Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 2, 2020

ALL OUT FOR PT3

Ni cerita si kakak pulak
Tahun ni dia ambik exam PT3 pulak
Tak lepas napas UPSR tahun lepas sambung ke PT3 pulak tahun ni😅

Takpe.. kita concentrate satu-satu ye
Tahun ni memang fokus kat kakak le 
9 bulan ni memang kena suruh dia all out la
Jangan main2 lagi

First step daftar tuisyen kat pusat tuisyen
Aleeya dah tuisyen kat pusat tuisyen tu since form 2
so far ok la walopun masih ada subjek2 yang lemah especially maths & sains
[result periksa akhir tahun lepas dua2 subjek tu dia dapat F tau]

Selain tu, aku ambik juga home tutor untuk 2 subjek yang lemah tu
Seminggu 1 jam tutor tu ajar for each subjek
1 subjek tutor tu ambik RM45 sebulan [tak tahu le murah ke mahal]
Tapi yang aku tau Aleeya really needs help untuk Maths & Sains tu.

Memula Aleeya kata tak payah home tutor tu sebab dia kata kat tuisyen dah ok
Cikgu best & senang faham bila ajar
[kononnya dulu masa fom 2, cikgu yang ajar kat tuisyen tu tak best la😆]
Tapi aku cakap tengok dulu cemana.... try dulu & tengok prestasi masa ujian 1 bulan 3 nanti.

Next, aku belikan juga buku2 rujukan yang baru untuk dia
Sebelum ni beli untuk subjek Maths & Sains juga
[Ada buku rujukan pun boleh F kamu ni tau😅- guna ke idak buku rujukan tu pun tak tahu le]
Mama ko takde masa nak ke kedai buku.... maka beli je la kat shopee.. itupun tengok je le review org kata ok baru beli.

2 subjek je aku tak beli - BM & BI 


9 bulan pertama tahun ni memang penat sikit la
dengan sekolah,  tuisyen, kelas tambahan, tutor lagi
Harap2 Aleeya buat yang terbaik dalam exam nanti👍


21/1/2020 hari tu birthday Aleeya
Dah 15 tahun dah anak dara aku ni
rasa cepat beno besonya


Takde gambar proper budak ni sebab sejenis tak suka tangkap gambar
Pastu selalu marah aku kalau tangkap gambar dia selalu angle tak betui
Dia tengah pejam mata la, nampak gemuk la...
Adoi... memacam la kamu ni anak dara oi...

Apapun mama doakan anak2 mama semuanya menjadi hamba Allah yang soleh, beradab & berakhlak baik. Berjaya dalam setiap lapangan & berada dalam ketaatan kepada Allah & Rasul sepanjang masa. Semoga direzekikan dengan keberkatan hidup dan kebahagiaan di dunia & akhirat.






No comments: