Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 2, 2010

Riang Ria Mandi Manda

Dah lama anak2 aku tak buat aktiviti riadah
menaikkan bil air di rumah
aku rasa last depa buat aktiviti ni sebelum bulan puasa rasanya

Minggu lepas memandangkan si suami yang hangat2 tahi  ayam nak membasuh kereta
sampaikan si Adib beria2 menyalin seluar tidur pakai spender
so kesiankan dia dah beria bagai nak main air
so aku dengan mengahnya
keluarkan kolam pelestik yang berlipat dalam stor
dah keluarkan kolam pastu nak tiup angin la pulak
pancit aku tau...

Bukannya tak leh nak guna pam beskal tu
tapi aku rasa kalau guna pam tu lagi lambat kembung
pastu akan melenguhkan tangan dan membasahkan ketiak
baik aku tiup manual je... paling2 pun air liur aku je yang merembes dalam kolam tu...

Berbaloi dengan penat lelah meniup kolam
melihat wajah anak2 yang riang ria main air



Depa ni kalau dapat main air, selagi tangan tak kecut selagi tu tak berenti
Tapi... sekali sekala sahaja je anak2
jangan le selalu .. tumpo mama nak bayo duit ayor!!!



Pengganti Nicole David

Hasben aku baru belikan Adib & Yaya reket baru
bukan beli yang mahal pun,
beli kat kedai dua hengget jer...
jadi la buat anak2 main2

Yaya dengan reket baru.
Spek mata tu asalnya adalah sunglasses
tapi mana dia dapat idea buang cermin hitam tu
kasi tinggal rangka je

 Yang Adib biasa la
suka inteprem kalau orang tangkap gambar kakak
"Aku ada kerna kau pun ada"... le kekdahnya!

Semangat Nak Holiday

Gara2 nak berholiday bagai
dan setelah duit gaji clear dalam akaun
dengan segera pi cucuk kat ATM
pastu pecut kereta pi shopping

setelah tawaf satu shopping complex
akhirnya telah beli ini
handbag baru brand MIU MIU cap hayam
handbag yang besar supaya senang nak menyumbat khazanah hanak2 masa berjalan
[takkan nak bawak handbag yang bawak gi opis pulak kan...]


dan tak lupa juga sepek mata hitam yang baru
supaya dapat berjalan dengan penuh stailo [uwek!!!!... ]
yang lama ada juga tapi selalu berebut dengan si Yaya

misi akan diteruskan lagi
untuk mencari sepasang kasut yang selesa untuk berjalan
[takkan nak pakai heels, wedges @ selipar jamban lak kan]
hehehehe... beria2 kan??? [dari mula2 tak nak pegi kunun!!!]

Monday, November 1, 2010

Takde Masa Nak Pegang

Satu hari di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari tempat kerja
perbualan antara sepasang suami isteri

Isteri : Bang, kenapa sekarang dah  tak nak pegang tangan dalam kereta? Dulu waktu bercinta cintun, tangan sebelah pegang stereng sebelah lagi tak lepas nak pegang tangan sayang.

Suami : Dulu lain, sekarang takde masa.

Isteri : Takde masa????  #@#$%%^ [Nak pegang pun nak kena tunggu masa ke???]

Sungguh tak logik jawapan si suami.. takde masa???
Masa bercinta dulu pandai lak cari masa yek!

Why? Why? Tell me why??


Tahu tak masa belum kawin, kalau pegang2 tu, bahagian yang haram dipegang tu akan dibakar dengan api neraka & berapa banyak dosa ditulis dalam buku amalan kita?

Tapi bila dah kawin, setiap bahagian yang halal dipegang oleh suami  akan menambahkan pahala & berguguran dosa2 dari jari jemari itu?? 

Tapi yang pahala itu tak nak direbut tapi yang haram tu berebut2 nak buat. Pelik kan???

Bak kata seorang member ,
"YANG HARAM ITU MEMANG SEDAP, 




U Me Aur Hum

Sape tengok citer hindustan kat TV2 Sabtu lepas?
Tajuknya U Me Aur Hum

aku ni takde intention pun nak tengok
nak2 pulak hero yang tak berapa nak berkenan so kureng la sikit nak tengok
Tapi disebabkan dah takde citer nak layan
aku layan je le citer tu
memula cam tak best tapi lama2 cam best pulak

Aku pun tak tengok dari awal
tengok pun dah lewat sejam
bila dah syok2 tengok pulak berebut dengan anak
kalau lawan dengan Wonderpets mana boleh menang kan???

Alkisahnya citer ni tentang satu kapel ni yang berkenalan dalam satu cruise
hero - Ajay Devgan,  heroin - Kajol
lepas berjaya tackel si heroin, hero ajak kawin so they did
pastu baru si hero tahu yang isteri dia ade alzheimer
memula cam ok tapi lelama penyakit makin teruk
lupa nak habaq si hero ni doktor pakar sakit jiwa
so jangan ingat doktor boleh overcome problem okeh
bila depa ade situation camtu depa pun serender cam orang biasa gak

One day bila penyakit dah makin teruk si hasben hantar bini dia ke hospital
bila wife dia kat sana di cam lonely 
pastu atas nasihat kengkawan, dia tekad bawak keluar wife dia dari hospital tu
& decided nak jaga wife dia sendiri
terharunya tengok citer tu.. aku sampai nangis2 ko!
ade lagi ke hasben yang setia camtu sekali  zaman2 sekarang ni yer???

Sape tak tengok lagi citer ni, silalah tengok
memang best & tak rugi korang tengok
& Kajol sangat2 cantik dalam filem tu...

Sport Rim Lagi!

Baru beberapa bulan lepas aku citer pasal sport rim ni kat SINI
alih2 bebaru ni tukar lagi

laki aku ni memang takde kerja lain
minat benau dia menukar sport rim kereta


2 bulan sudah


sekarang


whatever la bang.. asalkan bahagia
jangan minat menukar bini udah ler...