Tuesday, June 9, 2009
Nursery Rhyme (Version Cikedib)
Ni lagu yang selalu cikedib nyanyi kat rumah...(Selain lagu Situasi-Bunkface ngan Aizat). Disertakan translation untuk yang kurang paham... He..he..he..
Are you sleeping
A-YU PI-PING (Are you sleeping)
A-YU-PI-PING (Are you sleeping)
ADE JON (Brother John)
ADE JON (Brother John)
WI-YO WI-YO WINGING (Morning bells are ringing)
WI-YO WI-YO WINGING (Morning bells are ringing)
DING DONG BAN (Ding Dong Ding)
DING DONG BAN (Ding Dong Ding)
Twinkle Twinkle Little Star
I-KEL I-KEL I-TE TAR (Twinkle twinkle little star)
AUK AUK U TAR (How are wonder what you are)
Sambungannya… dia tak reti lagi..
Monday, June 8, 2009
Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
** Yang kaler kuning tu aku punya tulisan le tu… hehehehe
Thursday, June 4, 2009
Windows Live Writer
Pagi ni macam biasa datang awal ke opis. Jalan tak jem so kul 7.15 a.m. aku dah sampai. Lepas on computer terus la meng’google’ apa yang patut. Pas tu tah macam mana jumpa la artikel ni. Aku baru tahu kita boleh buat offline entry untuk blog kita. Aku ni kan agak buta IT lepas beranak pinak ni...So aku ni try la buat… Ha ni la first entry aku kat windows live writer… Kalau jadik cantek la….. Pasni boleh buat lagi..
Wednesday, June 3, 2009
JALAN JALAN BELI JAMU

- Menganjal, menegangkan, mencerahkan serta melembutkan kulit.
- Menjadikan rambut sihat dan bersinar.
- Membentuk dan mencantikkan badan.
- Menjadikan payudara dan punggung lebih tegang dan padat.
- Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur.
- Memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah.
- Membantu mengatasi masalah senggugut.
- Mengetatkan pintu vagina dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal.
- Menambah serta mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj dan
- Menikmati keistimewaan dalam hubungan suami isteri.
KhasiatMustajab Perawan dihasilkan tanpa campuran kimia atau kandungan hormone yang merbahaya. Seratus peratus daripada herba asli dan diformulasikan dengan enam herba terpilih iaitu Kacip Fatimah, Gambir, Halia, Kuniyt, Lada Hitam, dan Jemuju. Antara khasiatnya ialah untuk mencerah, menegang dan menghaluskan struktur kulit serta merawat pertumbuhan jerawat dan melambatkan proses penuaan.
Kapsul ini berkesan untuk pelangsingan dan mengembalikan tenaga untuk kesihatan. Ianya juga membantu menegang dan menghilangkan kedutan disekitar payudara dan menjadikan punggung lebih montok. Kombinasi herba yang bermutu tinggi ini dapat merawat masalh rahim dan peranakan bagi mengembalikan kepada bentuk asal. Ia juga dapat melembapkan dan mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj. Secara tidak langsung menambahkan rangsangan tenaga batin dan mengembalikan ‘mood swing’ ketika bersama.
PHYTOX
Kegunaan Tradisional:
Antara ramuan herba yang terdapat didalamnya:
Daun Cina Maki [Cassia Augustifolia Folium]
Secara tradisional digunakan untuk mengeluarkan kepanasan, gangguan masalah defekasi dan buasir.
Kayu Manis Cina [Glycyrrhiza Glabra Radix]
Mempunyai nilai perubatan sebagai demulcan (melegakan irritasi membran, anti reumatik anti iflammasi, anti allergik, anti bakterial, anti ulser, anti kekejangan, anti bakterial, anti kulat, anti oksidan, deporatif, emolien, laksatif dan diuretik.
Secara tradisional kebiasaannya digunakan sebagai rawatan masalah perut, indigesi dan respiratori.
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti flatulan, antasid, menggalakkan perpeluhan, menahan permuntahan, anti konvulsan, analgesik, anti ulser, sekretori anti gastrik, anti kulat, anti kekejangan, anti allergenik, anti pembekuan, dan anti mikrobial.
Secara tradisional membantu kesakitan kedatangan haid, mengurangkan inflamasi, ulseratif kolitis, menurunkan tahap kolesterol, mencairkan kahak, melegakan penimbunan gas, meningkatkan perpeluhan, menggalakkan sirkulasi, melegakan kekejangan, melegakan kesakitan. Herba ini merupakan penawar terbaik bagi menguat serta menyembuhkan sistem pernafasan, melawan selesema dan demam, mengurangi kongesi, melegakan pening kepala dan sengal tubuh selain baik untuk merawati masalah penghadaman.
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti kekejangan, anti depressi, anti kulat, karminatif dan diuretik.
Secara tradisional digunakan sebagai rawatan masalah kolik, gas dan indigesi. Ia menghangatkan abdomen, mengeluarkan gas, sendawa, permuntahan, kesakitan abdomen, penghadaman lembab, dan mengatasi kesakitan haid.
Mengandungi 95% Curcumin yang mempunyai ciri anti inflamasi, anti platelet, stomachic, karminatif, pembersih darah, antiseptik, menurunkan kolesterol, anti bakterial, dan kesan anti kulat. Ia juga mengandungi curcuminoids iaitu phytonutrien antioksidan yang kuat bagi menyokong kesihatan usus, menjalankan aktiviti pemeliharaan neuro dan membantu memelihara kesihatan sistem kardiovaskular.
Secara tradisional digunakan sebagai ubat sakit kuning, sakit diperut, dada dan belakang, haid datang tidak menentu, serta cirit birit. Ia juga digunakan bagi menghentikan pendarahan.