Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 30, 2011

PELABURAN MINGGU DEPAN

Minggu depan sekolah akan bermula kan
Yaya nak masuk darjah satu
Adib pulak masuk tadika
Jenuh bergilir2 menunggu kat sekolah pagi-petang

Yaya mungkin ok kot sebab sebelum ni dah pernah sekolah [tadika]
Adib la pulak tak tahu le cemana gaya nak sekolah ni
Nak2 pulak ini first time hantar anak guna transit [van sekolah]
Yaya dulu atuk dia yang hantar

Harap2 semuanya ok minggu depan
Terpaksa ambil cuti 4 & 5 haribulan untuk hal ehwal sekolah bebudak ni
Tup2 dapat pulak surat untuk daftar si Adib pada 3/1/2012
Takkan nak cuti lagi kan.. so terpaksa ambil time-off kot 
Apasal la deme tak buat 2hb tu??

Ini pulak jumlah yuran untuk sekolah Adib
RM441 tau... dah naik RM50 berbanding tahun lepas






** Belanja akan lebih banyak tahun ni.... Saving bulanan makin sikit.... 
Cam kena pospon je projek baby aku tahun ni...erm.....

WAJAR KE KURUNG ANAK DALAM TANDAS?

Memang tak patut... Geram je kat bapak budak2 ni
Sanggup dia kurung anak2 dia dalam toilet
pastu dibiarkan kelaparan selama dia keluar bekerja
Katanya sebagai hukuman sebab anak2nya buas sangat
ish..ish..ish..











** Sebuas2 anak aku takle aku tergamak buat camni...

Thursday, December 29, 2011

NAK ESYEN SIKIT.. AKU PUN DAH TENGOK OMBAK RINDU

Aku tau  sure ramai dok kata aku "perak" kan??
Orang lain dah 10-15 kali nonton Ombak Rindu
Aku baru sekali nengok dah kecoh satu donia...hahahahahaktui!

Ok la.. walaupun aku ketinggalan dari korang2 semua
tapi akhirnya aku dapat jugak nengok filem ni dari awal sampai akhir
Kalau tak silap aku citer ni dah tayang kat Astro First kan
Tapi aku kan takde ASTRO.. so apa boleh buat
Layan je la kat youtube... terima kasih la sangat2 kat tukang upload tu
Kalau nak layan DVD cetak rompak, hasben aku bukan layan beno citer2 tangkap leleh cenggini. Kalau gangster2 tu dia suka la..

Sapa yang sekapal dnegan aku.. boleh nonton kat sini
Standby la masa korang 2 jam... Kalau line internet korang hazabedah mau pegi 6 jam kot





Memang agak touching la citer ni
Mampu membuatkan aku menitiskan air mata
[part yang Izzah hampir keguguran masa kejar kereta Haris tu]
Kalau baca novelnya mungkin lagi feeling kot!


** Tak sabar nak tengok ending Tentang Dhia petang ni pulak!

APA ADA BELAKANG APARTMENT??

Ni nak cier pasal homestay aku kat Teluk Batik hari tu la..
Kawasan homestay tu memang semuanya apartment 6 tingkat
Ada berapa blok aku pun tak pasti

Tapi kat bahagian hujung kawasan apartment tu ada satu kawasan berbukit
Sementara menunggu kolam renang buka, aku ajak hasben & anak aku jenjalan kat kawasan bukit tu
Rupanya kat situ ada disediakan wakaf & trek untuk jalan kaki
Agaknya depa nak buat viewing point kot kat situ
Tapi pemandangan apa la yang dapat tengok pun..
Dapat tengok bangunan apartment je la..




Kat situ kalau tak silap ada 2 wakaf... Wakaf yang paling atas ada tempat refleksologi [takde dalam gambo]
Baru nak snap2 gambo kat atas tu tetiba lak si Adib ajak balik
Sebab dia nak terberak... potong stim tul la budak ni...

JALAN-JALAN KE LUMUT

Lepas aktiviti berkelah di Teluk Batik, kami balik ke apartment
Lebih kurang dalam pukul 7.30 mlm kami sampai apartment
Konon2nya malam tu pakat nak gi jenjalan kat Lumut Waterfront
Kebetulan pulak abah aku baru sampai dari Ipoh dalam pukul 8 malam.

Tapi tau je la, kalau dah rebahkan badan, mula la rasa malas nak keluar balik
Rasa cam nak lepak2 kat apartment.. kaki pun dah lenguh2
Yang bersiap2 nak keluar cuma adik aku si Acik & wife dia je
Yang lain semua dah flat
Lepas hasben aku mandi, turn aku lak mandi
Rupa2 dia tunggu aku sebab nak ajak aku ke Lumut ikut Acik

Aku dah le lenguh2 badan, sakit kaki pulak
Aku cakap aku malas nak keluar tapi dia suruh jugak aku siap
Mak aku pun pesan uh ikut je la... aduhai...
So dengan terpaksa rela je aku bersiap2 sambil muka masam mencuka
[Masa tu pulak tetiba je aku sakit kepala]

Sampai kat Lumut, parking semua penuh
Jenuh cari parking, nasib le kami naik sebijik kereta je
Main parking je la kat mana yang kosong
Dah le tu jauh pulak dari tengah pekan
Makin sakit kaki aku menapak punya la jauh

Layan je la gambo2 kat Lumut ni..
Jauh berjalan luas pemandangan kekdahnya...
Lenguh seh!

 Adib dengan aksinya...

 Yaya pulak asyik berkepit dengan MakCik Sha ..








Adib & Yaya dengan replika ikan.. Memula tu Adib takut nak pegi kat situ sebab dia ingat ikan tu hidup..

 Hasben aku jadi duta ikan todak... 
[Ye ke itu ikan todak??? ---> main belasah je]

Aku yang keletihan & kelenguhan
Barapa masam muka aku..hehehehehe
I NEED MASSAGE!!!!!!!!!!!!!!

Pas jenjalan kat Waterfront tu, kami jalan lagi sampai kat area funfair tu
Tapi funfair pun ala2 zaman dolu2 je.... tak kuasa nak layan
Jenjalan kat gerai2 kat tepi tu pastu terus jalan balik ke tempat parking
Sampai apartment aku terus flat... mana ada space terus aku landing
Tak sedar sampai pagi.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

** Pics semua ehsan dari fb adik aku...

Wednesday, December 28, 2011

SANGAP

Bosan gak ye bila tak ramai orang keje hujung2 tahun ni
Tinggal 2-3 kerat je yang ada kat opis ni
Aku tengok muka kau, kau tengok muka aku
Kan Ziha kan?? Kan?? Hehehehehe

Kejung lak otak aku hari ni.. nak sambung entry Teluk Batik pun takde mood.
Mata asyik ngantuk jer.... walhal tetiap malam aku tidur awal

Masa mengapdet folder picture kat PC ni, terjumpa la pulak gambo mata ni
Hey... berkenan la pulak kat kontek lens kaler ala2 grey-violet ni
Kat mana nak beli kontek lens kaler2 yang murah ek????
Ce citer..ce citer..


** Tak sabo nak jumpa Ku Salmi petang ni... GRRRRRRR!!!!!

WW # 52

sumber : www.kwsp.gov.my

PERMULAAN YANG BAIK UNTUK TAHUN 2012

Tuesday, December 27, 2011

FAMILY VACATION - TELUK BATIK (2)

Lepas cek-in, kami rehat, sembahyang & makan tengah hari
Bekalan telah disediakan oleh bonda kami
[kami masing2 tak sempat nak prepare pebenda sebab baru bertolak ke Ipoh pagi tu]

Mak aku sempat masak rendang ayam & mee goreng
Sampai sendat perut dibuatnya
Lepas selesai semua, kami bertolak ke Teluk Batik
[dari homestay kami ada la dalam 3km]

Sampai sana, satu cabaran lagi nak cari parking pulak
Alhamdulillah cuaca agak cerah [sebab pagi tadi mendung & hujan renyai2]
Kami terpaksa parking jauh2... jenuh gak menapak masa nak cari port
Siap usung makanan bagai.. Yang adik aku Angah pulak jenuh mengusung perkakas baby dia

Lepas jumpa port sesuai, bentang tikar, masing2 pun bersantai le
Orang agak ramai jugak kat pantai tu tapi takle seramai yang aku pegi tahun lepas
Barisan nak masuk toilet pun punya la panjang masa tu

Anak2 aku dah salin baju dah masa kat apartment
Senang la kalau nak terjun laut..
Kat situ je la... kata Ateh...

Tengah standby kan barang2... Kami pot jauh sikit dari kawasan berpasir sebab nanti berpasir2 lak tikar kitaorang tu

 Masa ni tengah tunggu Haikal salin baju renang dia..
Nak mandi laut la sangat kononnya...

 Kaum bapa lak tengah diskas nak terjun laut ke idak..

 Opah yang tolong salinkan baju Haikal...
[budak ni baru je baik dari ciken pox]

 Lawatan ke tepi pantai... usha line dulu....

Adib baru lepas ikut abah dia pi  tepi pantai..


Akhirnya... adik aku kecundang jugak.. Salin baju beb sebab nak mandi laut
Hasben aku kat belakang tu pun sebenarnya nak mandi jugak tapi tengah fikir2 lagi

Hambik ko.... dua2 dah terjun laut...
Laki aku siap angkat tangan tu.. punya la seronok mandi laut gamaknya...

Selain depa, sapa lagi yang mandi???
Anak dara aku si Yaya tu la


Macam2 aksi duyung & dugong
Dulu2 punya la takut mandi laut.. kalau main air pun duk kat pantai je
Sekarang dah berani pi berenang2 kat kawasan yang agak dalam
[lagipun masa ni air memang tengah pasang]

Tukang tangkap gambo ni pun sama jugak terjun ke laut
Bukan aku yer.. tapi Adik aku si Acik..

Adib & Haikal??? Hrm.... harapkan basah kaki je la
Pastu nangis nak pi kat tempat mak masing2
Penakut... Adib kata nanti ada jaws..hahahahah

 Alolo.. si kecik Humaira ni... Baru 3 bulan dah pi piknik yer..
Siap berak2 lagi dia kat sana
[Baby ni la adik si Haikal]

Sebabkan Adib & Haikal dah tak nak main laut
Aku bagi la deme makan eskrem... kan banyak orang duk jual eskrem kat pantai tu



Budak noti ni siap pakai cekak si Yaya..hehehehe.. Nasib baik la ko comel!

Pas tu sementara menunggu kaum bapak berkubang dalam laut
Aku ajak bebudak ni pi naik motor karan
Masa ni pun si Haikal & Adib nak berebut moto.. 
Sebabnya masa tu ada moto hijau & biru
Si Adib nak moto biru tapi si Haikal dah naik dulu.. Last2 pujuk punya pujuk si Haikal pun mengalah. Dapat jugak le si adib naik moto biru tu..




 Abis hati la deme dapat main moto tu... Tapi kejap je la pun..
Rasanya 2 minit RM2 kot..

Pas habis main, Yaya & kaum bapa tak habis mandi lagi
Kami lepak2 je la kat kawasan sekitar
Adik ipar aku ni bawak le Haikal ke pantai nak gi cekidaut apa ayah dia tengah buat
Tapi budak ni bukan main lagi main baling2 pasir..

Habis semua orang dia nak baling dengan pasir...ish..ish.. budak pompompuan ni!



Sementara menunggu... posing je la...
Bila dah boring, kami pi shopping lak kat gerai2 yang ada kat sekitar Teluk Batik tu
Banyaknya beli makanan la..... Rasanya kat situ pun dah habis dekat RM100..

** Nak beli jellyfish tapi takde la pulak... Yang ada sate jellyfish tu je... Belasah je la labu!!!!


FAMILY VACATION - TELUK BATIK

Akhirnya setelah planning singkat yang tak sampai sebulan
Dapat jugak kami buat family gathering ke Teluk Batik bersempenaan Cuti Krismas bebaru ni
Dapat jugak berkumpul anak beranak [walaupun abah aku sampai lewat dari sepatutnya]

Tak plan nak gi jauh2 pun, cuma ke Teluk Batik je
Kalau dari rumah mak aku kat Ipoh tu, cuma ambil masa sejam lebih je ikut highway Ipoh-Lumut
Memandangkan last inute booking, tak dapat le nak booking chalet yang dekat dengan pantai
Nak cari homestay pun sikit punya seksa sebab banyak yang dah kena booked
So cari punya cari, jumpa la satu homestay apartment kat Bukit Permata

Aku search kat internet je semua homestay tu
Kat sini lah kami stay untuk 2 hari 1 malam
Zeta Homestay


Kalau ikutkan sewanya pada hari biasa cuma RM135
Tapi sebab aku pegi time Public Holiday, harga ada up sikit la jadi RM245

Kemudahan ok & selesa jugak le.. tapi ada jugak menda yang tak puas hati
Nanti kat bawah aku komplen
Tak payah risau nak bawak perkakas memasak sebab boleh kata lengkap la semua
Periuk nasi, periuk, kuali, sudu, cawan, pinggan mangkuk, lesung batu pun ada
Rasanya blender je yang aku tak nampak
Nak basuh kain pun boleh sebab ada washing machine [sabun basuh kena beli sendiri la yer]

Apartment ni ada 3 bilik, 2 bilik air
Yang bestnya shower kat sini airnya memang deras
Syok mandi shower kat sini
Tapi kat sini takde aircond & water heater [malam agak panas ler... kipas pun bukak paling maksimum]

Memandangkan apartment ni berada di kawasan tempat tinggal orang
So parking agak limited la.. Pandai2 la korang nak cari parking
Siapa biasa duk apartment sure paham keadaan parking kan.. siap boleh block kereta orang lagi

Kemudahan lain dalam kawasan apartment ni
Ada kedai dobi, kedai runcit, kafetaria & KOLAM RENANG
Yang tak bestnya, kolam ni dalam pagar berkunci
dan orang yang bukak kolam ni memang bangang sebab selalu bukak lambat
Dah tahu orang ramai masa wiken, buka la awal2 kan
Masa aku pegi tu, pukul 10.30 pg baru bukak pagar.. kitaorang dah nak cek out dah
Sian anak2  aku tak sempat mandi kolam walhal dari pukul 8 dah siap konon nak mandi kolam..

Lokasi apartment ni senang je...
Kalau korang nak gi Teluk Batik @ Lumut, korang akan sampai kat simpang Siput kan
Korang terus je ikut arah pegi Teluk Batik, lepas tu korang akan perasan signboard Bukit Permata kat sebelah kiri
Masuk simpang Bukit Permata tu  terus je sampai korang jumpa Guard House

Kat sini semua one way je so tak le riso bersesak2 dengan kereta kuar masuk

 Dalam ni semua apartment 6 tingkat. Ada banyak blok jugak dalam ni

 Sementara menunggu nak cek-in apartment

Tengah ambil kunci apartment kat sorang kakak tu
Ekceli dia bukan owner rumah tu pun, dia tolong pegangkan kunci tu jer

Ini blok yang kami duduk ---> BLOK B a.k.a NILAM

Masa kat website, katanya apartment tu kat tingkat 4
Rupanya jangkaan meleset sebab apartment kami tu kat tingkat atas sekali
Nasib baik le ada lif & rumahnya tu betul2 depan lif je
Inilah rumah kami....

View dari pintu masuk..


View dari balcony
Nasib baik tuan rumah dah buat gril dari atas sampai bawah kat balcony tu
[cam rumah yang gril putih tu]
Kalau budak2 main kat luar tu tak le risau jatuh.

Panjangnya karangan aku.. Nanti sambung lagi..