Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 13, 2020

CUSTOM SHIN GUARD UNTUK ADIB

Coach Adib ada bagi present sempena birthday dia hari tu
Special untuk Adib katanya
Bila aku dah serah kat Adib, aku suruh la dia buka hadiah tu nak tengok apa benda la yang special sangat
Rupanya2 coach dia bagi shin guard kat Adib.



Untuk yang buta football cam aku ni, baru la aku tau benda tu namanya shin guard..Hahahahaha... Pelapik kaki yang pakai untuk cover tulang keting tu. Tu kalau tak pakai masa main bola, kalau tang tulang keting tu kena sepak dengan kasut bola mau meraung dibuatnya.

Shin guard tu custom made. Siap ada gambar & nama Adib lak tu. Suka la si Adib kan. Pastu coach dia siap pesan suruh pakai shin guard tu kalau main bola. Bukan untuk simpan aje.. Rupanya coach dia tu pun buat bisnes tempahan custom shin guard ni.


Ni la shin guard Adib

Sarung shin guard



Happy face dapat hadiah birthday
Suke lettew!






Tuesday, October 6, 2020

JEJAK WARISAN @ KUALA KUBU BHARU

Semenjak anak sekolah kat Kuala Kubu Bharu (KKB) ni, selalu la kami dok berulang ke sana. Walaupun dekat je dengan Batang Kali, kalau takde sebab musabab memang jarang le ke KKB tu. Tapi sejak asyik menjenguk Adib di hostel, KKB tu dah jadi kampung halaman gitu...hahaha

Rupanya banyak lagi tempat menarik tak discover kat KKB tu. Sekali pergi kita ronda2 la apa yang ada kat sana. Bebaru ni lepas jenguk Adib, kami jalan2 ke pekan KKB. Sebenarnya anak2 nak main kat taman permainan. Lepas puas main aku ajak anak2 jalan2 kat kawasan sekitar. Aku parking kat kawasan taman permainan pastu kami jalan kaki je kat area2 situ..

Sejuk & redup je jalan kat sini
Kat sini hanya ada pejabat2 kerajaan. Disebabkan kami pergi tu hari Ahad, memang lengang je le jalan tu. Nak jalan tengah2 jalan pun apa ada hal... Jalan kat sini cam membukit sikit, so feeling2 hiking pun ada..😅

Kat penghujung jalan ni ada la Menara Jam King George ni

Rupanya menara ni salah satu Tapak Warisan kat KKB ni
Selain tu ada lagi tempat2 lain yang jadi tapak warisan ni


Posing2 jap kat menara jam



Dari atas bukit ni boleh le nampak pekan KKB tu.
Hari Ahad pekan pun tak sesak.. Kalau hari bekerja tu memang agak ramai le orang kat pekan tu.


Next time kita jelajah lagi tempat2 menarik kat KKB ni.




Monday, September 28, 2020

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Sekarang tetiba lak viral roti cheese korea ni
Nak2 pulak ada cara yang lagi senang pakai roti burger je
Resepinya pun takde la complicated sangat 

Kebetulan kat rumah memang ada stok roti burger
Cream cheese pun ada stok lagi
Beli cream cheese tu pun asalnya konon nak buat kek batik indulgence
tapi sampai sudah tak buat😆 
So kita guna je la cream cheese tu untuk buat makanan viral ni

Aku ni tak pernah makan pun roti ni
Tah cemana rasanya pun tak tahu
Harap2 menepati la citarasa tekak anak beranak
Kalau tak membazir cream cheese aku

Ni la hasilnya roti viral tu
Ok la kot sebab kali pertama
Cream cheese aku tu agak cair jadinya tu sebab tak cantik kejadian cheese tu kat roti
Bila letak lebih2 dia meleleh pulak ke tepi
Ditambah lagi dengan skil aku nak piping cheese tu memang kelaut


Budak ni memang tak sabar2 la nak makan
Amira & Jasmin bukan lagi kagum dengan mama diaorang
Hebatnya mama.... pandainya mama..
Korang ingat mama korang rajin nak buat roti tu???? Hahahaha
Nasib la roti beger berlambak jual kat kedai

Adik aku pulak kata kurang rasa garlic 
Ermmm.. nanti akan diimprove lagi
Tah bila la nak rajin buat lagi tu

So far Alhamdulilah rasanya boleh diterima tekak
Tapi takleh gak makan banyak2... muak juga sebab cheese2 tu kan
dalam muak2 tu 3 ketui jugak aku makan...hahahaha







Wednesday, September 23, 2020

MASK #KITASELANGOR

Semalam balik dari sekolah Amira cakap cikgu ada bagi mask
Ingatkan mask 3 ply biasa kaler biru tu
Rupanya mask kain siap gambar bendera Selangor
Amira cakap semua budak dapat.
Agaknya itu le mask percuma yang Kerajaan Negeri nak bagi tu kot
Sebabnya ada la pernah nampak kat IG ada yang pakai mask tu

Lepas tu aku tanya Aleeya pulak kot2 dia pun dapat
Aleeya pun cakap semua kat sekolah dia dapat

Malam tadi si Amira paksa aku basuh mask tu sebab nak pakai jugak2 hari ni
Hari ni pagi2 dah eksaited bersiap ke sekolah sebab nak pakai mask tu
Rasanya mask ni diberi kat sekolah2 je kot.. tadika tak dapat pulak
Nasib la si Jasmin pun tak ngaruk sama nakkan mask tu
Kalau idak mana pulak nak cari😅




Anak2 korang yang di Selangor dah dapat ke mask ni??








Monday, September 21, 2020

UNTUK BIRTHDAY BOY

Throwback cerita minggu lepas
Birthday Adib kan 15/9/2020 haritu
Esoknya cuti Hari Malaysia kan, so aku pi la buat surprise yang tak surprise tu
sebabnya aku dah kata nak datang sekolah dia hari cuti tu
Ekceli terpaksa la bagitau suruh dia siap2 tunggu kat guard house & ajak kawan sorang dua..hahaha

Lepas tu nak dijadikan rezeki Adib, kawa aku sponsor pulak kek birthday
Aku plan just belikan brownies je tup2 ada rezeki kek juga untuk Adib
Untung la si Adib ni Cik Yong bagi kek birthday.

Ni la kek birthday khas untuk birthday boy
Tema bolasepak lagi..


Masa aku sampai gate hostel, nampak dia dah standby kat guard house
Aku just gamit2 dia datang kat kereta
Kereta takleh masuk kawasan hostel, tu yang aku parking kat luar je
Sebelum pi hostel tu aku pi singgah ambik brownies yang aku tempah kat jiran & pizza yang aku order online je. Order Pizza Hut je senang.. Ok la untuk minum2 petang. Nak sediakan makanan berat, diaorang ni mesti dah makan lunch kat dewan makan masa tu.


Happy face dapat kek & dapat celebrate birthday dengan kawan2 di hostel
Pengalaman pertama la dia celebrate dengan kawan2 semata2



Mama datang singgah hantar makanan je
Takleh le nak join sekali
Apapun harap2 semua makanan habis & tak membazir


Aku ni siap sediakan tupperware extra kot2 ada lebihan kek untuk Adib isi dalam tu
Ye la, kat hostel mana ada fridge, mana makanan tak habis masukkan le dalam tupperware, karang tak pasal bersemut2 pulak. Udah kena marah dengan warden pulak.

Update semalam, pi jumpa Adib untuk bagi duit belanja sekolah untuk minggu ni. Dia kata makanan haritu semua habis... Alhamdulillah.




Tuesday, September 15, 2020

13TH BIRTHDAY

My son is growing up.. Alhamdulillah Allah pinjamkan dia setahun lagi untukku. Hari ni dah 13 tahun dah umurnya.

Semoga Adib menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang halal & berkat, dirahmati & diberkati kehidupannya dan dikurniakan kebahagiaan & kebaikan yang banyak di dunia & akhirat.

Semoga menjadi anak yang membanggakan mama & abah di dunia & akhirat. Jangan lupa sentiasa doakan mama & abah hari2 ye😊.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE13🎂🎂