Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 30, 2016

GOOD NEWS FOR THE DAY

Salam Jumaat semua...
Harap korang semua sihat2 belaka & dalam rahmat Ilahi 

Balik keje kelmarin, aku tengok ada surat dalam peti surat
Rumah aku ni jarang dapat surat
Selalu yang ada dalam post box tu hanya bil2 je
So aku pun tengok la surat tu
Bila buka.. terus cakap Alhamdulillah!
Settle juga satu perkara

Apa yang settle tu ye?
Ni ha.. claim insuran untuk loan arwah suami aku
[Bukan claim insuran nyawa yang puluh/ratus riban tu tau]
Lega dah le aku sebab dah tak perlu bayar loan arwah suami aku tu
Insurans dah buat full settlement...


Ni aku nak cerita bukan untuk memburukkan suami tau
Tapi sebagai pengajaran untuk korang semua

Sebenarnya arwah suami aku ada ambik loan di luar pengetahuan aku
Diam2 dia pi ambik loan Easy RHB tu
dan loan tu diambil 3 bulan sebelum dia meninggal

Selepas dia meninggal masa aku kemas2 kabinet
Baru aku terjumpa surat pasl loan ni
So aku pun pergi la cawangan Easy RHB yang dia ambil loan tu
Aku bagitau officer tu yang arwah suami aku dah meninggal & aku submit sekali la segala dokumen yang berkenaan.
Officer tu pulak just ambil semua dokumen tu tanpa bagi borang @ acknowledgement yang diaorang dah terima dokumen aku

Dalam masa yang sama  aku asyik terima sms pasal loan amount yang overdue
Stress giler tau
Pastu lak officer RHB pun asyik call je suruh  bayar loan
Pastu aku cakap, aku kan dah inform bank yang suami aku tu dah meninggal

Memang banyak kali la dapat SMS & phone call dari RHB
Sampai la ada satu officer tu call suruh aku confirm dengan pihak insurans
Baru la aku call Tokio Marine tanya itu ini
Baru la diaorang kata ada hantar borang kat alamat rumah & masalahnya aku tak terima apa2 dokumen pun
So diaorang pun send lagi sekali.. baru la aku dapat
Ya-Allah... cerewet gile borangnya tu
Nak laporan dari doktor yang last merawat la, rekod perubatan dari majikan la, report kematian la... pastu dokumen semua nak kena sahkan oleh polis @ officer rhb je.. 
Bayangkan le nak completekan dokumen tu semua, merata2 aku kena pergi
Memang menangis tau dibuatnya... stress ya amat

Nak completekan borang tu pun ambik masa sebulan lebih
Sebab nak tunggu doktor isi borang, nak tunggu majikan compilekan medical & MC arwah untuk tempoh 10 tahun... gile kan????

Bulan2 yang berlalu, sms & call dari RHB tak berhenti lagi
Biasa la mintak payment kan.. so aku pun bayar la tunggakan yang ada
Officer tu cakap selagi tak dapat claim dari insuran, selagi tu la puan kena bayar loan ni
Huhuhuhu... bukan aku punya loan pun aku yang kena bayar
Sapa la yang tak geram.... tapi aku dah tak tahu nak marah kat siapa
Gaji aku sorang pun dah cukup2 makan, tup2 nak kena bayar  personal loan arwah pulak
Hutang kereta dia pun aku juga kena bayar sebab aku yang pakai kereta tu...

Finally selepas almost 4 bulan menanggung hutang loan arwah yang tak semena2 aku yang kena tanggung so semuanya dah settle.. memang tersangat LEGA
dah tak perlu nak pening kepala lagi
La ni cuma nak tunggu urusan dengan Pejabat Pusaka Kecil & takaful sahaja.

So sebagai peringatan korang kalau buat loan, jangan la buat senyap2...bagitau la pasangan. At least apa2 hal, senang. Kalu jadi cam aku ni kan susah??? Mujur la aku ni bekerja, kalau pasangan tu tak bekerja, cemana nak bayar hutang orang yang meninggal tu. Jangan la menyusahkan waris2 yang tinggal ni.. Hati dah le sedih kehilangan orang tersayang, tambah lagi pulak dengan beban hutang yang ditinggalkan.

Aku sampai sekarang aku tak tahu apa motif dia ambik loan tu. Nak kata tak cukup duit, takde pulak belanja yang kena cut.. semua macam biasa je.. Dia pun tak pernah mengadu ada masalah kewangan dengan aku.. Maybe ada la kengkawan dia yang mempengaruhi dia tu.. 

Aku rasa dia tak bagitau aku pasal dia ambik loan tu sebab dia takut aku marah kot.Sebab pada aku, tak perlu pun nak buat apa2 loan buat masa ni.. Ntah le. Untuk keperluan keluarga takde la... tapi kalau untuk memenuhi kehendak @ hobi berbasikal dia tu wallahualam.. Malas aku nak buat andaian.

Itu je la pesanan untuk korang.. Ingat senang ke nak settlekan hal2 berkaitan orang yang meninggal ni? Yang pergi tu dah tentu pergi, yang tinggal ni la terkontang kanting nak uruskan sengsorang.. Sedih habaq hang!





Thursday, September 29, 2016

MALAS MASAK!

Aku ni memang tak minat dan tak suka masak tau
Masak pun sebab taknak ahli keluarga kebuluran gitu
Hahahaa... tah le memang tak minat & tak suka masak
Cuma suka makan je..
Bila tak minat & tak suka masak tu
dah tentu2 la jadi tak reti masak kan...
Asal nak masak mula la menggagau tengok google.. cari resepi
Kadang2 anak aku pun tegur
Mama ni dah selalu masak pun nak tengok resepi lagi
Apa nak buat.. mama korang ni dasar pelupa
Arwah suami pun redha je le dengan keadaan bini dia ni kan..

Tak minat masak, tak suka masak
tu belum masuk  bab malas masak lagi
Ada hari2nya kita jadi malas sangat nak masak
sebabnya rasa cam bosan je memasak tu
Bila malas datang tu... hello kedai.... here we come

Sejak beranak2 kecik ni memang dah jarang aku makan kat kedai
Even KFC dan sewaktu dengannya
Selalunya kami tapau pastu makan kat rumah.. lebih selesa kan

Ada satu malam tu, akibat kebosanan kat rumah
dan kemalasan nak masak untuk dinner
Aku ajak anak2 gi makan KFC je..
Ni le first time makan anak beranak kat luar lepas pemergian encik suami
As usual.. tak cukup korum... Adib takde..

Adik aku pun ada join sekali
Jasmin ada je kat sebelah aku tu
Tapi tangan aku tak cukup panjang nak wefie..hahaha



Tah apa pesen la si Jasmin punya pose ni

Nasib la orang tak ramai malam tu
Selesa la sikit nak makan
Anak2 aku pun bebas ke sana kemari..

Ni kat area permainan tu
Jasmin ni kalau aku tak teman taknak dia main
Kena la pujuk2 sikit

Budak ni usah cerita
Happy sangat kalau dapat main gelungsur
Siap baring2..

Ni je permainan yang dia suka main
Tak kisah le Jasmin.. janji ko main..


Kalau korang yang follow blog aku mesti korang perasan aku banyak kali cerita family aku asyik tak cukup korum.. Selalunya Adib la yang takde tau.. Ada kisah disebaliknya... kisah sedih bagi aku... Takpe la.. nanti aku cerita kat blog.






Monday, September 26, 2016

KENANGAN TERINDAH

Ekceli baru belajo buat video guna viva video
Cleaner kat opis ni la yang mengajarnya
Aku kira taknak kalah dengan minah indon la kan
hahahahahaha...

Makanya terhasillah video ni...
Sepenuh jiwa aku buat tau...
Walopun ada gambo tunggang langgang tak reti nak edit..



Pagi tadi cleaner tu tanya video aku dah siap ke
Aku cakap dah.. tapi simple2 je
Pastu dia kata nak tengok
Bila aku tunjuk, udah dia pulak yang menangis
Dia kata  sedih tengoknya..

Ye, memang aku sedih tapi benda dah berlaku kan
Buat video ni sebagai tanda aku sayangkan suami aku
Walaupun dia tak dapat tengok video ni
Tapi aku harap suatu hari anak2 aku akan tengok video ni

Dah hampir 4 bulan suami aku pergi, bukan tak boleh move on tapi kadang2 teringat itu teringat ini.. Kadang2 aku up status sedih sendu aku kat fb.. bukan nak raih like ratus riban juta pun.. sekadar nak meluahkan perasaan.. 

Itu pun ada juga yang kata aku mengada2.. Haish.. lantak korang la...  Orang yang tak pernah kena memang takkan faham.. tunggu la turn deme pulak kena cam aku.. baru ko paham apa yang aku rasa..

Friday, September 23, 2016

FATBIKE

Kalau namanya bike-bike ni tak lari la dengan basikal kan
Basikal ni ada banyak jenis
BMX la, mountain bike la, chopper la, fixie la dan lain2
Pastu nak kayuh kat trek lain, kat jalan raya lain, kat hutan [off-road] lain
Aku ni pun sebab arwah suami aku ni terjebak dengan hal ehwal basikal
tau la sikit2 pasal basikal ni walopun aku ni tak minat sebenarnya.

Sebelum ni arwah kayuh basikal yang ala2 mountain bike je
Kayuh basikal ni pun sebenarnya terpengaruh dengan abang dia
Memula sikit2 lepastu jadi hobi katanya
Siap pesan kat aku dulu "SAYANG JANGAN SEKAT HOBI ABANG"
Cesssss

Pastu setahun dua ni dia terjebak dengan FATBIKE pulak
Fatbike ni basikal tayar gemuk
Selalu orang guna untuk kayuh off-road
Ala keluar masuk hutan gitu

Ni la fatbike yang arwah guna dulu


Tetiba terselit basikal fixie Adib kat tengah tu
Fatbike yang belakang tu abang ipor aku punya
[tumpang basuh kat rumah aku]


Ni arwah suami aku tengah beraksi dengan fatbike
Kalau korang perasan gambar2 arwah ni aku blur2 kan gambar lutut tu
Ye la.. bukan orang pompuan je kena tutup aurat
Lelaki pun kena dijaga juga auratnya
Tu kepala lutut tu masih termasuk dalam kategori aurat tau!

Aku dah pesan kat dia beli seluar yang panjang
Dia kata nanti dia beli
Tapi udah tak sempat la dia nak beli kan.



Semangat berkayuh arwah ni
Tapi maaf la, aku memang tak ambik tau hal2 kayuh basikal ni
sebab aku tak minat 
tapi aku support je la dia mana yang boleh
Nak main basikal ni pun kena standby duit banyak tau.. harga basikal je pun dah riban2
Belum masuk sparepart, rim, tayar  & accessories lagi..huiii


Ha ni gambar arwah masuk paper metro kot
Ada wartawan buat liputan pasal aktiviti group Fatbike yang arwah ni join
Menjakun la dia pi beli paper tu
Eksyen la dia  hari tu... siap cakap 
"ingat artis je ke dapat masuk paper? Abang pun dah setaraf artis dah sekarang.."
Adoi.. laki aku ni.. bab melawak memang no 1.


Sekarang ni fatbike arwah suami aku, abang ipar aku yang guna
Kalau dibiar dalam stor rumah aku
Alamatnya mereput je la...
Kalau dia nak jual pun takpe la.. janji duitnya bagi kat aku kannnn..hahahaha.



Thursday, September 22, 2016

SELAMAT JALAN SAHABAT

Di kala seluruh Malaysia bersedih dengan pemergian Dato' Harun Din
Aku juga bersedih dengan berita mengejut tentang kematian sahabat rapat ku di matriks UUM dulu
Memang terkejut selepas aku baca status kawan lain di fb
Rasa macam tak percaya



Zummi Khairiah.. itu la nama sahabatku itu
Dia la orang yang memula nak berkawan dengan aku masa di matrikulasi dulu
Kami berkenalan di masjid masa tu
Rupa2nya dia pun duduk satu level yang sama dengan bilik aku
Dari situ kami jadi rapat... selalu je la aku bertandang bilik dia
Dan disamping tu kami juga berkongsi minat yang sama
Minat pada Shah Rukh Khan & juga Backstreet Boys
[Tapi dia lagi over la dari aku..]

Melalui Zummi juga aku belajar hal ehwal internet
Aku belajar buat email, layari Netscape Navigator, MIRC
Maka rajin la kami bertanggak kat makmal komputer
[semata2 nak cari gambo SRK...hahahahaha]
Kenangan sungguh!

Banyak juga aku terpengaruh dengan Zummi ni..
Lagi satu aku terpengaruh join Kelana Siswa a.k.a pengakap pun sebab dia la

Dia kata syok... aku pun terjebak.... rupanya... langsung tak kena dengan jiwa aku
Zummi ni memang orang yang suka outdoor...
Suka camping, suka travel, suka panjat gunung..


Kami paling rapat masa di matriks je
Bila dah degree, kami berpisah sebab kediaman kami dah lain2
Jauh pulak tu waluapun satu kampus
Sapa ex UUM tau je la kejauhan kolej PERWAJA & Kolej TNB kan
Tapi sering juga jumpa sebab kami satu course
Masih geng tapi dah tak serapat dulu

Hinggalah kami grad & bawa haluan masing2
Memula lost contact juga tapi thanks to fb sebab finally kami terjejak kasih
So kami still keep in touch sampai sekarang.
Cumanya dah jarang2 la sebab masing2 sibuk dengan komitmen masing2
Last kami berhubung beberapa minggu selepas arwah suami aku meninggal
Dia tanya khabar aku & anak2

Tak sangka Jumaat lepas akhirnya kawan aku ni telah kembali ke Rahmatullah
Kritikal selepas terjatuh dari loteng dirumahnya
Tengkorak belakangnya pecah & otak tidak berfungsi

Sungguh tak sangka secepat ini dia pergi
Tapi ini sudah tertulis untuknya
Damailah ko di sana sahabatku
semoga kita bersua lagi dengan izin Allah.







Wednesday, September 21, 2016

PATUT LE BATU NISAN BERBEZA-BEZA

Selama ni aku tak pernah ambik tau pasal hal ehwal batu nisan ni
Sampai le kena kat ahli keluarga sendiri kan
Takpe la.. at least dapat juga ilmu baru.

Kawasan perkuburan tempat arwah suami aku disemadikan tu adalah kawasan perkuburan baru
Pastu katanya kawasan kubur tu nak buat macam taman
Nak buat seragam je semua kubur
Pastu waktu ziarah2 kubur tu aku perasan juga kenapa ada batu nisan yang leper
past ada juga yang bulat
Aku ingatkan waris la yang pilih nak bentuk macam mana
So aku abaikan je le.. tapi terdetik juga dalam hati tu
Kata pihak pengurusan kubur ni kata nak buat kubur semua seragam
Tapi batu nisannya idak seragam pulak.

Hal2 turunkan batu nisan kat kubur arwah suami aku ni semua bapa mertua aku yang uruskan
Sampai la hari turunkan batu tu aku tengok batu nisan arwah ni bentuknya bulat
kalau ikut aku, aku tak kenan sangat bentuk bulat tu, aku suka yang bentuk leper
[komplen je aku ni kan...hahahaha]
Pastu aku bersuara  la pada Cik Besah.. kenapa batu nisan arwah tu tak sama dengan orang sebelah punya?


Lepas tu dia pun cakap... haah mak pun baru tahu
Kalau bulat tu tandanya arwah tu lelaki
kalau leper tu tandanya arwah tu orang pompuan...
OOOOO.. alkisahnya... baru ku tahu..
Patut la nisannya tak sama dengan orang sebelah sebabnya yang sebelah kubur arwah suami aku tu orang pompuan...


Pastu aku tanya kalau orang pakai batu sungai tu camne nak bezakan
Katanya cari la yang bulat2 untuk lelaki
Cari yang bentuk leper2 tu kalau perempuan
[kalau salah betulkan aku ye..]

Inilah sebabnya batu nisan ni berbeza2 ye
Nak bezakan jantina rupanya..

Takpe Syani, ko berkenan yang leper kan
Nanti yang leper tu ko punya pacak kat kubur ko nanti..huhuhu

-gambo google-