Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 7, 2015

AMIRA & JASMIN

Saja belek2 folder yang lama2
terjumpa gambar anak2 yang belum publish lagi
Saja tepek sini buat kenang-kenangan

Banyaknya peace dia nak kasi
Tak habis2 denga trademark peace dia tu



Yang ni buat Qu Puteh pulak



Jasmin pulak baru lepas makan nasi
Dah pandai dah nak posing2
Siap lonjak2 kaki kalau aku nak tangkap gambar dia




Percubaan naik basikal yang entah ke berapa kali
Sebelum ni ok je dia naik basikal
Semenjak dua menjak ni je yang tetiba jadi tak reti.. mengada lebey la tu



Adik & Kakak
Baju serupa beli masa raya haritu
Tapi pattern je lain, coraknya sama



VACATION

Short trip vacation je
bersama suami dan anak2
[dan juga segerombolan geng kelab kereta abang ipar aku]..huhuhuh

-cuaca jerebu uols -

Dekat2 je...
Nanti la buat entry..
hari ni mood kelaut 
[kepala ting tong tak cukup tido]



Friday, September 4, 2015

KENDURI & SAMBUTAN HARI JADI JASMIN

Perancangan awal hanyalah jamuan kecil sempena hari jadi Jasmin
di pertengahan bulan Ogos haritu
Tup2 tah cemana, bila masuk campur Cik Besah & the gang
dari majlis kecil sudah jadi besar pulak
Asalnya hanya makan2 santai untuk jiran2 lorong aku je
tup..tup dah jadi kenduri pulak [sampai 2 biji khemah lak tu]

Maka jadilah kenduri doa selamat & sambutan hari jadi Jasmin
Kali ni khemah dipasang depan rumah aku
sebabnya kawasan rumah Cik Besah dah tak muat nak pasang khemah
[sebab jiran belakang tu dah renovate rumah dia]

Menunya macam2 - roti jala, kuah durian, bihun sup, nasi putih, lemak rebung, ayam masak kicap, sayur campur,  ikan masin, ulam & sambal belacan.
Siap ada chef jemputan dari Bentong untuk tolong masak
[ex-babysitter yang jaga Amira dulu]

Ramai juga yang datang malam tu
Mak abah aku dari Ipoh pun datang juga..
Alhamdulillah semua berjalan lancar

Kek birthday Jasmin
Sedap gak kek ni... kejap je dah licin
[beli kat Kings' je pun]

Tu dia "kemeriahan' kenduri..
Nampak tak Cik Besah tu..hehehehe

Kaum2 lelaki yang menyembang sambil nengok orang makan..


Pandangan dari meja makanan
Buat buffet je.. pepandai korang la nak ambik lauk ye..

Tak cukup kerusi kat khemah
tambah lagi seat & meja kat porch rumah


Adib dengan geng2 dia..
Puas main la anak aku ni..hai.. pantang dapat geng!


Kat porch rumah pulak, terus buat acara potong kek untuk Jasmin
Takde la macam majlis birthday anak2 orang lain
Ini memang sempoi gilerrrr
Syok2 sendiri je nak potong kek bagai...hahahaha 



Kami pakat baju merah malam tu
[family aku je]
Adib je yang tak sempat aku nak suruh dia pakai baju merah sebab lepas mandi terus meluru keluar.
Sayangnya kami takdan nak tangkap gambar satu family
Sibuk layan tetamu kekdahnya.

Fuh letih la kalau berkenduri kendara ni kan
Pas masak, hidang, makan, buang sampah, basuh periuk belanga, susun & kemas meja...
erm.... lain kali fikir banyak kali sebelum nak berkenduri 
walopun kecik & simple, prosesnya sama juga dengan kenduri beso..

TIPS MEMILIH JAM TANGAN WANITA





Ada yang mengatakan bahawa memilih seutas jam tangan boleh dianggap sebagai satu keputusan mendalam yang melibatkan peribadi seseorang. Kini di luar sana terdapat begitu banyak jenis jam tangan untuk lelaki dan wanita yang anda boleh dapatkan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda sentiasa beringat untuk mencari jam yang sesuai dengan stail gaya anda. Tetapi bagaimanakah caranya ataupun tips memilih jam tangan wanita yang terbaik?

Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada anda suka jenis analog yang klasik ataupun jenis digital yang tampak lebih moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun anda sendiri haruslah tahu jenis jam bagaimanakah yang anda suka?

Dalam blog post ini saya akan berkongsikan dengan anda beberapa tips mudah untuk mencari jam tangan wanita yang cukup berguna.

  • 1. Pertama sekali anda haruslah tahu apakah jenis jam tangan yang anda mahukan, yang sesuai dengan cita rasa serta stail anda sendiri. Adakah ianya analog? Digital? Ataupun kedua-duanya sekali? 

  • 2. Soalan yang kedua adalah jenis tali jam tangan mana yang anda lebih gemari? Rubber? Polyurethane? 

  • 3. Selepas itu barulah anda boleh beralih ke soalan yang seterusnya iaitu rangkaian harga yang anda selesa, agar tidak melebihi bajet anda. 

  • 4.   Stail jam tangan amatlah penting untuk diambil kira. Jika anda mahu gaya yang sofistikated, anda mungkin perlu dapatkan jam tangan ‘silver’ dengan rekaan yang ‘sleek’. Manakala jika anda mahu tampil menarik dengan gaya yang ‘classy’ pilih jam analog ‘meta’. 


Ok sekarang dah dapat tips2 mencari jam tangan wanita pilihan hati, apa lagi... jom la kita shopping!!!!!! Malas nak keluar kita shopping online saja.. Tapi lagi puas hati kalau dapat belek di kedai.. dapat belek puas2 kan..





Thursday, September 3, 2015

MODEL CILIK AIDIJUMA

Mama kita sekarang dah kemaruk beli AJ
Tiap2 minggu mesti dia ada beli tau
[ate dah tiap2 minggu release design baru kannnn]

Ni tudung mama kita baru beli hari tu
Terus kita sarung...
Mama kita tolong pakaikan
Comey tak???



Jasmin dah jengok2 tu
Tak lama lagi dia pun nak berebut tudung AJ mama dengan kita
Takpe mama ada banyak tudummmm...


Wednesday, September 2, 2015

CUTI MERDEKA

Cuti merdeka baru ni korang pegi mana?
Aku balik Ipoh je... last balik pun time raya haritu


Lagipun kami ada gathering ex-sekolah aku
Tak sabor nak menjoyah dengan member2 lama
Ada yang dah 19 tahun tak jumpa...
[entrynya nanti ye]

Hari Sabtu tu pagi2 [pagilah sangat] dah gerak
Katanya lepas Subuh nak gerak sekali pukul 8 juga baru bertolaknya..hehehe
Main dengan anak ramai ni ..cewah.. [anak disalahkan.hehehehe]


Kakcik dengan Jasmin memang baru bangun tido
So tak mandikan diaorang pun
Amira tu pulak kalau ikutkan taknak ikat rambut
Tapi sebab mamanya cakap kalau tak ikat rambut takleh ikut pegi rumah Opah Minah
baru la nak ikat..

Mama dengan AJ
Aleeya dengan tudung ala Keknis..


Muka budak baru bangun tido... masam je


Ni nak mentayang tudung AJ baru beli
Tak dan basuh terus pakai
GOLD FLOWER namanya
Tudung ni ramai AJrian hunting tau.. 
tapi ramai jugak yang jual mahal beno walopun harga asalnya cuma belas2 ringgit je..
Aku beli pun dah mahal... tapi sebab nak punya pasallllllll kan...

Sampai Ipoh dalam pukul 11 pagi. Pastu masak lunch, makan, pi Billion [wajib singgah]
Petang pulak member aku ajak pi pekena Laksa Saranghae kat Manjoi
Dekat2 dengan Mydin Manjoi
Aku ni nama je duduk dekat dengan Manjoi, tapi Mydin Manjoi pun tak pernah sampai
Jenuh la tanya direction kat mak aku
Walhal Mydin tu bukannya jauh sangat dengan rumah mak aku.


[pics from google]
Ni la rupa laksa sarang...
Tengok cam sedap tapi sebab aku dah kenyang makan nasi
So idak le makan laksa ni 

Tapi aku oder ABC buah ni
Hui... memang meriah dengan buah2 tau
Semangkuk ni pun jenuh nak habiskan
Aku pun pakat share je ngan anak2...

Lepas makan laksa , aku terus ajak aku pi ronda2 kat town
Saja la nak tengok suasana malam menjelang merdeka kononnya
Tapi sebab masih awal lagi masa tu so cam tak happening sangat
Last2 gi jenjalan kat Kinta Riverfront je la a.k.a I-City Ipoh
Tapi dah tak best cam dulu
Lampu pun banyak tak pasang & ada yang dah terbakar kot
Kedai2 pun banyak tak buka
Tangkap gambo je la sekeping dua

Bila Jasmin ok siap senyum bagai, udah Amira pulak tak pandang kamera..
ish...ish..





Ha itu le cerita di hari pertama cuti kami di Ipoh..