Mak nak macam mana lagi??????
Monday, November 30, 2009
Masih Bengang
Ibu Mertuaku
Lagi 2 hari nak raya Cik Besah (ibu mentuaku) mula buat perangai. Tak nak cakap dengan kitaorang, bila kitaorang datang umah dia buat macam kitaorang ni invinsible je. Sape yang tak bengang. Dia tanya hasben aku jadi ke balik kampung. So hasben aku cakap jadi la tapi lepas semayang Jumaat. Biarlah Aisyah (aku le tu) jenguk mak bapak dia jugak... (bagus jawapan hasben aku tu...) PAstu dia cakap raya ni tak masak ape pun sebab hari sabtu nak masak jugak. Eh??? Raya tak masak apa2? Pelik lak aku.. tu tengah protes la tu... Aku ingatkan main2 je sebab raya kan, mana boleh takde rendang, nasi impit & kuah kacang.
Malam raya tu aku gi umah Cik Besah, ingatkan nak tolong apa2 la kalau dia masak2. Rupanya...hampeh, memang dia mogok nak masak juadah raya. Aku pun balik la dengan anak2 aku. Pasal fikirkan takde juadah raya hasben aku ajak gi beli lemang & rendang. Alhamdulillah dapat la beli 4 batang lemang & rendang 2 jenis. Tapi biasa la kan, dah biasa makan rendang buatan sendiri (bukan aku buat tapi pak mentua aku yg buat selalunya), rendang beli jadi tak sedap la kan... Aku nak masak pun tak leh le sebab utama- aku tak reti, & sebab kedua aku memang tak beli sebarang bahan untuk memasak sebab aku ingat Cik Besah buat & aku nakb alik kampung so takde la beli stok barang basah untuk minggu tu.
Sampai ke pagi raya memang takde apa2 atas meja umah mak mentua aku tu. Hasben aku agak frust ngan mak dia. Katanya, takkan sebab kita nak balik kampung dia buat perangai camtu.. Entah la... Kadang2 kesian lak aku tengok hasben aku tu bila dia dianak tirikan oleh mak sendiri. Berbanding dengan abang zam yang selalu dianggap anak emas di hati Cik Besah...
Tuesday, November 24, 2009
Atukku Kawin Lagi
Sebelum balik sempat lagik buat iklan gigi dua beradik nih...
Selamat Hari Tua
kek harijadi dari suami "terchenta"
Al-kisah tragedi kek oren terjadi beberapa tahun lepas. Kenkonon nak buat surprise birthday party untuk aku, siap ajak biras aku untuk belikan kek. Yang biras aku lak memang suka keler2 yg striking ni. Kebetulan kat kedai kek tu ade kek span kaler oren, beria dia pujuk laki aku suh beli kek tu. Bila time potong kek, mak aiiii........ kaler kek tu memancar2 ke muka - kaler oren & kuning striking ( nak makan pun hilang selera). Bila makan aku jamah sikit jer... aku langsung tak minat kek oren ni. Baik la dia belikan kek pandan.
So this year aku dah siap2 bagi tau hasben aku jangan beli kek oren. Sib baik la sejak kejadian tu hasben aku dah alert dengan taste aku. Hahahaha.... Berbalik pada sambutan birthday aku, hanya secara sederhana sebab just kami anak beranak. Family Cik Besah & K.Ti tak inteprem kali ni. Konon nak makan kat luar tapi cuaca hujan je sepanjang malam, so kena pospon sampai hujung minggu. Well uols, aku dah berganjak ke angka 3-0 tahun ni... (dah nak kena risau pasal kedut2 di muka yang bakal bertapa beberapa tahun lagi... Hik..hik..)
Friday, November 20, 2009
CANTIK SAMBIL BERJIMAT
Berikut beberapa tip yang dikongsi oleh beberapa pakar kecantikan dan mungkin boleh dicuba oleh wanita bagi menjimatkan bajet membeli produk kecantikan dan penjagaan diri.
-Ramai yang menggunakan pelekat Biore bagi membuang noda hitam yang menyumbat pori-pori pada hidung. Gunakan kaedah yang sama pada seluruh muka, sekali gus menjimatkan wang ke salon untuk membuat rawatan wajah (facial).
-Pilih sabun mandi ketul berbanding cecair mandian kerana sabun jauh lebih murah, tahan lama dan kurang membazir. Lagi pun ia lebih mesra alam sekitar.
-Jika sudah jemu dengan warna gincu yang ada, cuba campur dan cairkan beberapa gincu lama. Caranya, potong gincu tersebut dan masukan dalam ketuhar gelombang mikro dan tuang pada bekas kecil. Gunakan seperti pelembap bibir.
-Beli syampu dan perapi yang bersaiz paling besar kerana ia lebih menjimatkan.
-Selain itu, tambahkan air ke dalam botol syampu untuk mengurangkan kepekatan syampu selain memudahkan pembilasan.
-Tidak perlu menghabiskan duit membeli skrub yang mahal. Buat sendiri dengan mencampurkan gula perang dan madu untuk menjadikan kulit licin.
-Apabila sisa minyak wangi sudah berada di dasar botol dan tidak boleh disembur lagi, tuangkan dalam cecair mandian atau pelembap supaya lebih berguna.
-Kayu manis merupakan bahan aktif yang digunakan dalam banyak produk yang menjadikan bibir lebih mongel - minyak kulit kayu manik yang boleh diperoleh di kedai-kedai lebih murah dan berfungsi sama.
-Tidak perlu mencuci rambut setiap hari sebaliknya mungkin selang sehari. Bukan saja menjimatkan syampu bahkan mengekalkan kesihatan rambut kerana mencuci terlalu kerap membuatkan rambut kering. Dalam tempoh itu tepuk bedak bayi pada akar rambut untuk menyerap sebarang minyak.
Sumber: www.serikasih.blogspot.com
RACUN & PENAWAR
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.
SERUAN KUBUR
SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil, - Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,- Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, - Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, - Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, - Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
HEBATNYA WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Is mail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Wednesday, November 18, 2009
Happy Birthday to me
Pengalaman Aku
Thursday, November 12, 2009
Dah dapat...
Tahap boros aku....
TADA!!!!!!!!!!!!!