Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 4, 2015

KENDURI & SAMBUTAN HARI JADI JASMIN

Perancangan awal hanyalah jamuan kecil sempena hari jadi Jasmin
di pertengahan bulan Ogos haritu
Tup2 tah cemana, bila masuk campur Cik Besah & the gang
dari majlis kecil sudah jadi besar pulak
Asalnya hanya makan2 santai untuk jiran2 lorong aku je
tup..tup dah jadi kenduri pulak [sampai 2 biji khemah lak tu]

Maka jadilah kenduri doa selamat & sambutan hari jadi Jasmin
Kali ni khemah dipasang depan rumah aku
sebabnya kawasan rumah Cik Besah dah tak muat nak pasang khemah
[sebab jiran belakang tu dah renovate rumah dia]

Menunya macam2 - roti jala, kuah durian, bihun sup, nasi putih, lemak rebung, ayam masak kicap, sayur campur,  ikan masin, ulam & sambal belacan.
Siap ada chef jemputan dari Bentong untuk tolong masak
[ex-babysitter yang jaga Amira dulu]

Ramai juga yang datang malam tu
Mak abah aku dari Ipoh pun datang juga..
Alhamdulillah semua berjalan lancar

Kek birthday Jasmin
Sedap gak kek ni... kejap je dah licin
[beli kat Kings' je pun]

Tu dia "kemeriahan' kenduri..
Nampak tak Cik Besah tu..hehehehe

Kaum2 lelaki yang menyembang sambil nengok orang makan..


Pandangan dari meja makanan
Buat buffet je.. pepandai korang la nak ambik lauk ye..

Tak cukup kerusi kat khemah
tambah lagi seat & meja kat porch rumah


Adib dengan geng2 dia..
Puas main la anak aku ni..hai.. pantang dapat geng!


Kat porch rumah pulak, terus buat acara potong kek untuk Jasmin
Takde la macam majlis birthday anak2 orang lain
Ini memang sempoi gilerrrr
Syok2 sendiri je nak potong kek bagai...hahahaha 



Kami pakat baju merah malam tu
[family aku je]
Adib je yang tak sempat aku nak suruh dia pakai baju merah sebab lepas mandi terus meluru keluar.
Sayangnya kami takdan nak tangkap gambar satu family
Sibuk layan tetamu kekdahnya.

Fuh letih la kalau berkenduri kendara ni kan
Pas masak, hidang, makan, buang sampah, basuh periuk belanga, susun & kemas meja...
erm.... lain kali fikir banyak kali sebelum nak berkenduri 
walopun kecik & simple, prosesnya sama juga dengan kenduri beso..

1 comment:

Nieyla Nadia said...

Salam...
Singgah petang...
Selamat berhujung minggu....:)
Cantik kek tu :)