Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 31, 2013

RECAP 2013

Hari ni hari terakhir tahun 2013 kan
Esok dah masuk tahun baru
Dah ada yang pasang azam ke???
Aku takde azam spesifik pun... kalau nak berazam  bila2 pun boleh

Entry terakhir tahun ni cuma recap apa yang berlaku sepanjang tahun 2013
Tapi nak recap yang beso2 je la
Yang kecik2 aku pun ingat2 lupa je..

Antara benda2 yang dah berlaku di tahun 2013
# Hasben beli moto baru
# Aku beli laptop baru
# Buat extended stor room
# Install cabinet

Pehtu ada gak beli perkakas letrik baru
# Vacuum, oven, microwave & tab baru untuk anak2


Tapi the biggest thing happen to my family is......
Kelahiran cik gebu [sebagai pencen kubur kami yang ke-3]
Alhamdulillah ya-Allah atas hadiahmu ini..

Selain tu, benda lain yang terjadi
# Hasben aku kena operate telinga
[first time kene operate kekdahnya...]
dan dia adalah lone ranger di hospital sebab aku masih dalam pantang masa ni


Anak2 pulak pencapaian masing2 yang membanggakan

# Aleeya cemerlang di sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama
[Dapat naik pentas di kedua2 sekolah]

#Adib pulak dengan beraninya telah pun bersunat di usia 6 tahun
[Dan juga sudah graduate sebagai budak tadika..hehehehe]



AMIRA DAN KAKJI

Patung kesayangan Amira namanya Kakji
Kakji ni dulu dari masa Aleeya dah ada
Opah Minah yang belikan kat Padang Besar rasanya
Tahan Kakji ni sampai sekarang

Masa Adib dulu idak le aku bagi dia main dengan Kakji
Sebab Adib budak laki mana sesuai main patung orang pompuan
Adib dulu feveret dia patung Teddy Mr Bean tu
Tidur pun patung Teddy ada kat celah kangkang
Sekarang tah kemana patung Teddy tu pun aku tak tau

Setia dengan Kakji di mana sahaja
[ada kala buat dek je dengan Kakji tu... ikut angin dia je la]
Beso patung dari tuan kan..


Lagi aksi2 Amira dengan Kakji
Habis di gomol & diganyang dek Amira


Bila dah boring, dia buat tak tahu dah le


Mana dapat nama Kakji????
Sebab inilah....
Nama kat patung ni memang dah tulis Kkakji
Terus la lekat nama Kakji..

 Aksi ala2 BFF konon....

Monday, December 30, 2013

ADIB @ ORIENTASI DARJAH SATU

Sabtu lepas (28/12/2013) Adib ada orientasi untuk kemasukan darjah 1
Awal sepi'e la si Adib kena bangun
Aku suh hasben aku je la yang bawa Adib
Sebabnya si Amira tak bangun lagi masa ni
Riso karang cik gebu menangis memerap lak kat sekolah.. jenuh lak nanti

Dalam kul 9.30 hasben aku sms suh ikut dia pi sekolah
Dia malas nak tunggu sorang2 le tu...
Kena juga angkut bini buat peneman...hehehehe
Tak lama pastu dia pun balik rumah
Pastu pesan kat Cik Besah mintak tolong tengokkan Amira
[sebab masa tu Amira dah tido balik]
Aku pun siap2 la mandi semua

Dalam kul 10 pagi kitaorang pegi balik ke sekolah
Sampai sana taklimat untuk parents tak habis lagi
Aku malas nak duduk kat dewan tu so aku pi jenguk Adib kat kelas dia
Tengok list nama kat notice board dulu
Adib duduk kat Bilik 1 [nama dia atas sekali lak tu]

Parents yang menunggu anak2..

Ha.. tu dia si Adib
Katanya dia dah siap jawab ujian
Tu tengah boring la tu..


Lepas habis taklimat, kena ambik buku teks pulak
Aku dah siap2 standby kat tepi bilik untuk ambik buku teks
Kiranya aku antara orang terawal la pi ambik buku teks
Saja cepat2 sebab senang pastu boleh balik
[dalam hati risau juga tinggalkan Amira lama2 kat Cik Besah]

Lepas ambik buku teks, baru boleh ambil anak bawa balik rumah
Result ujian untuk masuk kelas mana akan diberitahu masa buka sekolah nanti
Harap2 Adib takle dapat kelas yang corot.

Buku teks & buku kerja yang Adib dapat
Ada 18 buah semuanya
Malasnya nak balut buku2 ni....




Friday, December 27, 2013

KENANGAN ZAMAN BUDAK-BUDAK

Tak lama lagi dah habis tahun 2013
Tahun depan dah tahun baru
Aku baru isi borang cuti apply cuti untuk tahun depan
kekok la pulak nak menulis tarikh cuti 2/1/2014 - 3/1/2014 
(cuti anak nak sekolah kan...)

Ni aku cilok dari fb aku:

Apa kenangan zaman korang budak2?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. Takpun feeling2 penyanyi ngan rambut terbang2 ditiup angin.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.


3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.


18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil dulu. Merasa la buat benda2 ni

No berapa kena dengan korang?

Miss my childhood..

Thursday, December 26, 2013

HIMAWARI

 ♪♪Bunga matahari sangat cantik
    Kembang di waktu pagi
    Daunnya hijau bunganya kuning
    Memikat kumbang lalu ♪♪

Ingat tak lagu ni?
Lagu ni aku belajo masa sekolah rendah tau
Tapi anak aku tak tahu lak lagu ni....

Saja la nak tayang bunga matahari kat rumah Cik Besah
Bukan Cik Besah yang tanam 
tapi jiran sebelah rumahnya tu
Beso2 bunga matahari tu

Gadis bunga konon2
[muka belum mandi pagi]

Cik gebu ni pun nak kena entefrem gak..

Jenuh paksa suh pegang bunga tu
Punya la tak nak...hahahaha

Adoi.. takde idea hari ni ...
Oh ye.. Himawari means sunflower in Japanese
[mementang hasben baru balik Japang noks...]

SAYONARA


Monday, December 23, 2013

REUNITED AFTER 2 WEEKS

Selepas 2 minggu berpisah, akhirnya kami bersatu semula Sabtu lepas
Hahahah... berpisah la sangat kan
Sebabnya hasben aku kena gi Jepun 2 minggu
Tinggal la aku anak beranak
Dah le ini fes time kena tinggal lama2

Alhamdulillah, hasben dah selamat sampai rumah malam Sabtu lepas
Lega dapat jumpa hasben.. [rindu sebenonya]
Anak2 apatah lagi... especially Adib
asyik membilang hari bila abahnya nak balik

Gambar proper takde, gambo tido pun jadi le..
[Hasben aku dah pakai tishirt Jepun tu]

Hasben aku gi keje ye uols.. bukan  pi jenjalan
Tapi ada juga la ole2 hasben aku belikan untuk kami

Untuk anak2 hasben belikan baju je 
Nasib baik la ngam2 je saiznya dengan diaorang
Rompers untuk Amira
Adib pun sepasang jeans & kemeja
[dah pakai pun pagi semalam]
Aleeya pulak sepasang baju kaler pink

Untuk aku pulak laki aku belikan sehelai baju juga
Dan ada satu lagi yang aku tak sangka dia akan beli
Sebab hasben aku tak pernah belikan untuk aku sebelum ni

Henbeg Jepun mari...
Ok juga la taste laki aku ni sebenonya

Untuk Cik Besah dan biras aku pun dia belikan handbag juga
Hahahaha... masing2 dok melaram henbeg la pasni..