaha

Start 17/3 hari tu, birthday adik aku yang ke3- Acik
Pastu 18/3 birthday Wan aku pulak
Sebab tak dapat rentas negeri, kita tengok gambar kat group wasap family je la


Ni la datuk a.k.a Wan aku
Dah 88 tahun dah umurnya

Mak tengah suap ayahnya
Alhamdulillah anak2 Wan ada yang duduk dekat kampung. 2 orang je tak dapat balik sebab dok luar Perak.


Next 22/3/2021 pulak birthday Amira & anak adik aku yang kat Johor
Tapi birthday Amira kami celebrate sehari awal
sebabnya hujung minggu kan.. senang sikit. Birthday dia sebenar jatuh hari sekolah.. payah la sikit nak celebrate.. maklum la sibuk sekolah, pastu kot malam nak kena buat homework & tidur awal pulak.

Dah celebrate semalam
Happy la dia walopun just sambut sesama ahli keluarga
Takde majlis fancy2 mahupun ajak kawan2 dia datang rumah

Kek birthday ni dia yang request nak tema Frozen
yang penting kaler BIRU..


Nasib la ada jiran dekat2 yang memang buat bisnes kek birthday ni
Jadi la janji anak happy kan.


Selain tu dia request nak makan satay & mee goreng
Mama tolong beli satay & goreng mee je lah..
Pastu kita nyanyi la lagu birthday sama2.



Semoga Amira Sofea panjang umur & sentiasa dalam rahmat & keberkatan Allah
Semoga menjadi Muslim yang beriman, bertaqwa & beramal soleh
love you dunia & akhirat.


And as for my niece Heliza, also Mak Long ucapkan happy birthday yang ke 4
Sama pulak tema Frozen ye...Semoga jadi anak yang solehah & membahagiakan mummy daddy Jija ye.

-Ambik gambar dr fb je😆-







Monday, March 8, 2021

HARI PERTAMA PERSEKOLAH SECARA BERSEMUKA

 01.03.2021

Lepas sebulan lebih dok sekolah secara Pdpr (online learning), akhirnya KPM dah umumkan sesi persekolah secara bersemuka akan dimulakan pada 01.03.2021. Itupun untuk budak prasekolah, darjah 1 & 2 sahaja. Lega la jugak sebab anak2 aku sorang darjah 1 & sorang lagi darjah 2. Kiranya yang darjah 1 tu ada la kakaknya tolong teman bila di sekolah. Idak le aku risau sangat.

Ekceli risau le juga kot2 Jasmin ni tantrum lagi cam masa tadika. Tak henti2 la mamanya berdoa supaya diaorang ni ok aje untuk bersekolah nanti. So 1st day tu memang start early la sebab malam sebelum tu aku suruh diaorang tidor awal. Time Subuh memang diaorang dah bangun. Cepat la sikit nak bersiap tu kan. Mood dua2 kanak2 tu pun ok je.

Diaorang ni sekolah kebangsaan sesi petang. So pagi tu akan ke sekolah agama dulu. Tahun ni sekolah agama diaorang dah pindah ke tempat lain. Jauh sikit la dari sekolah sebelum ni. Tu yang kena siap awal sebab dah lain arahnya dari sebelum ni. 

Masing2 excited nak pakai baju baru


Beza sungguh walaupun beza umur setahun je


Sebab nak uruskan anak2 sekolah ni, aku apply la cuti seminggu.Tu yang lambat buat entry ni..heheheh.. Malas nak menaip kat rumah sebab takde feel😆. Masa kat sekolah Jasmin relax je.. takde pun nak nangis2.. Lambai aku sebelum masuk sekolah itu je.. Wahhhhh... Good girl! 

Ok, diaorang habis sekolah agama pukul 11 pagi. Lepas ambik diaorang, balik rumah, suruh diaorang makan nasi & siap2 untuk ke sekolah kebangsaan. Kalau hari sekolah, aku pun jadinya lunch awal. Kul 11 lebih.. Hahahaha.. Teman anak makan, aku makan je la sekali. 

Tahun ni kan Amira jadi pengawas. First time la nak pakai uniform pengawas. Kesian pulak aku tengok dia sebab berlapis2 pakai baju. Dah le sekarang musim panas. Memula tu dia taknak juga pakai, tapi aku pujuk untuk cuba hari pertama je.. Itupun pesan kat dia, kalau panas dalam kelas, buka je vest tu sangkut kat kerusi.


Sampai kat gate sekolah Amira kata tak nak sekolah. Nak belajar kat rumah je katanya. Adoi la.. Si Jasmin still steady. SOP tahun ni parents takleh hantar masuk sekolah untuk budak2 darjah 1. Tak macam tahun2 sebelum ni. Siap mak ayah teman masuk dalam, masa rehat pi jenguk kat kantin. Tapi tahun ni memang tak boleh tau. Masing2 parents tawakal je la anak2 di sekolah tu cemana ragamnya. Aku pun cuak juga kot2 Jasmin buat perangai. Tapi elok sampai depan gate sekolah, Amira masuk dulu, tinggal Jasmin jalan sorang kat belakang.. Bertuah punya budak.. tak kisah langsung adik kat belakang ni..Hahaha.. Tapi Jasmin cool je.. Takde muka cuak ke, nak nangis ke.. Jalan je ikut cikgu suruh ke mana..Pandai2 la ko bawa diri ye nak.

Sampai kat rumah pun aku kejap2 belek henfon. Risau kot2 cikgu telefon anak aku menangis ke, mengamuk ke..hahaha.. Tau2 cikgu hantar gambar dalam group parents.

Time ni waktu rehat.. Tengok meja si Jasmin kosong je kan. Jangan kecam kata aku tak bagi bekal kat anak pulak.  Jasmin kata dia baru nak keluarkan roti & air tapi cikgu dah tangkap gambar..hahaha.. Ingatkan dia tak makan tadi.. Ikutkan Jasmin, dia taknak bawa bekal sebab dia dah makan nasi. Tapi aku bekalkan juga roti & air kot2 lapo kan.


Ni after rehat.. Cikgu suruh ubah tempat duduk pulak
Tu yang Jasmin dah bertukar tempat kat sebelah tingkap tu.
Tu tengah kusyuk mewarna tu.. cikgu tangkap gambar pun tak peduli dah.


Petang tu time ambil diaorang dari sekolah, aku tanya Jasmin seronok ke sekolah. Dia kata seronok. Tanya si Amira pun dia kata best. Tapi dia kata taknak pegi sekolah esoknya.. Udah kenapa pulak kan???? Aku syak pasal panas pakai baju uniform pengawas tu. Tapi bila aku tanya dia geleng je. Jenuh la pujuk supaya dia pi sekolah esoknya.

Malam tu aku tanya lagi kenapa taknak pi sekolah. Dia kata cikgu garang. Aku cakap biasala la cikgu awal2 memang la garang, nanti ok le tu. Rupa2nya dia ada Tasmik lepas tu ustazah tu tegur la bila dia salah baca. Mungkin ustazah tu ada tertinggi suara kot.. Makanya Mira pun sentap la wehhhhh. Tu yang taknak gi sekolah lagi..Hahaha.. Jenuh la mama nak pujuknya...Hari2 la mama pujuk untuk ke sekolah. Memula tu janji dengan dia, hari Jumaat dia boleh ponteng sekolah petang. Tapi hari Khamis tu dia cakap, Mira tak jadi ponteng la mama.. Mira nak sekolah.. Alhamdulillah (dalam hati mak ko)..











Tuesday, February 2, 2021

WELCOME VIVO Y20

Aku ni penguna setia Hotlink. Asalnya dulu pakai Hotlink prepaid je pastu upgrade le ke plan postpaid. Pastu kan sekarang promotion telefon seringgit untuk pengguna maxis tu kan. So dengan sengaja pi tanya kat kedai Maxis tu aku layak ke idak untuk telepon tu.

Asalnya nak tanya2 je... Last2 terjebak juga la kita ni.. Dah tu pulak telefon yang harga seringgit tu semua dah habis. Tinggal le yang RM99 tu je.. Itupun tinggal brand Vivo ni je.. Yang Huawei & Oppo dah habis. Dah kebetulan duit tengah ada dalam wallet, ha mula la kan.. on terus.. Hahaha.. Pantang le ada duit dalam wallet tu.



Tak tau la nak expect apa dari Vivo ni. First time guna brand ni.  Tapi memula pakai tu mula la ada yang tak berkenan itu, tak berkenan ini.. Tak sama dengan telefon yang aku pakai sebelum ni. Oh ye, telefon lama aku yang Redmi 4A tu aku bagi Adib pakai. Senang dia nak buat untuk sekolah nanti. Sekarang dia dok pakai Samsung J2 Prime yang tersangat slow & kecik spacenya. Kesian dia takleh nak install apps & letak banyak gambar/video. Kejenya asyik delete je la sebab storage tak cukup.

Dah dekat sebulan pakai Vivo ni, ermmmm ok la... Cemana pun terpaksa suka juga la kan..hahaha.. Yang penting storage & RAM beso.. Maklum le zaman sekarang ni segala makneka apps nak kena install. Camera pun nak kena cun juga.. kalau idak bila nak buat IC identification & scan qr code pun jenuh.. Tak detect2 sampai sudah. Bercakap dari pengalaman niiiiii ---> gara2 ni rugi aku takleh nak claim RM50 e-wallet yang PENJANA haritu.. Stuck masa buat identification muka tu.. Nyampah! Tu belum kisah scan mysejahtera yang lembab nak mamp tu... Sampai sudah takleh detect so aku pakat tulis buku je la.. takde maknanya nak scan2 bagai tu.

Eh.. tapi bila henpon dah canggih sekarang... aci scan je la aku kan.. Even nak beli barang pun guna qr pay... Dasar sangat kan...Ate sekarang, bior takde cash, janji telefon ada di tangan...Zaman cashless kan sekarang... Aku nunggu juga kot2 makcik goreng pisang tepi jalan tu pakai  cashless, idak le jenuh aku ngorek wallet cari cash..😅😅..

Tapi bahaya jugak cashless ni kan... tak nampak balance duit yang ada.. kang syok2 scan sana sini, swipe debit card sana sini, tau2 tetiba reject sebab insufficient fund pulak.. naya je..

Ha satu lagi kekurangan Vivo Y20 compared dengan Redmi 4A aku dulu tu ialah vivo ni takde IR Blaster.. Maknanya takleh le aku nak control remote tv & aircond macam dulu... Kat opis ni remote aircond asyik kongsi je.. Ha senang aku adjust aircond dari henfon aku je ..(mementang aircond atas kepala aku je). Pastu kat rumah pulak remote tv asyik ke mana2 la dicampak dek anak2, senang2 aku tekan je dari henfon aku (remote tv boleh, astro pun boleh).  La ni aku dah hilang upaya la buat tu semua... Tetiba rasa henfon kurang canggih lak! Takpe2... sabar..sabar...  Dia kurang tang tu, dia lebih tang ni... Terima seadanya ye dak???








Monday, February 1, 2021

10 YEARS OF SERVICE

Alhamdulillah, hari ini genap le 10 tahun aku berkhidmat di tempat kerja sekarang. Paling lama dalam sejarah hidup aku berkhidmat di sesebuah tempat..hahaha.. selama ni dah keja kat 3 tempat. Ni kiranya tempat kerja aku yang ke4 la.

Macam tak percaya je pejam celik pejam celik dah 10 tahun kat sini. Banyak ups & downs lalui dengan bos & rakan2 sekerja. 2 anak2 aku pun lahir sepanjang aku berkhidmat disini. 



So far selesa la keje kat sini.. walopun hari2 aku mengulang jauh dari Batang Kali. Nak kata kemudahan & gaji banyak pun idak juga.. Walopun dah 2x kena potong gaji tapi bertahan juga le kan... Selagi ada sumber pendapatan nak menyara anak2 kan.. cewah!!!.. Musim2 covid ni kan, kena pertahankan apa yang kita ada je.. Nak2 pulak umur pun dah meningkat sapa la nak ambik kerja lagi.. baik deme ambik freshie.. Rendah sikit gaji kena bayo ye dak???? Apapun selagi rezekiku disini, Insya-Allah stay je le sini selagi perkhidmatanku diperlukan. 

** syukur masih ada kerja sehingga ke hari ini sedangkan berapa ramai diluar sana yang dah hilang pekerjaan.





Saturday, January 16, 2021

HANDPHONE LEBIH 2 TAHUN DAH KIRA OUTDATED RUPANYA😅

Sekarang ni aku pakai henfon Xiaomi Redmi 4A je. Sebelum ni pakai Mi4 tapi disebabkan kecuaian aku, henfon jatuh ke jalan tar.. Terus pecah skrin. Aku sayang tau Mi4 aku tu.. The first henfon yang buat aku jatuh cinta dengan Xiaomi. Setakat ni dah pernah pakai Samsung, Lenovo, Asus, Nokia tapi setakat ni Xiaomi paling best lah. Disebabkan Mi4 tu dah jahanam & kos nak repair skrin pecah tu pun agak mahal, ditambah dengan keperluan nak pakai phone dengan segera, so terpaksa la beli baru.. Tu yang beli je Redmi 4A tu.. (pilih Xiaomi juga sebab dah jatuh cinta kan 😍). 

Kiranya dah 3 tahun dah aku pakai Redmi ni.. Memang takde masalah.. Cuma slow je la sebab 2g RAM je.. Tapi tu tak jadi masalah la pada aku pun. Kualiti gambar & kamera pun so so je la sebab jenis yang mur2 kan..  Takde bajet nak beli mahal2 kan.  

Nak dijadikan cerita haritu aku buat internet banking kat Maybank2u. Pastu kan sekarang maybank pun dah buat ala2 e-wallet iaitu MAE.  So dia suh la install apps MAE tu. Klik punya klik tapi takleh pulak kat henfon aku.. Aku ingatkan sebab line internet aku tak stabil. Cari kat google play pun tak jumpa apps MAE tu. Last2 aku klik dari link kat website maybank tu. 

Rupanya keluar benda ni pulak:
Keciwanya... Tak compatible la pulak.. Aku tak puas hati aku tanya la customer service. (Guna messenger kat fb je😅). Rupanya dia kata apps ni boleh guna kat henfon yang guna android 8 ke atas je.. Redmi aku ni guna android 7 je.. Patut le tak boleh.. Takde harapan la nak install apps ni😭.

So sekarang kesimpulannya, henfon yang dah lebih 2 tahun kira dah outdated la sekarang ek.. Cepat sangat teknologi berubah. So takyah le beli henfon mahal2, nanti nak kena tuko juga walopun ko punya henfon masih cun & elok lagi. Lagi lama, lagi banyak apps yang tak boleh update sebab os version lama kan.

Apakah ini petanda aku kena beli henfon lain?? 😁😁😁

Monday, January 11, 2021

AMIRA DAPAT JADI PENGAWAS SEKOLAH

Haritu cikgu ada send whatsapp bagitau yang Amira terpilih untuk jadi pengawas sekolah tahun 2021. Tak sangka pulak la dia dapat lantikan tu. Bila cakap kat Amira, bukan main dia excited. Selama ni ada juga pernah dia cakap dia nak pakai baju sekolah warna biru. Biru kan warna feveret dia.. Bila jadi pengawas kan kena pakai baju uniform serba biru.. tu yang suka sangat tu.

Cikgu suruh ambik surat tawaran & sign surat persetujuan lantikan sebagai pengawas tu. Musim2 Covid-19 ni, surat2 semua cikgu letak kat pondok jaga je. Ambil kat situ & nanti letak surat jawapan pun kat situ juga.




Cik boolat ni dah nak jadi pengawas sekolah 
Nasib la baju2 pengawas kakak dia ada lagi yang disimpan
Kot2 ada yang muat jimat le sikit duit dari nak beli baru
Nanti kena korek gobok cari baju lama😅






Thursday, January 7, 2021

KENA GANTI BUKU TEKS SEKOLAH😭

Ada satu hari tu aku tengok Amira & Jasmin tengah main2 tiket2
Konon2 tiket zoo la, tiket bas la.. 
Memula Jasmin datang kat aku, cakap nak tiket mama
Aku pun ambil je la kertas yang dia bagi tu
rupanya dia gunting katalog cosway aku yang dah lama tu

Tak lama pastu Amira pulak datang kat aku bagi "tiket"
Aku pun tanya la ni tiket apa? Dia kata tiket masuk zoo
Aku pun belek2 la kertas yang dia bagi tu
eh eh.. elok benar jenis kertasnya
Aku dah tak sedap hati... ingatkan dia pun gunting buku2 lama dia dulu
Lepas tu aku tanya dia gunting buku apa? Buku sekolah ke?
Dia jawab haah... Sah! Dia gunting buku teks sekolah
Aku pun mintak le dia bawa buku yang dia gunting tu tunjuk kat aku
Ya-Allah... buku SPBT lak tu.. Kalau buku aktiviti maap le lagi kan
Urut dada mak hang ni tau... buka kulit buku terus ke mukasurat 19!
Bayangkan le berapa banyak helai yang dia dah gunting2... **urut dada**

Mentang2 le dah tak pi sekolah, dia ingat buku2 tu dah tak pakai gamaknya
Aku tak le asing lagi buku2 teks tu semua sebab masa ni kelas online masih berjalan
Ada kelas yang kena refer buku teks lagi.

Buku kulit buku terus mukasurat 19!



Ni la kertas yang dia gunting2 buat "tiket" tu


Aku dah pening kepala dada memikirkan mana la nak cari buku teks sekolah ni. Yelah, kena la ganti buku tu kan. Kedai buku udah le takde kat Batang Kali ni..
Last2 tu teringat pulak nak cari kat Shopee.. Alhamdulillah le ada wei.. Cepat2 le order.. 

Sejenis kelegaan lepas buku ni sampai.


Sejak hari tu, aku pesan kat Amira & Jasmin, jangan la sesuka hati nak gunting2 buku. Tanya mama dulu buku tu boleh gunting ke conteng ke koyak ke kan. Kang tak memasal jadi kes camni lagi. Naya je!!!

Tu la budak2 ni, bila dah terlalu lama duduk di rumah, macam2 perkara diaorang buat. Sampai tak terjangkau dek otak kelakuan diaorang tu...Kena banyak bersabar jadi mak2 ni kan.😅







Wednesday, January 6, 2021

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN/FAEDAH SOCSO TAHUN 2021

Sapa yang ada dapat pencen SOCSO secara bulanan tu, bolehlah cek tarikh2 ni untuk tahu bila duit tu akan masuk akaun korang😐.








Monday, January 4, 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

Seriously???? Dah tahun 2021 dah ye

Even dah masuk hari ke-4 di tahun baru, tapi rasanya sempat lagi kot nak wish Happy New year pada semua. Harap2 tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni.


Ada azam baru ke tahun ni??