Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 21, 2011

YAYA'S HAIR DAY

Semenjak dua menjak ni Yaya asyik nak berdandan je
dulu dia cukup tak suka kalau orang ikat rambut dia
kalau ikat pun ade la 5 minit pastu habis dia cabut getah/sepit rambut dia

Semalam dia kata dia nak buat rambut kerinting
adoyai... ko ni dah tuhan bagi rambut lurus, nak kerinting pulak
Last2 aku cakap,
     meh mama dandan pastu nanti bila Aleeya buka, baru le jadi kerinting
dia pun ok jer...
Ini le hasil kerjaan aku..

posing gedik sikit...

Dek kerana nak rambut kerinting, sanggup dia tak buka dandan tu sampai petang
bila rambut dah jadi ketak2 suka sangat la
sampaikan nak mandi petang pun dia tak kasi aku basahkan rambut dia
[gambar Yaya berambut ketak lupa nak snap]

NARA SEAFOOD

Malam minggu lepas kitaorang pegi dinner  kat luar
malas nak masak punya pasal
Hasben ajak makan kat NARA SEAFOOD
Actually kedai ni jiran aku selalu pegi makan
katanya sedap so kitaorang pun nak try le
betui ke sedap sangat???

Kedai ni tak le jauh sangat dari rumah aku
nak jalan kaki pun boleh [tapi lenguh la]

Ni je best angle aku daat untuk snap nama kedai ni

Kami pi makan bertiga je 
Yaya tak ikut sebab dia nak berkepit dengan Mak Long dia

Layan dulu budak gondola ni...

Gambar makanannya ade aku tangkap tapi terparkinson lak
malas nak tepek gambar goyang tu
orang tak ramai so makanan agak cepat sampai la
Aku makan bihun tomyam
hasben ku makan nasi putih, sup ekor, telur bungkus & air karot susu
Adib pulak makan nasi goreng & minum air laici

Total harga =RM 27 hinggit.. mahal seh..
Kesimpulannnya... takde la sedap sangat.. sikit lak tu

** Takkan ade kunjungan kedua la kot..

Friday, March 18, 2011

SAILORMOON KEMBALI

Untuk peminat-peminat citer Sailormoon
AMBIL PERHATIAN!!!!!!!
kartun ni akan ke udara semula di NTV7
hari Sabtu jam 10.00 pagi
Lama giler citer ni... dari zaman aku kat UUM dulu [tahun 2000]
Tetiba aku teringat kat member matrik aku:
ZAM --> pengumpul setia komik Sailormoon

dan juga room mate aku:
AYU --> penunggu setia bilik TV sebab nak tengok citer ni

Untuk refresh memory, layan dulu intro citer ni



**DENGAN KUASA BULAN AKAN MENGHUKUMMU!

**Pakwe si Sailormoon tu hensem tau [kartun pun aku boleh kata hensem???]

MUZIK TANPA HENTI

Kat opis ni takde radio so nak berhibur kena la bukak lagu sendiri kan
takpun layan je la radio secara online
tapi tak gemar sangat sebab selalu sangat buffering..

Sekarang ade alternatif lain nak dengar muzik non stop
iklan pun takde tau
yang paling best korang boleh request lagu apa korang nak

Setakat ni, 2 website ni je yang aku selalu dengar
[klik je kat gambar tu kalau nak dengar]


atau pun sini..


selamat berhibur... jangan sampai lagho dah ler




Nak bergaya tapi sopan dan menutup aurat

Dek kerana dah bosan dengan wardrobe yang ada
rasanya nak menyelenggara baju2 yang ada
sambil tu pi google cuci2 mata nak cari pesen yang menarik & stylo gitu

Korang tau tak, banyak baju aku yang 10 tahun lepas pun dok ade lagi
[baju2 zaman time2 belajo dulu]
Nak buang sayang, nak bagi orang pun sayang gak
akhirnya aku pakai balik baju2 tu semua
eh, muat lagi ke??? Jangan jeles ok..
walopun badan aku dah tembam tapi still fit lagi dengan baju lama
sebabnya baju aku masa muda mudi tu semua jenis loose
[konon malu nak pakai fit2 ni]
sekarang je bran nak pakai ikut body sikit

Pastu bila aku pakai T-shirt lengan panjang masa belajo2 dulu
hasben aku tak suka
dia cakap aku "macam budak sekolah je" [perasan muda jap]
konon2 takde ciri2 pompuan dah beranak pinak le
nak tak nak terpaksa la aku sedekahkan baju2 zaman kolej aku tu...
banyak lak tu


Semenjak dah keja pakai unifom ni, makin tak berapa nak bergaya le
[macam le selama ni bergaya sangat pun]
pakaian provided kan... tak yah susah2 nak pikir pakai baju apa tiap2 hari
Tapi yang menjadi masalah sekarang, baju apa nak pakai untuk outing
Yessss.... memang aku lack of casual wear
Kalau hasben ajak gi jenjalan, aku dah pening nak pakai baju apa
takkan nak pakai kemeja jalur2 cam orang gi keje lak kan?
takkan nak pakai t-shirt cam budak sekolah tu lak lan?
takkan nak pakai baju kurung lak kot??? Alamak...

*** Gaji ni nak kena beli baju baru da...

Ni ade few style yang boleh aku tiru..
harap maklum, semua pics tu adalah hasil gugel aku dowh!!













**PERGH.... CUN-CUN KAN... Rambang mata den dibueknyo!!

Thursday, March 17, 2011

Pior Perak Teacher Shida

Sape orang Perak yang selalu dengor Perak fm sure selalu dengar lagu loghat Perak kan
Setakat ni lagu yang betui2 guna loghat Perak [yang aku tahu ler]
cuma lagu Mr Os " oh kome deghoyan dan berbunga"
He..he..he..

Semalam assistant aku habo ada satu lagi lagu loghat pior Perak
Ntah le tajuknya apa
search punya search, cikgu Shida dah buat clip dah dengan lagu tu rupanya
LAYAN je le... Hidup Cikgu Shida!



** Tang gigi tu tak tahan teman!