Entry basi lagi la kali ni sebabnya kejadian ni berlaku masa aku masih dalam cuti hari tu
Bukan pasal aku ekcelinya, tapi pasal encik suami
Aku pun masa tu takde masa nak menaip blog, so citer ni terperam la lama sikit
Asal usulnya satu hari tu hasben aku bangun tido dengan cuping telinga yang bengkak
Aku assume kena gigit apa benda la kan masa dia tido tu
Dia pun pi klinik & dapat MC
Esoknya bengkak tak surut2, pi lagi klinik.. dapat lagi MC
Bila tengok takde perubahan pun dalam 2-3 hari tu, terus hasben aku pi hospital panel
Awal2 tu bukannya takmo pegi panel, tapi sebab jauh dari rumah tu yang pi klinik dekat2 sini je
Hospital panel tu kat KL lak tu ---> Damai & Sentosa
So hasben aku pegi la Sentosa Medical Center
Doktor cek & terus cucuk cuping telinga tu untuk keluarkan nanah
Dah tu dapat lagi MC seminggu pastu kena datang cek up
Jumaat lepas hasben aku pegi cek up
Tapi dia pegi sorang.. naik moto lak tu
Tetiba dia call dia kata dia kena admitted ward untuk operate telinga
Doktor kata cam ada ketumbuhan dalam telinga tu
So better buang la kan.. kalau tak buang nanti jadi balik
Tengahhari tu selamat la hasben aku dioperate
Kesian kat hasben aku masa tu sebab takde yang meneman dia
Aku bukan taknak pegi siang tu, tapi masalahnya aku pun tak tahu hospital tu kat mana
Area KL ni memang aku fail gile...
Malam tu cuma mak mentua & keluarga abang ipar aku je yang pegi melawat
Aku kalau malam2 ni tau je la kang dengan baby lagi, meragam la, menangis la
Aku cuma kirim barang2 yang hasben aku pesan je kat cik besah
Esoknya, petang baru hasben aku balik rumah
Tengok telinga dah bertampal dah..hehehe
Berjahit agak panjang jugak le telinganya tu..
Dapat lagi MC minggu ni.... [dah 3 minggu la hasben aku MC]
Ekceli aku ada tangkap gambar jahitan tu
Tapi sapa tah gatal tangan pi delete lak gambar tu
Macam2 sakit la sekarang ni
Bini dah sihat, laki pulak sakit.. cam main pas baton lak..
Apa2 pun semoga Allah cepat sembuhkan suami aku ni...