Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 14, 2012

MANDI CHEPOR

Aktiviti kemuncak masa balik Ipoh hari tu ialah pi mandi sungai
Elok sangat la kan dengan cuaca yang panas & terik kebelakangan ni
Tapi kami tak pegi jauh pun, cuma ke Ulu Chepor je. Idak le jauh sangat Silibin dengan Chemor tu.. Ada la jugak dalam setengah jam [banyak traffik light nak kena berenti]

Memula plan nak pegi pagi sebab senang nak cari port yang best. Lagipun pepagi orang tak ramai lagi. Tapi disebabkan mak aku ada kenduri [sebab mak aku cakap dia nak ikut kitaorang], so kena la tunggu mak balik dari kenduri. Lepas makan tengahari dalam kul 3ptg camtu, kami bergerak le.

Pegi 2 biji kereta je - kereta aku & kereta acik. Tapi bila sampai sana, jem tak hengat ko! Jalan dah le sempit. Banyak lak kereta berselisih jalan. Tu la yang jadi jem tu. Ada yang nak pegi, ada pulak yang nak balik. Ditambah pulak ada je yang parking kiri kanan jalan so makin sempit la laluan tu. Memula tu cam dah serender je  tapi menengokkan kawasan sungai kat situ cuma sedalam betis si Adib je, so tentulah nikmat mandi manda takde feel kan...

Sabar punya pasal, alhamdulillah selamat jugak dapat parking. Tapi dah malas dah nak masuk ke dalam lagi. Dapat pulak tempat yang pernah kitaorang pegi dulu. Jadi le...Sesuai la untuk orang dewasa nak mandi sekali & tak berapa dalam jugak untuk budak2.


Gambar atas tu la tempat kami mandi. Banyak batu2 cam dah dibuang ke tepi so kawasan tengah tu dah jadi cam kolam. Selamat la kalau nak buat terjun tiruk tanpa risau terkena batu.. [Yang baju pink 2 orang tu bukan family member aku tau]

Luckily masa kitaorang baru sampai, ada satu family dah nak balik. Lepas je deme balik, cepat2 aku suruh adik aku cop pondok tu. Nampak tak mak aku jadi penunggu pondok??? 



Adib ngan Yaya cepat beno kesejukan. Last2 masing2 duduk atas batu je. Siap terketar2 lagi.. Acik laki bini pun cepat naik. tinggal aku dengan adik aku yang tudung ungu tu je... Pi celah jeram nak feeling2 duk dalam jakuzi..hehehehe. 

Ok la kan bercuti ala2 instant gini... Lagipun bukannya nak kena modal banyak. Nak masuk cuma kena bayar 2 hinggit kot untuk sebijik kereta. [Tapi kalau datang lewat petang takde pulak kena bayar]. Nak lagi best naik motor la kot...heheheh

** Lain kali pegi Ulu Chepor, nak pegi sampai kat area waterfall tu...

3 comments:

Misz-ella said...

Mandi sungai feveret KC ..

nabilah_2908 said...

syoknya... :)

kt melaka ni takde lak tempat2 mcm ni...kalau ada pun kena pergi area tangkak....tak pun masuk n9..

munna said...

cuaca panas skrg ni...dpt berendam dlm air sejuk mcm ni mmg best kan....