Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 8, 2008

My First Unit Trust

Yesterday one of my collegue citer pasal unit trust as he is an agent. Aku memang dah lama interested in inevesting some of my money in unit trust tapi kewangan aku belum lagi mengizinkan. Since EPF sekarang ada skim for unit trust, aku fikir why not aku guna skim tu to invest. Kalau letak dalam EPF pun return sikit. Member aku ni Public Mutual punya agent so dia describe la sedikit sebanyak pasal UT ni. Only invest 20% from baki yang boleh digunakan dari akaun 1 (dalam brochure PM tu ade la pengiraan dia). Aku kira2 aku ngan hasben aku entitle to apply for the scheme walaupun tak banyak.

Actually aku dah lama dengar pasal UT ni tapi tak berani nak try. Tapi after aku buat some research & mendalami sedikit sebanyak (yg patut2 je la) pasal UT ni aku pun beranikan diri to take some risk. Lagi pun mana berani nak cuba banyak2 (duit pun tak banyak sebenarnya). Kesimpulan yg boleh aku buat is UT ni bukanlah satu pelaburan yg pasti mendatangkan keuntungan dalam masa kurang dari setahun. UT adalah sebagai alat untuk perancangan jangka sederhana hinga panjang. Kalau tak berani nak invest dalam UT ni just letak le duit tu dalam ASB atau Tabung Haji (macam mak2 kita dulu).

Tapi ade jugak member aku yg anti ngan UT ni. Dia prefer invest in ASB je. Kiranya jenis 'low risk' profile investor la. Anyway, pada aku nak compare ASB ngan UT is like comparing 2 different thing. Of course la both ade pro & cons. Tapi kena ingat return tinggi, risiko tinggi...return rendah, risiko rendah...basic principle.. So, tepuk dada tanya selera la. Lagi satu yang penting pada aku is insurance. W/pun sikit at least ade la protection. Jadi la untuk each of my family members- aku, hasben & anak2. Yang pasti pada aku insurance is for wealth protection meanwhile unit trust is for wealth creation (berangan nak kaya la ni!!!!) Ha..ha..ha...

Lagi satu tengah top sekarang ni is ASB loan. Mana2 bank pun ade offer ni tapi so far aku tak interested in taking one. Pada aku menyusahkan je kalau kena komited untuk bayar hutang pada bank. Tapi some people kata, kalau tak buat ASB loan tak de la saving. Well, in saving disiplin tu penting. Nak saving sendiri tak sanggup tapi nak bayar hutang bank sanggup lak---> sebab terpaksa la pun. Lagi pun simple calculation pun aku dah nampak ASB loan ni merugikan je... Baik simpan sendiri. Lagipun advise from Azizi Ali, "Jangan melabur dengan duit hutang".

Masa tengah surf internet this morning, aku surf one website ni so aku terjumpa pasal ASB loan ni haram. Ye ke???? Aku tak tahu lak pasal tu. According to the article, walaupun pelaburan ASB itu HARUS menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, namun jika meminjam dari Bank Konvensional seperti Loan ASB dari Maybank/RHB/CIMB untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba(terfikir pulak Maybank Islamik/RHB Islamik dan CIMB Islamic tidak ada menawarkan Loan ASB...kenapa?). Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara anda mendapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Tapi yang menjadi persoalan jugak, macamana pula dgn "Pinjam Duit Dari Bank Untuk Beli Rumah or Kereta" atau "Pinjam Duit Dari PTPTN Untuk Sambung Belajar" ????regardless islamic loan, yg ni pun ade unsur2 riba..dan bagaimana pule dgn beribu2 pekerja2 islam yg bekerja dan mkn gaji dgn bank2 ini?? mcmana dgn hasil gaji yg diberi pd anak bini mereka sedangkan mereka bekerja di bank2 konvensional ini??? Tapi pada aku sebenarnya, benda ini terlalu subjektif sangat. Negara Islam 100% pun tidak dapat lari dari riba dan haram ini. Terlalu banyak benda yang syubhah dalam dunia ni & kita tak dapat lari dari benda2 macam ni melainkan duduk kat tempat yang tak terlibat dalam arus kemodenan & ketamadunan manusia. (Wujud ke tempat camtu????)

Tapi bagi orang macam aku ni, dan peringatan untuk sesape yg baca blog ni, sama2 lah kita berusaha menjauhkan diri dari unsur2 syubhah ni. Selagi kita boleh elak kita elakkan. Semoga kita semoga dilindungi Allah dari perkara2 tersebut. AMIN!!!!!!!!!

No comments: