Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 20, 2010

Mudahnya Menjadi Seorang Muslim

Sebenarnya amatlah mudah untuk kita menjadi seorang Muslim. Kan Islam itu mudah , namun kita sendiri yang menyukarkannya. Cuba kita renung2kan sejenak:


  • Anda perlukan cuma 5 minit untuk solat Subuh, sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam untuk bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar.
  • Anda cuma perlukan 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut.
  • Anda hanya perlu 5 minit untuk pakai tudung atau jilbab,  sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut.
  •  Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor, sedangkan makan tengahari selama 1 jam.
  • Anda hanya perlukan 15minit untuk solat Asar berjemaah, tatapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam.
  •  Anda hanya perlukan 15 minit untuk membaca Al-Quran, tetapi tidak selama anda menonton TV dan CD.
  • Solat Maghrib hanya 7 minit tapi drama cina di TV 1 jam.
  •  Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit.
  • Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit.
  •  Anda hanya perlukan 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau menonton wayang lewat malam.
  • Anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur, tetapi perlukan 3 minit untuk habis menyanyi sebuah lagu.
Renungkanlah... berapa banyak waktu  dihabiskan untuk urusan duniawi berbanding urusan ukhrawi...

Astaghfirullahal 'azim!!!

Rahsia Wanita Sudah Ade Dalam Kabinet

Semua wanita ade rahsia tersendiri kan?  Jangan tipu ha.. aku tau sure korang ade rahsia punya. Silap2 laki korang pun tak tau pasal rahsia tu...

Semalam aku dah hangkut rahsia wanita balik rumah. Import dari adik aku. Mak aku bekalkan kat dia tapi dia tak nak. So aku suh bagi kat aku jer.. Takpe..takpe.. ko anak daro lagi boleh la eksyen. Sok2 dah jadi bini & mak orang baru kau menggagau cari mende ni...[Tapi ok gak kan ko tolak kat aku...rezeki jangan ditolak ye dak???]

Jeng..jeng... ini la rahsia tu...

PATI RAHSIA HAWA.... sampai 4 botol dia bagi kat aku... wahahahahaha... aku suke...

Banyak kebaikan & khasiat makan PRH ni. Dulu aku dah pernah citer pasal benda ni kat SINI  Ekceli aku pernah consume benda ni. Memang bagus untuk badan yang baru nak season cam aku ni. Patutnya elok untuk diamalkan tapi aku pernah terputus bekalan buat seketika. La ni boleh la sambung balik.

Buat sape yang berminat boleh cekidaut kat SINI pulak. 
[Harga pun lebih murah dari harga pasaran.. ]

Tuesday, October 19, 2010

Cikgu Sekolah Aku

Lama benar tak bukak facebook so hari ni agak2 free so belek2 la fb. Tengok aktiviti member2 & aktiviti group SERATA (SPM 96). Wei... dah tak hapdet ker???Zalwa sila jawap okeh!

Pastu gi jengah jap website sekolah aku. Dah canggih sekarang yerk. Zaman aku dulu belum ade lagi internet bagai. Ade komputer pun dah mujur [belajar basic komputer pun pakai disket besar gedabak]. MR le member sekutu menaip kat bilik komputer tu..

Klik2 lebih kurang kat website sekolah, pastu tengok la link warga pendidik. Saje la nak usha cikgu2 yang mana ada lagi setia dengan sekolah tu. Makin ramai cikgu2 baru. Yang cikgu2 lama cuma ade beberapa kerat jer.. Teringat zaman2 menuntut ilmu kat sana. Macam2 kenangan suka duka. Diam tak diam dah 14 tahun aku tinggalkan SERATA.

Ni nak tayang muka2 cikgu sekolah yang pernah mengajar aku dulu.. [aku tak ikut kronologi pun.. random jer..]

Ni Cikgu Kontroversi No 15. Fobia tul kalau dia sebut no 15 masa kelas dia.
Actually dia mengajar BM. Nama dia Cikgu Nazri.  Dah beruban cikgu aku ni.

Ni pulak Cikgu Noriah. Mengajar Maths masa fom 3. Sebab dia mengajar la Maths aku dapat A masa PMR. 

Ni pulak Ustazah Fatimah. Guru Disiplin sekolah. Paling lama pegang title Cikgu Disiplin. Garang tau dia ni..


Ustaz feveret budak2 kelas aku. Ustaz Karim.. Mengajar Ulum Syariah. Kalau mengantuk kelas sebelum tu bolah jadi segar bila dia mengajar. Suka buat lawak. Ustaz ni walaupun tua still nampak hensem kan??

Ni pulak Ustazah Rotipah. Mengajar Bahasa Arab. Tapi dia mengajar kelas aku sekejap je.  


Dua jejaka ni pun mengajar aku masa aku form 2 & form 3.
Yang belah kiri tu Ustaz Tahir [ini la hasben UStazah Rotipah]. Ustaz ni ajo bahasa Arab. Tapi Ustaz ni mengajar sentimental sangat sampaikan aku selalu layu dalam kelas.

Yang belah kanan tu pulak Cikgu Sejarah aw..aw.. Cikgu Suhaimi. You still maintain la cikgu.


Dua cikgu fomfuan kat atas ni ialah Ustazah Amanah. [Yang belah kiri tu].Dia ade lesung pipit ala-ala Preity Zinta tau.  Dia mengajar Al-Quran & Sunnah. Boleh accept la apa yang dia ajar. Baik tapi tegas dia ni. Nampak lembut tapi suara dia kuat tau!

Yang belah kanan tu  pulak cikgu kesayangan bebudak 5R. Cikgu kelas aku---> Cikgu Saniah Dona. Memang sporting habis cikgu ni. Mengajar subjek English selain cikgu Mother Nature (Cikgu Zaleha). Aku suka sangat kalau time English. Tapi aku pernah curang dengan dia sebab waktu English aku pi buat Maths. Sampai kena marah ... Dah berubah cikgu ni.. dulu pakai tudung ala2 mak datin la ni dah tudung penuh. Alhamdulillah..

Sebab dia cikgu kelas kena la citer panjang sikit kan. Dia ni memang baju2 kurung dia semua lawa2 tau. Kalau dia lalu je kat kitaorang sure masing2 gatal tangan nak pegang fabrik baju dia tu. Dulu kan femes baju sutera.. Pastu dia ni ratu perfume. Kalau lalu je sebelah sure wangi semerbak.. hehehe

Last but not least... cikgu feveret makcik REHAN....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 Ustaz yang comel ni [secomel MR] namanya Ustaz Shuib [betui ke spelling nama dia camni??]. Mengajar Bahasa Arab Tinggi. Perrrgh... kalau dia melawak, bergegar bilik kuliah [kitaorang jarang buat kelas dalam classroom tapi buat  kat bilik kuliah]. Mangsa2 keadaan & lawak jenaka dia tak lain tak bukan si MR la.. Berdekah2 kitaorang ketawa. MR, hang ingat tak lagi lawak berkemban tu???

Adoi.. penat tul menulis...Sesekali teringatkan cikgu2 ni teringat citer2 lawak aku & member2. Eh, ade sape tau mana pergi Ustaz Musonif yer??? [Kalau ade ex-Taayah yang baca ni sila jawab!]

Bantal Busuk

Hari Ahad lepas, disebabkan karpet tu aku  basuh so Adib & Yaya takleh le nak landing depan TV. Kalau nak baring pun kena baring atas lantai atau atas sofa. Ksiankan si Adib nak tidur, aku pun heret la tilam. Bentang depan TV [macam nak tidur malam pulak].

Time dia dah lena tu aku tengah gosok baju kat atas. Tak teringat langsung nak pakaikan dia pampers. Walaupun dah terdetik kat hati aku jap lagi si Adib tu sure lenjun tapi asyik sangat gosok baju sambil nengok drama Jepun kat TV8 sampai terlupa. Cuaca lak mendung2 cam nak hujan syok la si Adib tidur. Sedar2 bila dia bangun, dia kata dia kencing. Pi tengok kat tilam dah lenjun kat bantal. Apa lagi angkut la bantal busuk dia kat washing machine. Malam tu jugak aku basuh sarung bantal. Yang bantalnya aku tak basuh la takut tak kering. Jemur gitu2 & sembur febreeze je. Hujung minggu baru leh jemur bantal kepam dia tu.

Ni la rupa bantal busuk dia tanpa sarung. Dahsyat kan???


Ni lepas dipakaikan sarung. Sarung ni dah naik reput dah tapi dia tak nak tukar yang lain. 

Periksa Akhir Tahun

Start semalam Yaya periksa akhir tahun. Abah dia janji kalau dapat no.1, abah dia nak belikan basikal baru. Ni jadual periksa sepanjang minggu ni. 


Minggu depan dia ade ujian lisan pulak. Good luck Yaya.. Chayok! Chayok!

Monday, October 18, 2010

Rambut Brontok

Semenjak dah tua bangka ni, macam2 la penyakit singgah
dulu muka licin, sekarang dah naik gerutu
dulu badan slim sekarang dah beropol
dulu tumit halus sekarang dah kematu
dulu rambut lebat sekarang dah makin luruh

Lately ni memang aku perasan rambut aku banyak gugur
dalam bilik, kat ruang tamu, kat dapur,kat bilik mandi
bersepah dengan rambut aku.
walaupun dah bersapu, masih ade lagi rambut gugur lepas tu
walaupun gugurnya tak macam orang lukemia tapi serius la juga kan
tapi takde la sampai rasa nak singgah Yun Nam ke, Hair Pro ke
yang kelakarnya, kengkadang hasben yang tolong kutip rambut2 aku yang bersepah kat lantai tu
La ni aku pakai syampu ni la. Kenkonon boleh la mengurangkan rambut brontok aku ni. Tapi nampaknya takde perubahan pun.. Makin luruh rambut aku ade la... Nak2 pulak bila lepas bersyampu, punya la banyak rambut sampai tertutup lubang keluar air tu.

Ni sebahagian je.. Yang sebelum tu aku dah buang kot lubang tu [takkan tengah mandi nak tangkap gambar pulak kan..] Apa lagi solution ye nak mencegah rambut luruh ni?? Dalam kapla hotak aku ni cadangnya nak gi potong rambut jer. Kasi pendek sure kurang rambut yang berguguran.