Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 17, 2019

KHAIRAT KEMATIAN UNTUK PEMBAYAR ZAKAT PPZ

Bermula tahun ni (2019) Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) dah lancarkan skim Kafalah Muzakki
Skim ni macam khairat kematian la khas untuk pembayar2 zakat di PPZ
Banyak juga amaunnya uols.... RM3,000. EPF pun bagi RM2,500 je😅
Tapi syaratnya minimum bayaran zakat adalah RM50 setahun. Rendah je kan?


Iklan pasal benda ni selalu juga dengar di IKIM.fm. Tapi masa tu takat dengar je la. Sampai la bulan lepas aku mewakili majikan ke Majlis Mesra Majikan bersama PPZ di PWTC. Ramai juga wakil2 majikan yang turut serta.

Lama aku tak menjejak KL, sampai 3 kali pusing aku nak parking kat PWTC
(gara2 terlepas simpang- itupun guna google maps)
Alhamdulillah sampai le juga walopun lewat



Masa registration diaorang bagi nombor untuk cabutan bertuah
Hadiahnya pun boleh tahan lumayan-Hamper, telekung Siti Khadijah & Handphone Vivo (kalau tak silap)
Tapi seperti biasa la, aku ni kurang bertuah nak memang lucky draw ni.. So memang tak kena lah!

Masa kat majlis ni ada la diterangkan pasal Skim Wakalah & Skim Kafalah Muzakki tu. Baru la faham konsepnya. Bendanya pun tak le complicated mana. Tak perlu register pun, cuma jadilah pembayar zakat PPZ MAIWAP je. Ni untuk bayaran peribadi ye (eg: zakat simpanan, zakat harta, zakat emas, zakat pendapatan) bukannya zakat perniagaan tau.  Khairat kematian kan dibayar base on individu, bukannya syarikat.. ye dak??? Lagipun tak pernah dengar lagi syarikat yang meninggal kan... Orang je yang meninggal..huhuhuhu

So caranya kalau pembayar zakat tu dah meninggal, waris boleh la pi tuntut khairat kematian ni dari PPZ. Katanya takkan banyak soal as long as menepati syarat & kelayakan. Boleh cek kat WEBSITE PPZ nanti. So korang kalau jadi pembayar zakat di PPZ, jangan lupa maklumkan pada waris ye.


Ni antara goodies yang dapat masa Majlis Mesra Majikan tu
Alhamdulillah dapat gak kalender meja 2020 tu😆


Shamsul Debat pun ada  wei
Memang tak kering gusi dengar ceramah dia
Tapi slot dia ni tak lama.. tak sampai sejam pun
Overall puas hati la pegi majlis tu




P/s: Aku pembayar zakat di PPZ. Tak rugi bayar zakat ni. Lagipun cuma 2.5% setahun je. Kalau berhutang korang mampu, takkan bayar zakat tak mampu kan...😆





No comments: