Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 12, 2011

URUSAN TABUNG HAJI KINI DI MAYBANK

Korang ada akaun Tabung Haji tak?? Kalau ada sure korang tau kan yang mencari cawangan Tabung Haji adalah sangat hazab sebab terlalu sikit. Bagi yang duduk kawasan ceruk2 cam aku ni pun adalah menjadi satu masalah kalau nak pi Tabung Haji sebab lokasinya yang jauh tu. Paling dekat dengan rumah aku pun nun kat Kuala Kubu Bharu.

Duit raya anak2 aku semuanya aku sumbat dalam akaun Tabung Haji depa. Dari anak2 aku lahir lagi aku dah bukakan akaun TH ni untuk depa. Disebabkan cawangan TH ni jauh sikit dari rumah, aku tak le kerap ke TH. Kalau duit anak2, aku kumpul banyak2 pastu bank-in sekali rap kalau aku pi Kuala Kubu @ Selayang.

Tapi sekarang tak yah susah hati yer sebab selain Bank Rakyat & Bank Islam, Maybank pun dah buat usaha sama dengan pihak TH. Tak lama lagi urusan TH semuanya boleh dilakukan di Maybank. Maybank ni yang senangnya ialah kat segala ceruk ada cawangannya.Kiranya kalau nak cucuk duit kat ATM memang bersepah2 le kat Mesia ni.

Berbalik pada citer TH & Maybank ni, kalau korang nak buat segala transaksi kewangan melibatkan urusan TH sama ada masuk duit, cucuk duit, buka akaun ke, semua dah boleh kat Maybank. Yang paling best, NAK DAFTAR HAJI pun boleh!!! Tak yah susah payah nak pegi ke Tabung Haji tu. 

Tak caya baca ni... aku sedut dari BERITA HARIAN ONLINE



TRANSAKSI TABUNG HAJI KINI DI MAYBANK
Oleh Ahmad Farizal Hajat

ahmadfarizal@bharian.com.my
2011/12/09

 KAMARUDIN  (kiri) dan Muzaffar   melancarkan Kerjasama Strategik Lembaga Tabung Haji dan Maybank Islamic, semalam.
KAMARUDIN (kiri) dan Muzaffar melancarkan Kerjasama Strategik Lembaga Tabung Haji dan Maybank Islamic, semalam.

Daftar ke Tanah Suci boleh dibuat di ATM 



LEMBAGA Tabung Haji menjalinkan pakatan dengan Maybank Islamic Bhd yang yang membolehkan pendeposit Tabung Haji melaksanakan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kumpulan Maybank.




Selain transaksi kewangan, pendeposit Tabung Haji juga boleh membuat pendaftaran haji di rangkaian ATM Maybank, sekali gus menjadikannya yang pertama menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.


Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, kerjasama strategik itu akan meningkatkan akses perkhid-matan Tabung Haji kepada lebih 6,000 rangkaian perkhidmatan berbanding 1,800 rangkaian ketika ini. 



“Tabung Haji melihat perkembangan perkhidmatan terbaru ini sebagai langkah proaktif untuk menambah nilai kepada pendepositnya, selain memudahkan lagi urusan mereka, khususnya selepas waktu kerja. 

“Ia (transaksi di kalangan pendeposit Tabung Haji) makin meningkat dan ini dapat dilihat menerusi kerjasama Tabung Haji dengan Bank Islam dan Bank Rakyat ketika ini, yang mana 2.47 juta transaksi dicatatkan tahun lalu dan sehingga 15 November lalu, ia meningkat kepada 2.72 juta. 

“Semua ini menunjukkan minat melakukan transaksi menggunakan ATM dan CDM di kalangan pendeposit Tabung Haji makin meningkat dan saya yakin lebih ramai pendeposit akan beralih kepada perkhidmatan ATM dan CDM ini kerana ia lebih mudah dan menepati keperluan,” katanya selepas majlis pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur semalam. 
Hadir sama Ketua Eksekutif Maybank Islamic dan Ketua Perbankan Islam Kumpulan Maybank, Muzaffar Hisham. 

Menerusi kerjasama terbaru Tabung Haji itu, pendepositnya boleh melaksanakan transaksi seperti pengeluaran wang tunai, penyim-panan wang, pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain, pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank dan sebaliknya, serta perkhidmatan pertanyaan baki simpanan. 

Bagi menikmati faedah kemudahan itu, pendeposit Tabung Haji perlu melawat mana-mana pejabat Tabung Haji bagi menghubungkan akaun mereka dengan Maybank. 

3 comments:

kakngah said...

kalau setakat nak transfer duit ke TH, MBB2U pun boleh..
:)

lieyalatif said...

lieya pun ade buat TH utk anak2 lieya.....potong gaji jek masuk duit tiap bulan2 heheeheh....kalo idok, syok2 jek maknye belanja sakan hahahahahaah....

Kakzakie Purvit said...

Hari ini juga dikatakan bonus diberi kepada penabung lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah... bolehlah pergi haji lagi kan...